Tun Ibrahim Ismail:The last of the Malay Force 136

 

Tun Ibrahim Ismail: A Malay Warrior of the 20th Century

Former Armed Forces Chief Jen (B) Tun Ibrahim Ismail, 88, passed away at the Tuanku Mizan Armed Forces Hospital early this morning.  A true warrior, Ibrahim would be interned today at the Warriors’ Tomb, National Mosque after Asar prayers.

Johor born Ibrahim as a cadet officer meant for the Johor Military Force was actually commissioned into the Indian Army after passing out from the illustrious Dehra Dun Military Academy, soon after Japanese Imperial Army invaded Malaya. Together with him then another cadet officer Hussein b. Onn, who is the son of the Johor Menteri Besar.

Tun Ibrahim Ismail with college and childhood buddy Tun Hussein Onn, whilst in Dehra Dun, India

He was then recruited into the elite Force 136 for the liberation of Malaya, from India. Amongst his contemporaries were names like Captain Abdul Razak Hussein (later became 2nd Malaysian Prime Minister), Captain Hussein Onn (later became 3rd Prime Minister), Mohamad Ghazali Shafie (later became Chief Secretary of Foreign Affairs and Minister of Home Affairs) and Major Yeop Mahidin Mohamed Shariff (later became an exemplary anti Communist warrior), who was the Commanding Officer. They formed the Wataniah.

Force 136 Wataniah: Ctr row: Ibrahim Ismail (3rd fr. left), Yeop Mahidin (3rd fr. right), Abdul Razak Hussein (far right)

After the World War II, he also served Johor Military Force before joining Royal Malay Regiment. He was one of the earliest Malay officers to rose into the rank of Battalion Commander, which was 6 Royal Malay Regiment. His past experience as an officer serving the Force 136 was proven a valuable asset in combating the communist terrorists’ rebellion. During the Konfrotasi with Indonesia soon after the formation of Federation of Malaysia, Ibrahim displayed great military leadership as a brigade commander.

 

 

Ibrahim's brief profile when he was a Brigadier

One of his remarkable service to the nation was to be part of the National Operation Council (NOC) upon the suspension of the Parliament as a result of the bloody racial riots of 13 May 1969. That was after he was appointed the Chief Executive of the NOC serving directly under then Deputy Prime Minister Tun Abdul Razak Hussein, to restore order during the days where curfew was imposed. He retired in 1977 with the rank of a full general as the Chief of Defense Forces for seven years.

NOC: Fr. left; Ibrahim Ismail, IGP Dato' Salleh Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tun V.T. Sambanthan, Tun Dr. Ismail Abd. Rahman & Tun Abdul Razak Hussein (Not in picture Tun Tan Siew Sin, Tan Sri Hamzah Abu Samah, Left. Jen. (B) Tunku Osman Jewa, Abdul Kadir Shamsuddin)

During his tenure as Chief of Defense Forces, he was under termendous pressure of the communist activities and reign of terror around the region. Vietnam, Cambodia and Laos fell into communist hands. This escalated the issue of ‘Boat People’ where the influx of Vietnamese refugees were at the epitome bordering to exodus. The Japanese Red Army attacked the US and Swedish Embassy in Kuala Lumpur and became a hostage situation for a few days in August 1975.

Ibrahim was the first Military Officer to be awarded the Darjah Seri Setia Makhota Malaysia (SSM) that carry the title ‘Tun’ at His Majesty Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong’s birthday honours investiture in 2000.

*Updated 1630hrs

Condolences message from Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Md Yassin:

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh,

Saya dan isteri, Puan Sri Datin Hjh Norainee Abdul Rahman ingin merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Tun Ibrahim Ismail, mantan Panglima Angkatan Tentera (Bersara) di atas kepulangan beliau ke rahmatullah.

Negara kehilangan seorang pahlawan yang telah banyak berkorban demi keselamatan dan kesejahteraan Malaysia.

Semoga perjuangan Allahyarham dalam msemastikan keamanan Negara tidak dipersiakan. Saya ingin mengajak rakyat Malaysia agar memperingati dan menghargai jasa Allahyarham dan jasa-jasa mereka yang telah pergi terlebih dahulu agar Malaysia terus sejahtera dan kekal merdeka.

Kami berharap anggota keluarga Allahyarham Tun Ibrahim tabah menghadapi kehilangan insan tersayang. Doa kami semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-fatihah.

Wassalam.

Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin

*Updated 1800hrs

A Force 136 Warrior's final journey at Warriors' Tomb, National Mosque

 

Allahyarham Jen (B) Tun Ibrahim Ismail was interned at Warriors’ Tomb, National Mosque ten minutes ago. His Jalur Gemilang drapped coffin was laid to rest next to a grave of another Force 136 Warrior, Tun Mohamad Ghazali Shafie.

Prime Minister Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, Home Minister Dato’ Seri Hishamuddin Hussein, Chief of Defense Forces Jen. Tan Sri Azizan Ariffin, IGP Tan Sri Ismail Omar and streams of former and currently serving Services and Police Chiefs and senior officers were also present. Seen also are Former IGP Tun Mohamad Hanif Omar, Jen. (B) Tan Sri Yaacob Zain and Jen. (B) Tan Sri Md. Zain Hashim.

