Berapa ramai lagi masih ditipu Mat King Leather?

Rencana mingguan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini menggulung ‘perjuangan’ sia sia berasaskan pembohongan, penipuan, manipulasi fakta dan keadaan, memperkudakan emosi, ‘keyakinan palsu’, ‘sandiwara’ dan pengharapan lebur oleh, dari dan keatas Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.

 

Siapa yang benar, Anwar atau mereka?


Adakalanya gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Begitu juga dengan PKR, parti politik yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim. Lihatlah wajah-wajah ini. Suatu ketika mereka adalah pemimpin PKR dan sebahagiannya adalah sahabat Anwar tetapi kini tidak lagi. Mereka dan ramai lagi pemimpin peringkat pertengahan dan cabang bertindak keluar kerana sebab yang sama – hilang kepercayaan terhadap ketua pembangkang itu.

Terbaru, tindakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim meninggalkan PKR kelmarin, mencetuskan tanda tanya besar tentang nasib parti itu. Siapa lagi yang akan keluar dan sampai bila PKR mampu bertahan?

Seperti biasa, Anwar dan orang kepercayaannya, Azmin Ali atau ada yang merujuk mereka sebagai rakan kongsi, sudah punya jawapan. Kedua-duanya akan mencari salah semua mereka yang meninggalkan parti. Malah ada yang dihina dan difitnah. Tetapi siapakah yang benar, sama ada Anwar bersama Azmin atau puluhan pemimpin serta ribuan lagi ahli PKR meliputi semua kaum yang bertindak keluar?

Tidak perlu Awang ulas panjang untuk mencari jawapan. Renungkanlah di mana salahnya. Parti yang masih baru sudah ditinggalkan sebegitu ramai pengikut. Sebenarnya terlalu banyak isu melingkari PKR daripada integriti dan moral Anwar, dasar yang bercelaru sehinggalah kepada kelemahan pengurusan parti sebagaimana kegawatan pemilihan parti itu sekarang. Tetapi yang lebih menarik untuk dikaji mengapa semakin kuat dorongan untuk keluar PKR. Seorang bekas pemimpin PKR memberitahu Awang, Anwar seorang yang hipokrit dan melakukan perkara yang tidak boleh diterima dek akal dan kewarasan. “Sesiapa sahaja yang mengetahui siapa sebenarnya beliau, pasti terdorong kuat untuk membetulkan keadaan. Ini juga jihad,’’ katanya.

Awang menung panjang apatah lagi mendapat tahu satu demi satu kisah sisi gelapnya yang luar biasa. Keghairahan beliau mendapatkan campur tangan asing bagi menyelamatkan dirinya daripada kes liwat, amat memalukan. Rasanya, Anwar adalah ketua pembangkang di seantero dunia yang paling bermasalah dan mempunyai isu moral yang serius. Awang bersyukur kebenaran makin terserlah. Tahniah kepada semua yang berani menegakkan kebenaran dan meninggalkan Anwar. Semoga Allah menyelamatkan Malaysia. Benar, ini juga jihad kita.

**************

Saya ingin berkongsi pengalaman peribadi. Pada pilihanraya umum VI April 1982 ialah dimana saya mula mula dicelikan keatas dunia politik demokrasi Raja BerPerlembagaan dan kepartian tanahair oleh guru sejarah kami iaitu Arwah Musak Mantrak, dalam sebuah sekolah berasrama penuh di Johor yang lahir dari Dasar Ekonomi Baru. Beliau mengajar asas politik dan sistem kerajaan agar kami anak anak yang diamanahkan Bangsa Melayu untuk diberikan pelajaran terutama sains dan matermatik satu hari nanti dapat merealisasikan aspirasi penuh kerjayaan DEB untuk meningkat kedudukan sosio ekonomi orang Melayu melalui pelajaran.

Musak menarik perhatian remaja awal seperti saya keatas keputusan Kepimpinan untuk membawa seorang pemimpin belia yang mirip kepada Islam iaitu Presiden ABIM Anwar bin Ibrahim dibawa sebagai calon BN-UMNO di Permatang Pauh.

“Awak semua tengoklah perkembangan ini. Selepas ini awak tengok Anwar akan mula mendapat jawatan dan berapa cepat dia naik. Awak semua tengoklah apa yang dia akan buat untuk orang di Baling”.

“Kenapa dengan orang di Baling, cikgu?”

“Ohh….Anwar dulu (1974) bawak student merusuh sebab kunun kununnya ada orang mati kebuluran di Baling. Nanti bila dia dah naik (mula ada jawatan dan kuasa), awak tengoklah apa yang dia akan buat (sumbang) untuk orang di Baling”, meringkaskan respons yang sepatutnya mungkin setengah jam untuk dihuraikan.

Kami terpingga pingga. Kenapa guru kami yang kami anggap seorang ‘nasionalis’ ini amat tidak selesa dengan keputusan untuk mengambil ‘Saudara Anwar’ ini sebagai calon dan kemudian diberikan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Saya mula memerhatikan perkembangan Anwar. Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1986), Menteri Pelajaran (1987), Menteri Kewangan (1991) dan Timbalan Perdana Menteri (1993). Empat jawatan terakhir merupakan jawatan staretgik.

Saya kembali ketanah air apabila Anwar mula menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Bila saya kaji dan bertanya, tiada apa yang Anwar ujudkan dalam kawasan Baling dalam tempoh ini. Beliau mempunyai peluang dan sumber yang cukup untuk ujudkan pusat latihan belia, pusat penyelidikan pertanian seperti MARDI, sekolah asrama penuh, maktab perguruan atau politektnik dan sebagai TPM, mungkin IPTA sekalipun dan membangunkan industri, terutama zaman beliau ialah zaman ‘kegilaan IPO’. Namun hampa!

Saya menajdi ahli Kelab UMNO semasa di luar negara. Namun sekembali ke tanah air, saya tidak berminat untuk menyertai UMNO. Ini kerana masa itu, Anwar yang “Menjana student merusuh pada 1974 kerana kunun kunun ada orang mati kebuluran di Baling TETAPI tidak pula berbuat apa apa semasa ada kuasa dan sumber sebagai Menteri” telah diangkat UMNO sebagai Timbalan Presiden parti kebangsaan keramat UMNO. Jangkamasa Anwar dari Timbalan Menteri ke Timbalan Perdana Menteri hanya 13 tahun 6 bulan sahaja dan ianya cukup untuk beliau membawa pembangunan dan merubah tahap sosio-ekonomi warga Baling.

Kemudian pada 2 September 1998, Anwar dipecat dari Kabinet. Sehari kemudian, Anwar telah disingkirkan dari UMNO.

Saya menghantar borang  untuk menyertai UMNO kepada Bahagian Petaling Jaya Selatan pada 20 September 1998 dengan pembayaran RM 2.00. Ini kerana satu sebab sahaja: Anwar tidak lagi berada dalam UMNO!

 

 

Advertisements
Published in: on November 21, 2010 at 12:52  Comments (11)