Tiba masa Nik Aziz bersara

 

Malam ini hebih berita mengenai Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan tenat dan dimasukan ke hospital. Beliau dikatakan berada dalam keadaan tidak sihat semasa mengerjakan haji, menemani DYMM Al Sultan Kelantan Tuanku Sultan Muhammad V pertengahan bulan lepas.

Laporan Malaysian Instinct:

GEMPAR: Nik Aziz Tenat

TUESDAY, 07 DECEMBER 2010 23:58
E-mailPrintPDF

Oleh Farah Deeba

Ini satu berita gempar yang Farah terima tengah malam ini…dimaklumkan seorang rakan dari Kelantan bahawa Nik Aziz sakit tenat malam ini dan terpaksa dibawa ke hospital.

Punca dikatakan kerana sesak nafas.

Nik Aziz dikatakan dibawa menggunakan ambulan malam tadi.

Setakat ini tidak banyak maklumat yang diperoleh namun keadaan beliau dikatakan tenat dan beliau ditempat di wad rawatan rapi Hospital

Sakit beliau ini dikatakan ada berhubung kait dengan sakit dialami ketika mengerjakan haji tahun ini. Beliau dikatakan gagal menyempurnakan ibadah berkenaan dan terpaksa membayar Dam (denda).

Nampaknya sakit mengikut beliau sehingga ke negara ini…

Walaupun mungkin berlainan haluan politik, mari bersamalah kita mendoakan kesejahteraan beliau.

***********

Dari laporan ini, menunjukan Nik Aziz berkata dalam keadaa serious. Sesak nafas merupakan salah satu simptom untuk penyakit koronari. Namun, tiada pengesahan mengenai keadaan sebenar Murshidul Am PAS itu setakat ini.

 

PM Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak ditemani Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Dato' Mustapha Mohamad menziarahi Nik Aziz semasa dalam rawatan di hospital

Nik Aziz merupakan seorang yang mengidap penyakit koronari dan telah beberapa kali dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di Kota Bahru dan Kuala Lumpur, termasuk IJN. Dalam usia yang hampir mencecah 80 tahun, Nik Aziz tidak beberapa bertenaga dan perlu banyak rehat walaupun tidak dalam keadaan sakit.

Beliau telah mengambil alih sebagai Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990 apabila PAS berjaya dengan bantuan Semangat 46 berjaya mengalahkan BN dalam PRU 8. Ini bermakna Nik Aziz telah berada dalam tanpuk pemetrintahan Kerajaan PAS Kelantan selama lebih 20 tahun.

 

Nik Aziz memberi 'rasuah' semasa PRK N045 Galas baru baru ini

Tidak banyak kemajuan atau pembangunan yang berjaya dijana bawah kepimpinan Nik Aziz. Walaupun membawa slogan “Serambi Mekah”, namun pembangunan minimal yang dibawa PAS tidak melambangkan bahawa Islam itu berusaha untuk kearah pembangunan fizikal. Nik Aziz gagal membangunkan program seperti kesihatan, pelajaran dan keusahawanan atas inisiatif kerajaan negeri. Malah, Kerajaan Negeri Kelantan juga gagal membina sebarang masjid baru dengan alasan “Kita tidak mahu manjakan rakyat untuk bina masjid. Masjid Kerajaan buat masjid; ini tak betul”.

Lihat video dari unit video PAS mengenai alasan mengapa Kerajaan PAS Kelantan gagal membina masjid:

Isu asas seperti air juga gagal diselesaikan oleh Kerajaan PAS Kelantan semenjak 20 tahun ini sehinggakan kurang dari 50% penduduk mempunyai bekalan air bersih yang diproses.

Berita Nik Aziz ini dikira mengemparkan dan kami di BigDogDotCom ingin mengajak pembaca blog ini mendoakan agar beliau cepat pulih se,buh dan pulih dan demi kesejahteraan seorang pemimpin yang amat berpengaruh di Kelantan.

Sempena beliau berada dalam keadaan sakit, maka kami ingin mencadangkan agar Nik Aziz menimbangkan secara serious untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Kelantan dalam masa terdekat dan memberikan laluan kepada pemimpin yang lebih muda dan bertenaga. Ini memandang keuzuran beliau yang berulang menjurus kearah tidak meyakinkan bahawa beliau boleh mentadbir Kelantan dengan baik, sedangkan semasa beliau sihat pun tidak banyak kemajuan dan pembangunan yang berjaya dibawa.

Pengunduran beliau dari jawatan rasmi pentadbiran negeri mungkin mengurangkan tekanan dan boleh memberikan tumpuan kepada kerja parti dan kedudukan beliau sebagai seorang guru ugama yang dihormati, terutamanya di Kelantan.

 

 

 

 

 

 

Published in: on December 8, 2010 at 03:07  Comments (8)