Raja Petra mula pokai?

 

Raja Petra: The fugitive cyber-anarchist currently charged under Penal Code

Dewasa ini, blogger yang menjadi buruan Polis Raja Petra Kamaruddin kerana gagal menghadirkan diri pada 23 April 2009 dalam perbicaraan kes memfitnah dengan niat jahat sudah mula menyerang PKR terutama Kepimpinanya.

Laporan MStar:

Published: Rabu Disember 15, 2010 MYT 9:27:00 PM
Updated: Rabu Disember 15, 2010 MYT 12:08:34 AM

RPK Serang PKR: Pembangkang Tak Layak Perintah Negara

PETALING JAYA: Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang’ parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini.

Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh Umno atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?,” tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred, Isnin.

Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai ‘kuda Trojan’ serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak.

Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat.

“Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot.

“Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini,” soalnya.

Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah.

“Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan.

“Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi,” ujar Raja Petra.

Katanya, ramai kecewa dengan laporan WikiLeaks mengenai pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka berasa ia adalah tidak adil dan beretika bagi WikiLeaks untuk menerbitkan satu laporan berhubung dengan isu tersebut ketika prosiding mahkamah masih berlangsung.

“Sudah pasti, saya bersetuju, perbicaraan itu sedang berlangsung. Jadi kita tidak sepatutnya memberikan komen tentang sesuatu perbicaraan yang sedang berlangsung.

“Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini?

“Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar.

“Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar,” tulisnya.

Raja Petra menambah, Malaysia Today bukan sahaja lantang bersuara dalam kes perbicaraan Anwar bahkan beberapa kes besar termasuk kepincangan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semasa ia masih dibicarakan di mahkamah.

Dia memberitahu, mereka yang suka mencari pasal perlu bersedia untuk menerima kritikan.

********************

Serangan ini secara automatiknya menjadi tandatanya dikalangan ramai pihak samada penjadi penyokong dan peminat  Raja Petra atau pengkritik beliau. Dikalangan golongan ini, ada yang menerima serangan Raja Petra terhadap parti yang beliau dukung sekelian lama (semenjak zaman Reformasi lagi) sebagai ‘ikhlas’ dan perasaan sebenar.

Ini juga mungkin dimodalkan sebagai contoh PKR  adalah ‘demokratik’ kerana pendukung kuat pun membidas diri mereka sendiri secara terbuka. Kerterbukaan ini adalah strategi biasa PKR, yang kunun kunun mendukung nilai nilai sejagat yang menjadi pedoman ramai Bukan Melayu dan Melayu Liberal.

Namun, ini sebenarnya bukan kali pertama Raja Petra menyerang Kepimpinan PKR, terutama Anwar “Mat King Leather” Ibrahim secara terbuka. Ulangan ini mula dilihat semasa kempen Pilihanraya DUN Sarawak Mei 2006 dimana beliau secara terbuka ‘menyerang’ Mantan-Salahguna-Kuasa itu.

Sebabnya amat mudah dan langsung: Soal duit.

Raja Petra menyerang Anwar dan ‘Kepimpinan Ketat’ PKR (Wan Azizah, Azmin Ali, Ezam Md Noor) kerana duit yang diperuntukan untuk pilihanraya tersebut bagi operasi PKR di Sarawak didapati ‘tidak turun’. Beliau mengambil langkah untuk menyerang Anwar secara terbuka melalui laman blog Malaysia Today.

Oleh kerana mengambil kedudukan ‘permusuhan’ dengan Anwar ini, Raja Petra sebaliknya mengambil kedudukan ‘menyokong’ musuh ketat Mat King Leather itu iaitu Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang masa yang sama mula mengkritik Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi secara sengit dan terbuka. Malah, ucapan terbuka pertama Tun Dr. Mahathir membidas PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ialah dalam majlis wacana yang dianjurkan oleh Malaysia Today(mewakili Rakan Media Alternatif)  pada 24 Jun 2006 di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Ulu Kelang.

Raja Petra mula mendekatkan diri dengan bloggers pro-UMNO yang memang sedia menyokong Tun Dr. Mahathir kerana mempunyai agenda yang sama; menyerang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah yang disifatkan sebagai lemah, memberikan kesan negatif dan mengakibat kertirisan kedudukan Kerajaan BN, UMNO dan mengadaikan kepentingan orang Melayu. Dalam proses ini, Raja Petra secara sedikit demi sedikit berkongsi maklumat mengenai ‘perjuangan’ beliau termasuk mengapa beliau mula menyerang Anwar dan mengambil peluang untuk mendukung mesej Tun Dr. Mahathir, yang beliau ‘kaburkan’ sebagai ‘Perjuangan Menjatuhkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’.

 

Nurul Izzah Anwar bertemu pemimpin Filipina yang korup dan mempunyai 4 orang anak luar nikah

Beliau selalu mengadu bagaimana Anwar dan kroni terdekat seperti Azmin tidak menggunakan wang yang peruntukan ‘pembiaya’ bagi kegunaan partu malah ‘menyimpan bagi kegunaan sendiri. Raja Petra sendiri pernah menceritakan kepada antara kami bagaimana Wan Azizah telah pergi ke Hong Kong untuk bertemu pembiayaa Yahudi Neo Con terkenal iaitu George Soros dan membawa pulang USD 10 Juta dan Nurul Izzah Anwar pulang dari bertemu Mantan Presiden Filipina Joseph “Erap” Estrada (yang juga ‘boneka’ Amerika Syarikat di Asia Tenggara) jumlah yang sama. Sebahagian dari kegunaan dana ini pada awal 2006 ialah bagi membiayaai kempen PKR dalam Pilihanraya DUN Sarawak.

Raja Petra menceritakan dengan terperinci bagaimana Anwar dan kroni datang ke Sarawak, menginap di hotel lima bintang sekitar Kuching dan menyewa kenderaan pacuan empat roda mewah dan berjenama sedangkan jentera PKR tidak mendapat peruntukan asas seperti wang bagi kegunaan petrol, pengangkutan, perhubungan (termasuk ‘top-up’ telefon pra-bayar) dan belanja tunai pos pos jentera, atas alasan “Parti tidak ada duit”.

Kebarangkalian blogger yang kini dikenali sebagai ‘Pembohong Tegar’ (kerana sebagai buruan Polis apabila didakwa dalam Mahkamah Jenayah dan apabila diberikan peluang membela diri dengan mengemukan hujah dan bukti dan juga gagal mengemukakan bukti bila dicabar) mengambil kedudukan ini terhadap Anwar dan kroni adalah sebab duit adalah amat besar. Ini kerana ianya pernah berlaku dan beliau sendiri mungkin dalam keadaan kesempitan wang kerana kos tinggi tinggal di United Kingdom dan kemungkinan berhadapan dengan masalah peribadi yang rumit.

Pada pertemuan blogger All Blogs dengan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim pasca PRK Ijok April 2007, isu mengenai mengapa penudukung tegar asal media baru perjuangan KeAdilan seperti Raja Petra (yang berdedikasi dengan Free Anwar Movement) kini bertindak menentang pencetus gerakan Reformasi itu, Manta- Banduan-Salahguna-Kuasa itu menjelaskan secra sinis “Mereka ingat saya ni banyak duit. Jadi bila saya keluar penjara, semua berharap untuk ‘meyemai’ setelah ‘pelaburan’ yang mereka buat semasa saya didalam”.

Dalam interaksi kami bersama blogger pro-Pembangkang terutama PKR, timbul cerita antara mereka bagaimana Raja Petra dan isteri Marina Abdullah dikatakan pernah ‘mengelapkan’ wang deposit dan sebahagian dari peruntukan kempen bagi calon KeAdilan dalam PRU 11 April 2004. Ini termasuk wang yang sepatutnya diperuntukan bagi seorang penulis dan blogger pro-Pembangkang yang sepatutnya bertanding di Pulau Pinang.

Kredibiliti beliau yang suatu masa dahulu dijulang sebagai ‘Wira Demokrasi Digital’, kini tiris dalam kedudukan yang amat buruk. Artikel “What the eyes does not see” yang melibatkan nama baik DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kunun kununya memberikan ‘restu’ dan ‘arahan’ agar RAMD memberikan ‘perlindungan’ sekiranya Polis mengambil tindakan terhadap pendemontrasi haram BERSIH pada 10 November 2007 telah dikeluarkan dari edaran arkib Malaysia Today atas sebab yang amat jelas; ianya pembohongan semata mata!

 

Raja Petra "Pembohong Pengecut" Kamaruddin bersama Anwar "Mat King Leather" Ibrahim

Dalam tempoh penghujung 2007, Raja Petra kembali ke’pangkuan’ Anwar dan PKR.

Walau apa pun, ‘serangan’ keatas Anwar dan kroni juga bermungkinan besar sebagai satu lagi ‘sandiwara’. PKR yang berada dalam keadaan tertekan akibat ‘belang sebenar’ mereka menyerlah semenjak serangan bertali arus dari pemimpin yang insaf atas pembohongan berterusan dan ‘Keyakinan Palsu’ dan skandal pemilihan kepimpinan tertinggi PKR yang berakhir November lepas. Kegemparan terbaru Wikileaks juga sesuatu yang amat menjahamankan bagi Anwar dan keadaan nampaknya terdesak memerlukan ‘sandiwara’ baru.

Pokok pangkal, perjuangan ‘pejuang bacul’ seperti Raja Petra adalah wang-ringgit. Malaysia Today merupakan salah satu dari ‘alat’ pembiayaan Barat, terutama pihak pihak tertentu di Amerika Syarikat dan Jerman untuk atas alasan ‘menghidup dan menyemarakan amalan demokrasi dan kebebasan bersuara dan media’. Sekiranya kekurangan sumber asas bagi menampung kos kehidupan yang amat tinggi di kota raya seperti London, maka ‘Anjing pun akan gigit tangan Tuan yang memberinya makan’.

Agaknya lah. Samada terdesak atau sandiwara tahap berbeza. Kita sama sama lihat perkembangan ini.

*Perkembangan dikemas kini 1930hrs

 

 

Published in: on December 15, 2010 at 12:10  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/15/raja-petra-mulai-pokai/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. Berubah 360 darjah ni. Ni mesti dah dibayar oleh UMNO ni. Itulah yang akan dikatakan oleh penyokong PKR.

  2. Mati hidup balik pun saya tidak akan percaya pada Anwar maupun RPK.

  3. HAVE EYE DON’T SEE,HAVE EAR DON’T HEAR .

  4. RPK bukan seorang muslim yang baik./ Tulisannya bukan setakat menghentam kepimpinan PKR malah Islam juga! Inilah yang bahayanya dengan RPK jika ada yang membabi-buta percayakan tulisan dia.

  5. Terkenalnya RPK kerana dia sensationalisekan berita. Banyaknya pembaca berkunjung keportalnya kerana dia selalu dedahkan pekong mala petaka. Masalahnya tidak semua dibuktikannya. Maka timbullah kes surat sumpah yang bertukar dan sebagainya.

    Masalahnya membesar bila dia gah dengan punca maklumatnya. Atau apa yang dikatanya bukti. Bila didakwa diMahkamah, dipenjara, maruahnya tersadai. Bila kredibilitinya hilang, penganjurnya lari. Boleh dapat sokongan dan sumbangan wang dari orang awam sekali dua. Tapi penganjur politik berkira. Ada kredibiliti, ada guna. Hilang kredibiliti, sokongan wang tak tahu kemana.

    Kesian juga dia. Tetapi kekadang melampau dia. Keadaan terakhir ini macam baling batu sorok tangan pula. Dah mengata, tak mahu keMahkamah mempertahankan apa yang ditulisnya. Merapong diLondonlah dia.

  6. Sorila bro, undoubtedly, this is your most stupid analysis.
    To start with RPK was never a wanted man, he is in self exile. Do you think the British would allow RPK and wife without valid passport to stay in UK?

    • We are so sorry for you. We are not sure where or which cave you have crawled out from. But where most Malaysians are at, YM Raja Petra “Coward Compulsive Liar” Kamaruddin is a fugitive.

      The Star report 24 April 2009:

      Published: Thursday April 23, 2009 MYT 9:43:00 AM
      Updated: Thursday April 23, 2009 MYT 4:12:14 PM

      Arrest warrant out for Raja Petra (Update2)

      By M. MAGESWARI

      PETALING JAYA: The Sessions Court here issued a warrant of arrest against Malaysia Today editor Raja Petra Kamarudin on Thursday after he failed to turn up for his sedition trial.

      Judge Rozina Ayob issued the order after lead prosecutor DPP Shahidani Abd Aziz applied for the arrest warrant against the news portal editor for his absence.

      DPP Shahidani said the prosecution had no choice but to get the order to proceed with the trial.

      Rozina also issued a show cause notice for Raja Petra’s wife, Marina Lee Abdullah, as his bailor for failing to inform the court about the non-attendance.

      Raja Petra’s lawyer J. Chandra informed judge Rozina Ayob that his client did not turn up in court on the grounds he was on a self-imposed exile from the state for “reasons that are well known.”

      “You know these ‘well known reasons,’ so please highlight them to the court,” Rozina said.

      “The accused is posting his reasons on his website this morning,” said Chandra.

      “You expect the court to go through that, is it?” the judge said.

      *****************

      He dare not face his accusers. He simply cannot substantiate his allegations. Like in his “What the the eyes does not see” article. Just like when he accused the Special Branch passed the SD about Rosmah Mansor to BigDog.

      If running away and a warrant of arrest issued is not considered as a “FUGITIVE”, then we are very sorry of you!

      Truly, we are!

  7. Berita kata Kerajaan Britain sedang ketatkan kawalan mereka yang tinggal disana melibihi tempoh dibenarkan. Tak tahu jika RPK dibenarkan. Kalau tak, panaslah bontot dia.

    Kalau pokai, penduduk tetap rasanya boleh hidup “on the dole” – bantuan jabatan kebajikan mereka. Kalau dia “over-staying status”, susahlah nak dapat “dole”. Kena cari financier lah dia. Tulis untuk mereka pulak.

    Itulah nasib orang jika tak ada perinsip. Tak tahu jika Zaid nak pakai dia suruh tulis hentam Anwar. Zaid dah dapat “fast promotion” jadi Presiden Wellbeing Party. Kot dia nak jaga wellbeing RPK.

  8. Kebodohan pun ada tahap nya nampak sangat bd bukan je bodoh tapi pokai,idola u mamaktir tak bayar ke bulan ni kahkahkahkahkah.

  9. Raja Petra Kamaruddin is agent of Malaysian Special Branch. Pre 2008 he was given the job of attacking Abdullah Badawi. Now he is working quite succesfully to monitor PKR and Pakatan. RPK also help SB recruit new agent, at least one big Blogger pro UMNO and many Blogger Pakatan. RPK did not go on hunger strike in Sg Buloh jail. For four days he was discussions with Special Branch on what to do.

    The new party Liberal by Haris Ibrahim, Malik Imtiaz in London all monitored by Special Branch with RPK help. Zaid Ibrahim party AKIM and now Haris Ibrahim, Imtiaz Malik and RPK new LIberal party will divide the votes for Pakatan. Now we see who is real Trojan Horse. RPK was told to go to London to monitor financier Soh Chee Wen, Kalimullah and other businessman who are financier of Anwar Ibrahim and Pakatan. Also a trap.

    RPK already make deal with Police to solve problem of his son Raja Azman. Police arrest Raja Azman and keep him safe in jail. Many charges against Raja Azman already dropped in Court. Other charges no evidence or not enough evidence. Raja Azman will get light sentence and enter kaunseling.

    RPK will also come back to Malaysia soon. Some friends inside UMNO are helping him. no problem. All wayang.

  10. Aikk? All of a sudden RPK dah jadi SB agent pulak? Takkan sebab story tak ikut yg dikehendaki, tukar script tengah jalan kot!

  11. Biggie,

    Most of us never doubted that RPK is a yellow bellied liar, who ought to be considered as a ‘prostitute political writer’ with anarchy in mind!

    RPK is no different compared to Hishamuddin Rais, Rahim Ghouse & recently Balasubramaniam. All these were anarchy tools of Anwar Al Juboree.

    MT is now a non issue! No one reads & talk about them nowadays. Those were the days where ppl forward articles from MT in the e mails.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: