Raja Melayu tidak wajar dicemari sebagai alat kempen politik

HRH Rulers attending the Council of Rulers Conference

Kedudukan DYMM Raja Raja Melayu dalam sistem sosio-politik Malaysia adalah tinggi martabatnya. Sekelian baginda ujud sebagai penaung dan pemberi daulat keatas Perlembagaan, yang menjadi bahan rujuk undang undang oleh semua pihak. Ini adalah simbol kekuasaan dan kedaulatan sekelian baginda Raja Raja.

Sekelian baginda berada atas daripada proses demokrasi. Sistem demokrasi Raja BerPerlembagaan ala Westminster yang diamalkan merupakan wadah bahawa rakyat diberikan kuasa pemerintahan sejajar dengan prinsip demokrasi dan sekelian baginda Tuanku berada sebagai penaung kerajaan yang dipilih dan sistem yang merangkumi rakyat seluruhnya.

DYMM Raja Raja merupakan penaung Perlembagaan. Esksekutif, legislatif dan kehakiman adalah tiga cabang yang bernaung bawah kedaulatan sekelian baginda.  Sebagai Ketua Ugama dan Ketua Warisan dan Budaya Melayu, baginda mempunyai hak mutlak khusus mengenai dua aspek sosio-politik ini sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Sultan Muhammad V menerima watikah penmanshuran sebagai Al Sultan Kelantan dari Meberi Besar Kelantan, sesuai dengan protokol dan Perlembangaan Negeri pada 13 Sept 2010

 

Sejarah menunjukan peranan sekelian baginda dalam lanskap sosio-politik. Kuasa politik orang Melayu yang digembelingkan secara padu oleh UMNO bermula 11 Mei 1946 sebenarnya memperjuangkan hak dan kedudukan sekelian baginda dalam sistem sosio-politik Tanah Melayu yang telah dimansuhkan dengan Malayan Union. Akibatnya, UMNO berjaya mmebawa suara orang Melayu seluruh Tanah Melayu begitu padu mendesak sekelian baginda menolak Malayan Union. Maka gagasan ciptaan Whitehall ini berjaya digagalkan dalam tempoh beberapa bula sahaja.

Siri rundingan antara Raja Raja Melayu dan British telah diusahakan sejurus sebagai kesinambungan mengekalkan kuasa koloni. Akhirnya, Perjanjian Tanah Melayu berkuat kuasa 1 Februari 1948 telah dimeterai. Perjanjian Tanah Melayu ini menjadi asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang mula dikuat kuasa apabila Kemerdekaan dicapai pada 31 Ogos 1957 dan bermula sistem Raja BerPerlembagaan diguna pakai.

Amat malang sekiranya baginda Raja dijadikan ‘alat’ yang digunakan pihak pihak tertentu semasa proses amalan demokrasi oleh rakyat, terutama semasa pilihanraya. Ini kerana pilihanraya merupakan pertarungan antara parti parti politik dan politkus.

 

Sepanduk PKR yang memaparkan gambar Tuanku Sultan Johor sebagai modal kempen; ehsan blog idealismalaysia.blogspot.com

Ini kerana sekiranya Raja Raja melibatkan diri walaupun secara tidak langsung semasa berlangsung proses kempen menjelang proses pilihanraya dan pembuangan undi, maka kedudukan kemulian dan kedaulatan baginda sebagai penaung Perlembagaan itu dikhuatiri akan dicemari. Peribadi baginda mungkin akan terbuka sebagai bahan bicara, terutama dalam kehangatan berkempen. Sekiranya ini berlaku, maka amat malang kerana sistem Raja BerPerlembagaan menetapkan kedudukan sekelian baginda adalah kebal dalam kapasiti baginda menjalankan tugas sebagai DYMM Raja dan penaung Perlembagaan, termasuk hal hal melibatkan ugama Islam dan adat istiadat dan warisan orang Melayu.

Maka sebagai tunggak sistem feudalism jauh lebih tinggi dari proses politik, Raja Raja tidak wajar dijadikan alat untuk mereka yang berkempen semasa mana mana proses demokrasi sebagaimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan. Raja Raja berperanan untuk menentukan kerajaan yang dipilih untuk diangkat.

 

Nik Aziz in a Chinese Chauvinists anti-Islam/Malay DAP function with Lim Kit Siang

Baginda perlu dipertahankan dari dicemari agenda politik samada secara langsung atau tidak langsung. Terutama apabila pihak pihak yang tergamak berkerjasama dalam arena politik dengan pihak pihak yang terserlah sifat dan kedudukan anti Melayu dan Islam, mengambil kesempatan keluhuran dan kemuliaan peribadi baginda dan diperkudakan dalam kempen politik, termasuk dalam jajaran pilihanraya. Pihak yang sama juga tergamak memperkudakan Islam sebagai bahan dan alat politik sempit dan mengelirukan mereka, terutama kepada orang Melayu. Baginda sebagai penaung ugama Islam amat perlu mengelakan diri dari menjadi bahan persepsi politik songsang memperkudakan ugama Islam ini.

Kedudukan dan taraf kemuliaan sebagai Raja berdaulat  sekelian baginda Raja Raja Melayu wajar diperlihara dan pertahankan. Sekelian baginda sebagai ‘benteng’ bagi orang Melayu, wajar sentiasa diingatkan demi kepentingan jatidiri orang Melayu yang masih lagi beraja. Orang Melayu sebagai pendukung sekelian baginda Raja Raja Melayu mempunyai tanggung jawab moral untuk mengingatkan bahawa persempadanan kedudukan kedaulantan institiusi Raja Raja Melayu perlu diperlihara, agar maruah Bangsa Melayu terbela dan terpelihara.

 

DAULAT TUANKU

 

*Perkembangan dikemas kini 1130pm

Advertisements
Published in: on October 28, 2010 at 20:29  Comments (26)