Tiba masa Nik Aziz bersara

 

Malam ini hebih berita mengenai Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan tenat dan dimasukan ke hospital. Beliau dikatakan berada dalam keadaan tidak sihat semasa mengerjakan haji, menemani DYMM Al Sultan Kelantan Tuanku Sultan Muhammad V pertengahan bulan lepas.

Laporan Malaysian Instinct:

GEMPAR: Nik Aziz Tenat

TUESDAY, 07 DECEMBER 2010 23:58
E-mailPrintPDF

Oleh Farah Deeba

Ini satu berita gempar yang Farah terima tengah malam ini…dimaklumkan seorang rakan dari Kelantan bahawa Nik Aziz sakit tenat malam ini dan terpaksa dibawa ke hospital.

Punca dikatakan kerana sesak nafas.

Nik Aziz dikatakan dibawa menggunakan ambulan malam tadi.

Setakat ini tidak banyak maklumat yang diperoleh namun keadaan beliau dikatakan tenat dan beliau ditempat di wad rawatan rapi Hospital

Sakit beliau ini dikatakan ada berhubung kait dengan sakit dialami ketika mengerjakan haji tahun ini. Beliau dikatakan gagal menyempurnakan ibadah berkenaan dan terpaksa membayar Dam (denda).

Nampaknya sakit mengikut beliau sehingga ke negara ini…

Walaupun mungkin berlainan haluan politik, mari bersamalah kita mendoakan kesejahteraan beliau.

***********

Dari laporan ini, menunjukan Nik Aziz berkata dalam keadaa serious. Sesak nafas merupakan salah satu simptom untuk penyakit koronari. Namun, tiada pengesahan mengenai keadaan sebenar Murshidul Am PAS itu setakat ini.

 

PM Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak ditemani Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Dato' Mustapha Mohamad menziarahi Nik Aziz semasa dalam rawatan di hospital

Nik Aziz merupakan seorang yang mengidap penyakit koronari dan telah beberapa kali dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di Kota Bahru dan Kuala Lumpur, termasuk IJN. Dalam usia yang hampir mencecah 80 tahun, Nik Aziz tidak beberapa bertenaga dan perlu banyak rehat walaupun tidak dalam keadaan sakit.

Beliau telah mengambil alih sebagai Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990 apabila PAS berjaya dengan bantuan Semangat 46 berjaya mengalahkan BN dalam PRU 8. Ini bermakna Nik Aziz telah berada dalam tanpuk pemetrintahan Kerajaan PAS Kelantan selama lebih 20 tahun.

 

Nik Aziz memberi 'rasuah' semasa PRK N045 Galas baru baru ini

Tidak banyak kemajuan atau pembangunan yang berjaya dijana bawah kepimpinan Nik Aziz. Walaupun membawa slogan “Serambi Mekah”, namun pembangunan minimal yang dibawa PAS tidak melambangkan bahawa Islam itu berusaha untuk kearah pembangunan fizikal. Nik Aziz gagal membangunkan program seperti kesihatan, pelajaran dan keusahawanan atas inisiatif kerajaan negeri. Malah, Kerajaan Negeri Kelantan juga gagal membina sebarang masjid baru dengan alasan “Kita tidak mahu manjakan rakyat untuk bina masjid. Masjid Kerajaan buat masjid; ini tak betul”.

Lihat video dari unit video PAS mengenai alasan mengapa Kerajaan PAS Kelantan gagal membina masjid:

Isu asas seperti air juga gagal diselesaikan oleh Kerajaan PAS Kelantan semenjak 20 tahun ini sehinggakan kurang dari 50% penduduk mempunyai bekalan air bersih yang diproses.

Berita Nik Aziz ini dikira mengemparkan dan kami di BigDogDotCom ingin mengajak pembaca blog ini mendoakan agar beliau cepat pulih se,buh dan pulih dan demi kesejahteraan seorang pemimpin yang amat berpengaruh di Kelantan.

Sempena beliau berada dalam keadaan sakit, maka kami ingin mencadangkan agar Nik Aziz menimbangkan secara serious untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Kelantan dalam masa terdekat dan memberikan laluan kepada pemimpin yang lebih muda dan bertenaga. Ini memandang keuzuran beliau yang berulang menjurus kearah tidak meyakinkan bahawa beliau boleh mentadbir Kelantan dengan baik, sedangkan semasa beliau sihat pun tidak banyak kemajuan dan pembangunan yang berjaya dibawa.

Pengunduran beliau dari jawatan rasmi pentadbiran negeri mungkin mengurangkan tekanan dan boleh memberikan tumpuan kepada kerja parti dan kedudukan beliau sebagai seorang guru ugama yang dihormati, terutamanya di Kelantan.

 

 

 

 

 

 

Published in: on December 8, 2010 at 03:07  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/08/tiba-masa-nik-aziz-bersara/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. eh, BD,
    belum pernah ada dlm sejarah manusia seorang Firaun , yg menolak kewujudan Allah dan membina monumen yg tahan beribu tahun, berhenti dari firaun kecuali firaun tu mampos.

  2. Tuan, itu gambar bersanding bukanlah gambar Nik Aziz MB Kelantan.

    Orang dalam gambar memang namanya Nik Aziz, tetapi orang Kuala Terengganu. Nik Aziz ini adalah bekas pengurus perjawatan Bank Bumiputra (kini CIMB) era 70-80han dulu.

    Sejak hampir 15 tahun kebelakangan Nik Aziz dalam gambar sanding tu adalah pengusaha firma Dale Carnegie, cawangan Malaysia.

    Salah anggapan warga siber tentang gambar tersebut, khususnya di kalangan blogger pro-kerajaan telah jadi bahan ketawa di pihak pembangkang Melayu.

    Salam.

  3. BigGuy,

    Dah lama dah patut bersara!

    Tua kutuk ni bukan bawak apa apa kemajuan pun bagi org Kelate. Menyemai politik kebencian & memperkudakan ugama lagi ada!

    Aku tak ajak terkejut ramai org Kelate/PAS masih lagi bersedia dgn mentaliti kafir-mengkafir sesiapa yg tak ikut ajaran Islam songsang ala PAS mereka!

    “Allah pun mencarut”
    “Boleh berkawan dgn syaitan!”
    “Kerajaan tak payah buat masjid”

    Islam apa benda ni????

    Sejak ada ular-dalam-semak cam Nik Ajis ni dibiarkan dakyah songsang dia, umat Islam Malaya ni makin terbelah. Ini bukan sunnah Rasulullah ni! Ini sememangnya bukan wahyu Allah, sebagaimana dlm Quran!

    • Kata orang tak baik nak do’akan orang supaya mati. Aku tak do’akan. Aku tak harapkan. Tapi kalau dia pergi cepat, aku rasa Melayu tak rugi.

      Aku harap tak salah kata begitu. Tak do’akan, tak harapkan. Cuma menyatakan rasa tak rugi.

      Kalau salah tolong beri tahu firman nya. Atau siapa keluarkan fatwa yang kata itu salah.

      Kalau ada Hadith baginya, tolong beri butiran puncanya dengan lanjut. Bukan sahaja kesahihanya – sama ada Bukhari ke, Muslim ke dan sebagainya. Tapi juga dikitab mana, Bab berapa, Halaman berapa, dan lain lainnya.

      Sebab ada lk 1 juta Hadith yang dikumpul Imam Imam Islam. Bukhari sahaja kumpul lk 600,000. Dia hafal hanya lk 200,000. Namun demikian, Kitabnya menyebut hanya lk 5,000 Hadith sahaja. Siapa nak tahu punca maalumat ini dan butir lanjutnya, sila beri tahu aku disini.

      Sekian.

  4. elokla juga saranan ramai dia letak jawatan sekarang. sedang sultan yg ada, belum mangkat lagi diganti!aku agakla pemimpin2 pas yg dah lama tunggu pun harap dia segera berundur supaya mrk dapat naik! mrk takkan suarakan, takut kena tulah/badi barangkali tapi aku tahu, JAUH DI SUDUT HATI MRK MENGHARAPKAN…ramai yg berkelayakan, ramai yg menunggu giliran, 20 tahun dah….

    mungkin ramai penyokong n.aziz akan marah aku cakap terus terang begini. namun, lebih jahat mrk yg tidak menyuarakan hasrat hati meminta dia berundur tetapi menginginkan yg lebih jauh lagi!!! fikirkanlah siapa mrk2 itu!!!! bukan aku pun….

  5. I posted part of your post here, and receive quite a response . http://www.facebook.com/#!/jitraguy/posts/175260912502869?notif_t=share_comment

  6. erm…. kelate mundur? hahaha konfem xpenah lawat kelantan, kalu dtgpon terus pegi jelajah kaw hulu…. mmgpon nampak mundur…… kalau nk dibandingkan dgn neger2 pantai timur, kelantan jauh lebih maju……… supermarket area KB jer lebih dr 10 bijik…… hotel toksah ckp, lalulah ikut jln manapon, nk sampai KB mesti jumpa dulu hotel 4bintang…. jd hujah ttg kemunduran kelantan & kelemahan pentadbirannya selalunya dtg dr org yg xpenah buat perbandingan dr thn 1990 sampai 2010

    tp aku akui nik aziz mmg patut resign….. dia dh terlalu tua, lgpon bnyk muka br yg berkaliber yg blh ambil alih tanggungjwb beliau

    allah mencarut? mencarut menurut pemahaman org kelantan xsama dgn org luar, so maybe sedikit confuse… supaya senang phm bukak jer kamus DBP, mencarut tu maknanya sgt luas

    blh berkawan dgn syaitan? kerajaan xpyh buat masjid? jgn amik tajuk shj, sedangkan isi kupasannya langsung xdibaca…… sudah menjadi tradisi akhbar di malaysia, slalunya tajuk xseindah rupa, especially bila melibatkan soal politik dan artis….. don’t judge the book by its cover

  7. Ya ALLAH,Ya Tuhanku… Mdah2an ALLAH mmanjangkan Umur Tuan Guru @ Tok Guru…Amin,Ya ALLAH…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: