Pembangkang nak buat laporan Polis atas Zaini Hassan?

Pengarang Utusan Malaysia Dato’ Zaini Hassan mencadangkan agar untuk memperingati peristiwa beradarah 13 Mei 1969, ianya wajar disambut sebagai ‘Hari Perpaduan’. Ini kerana konotasi possitif ini sempena mengambil dasar yang lahir dari pergaduhan dan rusuhan antara kaum yang mengorbankan nyawa secara sia sia.

Petikan dari rencana Zaini ‘Cuit’ “13 Mei dan 21 Julai: Fakta sejarah, mengapa perlu takut?”:

Ulang cetaklah banyak-banyak buku keramat: 13 Mei Sebelum dan Selepas (versi Melayu dan Inggeris) tulisan Almarhum Tunku itu untuk dibaca oleh rakyat Malaysia (kebetulan ia asalnya diterbitkan oleh Utusan Melayu Press). Para produser filem dan pengarah teater perlu wayangkan peristiwa itu ala filem Pearl Harbour dan dipentaskan kepada rakyat negara ini.

Kita harap jika ditakdirkan DAP memerintah Malaysia kelak (nauzubillah), janganlah dihapus atau diubah sejarah 13 Mei yang telah tertulis itu. Perkara itu tidak mustahil berlaku kerana ada negara lain yang (hampir dengan kita) mengubah sejarah negara itu bagi mengetepikan peranan yang dimainkan oleh kaum asal negara berkenaan.

Akhir kata, bagi YB Datuk Azhar, teruskan perjuangan saudara demi keadilan dan kesaksamaan rakyat Pulau Pinang. Suara saudara perlu dilantangkan lagi.

Dan bagi YAB Guan Eng janganlah fobia dengan tarikh 13 Mei itu. Jika dalam banyak keadaan Pulau Pinang mencontohi Singapura, mengapa tidak jadikan 13 Mei sebagai hari cuti umum bagi memperingati peristiwa yang akhirnya berjaya menyatupadukan rakyat negara ini melalui DEB.

Di Singapura, menurut buku Men in White: The Untold Story Of Singapore’s Ruling Political Party, halaman 277: Murid-murid sekolah berarak meraikan Hari Harmoni Kaum (Racial Harmony Day) setiap 21 Julai bagi memperingati insiden rusuhan berdarah kaum pada 21 Julai 1964 yang mengorbankan 36 nyawa dan mencederakan 556 orang. Kira-kira 3,000 ditahan dalam insiden yang berlaku pada hari Maulidur Rasul (Maulud Nabi) itu.

Menurut Wikipedia: Rusuhan kaum 1964 itu berlaku di Singapura dalam dua waktu berbeza iaitu pada Julai dan September antara kumpulan Cina dan Melayu. Insiden pertama berlaku pada 21 Julai semasa orang Melayu berarak sempena hari Maulidur Rasul. Rusuhan itu juga dikenali sebagai Rusuhan Maulidur Rasul, Rusuhan Kaum 1964 dan Rusuhan Cina-Melayu (Sino-Malay). Semasa itu Singapura masih di bawah Persekutuan Malaysia.

Kini, pada setiap tarikh 21 Julai, Wikipedia mengulas: Ia diraikan bagi menggambarkan kejayaan Singapura membentuk masyarakat dan negara pelbagai kaum yang harmoni serta kaya dengan kepelbagaian warisan dan budaya.

Di sekolah-sekolah seluruh republik itu, murid-murid digalakkan berpakaian tradisional masing-masing, Cheongsam dan Baju Kurung. Juadah dan permainan tradisional turut memeriahkan sambutan.

Oleh itu, YAB Guan Eng apa yang saudara takut dan fobia sangat dengan 13 Mei?

********

Zaini mengambil contoh pendekatan yang sama diambil pemerintah Chauvinis Cina PAP di Singapura, dimana perisitiwa berdarah rusuhan kaum yang berlaku semasa Hari Keputeraan Rasulullah S.A.W. pada 1964 itu diingati secara positif. Singapura mengalakan agar warga negara-pulau itu melihat peristiwa berdarah rusuhan itu dijadikan modal untuk hubungan intra-etnik dijana dan kukuhkan.

Namun begitu, portal yang terkenal bersifat anti-nasionalism Malaysian Insider mengambil pendekatan yang berbeza, dimana emosi diperkudakan seolah olah untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Laporan The Malaysian Insider:

Utusan ‘May 13’ piece could spark unrest, says Pakatan

By Shazwan Mustafa Kamal
November 10, 2010
 

Khalid labelled the claims made by Zaini as “a load of rubbish”. — file pic

KUALA LUMPUR, Nov 10 — Utusan Malaysia’s editorial describing the May 13, 1969 riots as a “blessing in disguise” could set off another wave of racial riots in the country, said Pakatan Rakyat (PR) lawmakers today.Labelling the article as “seditious”, several PR MPs are also considering lodging police reports against the Umno-owned daily.

The Utusan Malaysia editorial today described the May 13 racial clash as a sacred day for Malaysia and warned DAP to recognise its significance.

“Utusan Malaysia, which is a racist mouthpiece for Umno, has put in a framework to put some sort of meaning and interpretation to May 13. I would like to remind Utusan Malaysia that May 13 was paid in blood, and as much as there was Malay blood there was also Chinese and Indian blood being spread over those many days of chaos,” said DAP MP Jeff Ooi.

Ooi also questioned the juxtaposition of the Utusan Malaysia piece today with the Malay daily’s assertion of non-Malay dominance in the Malaysian economy currently.

“Are they then setting a stage, staging a second round of May 13? This is very seditious, very provocative,” he said.

Today, the newspaper’s deputy editor-in-chief Datuk Zaini Hassan wrote in his weekly column that the riots were a blessing in disguise, otherwise “wealthy businesses and the professional classes would be controlled by one race only.”

Ooi said Utusan should not insinuate that it took “bloody racial fights” to justify the introduction and implementation of pro-Bumiputera policies like the New Economic Policy (NEP).

“I disagree strongly with what Utusan is saying.  In order to justify the existence of NEP it took bloodshed? I am very upset that we should now perhaps be prepared for another round of May 13,” Ooi told The Malaysian Insider.

In the Utusan article, Zaini claimed that the PR Penang state government had acted unjustly against state Opposition Leader Datuk Azhar Ibrahim, suspending him from the state assembly for citing the May 13 incident in his speech.

Early this month, Azhar was suspended for six months from the state assembly after he refused to retract allegedly seditious remarks made at an assembly sitting earlier this year.

Azhar, who is Penaga assemblyman, was accused of uttering apparently seditious words and issuing May 13 threats during a speech in the assembly by Chief Minister Lim Guan Eng on May 7.

He had warned of May 13-style racial riots and suggested the army take over the functions of the police if the latter had lost the confidence of the people.

The Umno man was referred to the assembly’s Rights and Privileges Committee after a motion tabled by Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat).

Zaini had also called for the May 13 incident to be incorporated into History lessons for students.

In response, Ooi said that the teaching of history should not be “politicised” and “fabricated” for the benefit of Barisan Nasional (BN).

“Are we now going to teach our young to think that May 13 is a blessing? I detest this,” said Ooi.

Another DAP MP, Lim Lip Eng said that he was considering of lodging a police report against Utusan Malaysia over the contents of the editorial.

“I’m considering of lodging a police report against Utusan for sedition. This is seditious. Who would imagine Malaysia be ruled by Chinese, with or without May 13? To us the riots were a tragedy, it should not have happened. Logically thinking, look at the population, 60 percent is ruled by Malays, how the Chinese can rule the majority, this is nonsense,” the Segambut MP told The Malaysian Insider.

The May 13 riots that took place after the 1969 general election resulted in a declaration of a state of Emergency and the suspension of Parliament.