*Updated Friday 24 December 0915hrs

A comprehensive obituary of Jen (B) Tun Ibrahim Ismail by Utusan Malaysia:

Ibrahim pahlawan sejati

Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my

“Orang-orang muda seharusnya menghormati orang-orang yang lebih dahulu mengalami pahit maung sebelum Angkatan Tentera berada dalam keadaan seperti sekarang. Kalau tidak ada orang-orang tua, tentu tidak ada orang-orang yang muda,” kata Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail dalam buku bertajuk Askar Melayu 50 Tahun terbitan Pustaka Budiman Sdn. Bhd.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu meninggal dunia pada usia 88 tahun di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada pukul 4.40 pagi semalam.

Jenazah beliau dibawa ke rumahnya di No. 22, Villa Sang Suria, Jalan Mesra off Jalan Damai Kelab Aman sebelum dibawa ke Masjid Negara untuk dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Asar. Allahyarham dirawat di hospital berkenaan kerana sakit tua, sejak tiga bulan lalu.

Anak kelahiran Johor Baharu ini menyimpan banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang berkhidmat selama 36 tahun sebagai tentera. Allahyarham menamatkan perkhidmatan dalam pasukan tentera pada 30 November 1977 sekali gus menamatkan perkhidmatan selama tujuh tahun sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT).

Sejarah awal penglibatannya dalam pasukan tentera bermula pada 1941 apabila beliau menyertai Johor Military Force (JMF) sebagai kadet. Tujuan memasuki JMF adalah untuk membolehkannya melanjutkan pelajaran dalam bidang ketenteraan di luar negara. Cita-cita itu menjadi kenyataan apabila beliau dan dua rakannya iaitu Hussein Datuk Onn dan Ungku Ahmad Ungku Abd. Rahman dihantar mengikuti kursus Gentlemen Cadet selama dua tahun di Indian Army Academy di Dehra Dun, India dari Ogos 1941 sehingga Februari 1942.

Namun, apabila Perang Pasifik tercetus, latihan itu disingkatkan kepada lapan bulan dan berikutan kejatuhan Tanah Melayu ke tangan Jepun, beliau tidak dapat kembali ke tanah air. Sehubungan itu, beliau ditugaskan di 19 Rejimen Hyderabad sebelum berkhidmat di Rejimen Ke-10/19 Hyderabad dan berpindah pula ke Rejimen Ke-25/19 Hyderabad.

Pada November 1943, beliau dengan sukarela menawarkan diri untuk berkhidmat menentang Jepun di Tanah Melayu. Usaha pertamanya menyusup masuk ke Tanah Melayu untuk mendarat di Pulau Pinang dengan kapal selam dari Ceylon bagaimanapun gagal. Dalam usaha kedua, beliau cuba menyusup masuk ke Terengganu dengan kapal terbang pada Oktober 1944 tetapi masih gagal. Hanya dalam usaha ketiga, beliau berjaya mendarat di Pulau Perhentian, Terengganu tetapi tidak lama kemudian, beliau ditangkap dan menjadi tawanan Jepun selama 10 bulan.

Selepas Jepun menyerah kalah, beliau dibebaskan dan kembali berkhidmat dengan Indian Army di Pahang dan Johor. Sebelum menamatkan perkhidmatannya dengan Indian Army pada Mac 1947, beliau ditugaskan sebagai Penjaga Rekod Local Forces Records Office di Pulau Pinang dari Ogos sehingga September 1946.

Selepas itu, beliau memohon memasuki Askar Melayu tetapi disebabkan pihak Inggeris enggan mengiktiraf pentauliahannya setaraf dengan pegawai Inggeris, maka beliau enggan menerima tawaran pentauliahan High Commissioner Commission. Ini kerana pentauliahan itu jauh lebih rendah berbanding dengan pegawai Inggeris yang menerima pentauliahan King Commission.

Selama lima tahun, beliau berjuang untuk membetulkan perkara tersebut termasuk merayu kepada Dato’ Onn Jaafar. Akhirnya, pada tahun 1951, barulah tauliah yang setaraf dikurniakan kepada para pegawai Melayu melalui Raja-raja Melayu.

Hasilnya pada 1 Mac 1951, beliau berkhidmat semula dalam Askar Melayu dengan pangkat Leftenan dan bertugas di Depot Cawangan Latihan Askar Melayu. Sebelas bulan kemudian, beliau dinaikkan pangkat kepada Kapten.

Dalam tempoh darurat, beliau ikut sama menjalankan operasi di hutan-hutan di sekitar Raub, Bentong dan Jerantut di Pahang. Namun, beliau tidak pernah terlibat dalam pertempuran besar.

Dalam pada itu, beliau berpeluang mengikuti kursus ketua kompeni di Warminster pada 1952 dan kembali ke tanah air dengan memikul tugas sebagai ketua kompeni di Batalion Ke-5 dan Ke-6 Melayu. Antara kursus lain yang diikutinya adalah kursus ketua kompeni di Sekolah Infantri Warminster, kursus Air Photography Intelligence di Joint School of Military Intelligence di RAF Nuneham Park dan kursus Joint School of Chemical Warfare di Winterbourne Gunner, Salisbury, Wilts.

Selain itu, antara jawatan yang pernah disandangnya adalah Pegawai Turus Am 2 (Latih)/Pegawai Tadbir di HQ Federation Army, Pegawai Memerintah Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja. Ketika itu beliau berpangkat Leftenan Kolonel dan pada 1 Jun 1960, beliau dinaikkan ke pangkat Kolonel dan ditukarkan ke Kementerian Pertahanan sebelum dihantar mengikuti kursus Post War di Imperial Defence College, London dari Januari hingga Disember 1961.

Sekembalinya ke tanah air, suasana politik di Tanah Melayu agak tegang berikutan rancangan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 ditentang oleh Indonesia yang melancarkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu. Justeru, beliau ditugaskan menubuhkan briged pertama di Sabah iaitu di Kalabakan bagi menghindarkan ancaman Indonesia.

Selepas konfrontasi tamat, beliau sudahpun berpangkat Mejar Jeneral dan selepas dua tahun berkhidmat di Malaysia Timur, beliau dipanggil balik ke Kuala Lumpur. Apabila peristiwa 13 Mei meletus dan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dibentuk, beliau dilantik menjadi Pengarah Keselamatan iaitu penolong kepada Pengarah Mageran, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Kecemerlangan dalam perkhidmatan yang sentiasa menyerlah telah membuka pintu kepadanya untuk dilantik sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera pada 1 Julai 1970.

 

 

Published in: on December 23, 2010 at 12:27  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/12/23/tun-ibrahim-ismailthe-last-of-the-force-136/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. rip tun!

  2. from johor ya…i always thot he is from kedah….

  3. any way from Allah he came to Allah he return…muga2 selamat semua nya

  4. Alfatihah. Semuga roh Allahyarham di kumpilkan bersama-sama roh-roh orang yang beriman.

  5. Al Fatihah.

  6. PAHLAWAN TERBILANG DALAM KENANGAN

    Di pagi syahdu yg hening
    Pada tanggal 23 Disember yg baru lepas
    Perginya seorang pahlawan terbilang
    Meninggalkan jasa yg tidak terbalas

    Jeneral Tun Ibrahim Ismail
    Kaulah wira bangsa yg dikagumi
    Penyelamat negara diwaktu bencana melanda pertiwi
    Angkara musuh durjana dan petualang bangsa
    Yang cuba memperkosa kedaulatan negara
    Untuk dijadikan sebuah boneka

    Kehandalan dan semangat pahlawan mu amat terserlah
    Dengas tegas dan berani kau bertindak pantas
    Mematah segala dakyah dan tipu helah
    Akhirnya musuh durjana menyerah kalah

    Walau pun kini kau telah pergi meninggalkan kita
    Jasa mu tetap dikenang selagi mantari masih ada
    Bak harimau mati meninggal belang
    Pemergian mu Tun,meninggal jasa tidak terbilang.

    Wahai Tun, Pahlawan Negara
    Pemergian mu diiringi doa ikhlas dari kami semua
    Semoga Roh kau ditempatkan dikalangan para syuhada
    Dicucuri rahmat sentiasa
    Dan di syurga Jannah kau akan ditempatkan
    Diakhir perjalanan mu nanti.

    Askar Tua

  7. Biggie,

    Great Malay he was. A true hero. A fighter till the end.

    He was a PERKASA member. That’s a mark of a Pahlawan Melayu.

  8. Semoga rohnya dirahmati Allah S.W.T.

    Terima kasih atas kesudian saudara memaparkan kisah arwah – seorang pahlawan negara.

  9. Last Post…..

    Day is done.
    Gone the sun.
    From the lakes
    From the hills.
    From the sky.
    All is well..
    Safely rest.
    God is nigh.

    Fading light.
    Dims the sight.
    And a star.
    Gems the sky.
    Gleaming bright.
    From afar.
    Drawing nigh.
    Falls the night.

    Thanks and praise.
    For our days.
    Neath the sun
    Neath the stars.
    Neath the sky
    As we go.
    This we know.
    God is nigh

  10. Al-Fatihah…. For a true National hero.
    Frm anak jati Johor.

  11. Terima Kasih Tun. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya dan meletakkanya bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin.

  12. Thank you for your info, Sir.

    Please Like Tanda Putera Facebook page at:
    http://www.facebook.com/TandaPutera

    A film about Tun Razak’s administration.

    Thank you.

  13. Selamat menunaikan ibadah puasa dan minal aidzin wal faidzin ..mohon maaf lahir dan bathin.. Semoga sukses selalu.. Terima kasih. Congratulations fasting and Hajj terminal faidzin aidzin wal .. sorry spiritual and physical .. Best wishes always .. Thank you.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: