Kalau setiap Pemuda UMNO beli Utusan Malaysia….

 

Utusan Malaysia: Akhbar terbaik Bahasa Melayu

Utusan Malaysia “Penyebar Fikiran Rakyat” merupakan wadah pencetus minda Melayu, terutama kearah mengekal dan menyuburkan semangat nasionalism. Semangat nasionalism ini merupakan wadah Perjuangan UMNO yang berjaya menggembelingkan 41 NGO Melayu untuk bersatu dan mengagalkan Gagasan Malayan Union. Ini juga asas semangat yang melahirkan Perjanjian Tanah Melayu yang berkuat kuasa 1 Feb 1948 sebagai ganti Malayan Union dan kemudianya menjadi asas Perlembagaan Persekutuan sebagaimana sekarang.

Semangat yang sama memungkinkan Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ianya menjadi panduan bagaimana orang Melayu berjaya dibangunkan sehingga tahap ini.

Mesej yang melegakan orang Melayu

Secara strategik, Utusan Malaysia telah banyak memainkan peranan agen perubahan orang Melayu, dari menyebarkan maklumat, menyuburkan semangat nasionalism hingga mencabar minda. Gerakan menjana semangat nasionalism dikalangan orang Melayu sepanjang penentangan Malayan Union sehingga Kemerdekaan dicapai adalah jasa Utusan Malaysia. Orang Melayu pada masa itu yang tidak mempunyai apa apa berjaya menjadi ‘kuasa politik’ yang amat substanstif sehingga Penjajah British bersetuju untuk mengakui ‘kuasa massa’ berbanding dengan ‘kuasa feudal’.

Penyebaran maklumat mengenai pembangunan orang Melayu secara menyeluruh dijana oleh Utusan Malaysia, dari sudut falsafah, dasar dan plan rencana, kemaskini maklumat mengenai sistem penyampaian dan kemajuan dan kadang kala menjadi kritis atas sebab sebab tertentu. Orang Melayu menerima dasar Kerajaan dengan adanya sistem penerangan yang komprehensif dijana melalui Utusan Malaysia.

'Amaran Awal' (early warning) kepada orang Melayu pada 28 Nov 1999

Peranan Utusan Malaysia menjadi ‘semboyan’ bagi ‘peperangan politik’ untuk orang Melayu begitu dalam kesanya.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dikatakan berjumlah 680,000 ahli. Ianya berperanan sebagai sayap pengerak dan pemaju jentera gerak-gempur UMNO. Peranan taktikal ini amat penting bagi menentukan program program parti, terutama masa siri kempen dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif.

Cerita penting Utusan: Isu 'Bendera' dan 'MP Serdang ceramah dalam surau'

Maka dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia digesa secara serious untuk menentukan SEMUA AHLI MEMBELI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA SETIAP HARI. Ini kerana Pemuda UMNO akan lebih bermaklumat dan proses penyebaran dan propaganda itu akan sekata dan senada dan agenda yang dibawa Utusan Malaysia (semestinya mendapat ‘restu’ Kepimpinan) akan dilaksanakan bagi tujuan transformasi konsisten. Agenda ini adalah sebahagian Plan Transformasi UMNO Presiden UMNO ke VII Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak bahawa UMNO perlu menjadi parti massa Melayu untuk Malaysia, sepenuhnya dan Utusan Malaysia amat berdedikasi membawa mesej ini.

Jika PPUM berjaya mengerakan setiap ahli membeli Utusan Malaysia setiap hari, maka edaran akhbar Bahasa Melayu itu secara automatiknya akan meningkat sebanyak 450% kepada lingkaran 750,000 – 800,000 naskah sehari, dalam jangkamasa yang amat singkat. Ianya akan menjadi akhbar arus perdana harian paling berkuasa, berpengaruh dan merangkaikan kumpulan sasar paling meluas dan komprehensif dalam negara.

Utusan Melayu edisi terawal

Utusan Melayu hari ini: Sebagai sisipan setiap Isnin

Jaringan sebesar ini akan juga memungkinkan semua program kommersial Utusan Malaysia sebagai entiti keusahawanan berjaya dan secara tidak langsung, syarikat syarikat Melayu yang dirangkumi bawah jajaran pengiklanan akhbar itu akan beroleh keuntungan strategik. Keuntungan sebegini akan memungkinkan juga Kumpulan Utusan Melayu Bhd. menerbitkan akhbar bahasa jawi Utusan Melayu dan diedarkan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia, bagi menentukan bahasa dan budaya Bangsa Melayu terpelihara dan subur dipupuk bagi mencorak jati diri generasi akan datang. Hari ini, kemampuan orang Melayu menguasai kemampuan membaca dan menulis jawi adalah ditahap kritikal.

Muka depan Utusan Malaysia: Bangkitlah Melayu!

Kualiti maklumat dalam Utusan Malaysia tersendiri akan meningkat dan lebih banyak dan pelbagai peringkat pencernaan minda akan berlaku secara sejajar, samada secara lateral atau horizontal. Sokongan padu edaran sebanyak itu akan memungkinkan Utusan Malaysia menjadi akhbar arus perdana paling progressif dan akan diletakan sebagai rujukan utama mengenai Malaysia, termasuk dari peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu secara tidak langsung akan menjadi bahasa yang mampu memberikan pandangan yang akan diberikan perhatian warga global. Analisa Utusan Malaysia juga atas isu isu tertentu terutama perspektf rakyat Malaysia dipersada antarabangsa juga akan lebih kritikal.

Utusan Malaysia Online

Ini cabaran kami di BigDogDotCom bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Sekiranya kempen ini berjaya diperingkat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, maka UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO pula akan secara tersendiri akan mengikut jejak langkah untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai wadah pencernaan minda dan maklumat paling strategik dan effektif negara.

Ada berani?

Published in: on December 4, 2010 at 10:47  Comments (45)