Bijaksana membatasi semangat ‘keberanian’

Satu artikel yang ditulis oleh Abdul Haq “Berani kerana benar” diterbitkan dalam Utusan Malaysia hari ini, sebagai respons kepada artikel penganalisa politik terkenal Shamsul Akmar Musa Kamal “Jernihkan kekeruhan dengan blogger”, yang disiarkan pada Jumaat 16 Oktober 2010.

Berani kerana benar…

TULISAN Syamsul Akmar (Kuala Lumpur) di ruang pendapat akhbar Utusan Malaysia pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) bertajuk Jernihkan kekeruhan dengan blogger telah menarik perhatian saya dan menyimpulkan pendapat tersebut sebagai sinis, berat sebelah dan kurang arif mengenai sistem perundangan negara ini.

Membuat laporan polis adalah langkah terbaik bagi menentukan kesahihan sesuatu dakwaan daripada terus mempolimikkannya di dalam blog dan akhbar kerana ia takkan ada penyudahnya.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tak semua orang yang berani membuat laporan polis, melainkan dia benar-benar yakin bahawa dirinya di pihak yang benar.

Mengambil langkah menggunakan saluran polis untuk menyiasat sesuatu perkara tidak wajar disindir, malah patut dihargai kerana ia adalah saluran yang betul di bawah sistem perundangan negara.

Saudara Syamsul sepatutnya membiarkan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawabnya bagi menentukan yang mana benar dan yang mana salah.

Menyindir seseorang yang menggunakan saluran yang betul bermakna Syamsul jelas menyokong perbuatan putar belit segelintir blogger yang kurang beretika dalam menyampaikan maklumat.

Adalah sangat tidak adil mengeluarkan kata-kata sinis kepada seseorang yang ingin membersihkan dirinya.

Syamsul Akmar sewajarnya menyokong tindakan Rais dalam hal ini.

ABDUL HAQ

Kuala Lumpur

*****

Nampaknya Abdul Haq tidak nampak mesej yang cuba disampaikan Shamsul Akmar dan lebih berminat mempertahankan ‘keberanian’ YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim Ph.D, sebenarnya tidak pernah dipersoalkan sesiapa. Memang jika seseorang itu yakin tidak bersalah, maka beliau wajar untuk ‘berani’, untuk “Membersihkan nama”.

Persoalan pokoknya apakah tindakan Rais membuat laporan Polis itu wajar dan sesuai, atas kedudukan beliau sebagai Menteri Kabinet yang mempunyai kuasa penuh dan seluruh jentera Penerangan peringkat nasional untuk membalas apa pun yang blogger tulis.

Sebagai rujukan, kami menyiarkan semula artikel Datuk Rocky yang telah dialih-bahasa dalam Bahasa Melayu:

Hari Krismas ialah masih lagi belum tiba melebihi dari dua bulan lagi, tetapi cakap-cakap mengenai ‘Santa’  sudah disinidalam bentuk Rais Yatim dan Kementerian Penerangan + Telco. Berapa jumlahnya? Hampir dengan RM 1 bilion, dengan ehsan pemain telekomunikasi yang sediada, termasuk Telekom Malaysia. Wang itu akan pergi ke tiga daripada sembilan syarikat yang telah diberikan izin untuk beroperasi Wimax dan 3G. Mengapa tiga syarikat? Tidak tahu. Syarikat tiga yang mana satu? Tidak tahu, tapi Big Dog mendengar beberapa rumour (khabar angin) yang mengganggu tentang seorang anak Menteri adalah terlibat sebahagian dari sembilan, atau tiga. Ada juga membicarakan tentang anak laki-laki atau anak lelaki seorang KSU dan Ketua Pengarah juga terlibat. Tapi bicara itu ‘murah’ dan ianya menjadi lebih ‘murah’ dari hari ke hari. T n T laman perniagaan juga mempunyai cerita, di sini.

*********

Artikel ini jelas menunjukan orang ramai sedang ‘berbicara’ mengenai isu ini. Orang ramai juga ada ‘hak’ membicarakan isu isu seperti ini. Apabila orang ramai ‘membicarakannya’ ianya menjadi bahan bicara (talk) yang popular, maka pengamal media baru juga membawa perbincangan ini ke alam siber tanpa menuduh mana mana pihak.

Jika dikaji artikel yang disiarkan dalam bloggosfera termasuk blog ini, Rais dan/atau Kementerian Penerangan, Kommunikasi dan Kebudayaan didesak untuk mengamalkan ketelusan dalam sebarang projek yang ditawarkan, lebih lebih lagi grant.

Ini sebenarnya cara yang lebih baik membuktikan atau membersihkan nama bagi Rais dan/atau keluarganya dan pegawai Kementerian berbanding dengan laporan Polis. Ketelusan dan keterbukaan juga merupakan cara paling baik dan berkesan untuk mengelakan amalan korup, favourtism dan nepostism. Jika proses menimbangkan sebarang cadangan, tender dan penawaran kontrak dan grant dilakukan secara telus, maka tidak timbul ‘cakap cakap’ oleh orang ramai terutama dari industri terlibat. Bloggers terutama yang tersohor seperti Datuk Rocky semestinya tidak mahu kredibiliti beliau sebagai blogger yang dihormati dicalari dengan menyiarkan isu yang sememangnya melalui proses ketelusan dan keterbukaan.

Laporan proses perundangan (termasuk laporan Polis) juga merangkumi siasatan termasuk sudut teknikal mengenai posting, oleh siapa, alatan apa, dari mana dan bila perbuatan itu dilakukan. Maklumat sebegini sebenarnya tidak langsung dipedulikan oleh masyarakat bloggosfera dan pengguna alam siber Malaysia tetapi intipati. Maka laporan proses perundangan termasuk Polis menggunakan lebih banyak sumber bagi Rais untuk menyelesaikan matlamat “Membersihkan nama”.

Abdul Haq juga perlu menimbangkan bahawa laporan Polis tidak akan menyelesaikan apa apa sekiranya posting itu dilakukan dari luar negara dan tiada sisasatan boleh dibuat. Apatah lagi tindakan tidak boleh diambil kerana undang undang membatasi niat cara ini.

‘Tindakan keterlaluan’ (over reacting) akan hanya mengundang keadaan dimana Rais sebagai Menteri Kanan yang bertanggung jawab atas internet, pemimpin UMNO bertaraf veteran dan lulusan undang undang tahap kedoktoran dari United Kingdom akan menjadi bahan tawa dan jenaka-sindiran masyarakat, terutama yang celik IT dan melayari alam siber. Cara dan kelajuan siasatan oleh SKMM (salah satu agensi berada bawah Rais) juga membinggungkan berbanding dengan kes lain yang lebih serious seperti Namewee dan Helen Ang, yang ramai menggangap melampau batasan ‘menghasut’.

Ketirisan ‘kebijaksanaan’ mengakibatkan polemik ini makin berpanjangan dimana ada pihak pihak cuba mempertahankan ‘tindakan keterlaluan’ (over reacting) Rais dengan hujah yang lemah.

Jelas ‘KEBIJAKSANAAN’ bukanlah kemampuan dan nilai dikalangan mereka yang cuba mempertahankan tindakan Rais yang begitu ramai menganggap sebagai ‘tindakan keterlaluan’ (over reacting). Rais sebagai Menteri Kabinet yang sepatutnya mendekati masyarakat pengamal media baru Malaysia terutama bidang politik dilihat sebagai mengambil sikap ‘penentangan’ (adversarial). Ini bukanlah nilai ‘merangkumi’ (inclusivity) yang menjadi dasar dalam Gagasan ‘1 Malaysia’ PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

 

*Dikemas kini 830pm

 

 

Advertisements
Published in: on October 16, 2010 at 18:54  Comments (19)