Mat King Leather minta maaf pada Karpal

Ketua-Pembangkang-Yang-Digantung Anwar “Mat King Leather” Ibrahim hari ini memohon maaf kepada Pengerusi DAP Karpal Singh diatas kepincangan dan kecacatan dalam PKR, yang selama ini menjadi ‘bon pengikat’ antara Pembanngkang yang sebenarnya ‘Rakan-kongsi-yang-tidur-sebantal-tetapi-mimpi-lain-lain’ Pakatan Rakyat (PR).

Antara isi kandung ucapan Mantan-Salahguna-Kuasa itu di Seberang Perai ialah:

  1. Beliau terima teguran Karpal dan minta maaf apa yang telah terjadi dalam PKR
  2. PR tolak kerakusan kuasa dan rasuah (Walaupun dalam PKR sendiri mengamalkanya)
  3. Kesetiaan rakyat kepada Kerajaan adalah bersyarat selagi ianya tidak mengamalkan korupsi
  4. TNB membeli tenaga dari penjana tenaga bebas sebanyak 25% lebih mahal dan RM 23 Bilion telah di bazirkan
  5. Mengenai pendedahan Wikileaks beliau tidak diberi peluang untuk beri bukti kerana BN takut perkara tersebut dibawa di Parlimen
  6. Persoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri  hanya perkatakan sebahagian kecil tentang pendedahan Wikileaks, seperti kes Altantuya; pemimpin-pemimpin Malaysia lemah
  7. Isu APCO – beliau dakwa punyai bukti bahawa terdapat surat pnjanjian diantara DCI dengan Kerajaan Israel dan perjanjian Pegawai Akhbar PM dgn APCO Syarikat ini ada hubungan dgn SHIN BETH yang sering tembak pemimpin Islam; One Israel beri keutamaan kepada kesihatan seperti yg diperkenalkan sebagai Klinik 1 Malaysia
  8. Pendakwaan kes PKFZ dan Mantan-MB-Selangor Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo adalah satu sandiwara
  9. Minta buku jingga PR dicetak lebih banyak untuk memastikan rakyat terima maklumat mengenai pendirian
  10. PR PRK DUN Tenang akan diwakili oleh PAS
  11. Mesyuarat Ketua Menteri/Menteri Besar PR akan diadakan pada hujung bulan ini
  12. PR akan anjur Kongres Ekonomi pada bulan Mac nanti.

Tindakan Anwar memohon maaf kepada Karpal menunjukan bahawa parti Chauvinis Cina DAP itu sebenarnya ‘Tuan’ dalam perkongsian- tiga-penjuru PR. PKR yang semenjak 8 Mac 2008 menduduki kerusi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat hanyalah ‘sandiwara’ kerana ingin menentukan sokongan orang Melayu (yang sebenarnya kuasa majoriti sebenar Malaysia) berterusan kepada PR, terutama calon PKR dan PAS bagi apa apa pilihanraya pasca PRU 12.

Hakikatnya, DAP sudah pun mengaut semua kerusi majoriti Cina dan tidak akan ada pertambahan lagi dalam mana mana PRU kerana kerusi majoriti atau hampir majoriti masyarakat Cina ini terhad. Maka kemampuan untuk meraih tambahan kerusi adalah amat sukar kerana orang Melayu sebagai penentu majoriti undi Malaysia rata rata menolak keras dasar Chauvinis Cina (anti Melayu dan anti Islam) DAP. DAP sendiri tidak diwakili oleh orang Melayu. Tiada seorang punorang Melayu diketengahkan sebagai calon DAP dalam PRU 12 samada kerusi Parlimen atau mana mana DUN. Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi DAP yang diwakili oleh orang Melayu hanyalah sebagai ‘token’.

Kerajaan PR Selangor dan Kedah sendiri mengamalkan korupsi. Kerajaan DAP Pulau Pinang pula menindas orang Melayu, yang amat terserlah dalam kes pengambilan tanah secara paksa di Balik Pulau. Saranan Anwar ini bermakna rakyat menolak PR.

Anwar merupakan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri semasa perjanjian dengan IPP ditanda tangani. Antara syarikat yang mendapat kontrak ialah kroni Anwar sendiri (pada masa itu) iaitu MRCB.

Isu Wikileaks bukan isu maklumat antara agensi dalam negara. Ianya berkenaan laporan agensi perisikan Singapura kepada agensi perisikan Australia dan Amerika Syarikat melalui saluran kabel diplomatik dan tidak ada kena mengena dengan ‘kebocoran’ maklumat rahsia dalam sistem Kerajaan Malaysia. PR hanya mahu membangkitkan dalam Parlimen sebagai modal untuk dipolitikan secara manipulasi dan mensensasikan maklumat, modus operandi biasa apabila terdesak dan tersepit.

Isu APCO sebenarnya kegagalan Anwar mengemukan bukti pada forum yang sewajarnya: Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen walaupun diberikan masa dan peluang yang cukup.

Anwar semenjak ‘terperangkap’ (kerana beliau merupakan ‘buah hati’ Yahudi Neo Con dan tindakan beliau membidas lantikan APCO mewakili Kerajaan dalam kerja lobi di Amerika Syarikat akhirnya disifatkan sebagai ‘Anti Yahudi’ oleh media Barat yang suatu masa mengagungkan beliau) dalam isu APCO kini amat jelas menunjukan kekalutan untuk melepaskan diri dalam arean politik arus perdana.

Pendakwaan Tun Dr Ling Liong Sik dan Dr Khir merupakan bukti bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pilih kasih dan proses pendakwaan berlaku apabila pihak yang menyiasat (SPRM) benar benar yakin dengan bukti yang dikemukakan penglibatan ahli politik tersebut yang menyalahi undang undang, termasuk Kanun Keseksaan.

“Buku Jingga’ merupakan satu tindakan yang membuktikan bahawa siri pembohongan, manipulasi dan ‘Politik Kebencian’ PR adalah berada dalam keadaan runcing dan amat terdesak kerana rakyat mula sedar dan tidak lagi menerima politik songsang mereka.

Anwar kini memang jelas membawa PR ke kancah yang lebih buruk dari kedudukan mereka pada 8 Mac 2008 dan cara ‘terdesak’ ini memberikan gambaran amat nyata bahawa antara pemimpin PR sendiri mula meragui dan hilang keyakinan.

 

 

 

Published in: on December 19, 2010 at 19:17  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/19/mat-king-leather-minta-maaf-pada-karpal/trackback/

RSS feed for comments on this post.

3 CommentsLeave a comment

  1. Macam manalah rakyat nak undi PR. PKR bercerabuk, Telingkah hingga Zahid Ibrahim cabut lari. Nak tubuhkan dinasti. Macam Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew. Pemilihan parti tak tahu cara macam mana. Tapi kritik parti lain macam macam. Gunakan apa saja cara. Termasuk rancangkan walkout diParlimen. Pastu rancangkan kena halau dari Parlimen. Gunakan helah APCO. Lawan Speaker, tak ikut peraturan. Bila kena halau, dia kata macam macam.

    Macam mana nak undi PR. DAP tak senang dengan PKR hingga Anwar minta ma’af. DAP tak senang dengan PAS sebab isu Hudud tak selesai. Lim Kit Saiang kata Hudud “Never”. Karpal kata “Over my dead body”. Semalam Karpal hentam lagi. Dia kata “the issue of Islamic state should be urgently discussed by the Pakatan Rakyat as he does not want the BN to exploit the issue at the coming general election”.

    Tak boleh undi PR punya. Depa lintang pukang, tonggang langgang, macam mana nak perintah dengan baik? Anwar pulak tak tentu diSungai Buluh ke dimana ke lepas PRU13. Sebab kes Sodomy II. Kalau undi depa, silap silap cauvinis, maha ultrakiasu Lim Kit Siang jadi calon PM. Mana boleh.

    Anwar dah kata LKS calon DPM. PAS tentu marah. Simpan dalam hati. Anwar tak hormatkan, tak pedulikan PAS langsung. Depa dah berkorban berpuluh tahun. PAS dah ditubuhkan jauh lebih awal dari PKR. Nik Azis kata boleh, tapi syarat LKS masuk Islam. Mesti LKS kata “Never”. Dan Karpal kata “Over my dead body” lagi.

  2. Ini kata kata orang yang kita boleh hormatkan, orang yang tak kata Tuhan pun mencarut –

    KEPALA BATAS: Pas spoke yesterday of Pakatan Rakyat being afflicted by weaknesses, thus distracting it from outdoing Barisan Nasional by better governing the states under its rule.

    This straight talk by Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang ..

    Dia ngaku bila dituduh “fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin for not honouring its campaign promises”.

    Hadi sebut “constant attacks” by BN as a reason for Pakatan losing sight of the bigger goal.” Tapi RPK pun hentam depa.

    Dia cakap didepan Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Lim Guan Eng pulak tu. Dan jugak Menteri2 Besar negeri diperintah PR.

    Wan Azizah nampak marah bila bercakap dgn media selepas itu. Dia kata konvensyen PR tu tidaklah macam nak pecah belah kerana “masalah dalaman”.

  3. suruh dia mintak maaf dengan tuhan….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: