DAP: Chauvinis Cina & agen provocateur bahaya

Ketetapan DAP untuk menolak cadangan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Dato’ Zaini Hassan agar 13 Mei setiap tahun disambut sebagai ‘Hari Perpaduan’ dan kemudian mengambil pendekatan biasa ‘Politik Kebencian’ untuk membuat laporan Polis keatas Zaini dan akhbar Melayu itu mendapat reaksi negatif dan diselar.

Laporan Utusan Malaysia:

DAP ghairah hentam Cuit Zaini mengenai 13 Mei

Oleh ROHANI IBRAHIM
rencana@utusan.com.my

ARTIKEL Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit yang disiarkan kelmarin mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati dan tidak senang duduk pihak tertentu. Antara yang jelas dan secara terbuka menyelar artikel berkenaan ialah parti pembangkang terutamanya DAP.

Di Pulau Pinang, empat wakil rakyat, tiga daripada DAP dan seorang PKR membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai berhubung artikel bertajuk 13 Mei dan 21 Julai: Fakta sejarah, mengapa perlu takut?

Ng Wei Aik, salah seorang wakil rakyat DAP yang membuat laporan polis menyifatkan artikel itu berunsur menghasut dan boleh mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat. Pemimpin DAP itu juga khuatir artikel berkenaan menerbitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu mendakwa Zaini cuba mengagung-agungkan peristiwa 13 Mei dengan mencadangkan tarikh itu dijadikan hari keramat walaupun peristiwa tersebut merupakan satu babak hitam serta menyedihkan dalam sejarah negara.

Benarkah tulisan Zaini boleh mencetuskan rasa tidak tenteram? Atau hanya DAP sahaja yang tidak tenteram apabila timbul cadangan untuk mengenang tarikh 13 Mei.

Zaini dalam tulisannya mempersoalkan tindakan DAP di Pulau Pinang yang menggantung Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri Sidang DUN selama enam bulan hanya kerana dia menggunakan perkataan 13 Mei.

Dalam artikel berkenaan Zaini berpendapat DAP begitu takut dan fobia dengan tarikh bersejarah 13 Mei kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk.

Beliau turut mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan hari cuti umum bagi memperingati peristiwa yang akhirnya berjaya menyatupadukan rakyat negara ini melalui DEB.

Portal berita Malaysian Insider kemudiannya mempertikai pandangan Zaini yang melihat 13 Mei dari sudut positif. Dalam salah satu daripada lima laporan yang disiarkan di dalam portal berkenaan susulan kepada artikel Zaini, Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi mendakwa tulisan Zaini boleh menyebabkan peristiwa pertumpahan darah seumpama 13 Mei berulang.

Sementara Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap pandangan Zaini sebagai sampah dan hanya individu ekstremis memandang 13 Mei sebagai tarikh keramat.

Lim Kit Siang turut cuba membangkitkan isu artikel berkenaan pada sidang Dewan Rakyat Khamis lalu dengan meminta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop memberikan pandangan beliau sendiri mengenai artikel Zaini.

Bagaimanapun soalan itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Difahamkan Setiausaha Politik Guan Eng turut meminta polis menyiasat rencana tulisan Zaini itu.

Penulis blog bigdogdotcom, Zakhir Mohamad ketika dihubungi berkata, DAP begitu ghairah menghentam pandangan Zaini kerana seandainya tarikh 13 Mei disambut secara positif, DAP akan kehilangan modal untuk memburukkan imej UMNO.

”DAP mestilah tidak senang jika negara ini bersatu kerana politik yang mereka sukakan ialah politik kebencian yang sukakan kepada perpecahan. Peristiwa berdarah 13 Mei berlaku ekoran sikap DAP yang gemar memberikan provokasi kepada masyarakat Melayu di Kampung Baru.

“Orang Melayu yang terpinggir dan ketinggalan pada masa itu dihina dan diejek sehingga tercetus tragedi berdarah itu.

”Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa pahit 13 Mei itu supaya generasi akan datang tidak akan mengulangi perkara yang sama. Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui punca dan sebab sebenar peristiwa itu,” jelasnya.

Tambah Zakhir, bagi mengambil pengajaran daripada peristiwa 13 Mei, semua kaum tidak kira Melayu, Cina dan India perlu memastikan tidak ada rasa tidak puas hati, ketinggalan mahupun terpinggir di kalangan mana-mana kaum.

Tambah beliau, sebagai contoh pengeboman bandar raya Hiroshima pada tahun 1945 merupakan satu peristiwa yang amat pahit dan mendukacitakan bagi Jepun dengan lebih 100,000 terkorban.

Namun ia tetap diingati dan dikenang melalui majlis khas saban tahun sehingga ke hari ini.

”Jepun mengadakan majlis memperingati peristiwa pengeboman Hiroshima setiap tahun dengan objektif supaya mereka sentiasa mengelak tragedi itu daripada berulang.

Peristiwa yang pahit tidak semestinya perlu dikenang secara negatif semata-mata. Dalam konteks peristiwa 13 Mei, perkara yang keruh mengenainya perlu dibuang namun apa yang jernih perlu diambil,” jelas Zakhir.

**************

Mantan rakankongsi DAP semasa dalam Pakatan Rakyat dan kini menanggotai kaukus Konsensus Bebas dalam Dewan Rakyat juga menjelar parti Chauvinis Cina DAP dengan nada menentang cadangan Zaini dan Utusan Malaysia ini. MP untuk Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Nordin juga mengambil tafsiran bahawa DAP amat mirip dan mengamalkan  ‘Politik Kebencian’ setelah sekelian lama.

Jadi persoalan besar yang saya mahu tanya, dan rakyat pelbagai kaum yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan mahu tanya: mengapa Kitsiang, anak lelakinya dan beberapa kepimpinan DAP, dengan sokongan 2-3 ekor Pak Jangoat, melenting marah apabila ada cadangan supaya hari “13 Mei” dijadikan dan dinobatkan sebagai “Hari Mahabbah”, hari untuk kita warga Malaysia memperingati betapa pentingnya perpaduan, keharmonian dan tolak ansur agama dan perkauman yang telah kita nikmati begitu lama.

Mengapa Kitasiang, anak lelakinya dan segelintir kepimpinan DAP dan 2-3 ekor Pak Jangoat melenting tak tentu pasal, malahan menyebut perkataan “13 Mei” pun sudah menjadi satu fobia, satu dosa besar yang tidak terampun bagi mereka! Mereka yang memperingati “13 Mei” dilabel sebagi rasis, ekstremis dan pelampau!!

Jawapannya mudah. Kerana mereka tahu apa sebenarnya berlaku pada hari hitam 13 Mei itu. Mereka tidak mahu peristiwa itu didedahkan! Mereka tidak mahu pembunuhan dan pendarahan keatas bangsa Melayu hari itu diketahui umum! Kerana apa, kerana mereka tahu siapa dalang-dalang disebalik peristiwa itu! Mereka tahu siapa yang melakukan provokasi melampau terhadap orang Melayu pada masa itu! Mereka tidak mahu warna sebenar dan tembelang pekung dalang-dalang ini diketahui! Mereka tahu puak cauvinis celaka mana yang mendalangi peristiwa itu. Dan mereka tahu cauvinis-cauvinis celaka itu masih hidup, kini meneruskan perjuangan cauvinis, rasis dan pelampau mereka bertopengkan demokrasi dan hak asasi kemanusiaan!!

*********

Zulkifli mencadangkan 13 Mei disambut sebagai ‘Hari Mahabbah”.

MP bagi Bayan Baru YB Dato’ Zahrain Hashim pula bersetuju bahawa ikhtibar dari kesilapan peristiwa pahit dan dukacita dijadikan sempadan dan mengemakan saranan Zaini agar 13 Mei disambut sebagai ‘Hari Perpaduan’ dan menempelak amalan bahaya ‘Politik Kebencian’ DAP.

Inisiatif pihak Utusan Malaysia mencadangkan pendekatan positif keatas sejarah hitam Malaysia – peristiwa berdarah 13 Mei 1969 – menerusi rencana bertajuk “13 Mei dan 21 Julai : Fakta Sejarah, mengapa perlu takut? adalah sesuatu yang amat bertepatan dan mampu menyumbang kearah penyelesaian strategik kemelut politik dan sosial masakini.

Pada pendapat saya, cadangan pengarang Utusan Malaysia berkenaan bernada progressif demi memupuk kesefahaman, toleransi, tolak ansur dan semangat muhibbah seluruh rakyat Malaysia.

Adalah amat penting bagi rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan, tanpa mengira agama atau bangsa, untuk bersatu tanpa sebarang perasaan prasangka diantara kita.

Peristiwa hitam 13 Mei, 1969 adalah sesuatu yang harus di-ambil iktibar dan kita harus belajar dari pengalaman lampau agar generasi sekarang dan yang akan datang tidak mengulangi kesilapan lampau.

Saya tidak faham kenapa initiatif yang luhur ini menerima tentangan dan ditempelak ahli politik di Negara kita.

Saya amat khuathir akan tindakan segelintir ahli dan pemimpin pembangkang yang amat gemar mempolitik-kan isu-isu sebegini dan menghasut rakyat dari perspektif sempit mereka.

Tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang begitu hebat menentang segala bentuk usaha untuk memupuk perpaduan dan kesefahaman dikalangan rakyat, adalah amat membimbangkan.

Sebagai rakyat dan warganegara dibumi bertuah ini saya amat khuathir dengan keadaan politik perkauman dan chauvinis yang dianjurkan segelintir manusia dalam Negara.

**************

Bahaya ‘Politik Kebencian’ DAP amatlah jelas, terutama mereka masih lagi aktif, sistematik dan konsisten dalam usaha untuk memecah belahkan masyarakat Malaysia dan menimbulkan kekeliruan agar mereka sebagai golongan minoriti dalam meraih kuasa dan mungkin memerintah tanahair ini.

Amaran kedua politikus ini dan saranan yang konsisten mengemakan cadangan Zaini dan Utusan Malaysia ini menunjukan bahawa orang Melayu yang majoritinya mengamalkan pendekatan politik nasionalism dan kesediaan menerima Bukan Melayu sebagai ‘rakan warga’ tanahair sedia untuk ‘mengambil yang jernih dan membuang yang keruh’. Walaupun, ianya dari pengalaman yang amat getir dan membawa kesan bencana emosi yang amat ketara sebagai sejarah hitam negara.

Pendekatan yang diambil portal akhbar The Malaysia Insider (MI) dan kenyataan yang dibuat dan dirakamkan oleh pemimpin DAP termasuk beberapa ADUN wajar dilihat sebagai perbuatan ‘menghasut dan menimbulkan kemarahan’. Komen yang dipaparkan dalam amat jelas ianya sengaja menimbulkan kemarahan awam, terutama orang Melayu. Konotasi ugama juga telah dimanipulasikan demi penentangan mereka terhadap artikel Zaini dan agenda ‘Politik Kebencian’ amatlah jelas.

Ini adalah amat bahaya untuk keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Portal akhbar The Malaysian Insider dan pemimpin DAP wajar disiasat bawah Akta Hasutan kerana menentang cadangan Zaini dan Utusan Malaysia dan membuat kenyataan, termasuk laporan Polis yang wajar ditimbangkan sebagai ‘menghasut dan menimblkan kemarahan’. Jelas ini adalah agenda ‘Politik Kebencian’ yang mereka amalkan secara sistematik dan konsisten, semenjak Chauvinis Cina PAP mengambil peranan aktif dalam politik Malaysia semenjak 1964.

 

 

 

 

Published in: on November 13, 2010 at 23:50  Comments (6)