Khalid berselindung untuk pertahankan Mat King Leather

MB Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim cuba memutar belitkan titah DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz mengingatkan Selangor mengenai ancaman keatas orang Melayu dari semua sudut. Ini termasuk kekesalan baginda apabila institiusi Raja Raja Melayu dipersoalkan.

Laporan Utusan Malaysia:

Sultan Selangor dukacita institusi raja Melayu dipertikai

29/11/2010 1:27pm

SHAH ALAM 29 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap orang Melayu yang mempertikaikan kerelevanan institusi raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula.

Sedangkan, titah baginda, alasan golongan terbabit bahawa ia perlu dilakukan kerana negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian adalah amat tidak tepat.

“Sehingga ada suara yang lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ yang ada pada ungkapan ‘Raja-raja Melayu’ hendaklah dihapuskan.

“Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka,” titah baginda sewaktu merasmikan wacana Raja Berperlembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di sini pagi ini. – Utusan

***************

Tuanku sebenarnya mengemakan titah saranan beberapa DYMM Raja Raja Melayu sebelum ini seperti Tuanku Sultan Johor, Tuanku Paduka Seri Sultan Perak dan Tuanku Raja Perlis. Titah amaran ini jelas kerana pelabagai pihak terutama Bukan Melayu mula semakin lantang mempersoalkan kedudukan dan hak orang Melayu, termasuk peranan Raja Raja Melayu dalam sistem politik demokrasi ‘Raja BerPerlembagaan’.

Ada pihak dikalangan orang Melayu sendiri sanggup mengadai apa yang hak dan kepentingan orang Melayu, termasuk yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan mula dicabar. Bukti jelas ialah Ucapan Dasar Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dua hari lepas yang menolak konsep ‘Ketuanan Melayu’ dan dalam ketamakan kuasa politik melalui sokongan Bukan Melayu dan Melayu Liberal mengutarakan konsep ‘Ketuanan Rakyat’.

PKR dan Anwar “Mat King Leather’ Ibrahim memutar belit dan manipulasikan sejarah bahawa asas keujudan negara ini sebenarnya ialah ‘Ketuanan Melayu’ dimana Raja Raja Melayu mempunyai hak mutlak. Apabila British kembali memerintah setelah pendudukan Jepun (1942-5), Whitehall mencadangkan Gagasan Malayan Union dan fungsi Raja Raja Melayu diketepikan seluruhnya. Akibatnya, sokongan orang orang Melayu  digembeling dan penyatuan ini yang diformalasikan melalui UMNO berjaya mengagalkan Malayan Union.

Kini MB Selangor Khalid memutar belit dan memanipulasikan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu sebagai modal terdesak kunun kunun menyalahkan UMNO, kerana disalahkan sebagai punca Rombakan Perlembagaan dua kali (1983 dan 1993) dimana Raja Raja Melayu perlu menanda tangani undang undang yang diluluskan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan kekebalan Raja Raja atas isu peribadi ditarik balik.

MB S’gor: Raja Melayu perlu awasi ‘Si Kitol’

29 Nov, 10 5:25pm

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan “Si Kitoll” yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali “bermuka-muka” untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu “melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja.”

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

“Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya ‘menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu’, kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu,” katanya.

Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, “para pemimpin utama” negara pada ketika itu “melakukan beberapa tindakan secara rahsia” dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.

Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

“Peruntukan asal berbunyi ‘Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani’.

Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.

“Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut,” kata Khalid lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana ‘Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan’ di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

*****************

UMNO adalah organisasi Melayu yang ujud mempertahankan keududukan Raja Raja Melayu, sebagai simbol kedaulatan kuasa orang Melayu, payung ugama Islam dan penaung warisan dan tradisis adat resam dan kebudayaan orang Melayu. Amat jelas peranan UMNO dalam merencana dan mempertahankan kedudukan dan peranan Raja Raja Melayu dalam sistem politik dan sosio-budaya dibuktikan dalam Perjanjian Tanah Melayu yang ditanda tangani oleh Raja Raja Melayu dan Kerajaan British pada 21 Januari 1948. Perjanjian Tanah Melayu ini mula dikuat kuasakan pada 1 Februari 1948 dan UMNO memainkan peranan sebagai pemerhati dan saksi dalam seluruh proses perundingan sehingga perjanjian penting ini dimeterai.

Bagi PKR memanipulasi fakta bagi menyesuaikan kedudukan politik mereka yang terdesak, pemimpin Melayu dikalangan parti yang ujud semata mata memenuhi aspirasi Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar Ibrahim merealisasi ketamakan kuasa yang tidak kesampaian tergamak mengadai kedudukan keramat orang Melayu dalam sistem negara-bangsa yang menjadi asas penubuhan negara ini.

 

 

Advertisements
Published in: on November 30, 2010 at 00:09  Leave a Comment