Mantan MB Selangor didakwa hari ini

Maklumat yang diterima bahawa Mantan MB Selangor Dato Seri Dr. Mohd. Khir Toyo akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Beliau yang sebelum ini disiasat oleh SPRM kerana memiliki hartanah yang berlebihan dan bernilai tinggi (dipercayai termasuk sebuah rumah bernilai RM 24 Juta) dijangkakan akan didakwa bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Istana Khir Toyo d Seksyen 7, Shah Alam

Difahamkan dakwaan ini melibatkan sebidang tanah bernilai RM 6.7 juta pada 2004 telah dijual kepada Khir dengan harga RM 3.5 Juta pada tahun 2007. Tanah itu berada dalam kejiranan mewah dan dipercayai penjelasan ‘susut nilai’ hartanah dianggap tidak memadai.

Dakwaan ini merupakan satu ‘tangkapan besar’ bagi usaha ‘memerangi rasuah’, yang dijadikan salah satu dari tiga teras janji PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa mengambil alih sebagai Presiden UMNO ke VII pada 28 Mac 2009 dari PM ‘Flip-Flop’ Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Khir meng'anugerah'kan 'hadiah penyapu' kepada PBT Hulu Selangor, 2007

Beliau mengambil alih sebagai MB Selangor dari Tan Sri Dr Abu Hassan Omar pada 2000  walaupun tidak pernah menjawat Exco dan bertugas sehingga BN kalah di Selangor pada PRU 8 Mac 2008. Sebagai MB Selangor beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Antara kontroversi lain ialah beliau pernah mengaibkan seorang Ketua Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan dengan ‘Hadiah Penyapu’ sebagai cara ‘demerit’ dalam satu majlis rasmi.

Beliau kini adalah Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan tidak lagi menyandang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

*Dikemas kini  1100hrs

The Star sms alert:

5/12 MACC arrests ex-Selangor MB Mohd Khir Toyo; he is to be charged with Ditamas Sdn Bhd director Shamsuddin Haryoni for alleged land fraud/STAR“.

Khir dan Shamsuddin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Beliau merupakan MB Selangor ketiga yang didakwa dalam Mahkamah kerana amalan rasuah, selepas Dato Harun Idris dan Tan Sri Muhammad Hj Muhd. Taib.

Published in: on December 6, 2010 at 09:09  Comments (16)