Kerajaan PR tentang lantikan Khusrin sebab politik

 

SUK Negeri Selangor baru Dato Mohd. Khusrin Munawi

Dewasa ini isu perlantikan Dato’ Mohd Khusrin  Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dijadikan agenda yang begitu kontroversi dan disifatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai “Membelakangkan etika professional pegawai tinggi”. . MB Kerajaan PR Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sampai tergamak membelakangkan perkenan DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam perlantikan Khusrin menggantikan Dato’ Ramli Mahmud yang bersara.

Laporan Utusan Malaysia:

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak biadab apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan mendakwa ia seperti tindakan ‘beraja di mata, bersultan di hati’.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei juga dilihat mahu mengheret Sultan Sharafuddin ke dalam kancah politik apabila mendakwa, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru sebagai tindakan pilih kasih institusi beraja terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Sambil mempersoalkan pelantikan Mohammed Khusrin itu, Shuhaimi mendakwa, jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Sultan Sharafuddin mesti bertindak mengikut nasihat majlis tersebut, bukannya berkecuali.

“Saya dapati pelantikan SUK sebagaimana diperuntukkan oleh Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.

“Rakyat akan menolak sebarang tindakan ‘beraja di mata, bersultan di hati’ oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja,” katanya dalam blognya http://srimuda.blogspot.com, hari ini.

Shuhaimi merupakan pemimpin pembangkang terbaru mempertikai Kuasa Budi Bicara Sultan Sharafuddin dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad terlebih dahulu mempersoal pelantikan berkenaan.

Dalam pada itu, Shuhaimi seperti cuba memberi amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan konvensyen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

“Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung, akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan,” katanya.

Sementera itu, wakil rakyat PKR itu juga seolah-olah cuba menyamakan ketegasan Sultan Sharafuddin yang tidak berganjak dengan keputusannya walaupun mendapat pelbagai kecaman daripada pihak pembangkang yang tidak berpuas hati dalam isu tersebut sebagai ego.

“Saya meneliti kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menyatakan baginda seorang yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat tetapi bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah?

“Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego,” katanya.

************

Perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu ditentang habis habisan oleh pentadbiran Kerajaan PR Selangor dan dikatakan adalah seorang pentadbir yang jujur dan berkesan dalam tugas.

Isu penentangan ini adalah semata mata politik PR di Selangor amat terjejas dengan pegawai tegas seperti Khusrin. Ini kerana agenda Islam dalam Selangor menjadi satu agenda yang cuba di’tenggelam’kan oleh Kerajaan PR Selangor, atas menjaga kepentingan politik salah satu rakan-kongsi PR Selangor, yang sebenarnya ‘tauke kuasa’ sebenar.

Bermula dengan isu cadangan Khalid yang berhasrat menggunakan dana dari Baitulmal Selangor bagi tujuan pembangunan. Kegagalan Kerajaan PR Selangor untuk mentadbir negeri paling kaya dalam Persekutuan Malaysia mengakibatkan mereka mula terasa tersepit, walaupun semasa BN dipaksa mengundurkan diri pada 8 Mac 2008, dana terkumpul (termasuk dalam GLC Selangor) berjumlah hampir RM 1.7 billion.

Sultan Sharafuddin telah menitahkan kemurkaan baginda dalam isu Baitulmal ini pada 19 Ogos 2009 secara tegas. Ianya menjadi begitu sensitif sehinggakan semasa kapal selam sulung TLDM KD Tunku Abdul Rahman tiba di pelabuhan Pulau Indah 3 September 2009 dari Perancis dan majlis gilang gemilang itu dihadiri sendiri oleh DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, Khalid tidak mengiringi baginda Tuanku. Ini adalah sesuatu yang amat luar biasa, terutama melibatkan lawatan rasmi DYMM SPB YDP Agong ke majlis dalam Selangor.

Kemudian baginda menitahkan agar sebarang majlis politik diharamkan dari diadakan dalam masjid, terserlah semasa kempen PRK P094 Hulu Selangor April lepas. Ianya menjadi kontroversi apabila Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat membidas titah Tuanku mengenai larangan ini secara terbuka.

 

MP DAP Serdang berucap dalam surau, betul betul ditempat imam sujud

Isu MP DAP Serdang Teo Nie Ching berceramah dalam surau di Seri Kembangan dalam bulan Ramadhan lepas juga menjadi kemurkaan baginda Tuanku. Isu ini juga dipertahankan oleh PR Selangor termasuk PAS dimana jelas isu rumah ibadah orang Islam digunakan sebagai pentas politik tergamak dipertahankan dan kesucian rumah ibadah orang Islam dicabuli.

Khusrin sebagai Pengarah JAIS merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor bertindak menjalankan tugas dengan baik, terutama isu agama Islam adalah menjadi hak mutlak Tuanku sebagai Ketua Ugama menurut Perlembagaan. Oleh kerana beliau merupakan pegawai yang baik, maka banyak tindakan beliau bertentangan dengan ‘kepentingan’ yang di’pertahan’kan oleh Kerajaan PR Selangor.

Ini termasuk isu arak yang dijual berleluasa termasuk kawasan urban hampir 100% Melayu seperti Shah Alam dan apabila tindakan diambil JAIS, Exco DAP Ronnie Liu begitu tegar menentang. Penentangan terbuka ini dibiarkan oleh Khalid kerana menjaga kepentingan DAP, yang sedang mengorak jajaran lebih mantap melalui aktiviti ‘perniagaan maksiat’ (terutama yang di’lesen’kan) yang semakin berleluasa.

Semenjak Kerajaan PR mengambil alih Selangor, pusat pusat maksiat seperti rumah pelacuran (yang bertopengkan rumah urut dan ‘pusat kesihatan’), karaoke, pub dan pusat perjudian tumbuh dengan amat pesat, terutama yang tidak dilesenkan. Polis Cawangan Anti Maksiat mendapati sukar untuk membenteras kegiatan maksiat yang semakin berleluasa ini kerana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) enggan memberikan kerjasama apabila soal lesen yang perlu ditarik balik ditimbulkan.

Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggung jawab atas hal ‘lesen’ ini ialah ADUN DAP Pelabuhan Klang Ronnie Liu.

Satu isu lagi ialah MAIS telah mengeluarkan larangan bagi MP Shah Alam Khalid Samad untuk berceramah dalam masjid atau sebarang majlis ugama kerana beliau tiada tauliah. Ini lebih menyukarkan PR kerana memperkudakan ugama Islam merupakan salah satu modal utama PAS dalam permainan politik.

Isu mengenai ADUN DAP Kinrara dan Exco Kerajaan Selangor membangkitkan isu ‘Azan’ adalah sesuatu yang tidak dipandang ringan oleh MAIS dan JAIS. Walaupun Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd. dan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Dato’ Zaini Hassan disaman oleh Kok, namun kebiadapan DAP sehingga tahap yang tergamak menghina kesucian amalan ibadah orang Islam, iaitu ugama Persekutuan Malaysia.

Oleh kerana politik, Khalid sebagai MB Selangor menutup sebelah mata atas itu ini. Apabila isu mengenai Islam dibangkitkan dalam Mesyuarat Exco, wakil wakil DAP yang sama akan membangkang termasuk mempersoalkan isu seperti peruntukan sementara Khalid, walaupun sebagai MB Selangor mengambil tindakan diam.

Untuk rekod, sebelum PR memerintah Selangor isu peruntukan mengenai Islam tidak pernah dibangkitkan, jauh sekali dipertikaikan oleh mana mana ahli Exco mewakil etnik Bukan Melayu dalam Kerajaan BN Selangor. Kedudukan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dihormati sepenuhya bagi Exco yang mewakili komponen BN semasa Selangor dibawah seorang MB dari UMNO.

Perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor akan menyulitkan lagi pergerakan politik PR menggunakan jentera Kerajaan Negeri Selangor dan ianya tidak lebih dari itu. Survival PR dalam pentadbiran Selangor akan mula tergugat setelah perlantikan Khusrin kerana beliau dalah seorang yang tegas dan amat taat kepada Tuanku, selaku Ketua Ugama dan Penaung isu isu mengenai orang Melayu.

Calon pilihan Kerajaan PR  Selangor iaitu Dato’ Mohd. Arif Abdul Rahman selain dari mempunyai hubungan keluarga dengan Khalid, dikhuatiri akan menggunakan segala peluang dan ruang sistem pentadbiran untuk menyalur wang secara tidak langsung bagi kepentingan PR. Ini lebih lebih lagi PR perlu mempersiapkan ‘war chest’ parti masing masing menjelang PRU 13, yang dijangka kurang 18 bulan lagi. Dikatakan peranan Arif menyalurkan dana Kerajaan Selangor bagi tujuan politik PR terserlah semasa kempen PRK P094 Hulu Selangor April lepas.

Peranan Khusrin sebagai seorang pentadbir dan ketua pelaksana dasar terutama Kerajaan Persekutuan dan segala plan transformasi kerajaan, ekonomi dan model ekonomi baru dan kedudukan Selangor dalam KDNK tidak menjadi pertimbangan Kerajaan PR Selangor. Sebagaimana lazim, PR hanya memfokuskan keatas politik semata mata dan tidak langsung mengambil kira dan merangkumkan pertimbangan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, terutama jangkamasa panjang.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Published in: on January 1, 2011 at 18:41  Comments (14)  

Here comes 2011….

Here comes another New Year. So much is being hoped for 2011. Top of punters’ wish list is to see PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak have a major Cabinet reshuffle in preparation of the 13th General Election, most likely in 2012. Most of the PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi’s Cabinet must go by now.

Others include the economy improves, more jobs created and offered, more stabilised crude oil prices, more disposable income in the household coffers and Anwar “Mat King Leather” Ibrahim’s case finally comes to a conclusion.

The NKEA must demonstrate some degree of results for the ‘confidence building’, in the run up of PM Dato’ Seri Najib going the rakyat for his mandate to continue govern the country. The much awaited ‘trickle down effect’ of the Public-Private sector spending in PM Najib;s New Economic Model is hoped for substantial results.

Politically, Johor BN is facing its first baptism of fire in this electoral term. Sarawak BN is up for the test sometime within 2011. Of course, we want to see more Pakatan Rakyat cock-ups, which they have been on a good downwards trend of late.

Published in: on January 1, 2011 at 00:19  Comments (1)