Kerajaan PR tentang lantikan Khusrin sebab politik

 

SUK Negeri Selangor baru Dato Mohd. Khusrin Munawi

Dewasa ini isu perlantikan Dato’ Mohd Khusrin  Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dijadikan agenda yang begitu kontroversi dan disifatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai “Membelakangkan etika professional pegawai tinggi”. . MB Kerajaan PR Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sampai tergamak membelakangkan perkenan DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam perlantikan Khusrin menggantikan Dato’ Ramli Mahmud yang bersara.

Laporan Utusan Malaysia:

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak biadab apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan mendakwa ia seperti tindakan ‘beraja di mata, bersultan di hati’.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei juga dilihat mahu mengheret Sultan Sharafuddin ke dalam kancah politik apabila mendakwa, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru sebagai tindakan pilih kasih institusi beraja terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Sambil mempersoalkan pelantikan Mohammed Khusrin itu, Shuhaimi mendakwa, jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Sultan Sharafuddin mesti bertindak mengikut nasihat majlis tersebut, bukannya berkecuali.

“Saya dapati pelantikan SUK sebagaimana diperuntukkan oleh Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.

“Rakyat akan menolak sebarang tindakan ‘beraja di mata, bersultan di hati’ oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja,” katanya dalam blognya http://srimuda.blogspot.com, hari ini.

Shuhaimi merupakan pemimpin pembangkang terbaru mempertikai Kuasa Budi Bicara Sultan Sharafuddin dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad terlebih dahulu mempersoal pelantikan berkenaan.

Dalam pada itu, Shuhaimi seperti cuba memberi amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan konvensyen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

“Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung, akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan,” katanya.

Sementera itu, wakil rakyat PKR itu juga seolah-olah cuba menyamakan ketegasan Sultan Sharafuddin yang tidak berganjak dengan keputusannya walaupun mendapat pelbagai kecaman daripada pihak pembangkang yang tidak berpuas hati dalam isu tersebut sebagai ego.

“Saya meneliti kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menyatakan baginda seorang yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat tetapi bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah?

“Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego,” katanya.

************

Perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu ditentang habis habisan oleh pentadbiran Kerajaan PR Selangor dan dikatakan adalah seorang pentadbir yang jujur dan berkesan dalam tugas.

Isu penentangan ini adalah semata mata politik PR di Selangor amat terjejas dengan pegawai tegas seperti Khusrin. Ini kerana agenda Islam dalam Selangor menjadi satu agenda yang cuba di’tenggelam’kan oleh Kerajaan PR Selangor, atas menjaga kepentingan politik salah satu rakan-kongsi PR Selangor, yang sebenarnya ‘tauke kuasa’ sebenar.

Bermula dengan isu cadangan Khalid yang berhasrat menggunakan dana dari Baitulmal Selangor bagi tujuan pembangunan. Kegagalan Kerajaan PR Selangor untuk mentadbir negeri paling kaya dalam Persekutuan Malaysia mengakibatkan mereka mula terasa tersepit, walaupun semasa BN dipaksa mengundurkan diri pada 8 Mac 2008, dana terkumpul (termasuk dalam GLC Selangor) berjumlah hampir RM 1.7 billion.

Sultan Sharafuddin telah menitahkan kemurkaan baginda dalam isu Baitulmal ini pada 19 Ogos 2009 secara tegas. Ianya menjadi begitu sensitif sehinggakan semasa kapal selam sulung TLDM KD Tunku Abdul Rahman tiba di pelabuhan Pulau Indah 3 September 2009 dari Perancis dan majlis gilang gemilang itu dihadiri sendiri oleh DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, Khalid tidak mengiringi baginda Tuanku. Ini adalah sesuatu yang amat luar biasa, terutama melibatkan lawatan rasmi DYMM SPB YDP Agong ke majlis dalam Selangor.

Kemudian baginda menitahkan agar sebarang majlis politik diharamkan dari diadakan dalam masjid, terserlah semasa kempen PRK P094 Hulu Selangor April lepas. Ianya menjadi kontroversi apabila Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat membidas titah Tuanku mengenai larangan ini secara terbuka.

 

MP DAP Serdang berucap dalam surau, betul betul ditempat imam sujud

Isu MP DAP Serdang Teo Nie Ching berceramah dalam surau di Seri Kembangan dalam bulan Ramadhan lepas juga menjadi kemurkaan baginda Tuanku. Isu ini juga dipertahankan oleh PR Selangor termasuk PAS dimana jelas isu rumah ibadah orang Islam digunakan sebagai pentas politik tergamak dipertahankan dan kesucian rumah ibadah orang Islam dicabuli.