It remains the country’s bloodiest race clash with hundreds reportedly killed in rioting mainly between Malay and Chinese groups.

In the general election that year, the Umno-led Alliance lost its two-thirds majority in Parliament. It was later replaced by the Barisan Nasional (BN) coalition with many opposition parties joining the three original Alliance members of Umno, MCA and MIC.

Two years after the riots, the government introduced the New Economic Policy (NEP) to address the economic divisions that had been blamed for the clashes.

PAS lawmaker Khalid Samad echoed his DAP colleagues’ viewpoints, saying that only “extremists” would endorse the May 13 incident.

“Obviously we must acknowledge that May 13 was a tragic day in our history, and people who say that we must go through May 13 in order to solve problems are people who are extremist in nature, who believe in violence and who believe that might is right and [whoever] is strong can perpetuate their leadership through violence.

“From a totally different perspective, I believe that May 13 could and should have been avoided if the leaders of the country were sufficiently responsible and had addressed the problems of poverty irrespective of race,” Khalid told The Malaysian Insider.

*************


Kemudian, dipaparkan tulisan bertajuk “Calling May 13, 1969 ‘sacred’ is sacrilegious” bertujuan untuk menjahanamkan cadangan Zaini sebagai ‘kebiadapan yang menentang prinsip agama’.

Amat jelas Pembangkang mengambil pendekatan pertentangan dan memanipulasikan niat tulisan Zaini semata mata untuk meneruskan agenda strategik ‘Politik Kebencian’ mereka. Amat malang kerana Pembangkang tiada langsung agenda untuk membawa negara dan masyarakat majmuk dan plural Malaysia bergerak kehadapan dengan pendekatan positif dan konstruktif, tetapi memilih jalan yang destruktif dan menyubur perasaan sangsi dan kebencian antara kumpulan etnik.

‘Politik Kebencian’ merupakan modal Pembangkang yang terdiri dari ‘rakan-kongsi-yang-saling-sangsi-keatas-satu-sama-lain’ kerana walaupun ‘tidur-sebantal-tetapi-mimpi-berbeza’ kerana dengan berlaku masyarakat Malaysia berada dalam perasaan sangsi, tidak mempercayai dan tekanan-akan-berlaku-konflik merupakan cara untuk mereka terus mempunyai kuasa politik. Walapun hakikatnya Pembangkang, samada parti sendiri atau kolektif sebagai Pakatan Rakyat tidak mampu mentadbir, apatah lagi menjana pembangunan dan kemajuan apabila rakyat memberikan mereka kuasa.

Semestinya, BN terutama UMNO dijadikan modal momokan sebagai pencetus dan penyemai semangat perkauman (racism) yang berterusan. Ketetapan orang Melayu mempertahankan apa yang telah diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai tafisran dari ‘kontrak sosial’ yang berjaya dicapai oleh orang Melayu dan Raja Raja Melayu dan orang Melayu sebagai majoriti yang sudi menerima Bukan Melayu dan minoriti dan diberikan hak samarata atas prinsip Jus Soli, yang sebenarnya hampir mustahil untuk diubah, sebagai contoh amalan ‘perkauman’ (racism) dan golongan nasionalis dilabel sebagai ‘rasis’. Namun golongan minoriti yang mencabar secara sistematik dan konsisten peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan orang Melayu sebagai majoriti tidak pula dianggap demikian.

Untuk rekod, parti Chauvinis Cina DAP merupakan pemain utama pencetus peristiwa berdarah pergaduhan dan rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kebiadapan dan kurang ajar terlanjur membatasi provokasi oleh Bukan Melayu yang sengaja dijana oleh Chauvinis Cina DAP sampai ke tahap maksima sehinggakan orang Melayu Kampung Baru telah bangkit dengan kemarahan.

Kebijaksanaan pemimpin Melayu, terutama Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman dengan cepat meredakan keadaan dan mengambil tindakan cepat. Jelas peristiwa konflik berdarah antara kaum 13 Mei 1969 yang berjaya diredakan sebenarnya menjadi peluang baru untuk mencorakan semangat perpaduan dan kesefahaman antara kaum. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan tatkala Parlimen terlah digantung, dimana wakil wakil etnik telah diundang. Perintah berkurung telah dilaksanakan dan perlahan lahan ianya dilonggarkan.

Kemudian satu majlis perundingan diujudkan dan semua pihak termasuk semua parti politik diundang untuk terlibat dalam perbincangan, perundingan dan perancangan plan samada taktikal, spara strategik dan strategik agar peristiwa 13 Mei tidak berulang. Ianya diterima secara hati terbuka oleh semua pihak termasuk Gerakan (yang menjadi salah satu ‘rakan kongsi’ DAP membuar provokasi pra-13 Mei 1969) kecuali Chauvinis Cina DAP. Akibat dari rundingan dan persetujuan konsesus semua pihak, Dasar Ekonomi Baru telah lahir dan prinsip Rukun Negara mula diterapkan sebagai ‘sumpah’ warga Malaysia menunjukan ketaat setiaan pada Agama, Raja dan Negara. ‘Toleransi’ dan ‘tolak ansur’ merupakan komponen utama pasca 13 Mei 1969.

Menurut laporan Malaysian Insider, pemimpinn DAP mencadangkan laporan Polis akan dibuat keatas Zaini kerana kunun kunun percubaan menghasut.

Objektifnya amat jelas; Samada menggunakan peluang memanipulasi tulisan Zaini ini dan dipaparkan sebagai bahan hasutan yang sebenarnya adalah ‘topeng’ untuk mengaburi agar masyarakat Malaysia terlepas pandang keatas konflik kemelut kepimpinan PKR dan/atau kes perbicaraan liwat Anwar “Mat King Leather” Ibrahim yang sedang berjalan.

ATAU ianya peluang agenda berterusan ‘Politik Kebencian’ Pembangkang untuk terus menjahanamkan imej Polis dan Peguam Negara kerana tiada tindakan yang akan dimabil keatas Zaini walaupun laporan Polis dibuat dan siasatan bermula.

Perkiraan ‘serampang dua mata’ ini adalah perancangan jahat untuk ‘Politik Kebencian’ untuk terus dijana kerana pihak yang berkepentingan berdasarkan prinsip ‘menangguk diair keruh’ ini amat memerlukan masyarakat Malaysia yang terasing dan menyimpan semangat saling tidak mempercayai dan mungkin kebencian sebagai modal untuk mereka terus diberikan kuasa, walaupun tidak konkrit. Manipulasi, pembohongan dan ‘keyakinan palsu’ merupakan asas perjuangan sempit dan negatif mereka.

Sejarah menunjukan Pembangkang, samada DAP, PKR atau PAS merupakan pencetus, penjana dan penyubur anarki dari keadaan kekecohan yang berlaku kerana demonstrasi, politik jalanan, provokasi dan akhirnya rusuhan. Semenjak mantan-banduan-salah-guna-kuasa Anwar Ibrahim dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998, budaya demonstrasi, politik jalanan dan rusuhan ini makin menular dan sentiasa dijana ‘subur’ untuk memanipulasi emosi rakyat, walaupun ianya dijana atas isu isu yang membawa kepada perpecahan dan perasaan negatif antara semua kaum dan kumpulan etnik.

Apa apa pun, amat jelas niat Zaini ialah mendukung saranan semangat ‘1 Malaysia’ untuk kumpulan etnik bersatu dan menjana pembangunan atas perpaduan, toleransi dan sikap bertolak ansur, kesefahaman, kerja sama dan mengamalkan semangat persaudaraan. 13 Mei 1969 wajar diingati sebagai ‘Hari Perpaduan’.

 

 

 

 

 

Published in: on November 12, 2010 at 00:04  Comments (33)