Bijaksana membatasi semangat ‘keberanian’

Satu artikel yang ditulis oleh Abdul Haq “Berani kerana benar” diterbitkan dalam Utusan Malaysia hari ini, sebagai respons kepada artikel penganalisa politik terkenal Shamsul Akmar Musa Kamal “Jernihkan kekeruhan dengan blogger”, yang disiarkan pada Jumaat 16 Oktober 2010.

Berani kerana benar…

TULISAN Syamsul Akmar (Kuala Lumpur) di ruang pendapat akhbar Utusan Malaysia pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) bertajuk Jernihkan kekeruhan dengan blogger telah menarik perhatian saya dan menyimpulkan pendapat tersebut sebagai sinis, berat sebelah dan kurang arif mengenai sistem perundangan negara ini.

Membuat laporan polis adalah langkah terbaik bagi menentukan kesahihan sesuatu dakwaan daripada terus mempolimikkannya di dalam blog dan akhbar kerana ia takkan ada penyudahnya.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tak semua orang yang berani membuat laporan polis, melainkan dia benar-benar yakin bahawa dirinya di pihak yang benar.

Mengambil langkah menggunakan saluran polis untuk menyiasat sesuatu perkara tidak wajar disindir, malah patut dihargai kerana ia adalah saluran yang betul di bawah sistem perundangan negara.

Saudara Syamsul sepatutnya membiarkan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawabnya bagi menentukan yang mana benar dan yang mana salah.

Menyindir seseorang yang menggunakan saluran yang betul bermakna Syamsul jelas menyokong perbuatan putar belit segelintir blogger yang kurang beretika dalam menyampaikan maklumat.

Adalah sangat tidak adil mengeluarkan kata-kata sinis kepada seseorang yang ingin membersihkan dirinya.

Syamsul Akmar sewajarnya menyokong tindakan Rais dalam hal ini.

ABDUL HAQ

Kuala Lumpur

*****

Nampaknya Abdul Haq tidak nampak mesej yang cuba disampaikan Shamsul Akmar dan lebih berminat mempertahankan ‘keberanian’ YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim Ph.D, sebenarnya tidak pernah dipersoalkan sesiapa. Memang jika seseorang itu yakin tidak bersalah, maka beliau wajar untuk ‘berani’, untuk “Membersihkan nama”.

Persoalan pokoknya apakah tindakan Rais membuat laporan Polis itu wajar dan sesuai, atas kedudukan beliau sebagai Menteri Kabinet yang mempunyai kuasa penuh dan seluruh jentera Penerangan peringkat nasional untuk membalas apa pun yang blogger tulis.

Sebagai rujukan, kami menyiarkan semula artikel Datuk Rocky yang telah dialih-bahasa dalam Bahasa Melayu:

Hari Krismas ialah masih lagi belum tiba melebihi dari dua bulan lagi, tetapi cakap-cakap mengenai ‘Santa’  sudah disinidalam bentuk Rais Yatim dan Kementerian Penerangan + Telco. Berapa jumlahnya? Hampir dengan RM 1 bilion, dengan ehsan pemain telekomunikasi yang sediada, termasuk Telekom Malaysia. Wang itu akan pergi ke tiga daripada sembilan syarikat yang telah diberikan izin untuk beroperasi Wimax dan 3G. Mengapa tiga syarikat? Tidak tahu. Syarikat tiga yang mana satu? Tidak tahu, tapi Big Dog mendengar beberapa rumour (khabar angin) yang mengganggu tentang seorang anak Menteri adalah terlibat sebahagian dari sembilan, atau tiga. Ada juga membicarakan tentang anak laki-laki atau anak lelaki seorang KSU dan Ketua Pengarah juga terlibat. Tapi bicara itu ‘murah’ dan ianya menjadi lebih ‘murah’ dari hari ke hari. T n T laman perniagaan juga mempunyai cerita, di sini.

*********

Artikel ini jelas menunjukan orang ramai sedang ‘berbicara’ mengenai isu ini. Orang ramai juga ada ‘hak’ membicarakan isu isu seperti ini. Apabila orang ramai ‘membicarakannya’ ianya menjadi bahan bicara (talk) yang popular, maka pengamal media baru juga membawa perbincangan ini ke alam siber tanpa menuduh mana mana pihak.

Jika dikaji artikel yang disiarkan dalam bloggosfera termasuk blog ini, Rais dan/atau Kementerian Penerangan, Kommunikasi dan Kebudayaan didesak untuk mengamalkan ketelusan dalam sebarang projek yang ditawarkan, lebih lebih lagi grant.

Ini sebenarnya cara yang lebih baik membuktikan atau membersihkan nama bagi Rais dan/atau keluarganya dan pegawai Kementerian berbanding dengan laporan Polis. Ketelusan dan keterbukaan juga merupakan cara paling baik dan berkesan untuk mengelakan amalan korup, favourtism dan nepostism. Jika proses menimbangkan sebarang cadangan, tender dan penawaran kontrak dan grant dilakukan secara telus, maka tidak timbul ‘cakap cakap’ oleh orang ramai terutama dari industri terlibat. Bloggers terutama yang tersohor seperti Datuk Rocky semestinya tidak mahu kredibiliti beliau sebagai blogger yang dihormati dicalari dengan menyiarkan isu yang sememangnya melalui proses ketelusan dan keterbukaan.