Khusrin sebagai Pengarah JAIS merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor bertindak menjalankan tugas dengan baik, terutama isu agama Islam adalah menjadi hak mutlak Tuanku sebagai Ketua Ugama menurut Perlembagaan. Oleh kerana beliau merupakan pegawai yang baik, maka banyak tindakan beliau bertentangan dengan ‘kepentingan’ yang di’pertahan’kan oleh Kerajaan PR Selangor.

Ini termasuk isu arak yang dijual berleluasa termasuk kawasan urban hampir 100% Melayu seperti Shah Alam dan apabila tindakan diambil JAIS, Exco DAP Ronnie Liu begitu tegar menentang. Penentangan terbuka ini dibiarkan oleh Khalid kerana menjaga kepentingan DAP, yang sedang mengorak jajaran lebih mantap melalui aktiviti ‘perniagaan maksiat’ (terutama yang di’lesen’kan) yang semakin berleluasa.

Semenjak Kerajaan PR mengambil alih Selangor, pusat pusat maksiat seperti rumah pelacuran (yang bertopengkan rumah urut dan ‘pusat kesihatan’), karaoke, pub dan pusat perjudian tumbuh dengan amat pesat, terutama yang tidak dilesenkan. Polis Cawangan Anti Maksiat mendapati sukar untuk membenteras kegiatan maksiat yang semakin berleluasa ini kerana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) enggan memberikan kerjasama apabila soal lesen yang perlu ditarik balik ditimbulkan.

Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggung jawab atas hal ‘lesen’ ini ialah ADUN DAP Pelabuhan Klang Ronnie Liu.

Satu isu lagi ialah MAIS telah mengeluarkan larangan bagi MP Shah Alam Khalid Samad untuk berceramah dalam masjid atau sebarang majlis ugama kerana beliau tiada tauliah. Ini lebih menyukarkan PR kerana memperkudakan ugama Islam merupakan salah satu modal utama PAS dalam permainan politik.

Isu mengenai ADUN DAP Kinrara dan Exco Kerajaan Selangor membangkitkan isu ‘Azan’ adalah sesuatu yang tidak dipandang ringan oleh MAIS dan JAIS. Walaupun Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd. dan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Dato’ Zaini Hassan disaman oleh Kok, namun kebiadapan DAP sehingga tahap yang tergamak menghina kesucian amalan ibadah orang Islam, iaitu ugama Persekutuan Malaysia.

Oleh kerana politik, Khalid sebagai MB Selangor menutup sebelah mata atas itu ini. Apabila isu mengenai Islam dibangkitkan dalam Mesyuarat Exco, wakil wakil DAP yang sama akan membangkang termasuk mempersoalkan isu seperti peruntukan sementara Khalid, walaupun sebagai MB Selangor mengambil tindakan diam.

Untuk rekod, sebelum PR memerintah Selangor isu peruntukan mengenai Islam tidak pernah dibangkitkan, jauh sekali dipertikaikan oleh mana mana ahli Exco mewakil etnik Bukan Melayu dalam Kerajaan BN Selangor. Kedudukan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dihormati sepenuhya bagi Exco yang mewakili komponen BN semasa Selangor dibawah seorang MB dari UMNO.

Perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor akan menyulitkan lagi pergerakan politik PR menggunakan jentera Kerajaan Negeri Selangor dan ianya tidak lebih dari itu. Survival PR dalam pentadbiran Selangor akan mula tergugat setelah perlantikan Khusrin kerana beliau dalah seorang yang tegas dan amat taat kepada Tuanku, selaku Ketua Ugama dan Penaung isu isu mengenai orang Melayu.

Calon pilihan Kerajaan PR  Selangor iaitu Dato’ Mohd. Arif Abdul Rahman selain dari mempunyai hubungan keluarga dengan Khalid, dikhuatiri akan menggunakan segala peluang dan ruang sistem pentadbiran untuk menyalur wang secara tidak langsung bagi kepentingan PR. Ini lebih lebih lagi PR perlu mempersiapkan ‘war chest’ parti masing masing menjelang PRU 13, yang dijangka kurang 18 bulan lagi. Dikatakan peranan Arif menyalurkan dana Kerajaan Selangor bagi tujuan politik PR terserlah semasa kempen PRK P094 Hulu Selangor April lepas.

Peranan Khusrin sebagai seorang pentadbir dan ketua pelaksana dasar terutama Kerajaan Persekutuan dan segala plan transformasi kerajaan, ekonomi dan model ekonomi baru dan kedudukan Selangor dalam KDNK tidak menjadi pertimbangan Kerajaan PR Selangor. Sebagaimana lazim, PR hanya memfokuskan keatas politik semata mata dan tidak langsung mengambil kira dan merangkumkan pertimbangan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, terutama jangkamasa panjang.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Published in: on January 1, 2011 at 18:41  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/01/01/kerajaan-pr-tentang-lantikan-khusrin-sebab-politik/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 CommentsLeave a comment

  1. rakyat boleh pikir2kan..rakyat dpt menilai siapa pemimpin mereka yg sebaik2nya..drpd kemelut ini terbukalah segala2..siapa petualang sebenarnya..

  2. Kalau korang tak puas hati, berambuslah ke negara di mana tak ada sultan.

    Pegi ke China la, kat situ kan amalkan komunisme.

    • Sebenarnya, rakyat Selangor sudah membuat keputusan pada PRU 2008. Pakatan PKR, PAS dan DAP yg menang dengan selesa mengatasi gerombolan UMNO dan konco konconya.

      Mungkin kao yg patut berambus. Kao nak pergi mana pun aku tak kisah. Hormatilah kuasa rakyat. Jangan asyik sayang dengan rasuah

      • Pe hal bang, mana kita tau pkr nih kapla dia dap. Dulu masa aku undi, aku pilih apa saje yang bukan bn, sebab masa tu marah kat pak lah. Masa tu kalau kau letak kucing lawan bn tu pun aku undi kucing. Bila korang dah menang, baru tau, pkr dengan pas ni penipu, dah la penipu rela jadi anjing kepada dap ni. Semua dap buat korang pertahankan, walau salah sekali pun. Masa bn pegang selangor ni, mana kau nampak pusat maksiat kat bangi ni, sekarang ni, macam cendawan, mana2 je ada pusat urut konon la. Kalau kau dah rasa semua rakyat selangor sokong korang, berani buat la satu pilihanraya negeri. Bubarkan adun tu, aku nak tengok, sape menang kali ni. Kitaorang undi kau supaya jadi pemerintah Islam yang adil dan saksama, bukan undi kau suruh kau jadi anjing dap.

    • dollah

      Aku sessesseeskong sesessesangat apa kau cakap. Aku pun gegegggitu.

      This comment has nothing to do with the way Khalid speaks. Honest. Never thought of Khalid gagap when writing. Only when finishing the first para did I remember people say Khalid gagap. I don’t even know if he is. Never saw or heard him gagap.

      But lazy to change my first para. Sorry BD.

  3. Salam Tuan,
    Mohon link ke blog tuan.
    Mohon berkongsi perjuangan.
    TQ..salam.

  4. aisayman

    Khalid Ibrahim & PR should learn from what had happen to Idris Jusoh (Terengganu) & Shahidan Kassim (Perlis). Never pick fight with the Sultan la. You sure kalah punya. Itu sebab UMNO selalu kawtim sama Sultan. What ever Sultan mau, kena bagi. Kalau tarak bagi, nanti Sultan takmau accept your choice of MB. Lagi susah woooo….

    Dulu, Pak Lah pun sudah pernah kena la. Pak Lah kata itu Sultan Terengganu tarak ikut Perlembagaan. Tapi, last2 apa sudah jadi? Itu Perlembagaan sudah ketuk kepala Pak Lah. Idris Jusoh kena tendang macam “natang”. Sultan’s choice jugak jadi MB. Hahaha …

    So, my advice to Khalid Ibrahim and PR is “Jangan cari gadoh la kawan”. You gadoh sama Sultan, nanti kalau u menang PRU13 pun, Sultan tak mau perkenan u jadi MB… apa u boleh buat? Kalau MB tarak, state assembly pun tarak … after 6 month, kena buat election balik la. Hahaha … U boleh tahan ka buat election every 6 month sampai u kalah?

    haHAHA… Where got road, kawan.

  5. Aisayman,

    Idris and Shihidan lost because it involved their appointments as MBlah. Under the State’s consti, the Sultan has discretionary power ie to act on his own, as to the appointment of an MB. Khalid’s fight is not with the Sultan but with Umno who asked their lapdog Sidik to appoint Kushrin without getting the approval of the State Gov’t. The Sultan had been ill-advised by Umno to consent to the appointment without being wisely-advised by his own MB.

    Read the S’gor State Consti and then comment. Art.5 creates the office of Sultan. Art.52 creates the office of SUK. Art.55 says the Sultan must accept and must act on the advice of his MB except in certain matters like appointment of MB, appointment of Regent, Islamic matters amongst others. So next GE, if PR still wins, Sultan has every right not to appoint Khalid as MB.

    SUK is a post which clearly belongs to the State Gov’t of Selangor. Any posting of federal officers to such post must be consented to by the State Gov’t. The MB has to agree who would advise the Sultan whether to consent or to reject. Sultan can’t do as they like. These are amendments made after the Umno engineered Palace crisis. They put in place these amendments to curtail the powers of the Sultan thinking that all states. MB would forever come from Umno Baru. Sendiri buat sekarang mahu salah orang ke?

    Kusrin’s appointment as SUK is clearly unconstitutional and is therefore null and void. The Sultan was advised by Umno and not by the M to consent to the appointment. Kushrin can report for duty. If the Gov’t of the State of S’gor is kind enough, they would provide him with an office to sit down. And that is about all. See if Kusrin and that umno lapdog Sidik can do anything.

    hello!! SUK is a Jusa A post lah. Kushrin is a lower ranking Jusa C officer. Khalid was right. Sidik is a bloody idiot. To carry out Umno’s evil plot, he alienated much better qualified Jusa B federal officers to be the SUK. What message he wants to deliver to the whole of the civil service. Merit and capability is unimportant. What is important is your willingness to be at the beck and call of Umno. You me be a stupid officer like Kushrin who can’t speak good English but if you could be Umno’s lapdog like Sidik, you are in for promotion.

    • Sapa kata SUK khas untuk jusa A, hang nih, gila ka apa? Berapa ramai jusa A yang ada kat selangor ni? Siapa kata jawatan SUK adalah milik kerajaan negeri, kalau kau tau perlembagaan dan urus tadbir kerajaan, takkan la kau tak tau, SUK adalah lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan perkenan Sultan. MB boleh cadangkan, tapi kata akhir ialah pada KSN dengan Sultan. Kecuali negeri yang ada suruhanjaya perkhidmatan awam negeri, mcm kedah dengan johor. SUK bukan jawatan politik, jangan jadi bodo mcm MB ni. Mana boleh pilih kawan2 dia, ni bukan negeri kau dengan kawan2 kau. Urusan kerajaan tetap sama, tidak kira siapa memerintah. Takde umno dalam cite ni pun, pi la cari KSN ni, ada ke dia dalam UMNO? Bodo la kau ni. Kalau UMNO la dalang, banyak lagi orang lain, takkan Pengarah Jais ni yang naik. Jangan main tuduh la, nampak kebodohan sendiri. Mana bukti UMNO dalang ni? Dan ye, Sultan nak perkenan ke tak ke, itu hak dia. Macam masa pakatan haram ni mula2 menang, DYMM Sultan nak orang melayu jadi MB, tak nak bangsa lain. Hak dia.

      Kalau dah tak reti cakap bahasa melayu, bahasa kebangsaan, pi duk negara lain la.

    • ayoyo pa …

      u know why Idris & Shahidan kena tendang by their own Sultans? Its because dia orang cari gadoh dengan Sultan la. The “gadoh” didnt start masa time reappointment as MB saja. Tapi mesti ada kes2 yg jadi DURING their tenure as MBs dulu yg buat Sultan banyak marah kan. Itu sebab Sultan takmau dia orang jadi MB lagi. Similar lah dengan what is happening now in Selangor.

      alooo pa…

      semua orang tahu lah. Ini khusrin is Sultan punya orang la. Not UMNO. Not PAS. Not sidik hasan. Similar with Harussani in Perak. Semua orang tahu Harussani ni “orang” Sultan Perak. So, even orang UMNO pun tarak berani touch dia. You remember tak Khusrin suruh tangkap itu ex-Mufti Perlis. You ingat ini ex-mufti Perlis sokong siapa bro? Ini shahidan & Tun M punya best friend la bro. Umno totok. hahaha …

      U mau pretend buat bodo and still accuse UMNO behind all this. Go ahead la bro. It just show how naive u are in matters regarding the admin & mgmt of the state. U ingat kecik anak ka ini Sultanate institution? Senang2 boleh jadi “kuda” by anyone including UMNO? UMNO pun takut mau cari gadoh sama Sultan lorrr …

      But, I think lar. Since that ini Khalid Ibrahim is so bodo. Bodo in the sense of political play la. He allowed himself to be use as a stooge in cari gadoh sama Sultan. So, who knows … Sultan sudah blacklist Khalid from re-appoint as MB (kalau PR menang in PRU13 la). So, sapa nanti akan jadi new MB?

      Azmin Ali ka???

      hahaha …

      so, bro pa. In politik, yang paling bahaya is not musuh depan mata tapi musuh yang kita tarak nampak punya. Especially musuh itu dia suka main belakang. hahahaha

      cheers.

  6. […] Kerajaan PR tentang lantikan Khusrin sebab politik […]

  7. […] kontroversi penentangan lantikan Khusrin Disember lepas adalah atas dasar politik. Ianya jelas akan menghalang parti parti komponen PR ‘melombong kekayaan’ dari Selangor […]

  8. […] impasse that was created by Khalid and his band of PKR bandits by making Khusrin’s appointment a political issue is simply getting HRH Sultan of Selangor’s Government to collide against His Majesty Seri […]

  9. Tapi orang bukan Islam boleh masuk Masjid dan digalakkan pun dengan syarat mana-mana orang Islam walaupun seorang dan tiada kepentingan masjid itu mengizinkannya masuk.

    Apa Imam Syafie ni. Salah ke Imam Muktabar tu?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: