Nampaknya penyokong Mat King Leather kena mandi bunga…..

Sepanjang 12 tahun ini kami di BigDogDotCom tidak pernah meragui Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau bertindak untuk memecat Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 Sept 1998. Keesokanya pula, Majlis Tertinggi UMNO mengundi agar Anwar dipecat dari UMNO.

Sebab pemecatan: Anwar melakukan sumbang seks meliwat!

Kemudian Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa itu menlancarkan gerakan politik jalanan ‘Reformasi’ untuk membangkitkan emosi rakyat, terutama golongan muda bahawa “Kepimpinan Tun Dr Mahathir memfitnah beliau semata mata untuk menghalalkan amalan kronyism yang berluasa dan mempertahankan ’empayar’ kuasa”. Rakyat Malaysia terutama golongan muda dikalangan orang Melayu diajar untuk berdemonstrasi, merusuh (apabila Polis mengarahkan untuk bersurai) dan melemparkan kata kata kesat kepada Kepimpinan dan juga mereka yang menjalankan tugas, terutama Polis.

Mula dari saat itu, ketidak stabilan masyarakat Malaysia bermula dan rakyat Malaysia terlalu banyak menghabiskan sumber dan tenaga untuk ‘main politik’, terutama ‘Politik Kebencian’ makin menular dan mengambil tempat dalam persada arus perdana. Pembangkang iaitu PAS dan DAP menangguk sepenuhnya dalam kekeruhan ini. Tuduhan demi tuduhan mula dilemparkan sewenang wenangnya tanpa mengambil kira kesan implikasi.

‘Politik Pembangunan’ yang dijana oleh Barisan Nasional (bermula semasa Kerajaan Parti Perikatan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru pada 1971) mula terencat kerana parti pemerintah mula terlibat dan memperuntukan banyak sumber dan tumpuan kearah proses ‘memadam api’ dari segala pembohongan, manipulasi dan tuduhan liar ‘Politik Kebencian’ Pembangkang.

Ianya berterusan dan makin ramai golongan muda, terpelajar dan professional terutama Bukan Melayu dengan ‘Keyakinan Palsu’ yang ditopengkan melalui pelbagai nilai sejagat seperti kesama rataan, keadilan dan keterbukaan. Ini termasuk kesediaan Anwar menerima orang Islam yang ingin murtad dan mencabar ‘Ketuanan Melayu’. ‘Ketuanan Rakyat’ diperkenalkan, bagi bertujuan untuk menambat hati terutamanya Bukan Melayu.

Namun, realitinya berbeza. Satu demi satu apa yang haq berbanding dengan yang batil mula terserlah.

Tahun 2010 ini mempertontonkan apa yang sebenarnya mengambarkan dengan jelas mengenai ‘Anwar Bin Ibrahim’. Ianya bermula dengan 5 MP PKR meninggalkan parti kerana tidak tergamak berada dalam ‘Pembohongan’. Mereka menjadi sebahagian dari statistik dan nama pemimpin yang pada mulanya begitu yakin dengan Anwar tetapi mula insaf akan ‘binatang yang berdalangkan pelbagai sandiwara.

 

Pemimpin PKR yang sedar 'Kebinatangan' sebenar Anwar "Mat King Leather" Ibrahim

Kemudian episod ‘Apco-gate’ apabila Anwar menuduh Kerajaan ialah pro-Zionis kerana menggunakan khidmat firma PR Apco bagi program membetulkan persepsi buruk mengenai Malaysia di Barat, terutama Amerika Syarikat. Apco berjaya menerangkan kepada warga kepimpinan dan para pelobi kuasa sekitar Washington D.C. bahawa isu Anwar meliwat Saiful sebenarnya harus dilihat dari perspektif ‘tekanan seksual’ (sexual harassment) kerana Anwar merupakan majikan Saiful (masyarakat Barat tidak melihat ‘liwat’ sebagai sesuatu yang ‘jijik’).

Anwar telah dihadapkan ke Jawatankuasa Parlimen kerana membuat tuduhan terhadap PM Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam Dewan Rakyat, tanpa mengemukakan bukti. Jawatankuasa tersebut sebenarnya memberikan MP Permatang Pauh itu tempoh seminggu untuk melengkapkan hujah beliau mempertahankan tindakan. Namun, Anwar gagal.

Akibat tuduhan dalam Dewan Rakyat itu juga, Anwar disifatkan oleh rakan rakan karib Yahudi Neo Con sendiri sebagai ‘Anti Yahudi’ dan kredibiliti beliau terutama dikalangan ‘pembiaya’ di Washington D.C. makin meleset. Beliau bergegas ke ibu negara Amerika Syarikat itu untuk menagih sokongan yang makin tiris.

Bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan kes meliwat Saiful Bukhari Azlan makin menarik kerana pakar mengesahkan berlaku ‘penetrasi’ dan mani didalam dubur Saiful ialah milik Anwar.

Pemilihan parti terutama kedudukan tertinggi PKR bulan lepas jelas membuktikan berlaku manipulasi dan pembohongan, serta gerry-mandering Kepimpinan untuk mempertahankan kedudukan calon tertentu yang sebenarnya ialah kroni Anwar dan keluarga. Calon Timbalan Presiden Zaid Ibrahim, yang juga ‘kuda tambatan’ peribadi Anwar dalam kempen P094 Hulu Selangor bertindak keluar parti. PKR ala Anwar Ibrahim memang jelas terbukti bukan sebagaimana yang diwar warkan.

Semalam dunia digemparkan dalam pendedahan Wikileaks dimana Singapura didapati mengesahkan kepada agensi perisikan Australia bahawa Anwar memang seorang peliwat. Ini bermakna dikalangan agensi perisikan dan keselamatan Barat, terutama ‘lingkaran tertutup’ (close circle) Amerika Syarikat memang sudah sedia maklum mengenai aktivti sumbang seks Anwar ini.

Pendedahan Wikileaks ini bermakna Amerika Syarikat selama ini memberikan Anwar sokongan kunun kunun “Keerana beliau tidak mendapat proses penghakiman yang adil dan saksama” dan “Wira yang menghidupkan demokrasi walaupun menjadi ‘mangsa hegemoni’ kuasa Kerajaan parti pemerintah Malaysia” adalah wayang semata mata. Ini terbukti sokongan Amerika Syarikat selama ini terhadap Anwar merupakan agenda mereka untuk menguasai politik Malaysia bila Pakatan Rakyat berjaya ‘menawan Putrajaya’.

Bagi mereka yang masih menaruh keyakinan bahawa Anwar difitnah dan memberikan kepercayaan bahawa beliau merupakan ‘Penyelamat Negara’ termasuk “Anugerah Allah”, maka sudah tiba masa untuk muhasabah dan menerima realiti. Orang yang agensi perisikan Barat juga mengesahkan bahawa ‘Melakukan aktiviti liwat’ tidak mungkin menjadi “Anuegrah Allah”.

Bagi mereka pula yang selama 12 tahun ini meragui, mengutuk, mencaci dan mengeluarkan kata kata kesat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Ketua Polis Negara Tun Mohd. Hanif Omar, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mokhtar Abdullah dan Tan Sri Abdul Ghani Patail, sudah tiba masa untuk memohon ampun sebelum terlambat.

Nampaknya, sudah tiba masanya juga untuk mereka yang selama ini yang begitu yakin kepada Anwar mandi bunga….

Posted with WordPress for BlackBerry.

Published in: on December 12, 2010 at 11:34  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/12/nampaknya-penyokong-mat-king-leather-kena-mandi-bunga/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. Buat hapa depa kena mandi bunga ? bukan depa nak cepat dapat jodoh … hehehe … seeloknya depa ni kena pi basuh diri di 7 kolah wuduk di 7 masjid, sembahyang sunat taubat, minta ampun kepada semua yang depa dok maki selama ini : terutamanya Tun Dr.M …

    memang ramai yang meninggalkan Dr.M (atau lebih tepat membenci BN) kerana terpedaya dengan Anwar … depa ingat kes pertama Anwar dulu adalah konspirasi & tipu daya Dr.M untuk menjatuhkan Timbalannya sendiri … (sedangkan Anwar tu anak didik kesayangan Dr.M sejak di bawa masuk UMNO dari ABIM) …

    Untuk kes kedua pula, depa menuduh kerajaan BN tak berani dengan gelombang Pakatan Rakyat … akhirnya melakukan sekali lagi konspirasi menjatuhkan Ketua Umum laknatullah itu …

    Akhirnya, apabila puak yang tidak terlibat langsung dengan BN seperti WikiLeaks membuat pendedahan sedemikian … apa yang geng Pakatan nak sebut lagi ? FITNAH ? DIBAYAR UMNO ? PENIPUAN ? KONSPIRASI JUGAK ?? … hehehe , sedarlah dari tidurrrr wahai puak Pakatan semua ! Anda telah pilih KETUA YANG MEMANG PELIWAT .

    AloQStaQ
    12-12-2010
    3:20 Ptg

  2. to 2nd..

    Sekurang²nya perosak² negara tulah yang memberikan kemajuan daripada bro King Leather Anwar kamu tu… peliwat bangsa, agama dan lelaki!

  3. Tulah maki lagi pemimpin negara yang dah ke Mekah. Saiful Bukhari pun dah ke Mekah juga.

    Lepas ni tunggulah makbulnya doa orang yang teraniaya.

  4. Nak tahu cerita daripada Umi Hafilda Ali, adik Azmin Ali, layari blog Srikandi7.

  5. […] This post was mentioned on Twitter by Zul Azhar Cha and azeeza, unit media baru PPUM. unit media baru PPUM said: penyokong Anwar kena mandi bunga https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/12/nampaknya-penyokong-mat-king-leather-kena-mandi-bunga/ […]

  6. Setelah meneliti kandungan Wikileak tu, saya bersetuju dengan Dato Seri Anwar bahawa sumbernya adalah SB. Teori konspirasi juga dikuatkan dengan pendedahan wikieak ni. Saya cukup terharu membayangkan betapa sukarnya kehidupan DSAI disebabkan konspirasi konspirasi yg terpaska ditujukan kpd beliau.
    tabahlah dsai.

    • Dah mandi bunga belum?

  7. aku tak kesian langsung dengan si nuar tentang teori konspirasinya

    yang aku kesian ialah mamat jamon ni yang sampai sekarang tak nak percaya yang nuar tu kaki sondol!! apa memang sdr ni jambu ke ????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: