Berapa ramai lagi masih ditipu Mat King Leather?

Rencana mingguan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini menggulung ‘perjuangan’ sia sia berasaskan pembohongan, penipuan, manipulasi fakta dan keadaan, memperkudakan emosi, ‘keyakinan palsu’, ‘sandiwara’ dan pengharapan lebur oleh, dari dan keatas Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.

 

Siapa yang benar, Anwar atau mereka?


Adakalanya gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Begitu juga dengan PKR, parti politik yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim. Lihatlah wajah-wajah ini. Suatu ketika mereka adalah pemimpin PKR dan sebahagiannya adalah sahabat Anwar tetapi kini tidak lagi. Mereka dan ramai lagi pemimpin peringkat pertengahan dan cabang bertindak keluar kerana sebab yang sama – hilang kepercayaan terhadap ketua pembangkang itu.

Terbaru, tindakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim meninggalkan PKR kelmarin, mencetuskan tanda tanya besar tentang nasib parti itu. Siapa lagi yang akan keluar dan sampai bila PKR mampu bertahan?

Seperti biasa, Anwar dan orang kepercayaannya, Azmin Ali atau ada yang merujuk mereka sebagai rakan kongsi, sudah punya jawapan. Kedua-duanya akan mencari salah semua mereka yang meninggalkan parti. Malah ada yang dihina dan difitnah. Tetapi siapakah yang benar, sama ada Anwar bersama Azmin atau puluhan pemimpin serta ribuan lagi ahli PKR meliputi semua kaum yang bertindak keluar?

Tidak perlu Awang ulas panjang untuk mencari jawapan. Renungkanlah di mana salahnya. Parti yang masih baru sudah ditinggalkan sebegitu ramai pengikut. Sebenarnya terlalu banyak isu melingkari PKR daripada integriti dan moral Anwar, dasar yang bercelaru sehinggalah kepada kelemahan pengurusan parti sebagaimana kegawatan pemilihan parti itu sekarang. Tetapi yang lebih menarik untuk dikaji mengapa semakin kuat dorongan untuk keluar PKR. Seorang bekas pemimpin PKR memberitahu Awang, Anwar seorang yang hipokrit dan melakukan perkara yang tidak boleh diterima dek akal dan kewarasan. “Sesiapa sahaja yang mengetahui siapa sebenarnya beliau, pasti terdorong kuat untuk membetulkan keadaan. Ini juga jihad,’’ katanya.

Awang menung panjang apatah lagi mendapat tahu satu demi satu kisah sisi gelapnya yang luar biasa. Keghairahan beliau mendapatkan campur tangan asing bagi menyelamatkan dirinya daripada kes liwat, amat memalukan. Rasanya, Anwar adalah ketua pembangkang di seantero dunia yang paling bermasalah dan mempunyai isu moral yang serius. Awang bersyukur kebenaran makin terserlah. Tahniah kepada semua yang berani menegakkan kebenaran dan meninggalkan Anwar. Semoga Allah menyelamatkan Malaysia. Benar, ini juga jihad kita.

**************

Saya ingin berkongsi pengalaman peribadi. Pada pilihanraya umum VI April 1982 ialah dimana saya mula mula dicelikan keatas dunia politik demokrasi Raja BerPerlembagaan dan kepartian tanahair oleh guru sejarah kami iaitu Arwah Musak Mantrak, dalam sebuah sekolah berasrama penuh di Johor yang lahir dari Dasar Ekonomi Baru. Beliau mengajar asas politik dan sistem kerajaan agar kami anak anak yang diamanahkan Bangsa Melayu untuk diberikan pelajaran terutama sains dan matermatik satu hari nanti dapat merealisasikan aspirasi penuh kerjayaan DEB untuk meningkat kedudukan sosio ekonomi orang Melayu melalui pelajaran.

Musak menarik perhatian remaja awal seperti saya keatas keputusan Kepimpinan untuk membawa seorang pemimpin belia yang mirip kepada Islam iaitu Presiden ABIM Anwar bin Ibrahim dibawa sebagai calon BN-UMNO di Permatang Pauh.

“Awak semua tengoklah perkembangan ini. Selepas ini awak tengok Anwar akan mula mendapat jawatan dan berapa cepat dia naik. Awak semua tengoklah apa yang dia akan buat untuk orang di Baling”.

“Kenapa dengan orang di Baling, cikgu?”

“Ohh….Anwar dulu (1974) bawak student merusuh sebab kunun kununnya ada orang mati kebuluran di Baling. Nanti bila dia dah naik (mula ada jawatan dan kuasa), awak tengoklah apa yang dia akan buat (sumbang) untuk orang di Baling”, meringkaskan respons yang sepatutnya mungkin setengah jam untuk dihuraikan.

Kami terpingga pingga. Kenapa guru kami yang kami anggap seorang ‘nasionalis’ ini amat tidak selesa dengan keputusan untuk mengambil ‘Saudara Anwar’ ini sebagai calon dan kemudian diberikan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Saya mula memerhatikan perkembangan Anwar. Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1986), Menteri Pelajaran (1987), Menteri Kewangan (1991) dan Timbalan Perdana Menteri (1993). Empat jawatan terakhir merupakan jawatan staretgik.

Saya kembali ketanah air apabila Anwar mula menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Bila saya kaji dan bertanya, tiada apa yang Anwar ujudkan dalam kawasan Baling dalam tempoh ini. Beliau mempunyai peluang dan sumber yang cukup untuk ujudkan pusat latihan belia, pusat penyelidikan pertanian seperti MARDI, sekolah asrama penuh, maktab perguruan atau politektnik dan sebagai TPM, mungkin IPTA sekalipun dan membangunkan industri, terutama zaman beliau ialah zaman ‘kegilaan IPO’. Namun hampa!

Saya menajdi ahli Kelab UMNO semasa di luar negara. Namun sekembali ke tanah air, saya tidak berminat untuk menyertai UMNO. Ini kerana masa itu, Anwar yang “Menjana student merusuh pada 1974 kerana kunun kunun ada orang mati kebuluran di Baling TETAPI tidak pula berbuat apa apa semasa ada kuasa dan sumber sebagai Menteri” telah diangkat UMNO sebagai Timbalan Presiden parti kebangsaan keramat UMNO. Jangkamasa Anwar dari Timbalan Menteri ke Timbalan Perdana Menteri hanya 13 tahun 6 bulan sahaja dan ianya cukup untuk beliau membawa pembangunan dan merubah tahap sosio-ekonomi warga Baling.

Kemudian pada 2 September 1998, Anwar dipecat dari Kabinet. Sehari kemudian, Anwar telah disingkirkan dari UMNO.

Saya menghantar borang  untuk menyertai UMNO kepada Bahagian Petaling Jaya Selatan pada 20 September 1998 dengan pembayaran RM 2.00. Ini kerana satu sebab sahaja: Anwar tidak lagi berada dalam UMNO!

 

 

Published in: on November 21, 2010 at 12:52  Comments (11)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/11/21/berapa-ramai-lagi-masih-ditipu-mat-king-leather/trackback/

RSS feed for comments on this post.

11 CommentsLeave a comment

  1. Saya ambil LCE 1974, tahun demo Baling yang di anjurkan oleh ANUwar. Memang masa tu agak susah. Bapa saya kerja polis di Balai Kupang, Baling. Pak Long, di Kulim tanam padi dan bila musim mengerat padi, dia hantar segundi-dua. Bapa suruh saya bawa dengan basikal ke kilang padi untuk jadikan beras. Pak Long juga menoreh getah. Harga sekilo masa tu, lebih-kurang 20~30 sen. Kelapa sawit tak ada lagi kot, pasal saya tak pernah nampak. Zaman budak2 masa tu memang seronok apabila lihat ramai orang berteriak sambil berarak, berjalan kaki ke Baling. Memang ada seorang budak yang nampak sebiji seperti mangsa kebuluran, macam kat padang pasir Ethiopia. Budak itu sebenarnya berpenyakit pelik, di mana badan & perutnya tidak dapat menghadam zat2 makanan dengan berkesan. Akibatnya; kepala besar, perut buncit, kepala lutut besar dan tersangat kurus. Hakikatnya adalah amat mustahil, untuk menjadi kebulur di Malaysia yang sentiasa menghijau. Lagipun, takkan jiran2 & masyarakat tidak peduli. Lain lah di padang pasir. Tetapi ANUwar pandai mengambil kesempatan, disebalik kesengsaraan rakyat, pada masa tu.

  2. Abu

    apsal kau ni. cakap2 baik2 susah ke?

    • Pasal aku nakkan dia tahu dia tak boleh asyik ngentam orang ikut suka dia saja disana sini, Jolabak. Aku rasa kau belom banyak terbaca tulisan dia diberbagai blog. Tiap kali dia bukak mulut, bau busuk semacam. Kan cara dia cakap tu bermakna aku, engaku dan pembaca lain pun bodoh. Tak bolehlah gitu.

      Boleh nak kritik orang. Tapi berilah bukti. Kalau tak pun, keluarkanlah alasan atau justifikasi, hujah-hujah yang munasabah. Tak boleh dengan 1-2 ayyat menohmah saja. Bukan sekali dua tapi selalu gitu pulaknya.

      Kau pun nampaknya sikit mcm tu. Tapi aku layan kau dengan baik kali ni. Aku nasihatkan kau, kalau tak tahu menahu pasal vinnan dan ada orang tegur, kau diam saja. Tulis pasal benda lain. Aku dah banyak tulis benda lain. Tak caya kau bacalah post-post BD yang lalu.

      Baiklah, lepas ni kita cakap pasal tajuk post BD ni. Kita bincang, keluarkan pendapat setuju ke tak setuju dsbnya. Kalau tak setuju, berikan hujah-hujah, alasan dan justifikasi. Jangan mcm budak vinnan tu. Kalau setuju, tulis 1-2 ayyat tak apa, sebab BD dah beri keterangan panjang lebar. Harap ma’alom.

  3. Samalah kita, cuma saya tak jadi ahli. Tapi sokongan kepada khusus Tun M bertambah tambah. Begitu juga rasa meluat yang amat sangat pada gaya politik yang bak kata Sanusi “..melayu cukup marah dengan orang yang EK lebih”.
    Itulah Anwar..Semenjak dari dulu sudah terasa ada benda yang tak kena, tak sangka tuhan buka hijab dengan jelas sekali.
    Terima kasih atas jasa Dr M, sekurangnya kita tidak berPMkan peliwat tegar 15 tahun ini!

  4. Diantara Anwar dengan Saiful siapa yang lebih tenang dan beristiqamah.

    Saiful berani bersumpah tetapi Anwar takut. Cuba kita fikir. Kenapa Anwar perlu takut kalau diri dipihak yang benar?

    Tentu anda tahu jawapnya bukan?

  5. […] Tahun 2010 ini mempertontonkan apa yang sebenarnya mengambarkan dengan jelas mengenai ‘Anwar Bin Ibrahim’. Ianya bermula dengan 5 MP PKR meninggalkan parti kerana tidak tergamak berada dalam ‘Pembohongan’. Mereka menjadi sebahagian dari statistik dan nama pemimpin yang pada mulanya begitu yakin dengan Anwar tetapi mula …. […]

  6. […] Gobala cited the same reasons that the five cited. It i also the same storyline that many notable others left PKR and the realisation of Anwar’s sordid dreams. Dr Chandra Muzaffar (former Deputy President), Abdul Rahman Othman (former Deputy President), Dato’ Dr Jeffrey Kitingan (Vice President), Ezam Md Nor (former Youth Chief), Dato’ Sallehuddin Hashim (former Secretary General), Dato’ S Nalla Karupan (former Treasurer General) and other personalities such as Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam, Marina Yusuf are amongst hundreds who left PKR when the realisation points them towards the worthless struggle guised by deceit, lies and false hopes. […]

  7. […] lets science be allowed to do their work. Don’t ever be fooled by the Mat King Leather who ‘cried wolf’, too many […]

  8. […] Semenjak dari itu, enam orang MP PKR telah meninggalkan parti; Dato’ Seri Zahrain Hashim, Tan Tee Beng, Hj Mohsein Fadzil, Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong dan terbaru, S Gobalakrishnan. ‘Kuda tambatan’ Anwar dalam PRK P104 Hulu Selangor Dato’ Zaid Ibrahim juga meninggalkan parti. Orang kepercayaan ‘Ketua Umum’  PKR Setiausaha Agung Dato’ Sallehuddin Hashim dan Setiausaha Sulit Anwar Anuar Shaari juga telah lari meninggalkan, untuk menyertai puluhan pemimpin lain. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: