Chauvinis Cina kembali menuntut

Perancangan dan usaha golongan minoriti Bukan Melayu terutama Chauvinis Cina tidak pernah serik ataupun muak dengan sikap degil dan mencabar mereka sehingga wajar dipertimbangkan sebagai bersifat ‘Tidak Berterima Kasih dan Taat Setia’. Kedegilan dan kecenderungan melakukan provokasi, walaupun di’kaburi’ sebagai “Resolusi dari sebarang program diskusi intelektual dan ilmiah” sebenarnya tidak melenyapkan niat asas dan objektif yang ingin dicapai.

Walaupun telah dijelaskan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung UMNO ke 61 pada 21-23 Oktober lepas bahawa peruntukan tertentu yang melibatkan orang Melayu dan ugama Islam seperti Artikel 3, 149, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda maka tidak perlu ianya dibincangkan samada secara intelektual atau terbuka (dalam bentuk referenduma tau sebagainya), namun ada yang masih lagi berdegil.

Perhimpunan Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Johor Bahru pada 6 Nov 2010 lalu telah meluluskan 36 usul berhubung politik, pendidikan, budaya, agama dan sosial. Kandungnnya sama dikatakan sama seperti tuntutan “Suqiu” 1999. Ianya dikatakan akan dikemukakan pada Kabinet tidak lama lagi.

Antara sebahagian dari 17 tuntutan Suqiu yang dimajukan oleh 2,093 NGO Cina ialah kesama rataan ugama, menghapuskan taraf ‘Bumiputra’, menghapuskan sistem ‘kuota’, kesama rataan peluang perniagaan semua peringkat, mengkaji dan memansuhkan Akta Pelajaran 1996 iaitu membenarkan sekolah dilaksanakan dengan bahasa ibunda masing masing dan menolak ‘Sekolah Wawasan’.

Dalam kongress ekonomi Cina yang dianjurkan MCA baru baru ini, isu mengenai kuota Bumiputra dan peluang untuk kontrak dari Kerajaan secara terbuka sepenuhnya telah dibangkitkan. Tindakan tindakan kenyataan seperti ini yang mengundang reaksi orang Melayu, terutama mereka yang mendukung semangat nasionalism agar apa yang telah dicapai semasa negara ini ditubuhkan termasuk ‘Kontrak Sosial’ agar tidak dibangkit, jauh sekali dicabar.

Akibat desakan dan tuntutan masyarakat Bukan Melayu terutama minoriti dari etnik Cina yang makin sistematik, konsisten dan lantang, maka NGO Melayu seperti PERKASA dan Majlis Perundingan Melayu mula ditubuhkan dan mendapat perhatian intensif. Walaupun keujudan dan meningkatnya populariti dan penerimaan NGO Melayu ini dikalangan orang Melayu sebenarnya adalah bersifat reaktif dan bertujuan untuk mempertahankan apa yang telah dipersetujui dan termaktub (termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan) bagi orang Melayu, ianya dilabel sebagai ‘rasisi’ dan ‘desakan amalan perkauman yang berpanjangan’ oleh Bukan Melayu, terutama golongan ekstremis dan chauvinis.

Beberapa hari lepas Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Dato’ Zaini Hassan mencadangkan agar setiap 13 Mei disambut secara positif sebagai ‘Hari Perpaduan’. Namun golongan Chauvinis Cina mula menyerang cadangan ini dan beberapa ADUN DAP telah membuat laporan Polis keatas Zaini.

Tindakan Hua Zong ini semestinya akan menerima reaksi negatif dan mungkin bernada emosi oleh orang Melayu, terutama setelah penjelasan tegas PM Dato’ Seri Najib pada ucapan penggulungan PAU ke 61 pada 23 Oktober 2010. Ianya tidak akan melenyapkan rasa pra-sangka dan makin merenggangkan jurang antara kaum. Gagasan ‘1 Malaysia’ makin akan sukar untuk dicapai bagi membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

 

 

Published in: on November 14, 2010 at 18:27  Comments (10)