Laporan proses perundangan (termasuk laporan Polis) juga merangkumi siasatan termasuk sudut teknikal mengenai posting, oleh siapa, alatan apa, dari mana dan bila perbuatan itu dilakukan. Maklumat sebegini sebenarnya tidak langsung dipedulikan oleh masyarakat bloggosfera dan pengguna alam siber Malaysia tetapi intipati. Maka laporan proses perundangan termasuk Polis menggunakan lebih banyak sumber bagi Rais untuk menyelesaikan matlamat “Membersihkan nama”.

Abdul Haq juga perlu menimbangkan bahawa laporan Polis tidak akan menyelesaikan apa apa sekiranya posting itu dilakukan dari luar negara dan tiada sisasatan boleh dibuat. Apatah lagi tindakan tidak boleh diambil kerana undang undang membatasi niat cara ini.

‘Tindakan keterlaluan’ (over reacting) akan hanya mengundang keadaan dimana Rais sebagai Menteri Kanan yang bertanggung jawab atas internet, pemimpin UMNO bertaraf veteran dan lulusan undang undang tahap kedoktoran dari United Kingdom akan menjadi bahan tawa dan jenaka-sindiran masyarakat, terutama yang celik IT dan melayari alam siber. Cara dan kelajuan siasatan oleh SKMM (salah satu agensi berada bawah Rais) juga membinggungkan berbanding dengan kes lain yang lebih serious seperti Namewee dan Helen Ang, yang ramai menggangap melampau batasan ‘menghasut’.

Ketirisan ‘kebijaksanaan’ mengakibatkan polemik ini makin berpanjangan dimana ada pihak pihak cuba mempertahankan ‘tindakan keterlaluan’ (over reacting) Rais dengan hujah yang lemah.

Jelas ‘KEBIJAKSANAAN’ bukanlah kemampuan dan nilai dikalangan mereka yang cuba mempertahankan tindakan Rais yang begitu ramai menganggap sebagai ‘tindakan keterlaluan’ (over reacting). Rais sebagai Menteri Kabinet yang sepatutnya mendekati masyarakat pengamal media baru Malaysia terutama bidang politik dilihat sebagai mengambil sikap ‘penentangan’ (adversarial). Ini bukanlah nilai ‘merangkumi’ (inclusivity) yang menjadi dasar dalam Gagasan ‘1 Malaysia’ PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

 

*Dikemas kini 830pm

 

 

Published in: on October 16, 2010 at 18:54  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/10/16/bijaksana-membatasi-semangat-keberanian/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 CommentsLeave a comment

  1. Dah disuruh Rais, buek ajo la.

    Nak tanyo2, nanti ado kato Rais lagi pandai. Dio ado Phd law.

    Kau ikut ajo.

    Sapo tak ikut cakap rais memang di sekeh. Sonang ajo, maznah talipon rosmah.

    Habih.

    • Senang Aje….

      Rais dan Isteri dari Negori….Rosmah dari Negori…..1+1 tentulah jadi 2 Stupid!

      • Tak semestinya jawapannya 1+1=2, itu matematik mudah

        a) Kalau tanya kat pakar statistik, 1+1=?
        Bagi depa jawapan nya adalah “antara 1.50 hingga 2.49”

        b) Kalau tanya kat pakar ekonomi, depa akan jawab “berapa peratus interest dan inflasi?” untuk depa bagi NPV.

        c) Kalau tanya akauntan pula, depa akan jawap “berapa banyak profit nak ditunjukkan dalam penyata kewangan?”

        d) Kalau tanya birokrat/ahli politik, ada orang kata jawapan depa beri adalah ” 1-4-U, 1-4-Me” ….. Wallahualam…

  2. adversarial tu musuh bang

  3. Mana hak rasi nak mempertahankan diri???

    • “Hak Rais untuk mempertahankan diri” ujud dalam bentuk yang lebih sesuai memandangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Kabinet yang bertanggung jawab keatas Penerangan dan mempunyai cukup peluang dan ruang untuk menggunakan pelbagai sumber dalam Kementerian.

      Namun Rais menggunakan pilihan ‘Laporan Polis’ berbanding pilihan lain seperti:

      1. Menafikan ‘khabar angin’ melalui saluran media, termasuk RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan

      2. Meminta SKMM mengambil kedudukan ‘ketelusan’ dan terbuka untuk memberikan apa sahaja maklumat yang berkaitan, agar apa apa ‘khabar angin’ boleh dipatahkan dengan makulumat yang tidak dapat disangkal lagi.

      Rais juga dipetik The Malay Mail sebagai “Akan membuat laporan kepada SPRM”.

      Mana laporan Rais pada SPRM? Sedangkan Laporan Polis dibuat dengan kadar segera. Dah seminggu ni!

      Apakah Rais mahu diumpamakan sebagai “menggunakan senjata rifel tempur automatik M16 untuk membunuh seekor tikus”?

  4. Dulu semasa Rais bersama Ku Li dalam semangat 46, dia cukup hebat membelasah UMNO hingga sanggup ‘BURNT ALL THE BRIDGES IN MALAYSIA’ semua jambatan dalam Malaysia telah dibakarnya !wow cukup hebat!tapi hari ini dia sanggup menjilat telor siapa saja yang jadi Perdana Menteri asalkan dia boleh dapat jawatan dan berkuasa.

    Inilah manusia yang bernama Rais bin Yatim ! his character is worst than ANWAR ALJUBURI and I was told by a very senior former Minister that he is a spy to whoever his boss is ! Rais is a very dangerous man ! please distance yourself from him.

  5. Biggie,

    I remember Forest Gump’s immortal phrase “Stupid is as stupid does”.

    Obviously clear Rais of Kg. Gagu is stupid. So are all his machais!

    We cannot fault this Abdul Haq fellow. He was just following instructions. Just like Rais’s stupid cybertroopers who went after you & Rocky. Really lame!

  6. Rais is also very angry because the bloggers also implicate his KSU- wonder who that KSU is………..

  7. SKMM agensi di bawah kementerian yang diterajui oleh Rais Yatim. Kalau SKMM menyiasat dengan kadar segera, ini mungkin kerana apa yang dituduh secara berkias dan berlapik oleh Ahiruddin Atan sesuatu yang serius dan menjejas bukan sahaja imej Rais Yatim, malah keseluruhan Kerajaan sekarang, termasuk kepimpinan tertinggi. jika dilihat dari sudut ini, memang wajar laporan polis dibuat, supaya kedua dua pihak dapat memberi versi mereka dan kesahihan dakwaan dapat dibuktikan.

  8. sokong 200@ berani beradab berHEMAH..

    report dulu penguatkuasa baru berKOKOK dalam blog wajar sesama islam,,
    adab menengur dan berpesan org yang lebih TUA berpangkat dari KITA..

    kita amalkan libralisma??

    adab Melayu Timur..kalau bukan anutan Islam..

    Tok Iman pun boleh kita tegur asalkan berhemah dgn saluran tak logik berterus

    “Hai tak betul bacaan awak”…

    ini pendapat saya..yang sekolaha ata tanpa gelaran DATO atauPhD..

  9. apo dakwo2 dan apo tuduh2.

    ini semuo yang komen asal dari kg gagu ko?

    jolas bigdog tulis orang kato anak rais dapek kontrak. bigdog kato dio tak cayo. tapi dio mintak rais buek pemberian kontrak secaro transparent.

    susah bona nak paham.

    memang rais kalau dah terasa. macam pompuan. tangan dia selalu macam sotong.

    ini mesti lobih dari tu.

    masak rais, masak …

    • Rais seorang budayawan. Tetapi nampaknya beliau gagal mendalami bidalan “Tampar anak, sindir menantu”.

      Apo kono ehh jang…???

  10. Boss,

    MCMC x sepatutnya mendahului penyiasatan pasal kes ni melibatkan Menteri MCMC itu sendiri. Lebih afdal kalau MACC yang menyiasat. Rais sendiri ada bilang akan membuat laporan pada MACC atau Suruhanjaya Anti-Korupsi Malaysia. Tapi hingga hari ini tidak juga dibuat lapuran tersebut.

    Mungkin bloggers mahu membantu menteri Rais dengan membuat sebuah laporan kepada MACC?

    terimakasih.

    • Semasa mula mula Rais dihubungi mengenai ‘khabar angin’ mengatakan anak beliau terlibat dengan proses melobi grant bagi membangunkan spektrum 2.6GHz dan jaringan 4G, beliau ada menyebut bahawa MACC akan dipanggil untuk menyiasat.

      Sehingga hari ini, tiada siasatan dibuat.

      Maka tanggung jawab kita untuk mendesak Rais membuat laporan kepada MACC agar siasatan boleh bermula.

      “BERANI KERANA BENAR”…???

  11. Tun Dr Mahathir dahulu dikatakan diktaktor. Konon nya tiada kebebasan bersuara, pemerintah tidak boleh ditegur.

    Sekarang, yang berkuasa pantang dicuit sedikit. Maka terlompat-lompat dan melatah lah mereka.

    Sangat senang untuk terpekik, terlolong dan melaung tentang tiadanya kebebasan bersuara dan demokrasi. Bila dah berkedudukan, terus jadi lupa dan menjadi teramatlah sensitif.

    Buek malu satu noghori!

  12. […] were told Rais keeps telling officers in his ministry, “Berani kerana benar“. Even lame reply by Abdul Haq published on Saturday 16 October 2010 in response to Shamsul Akmar’s article was about […]

  13. […] Bijaksana membatasi semangat ‘keberanian’ […]

  14. […] Rais used the phrases “This is all about pride” and “Berani kerana benar” whenever media asked him to comment on the Santa Rais issue. His […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: