Hina dan maaf: Permainan apa ini?

Dewasa ini, masyarakat Bukan Melayu terutama golongan Chauvinis Cina makin lantang ‘mencabar’ kedudukan istimewa dan perasaan dan emosi orang Melayu. Ini termasuk soal ugama Islam dan kedudukan, kedaulatan dan kuasa mutlak DYMM Raja Raja. Paling terbaru ialah isu “Azan masjid terlalu kuat di Kampung Kerinchi”.

100 bantah peguam pertikai azan Subuh

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Lebih 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah di Jalan Pantai Permai di sini, hari ini, sebagai membantah tindakan seorang peguam bukan Islam menghantar memorandum berkaitan azan kepada Perdana Menteri, pada Disember lepas.

Memorandum itu antara lain meminta pihak pengurusan masjid berkenaan memperlahankan laungan azan yang didakwa mengganggu tidurnya setiap Subuh sekali gus membangkitkan kemarahan umat Islam.

Mereka yang mewakili persatuan penduduk sekitar Kampung Kerinchi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mula berhimpun secara aman di pekarangan masjid selepas solat Jumaat pada pukul 2 petang.

Kumpulan itu membawa kain rentang dan sepanduk yang tertera tulisan ‘Laungan Azan, Laungan Keramat’, ‘Jangan Main Api’ dan ‘Islam Agama Kami’ serta melaungkan takbir.

NGO yang terlibat antaranya Majlis Gabungan Ayahanda-Ayahanda; Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Perhimpunan yang berakhir pada pukul 2.30 petang itu sedikit kecoh apabila ada pihak membakar tiga replika jenazah di luar masjid, namun berjaya dihentikan pihak polis.

Bagaimanapun tiada insiden yang tidak diingini berlaku pada perhimpunan itu.

Pengerusi Majlis Gabungan Ayahanda-Ayahanda Wilayah Persekutuan, Zakaria Awang pada sidang akhbar selepas itu berkata, perasaan penduduk sekitar Lembah Pantai dan NGO Islam amat terhiris dengan tindakan pengadu menghantar memorandum kepada Perdana Menteri berhubung perkara itu.

Katanya, azan merupakan sebahagian daripada aspek ibadah umat Islam sejak berkurun lamanya dan ia tidak pernah dipersoalkan termasuk oleh penjajah.

Beliau hairan dengan sikap peguam itu yang sepatutnya mahir mengenai Perlembagaan Persekutuan dan mengetahui bahawa Islam adalah agama rasmi negara.

”Ia secara jelas memberi kebebasan kepada rakyat mengamalkan agama yang dianuti mereka. Justeru kami menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap peguam itu sebagai pengajaran kepadanya dan orang lain sekiranya mahu membangkitkan perkara sama pada masa akan datang,” katanya.

Difahamkan, berikutan penghantaran memorandum oleh peguam itu, kariah Masjid Al-Ikhlasiah terpaksa memperlahankan laungan azan sejak dua minggu lalu.

Menurut Zakaria, persatuan penduduk dan NGO Islam mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap peguam itu mengikut Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu, penduduk menasihatkan peguam itu supaya berpindah dari tempat tinggalnya sekarang atau menukar kerakyatan kepada negara yang digemarinya.

”Selain itu, kita meminta beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini khususnya penduduk di Lembah Pantai,” katanya.

****************

Sebelum itu, perbuatan ‘samseng’ ADUN DAP Komtar Ng Wei Aik, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. (DAP adalah parti yang berdasarkan semangat Chauvinis Cina, anti Melayu dan anti Islam). Namun apabila perbuatan melampau dan luar dari bidang kuasa itu dibangkitkan sehingga mendapat reaksi negatif bukan sahaja warga Pulau Pinang, malah orang Melayu seluruh negara, maka Ng meminta maaf.

Permohonan maaf bukan penamat

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 14 Jan. – “Walaupun dia telah minta maaf, namun perbuatannya tetap melukakan hati saya dan juga seluruh kaum India Muslim di negara ini.”

Itulah luahan hati pemilik Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, 42, berhubung permohonan maaf Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik kerana bertindak agresif terhadap pekerja dan premisnya minggu lalu.

Menurut Syed Kassali, perbuatan Wei Aik sukar dilupakan kerana ia bukan sahaja menimbulkan trauma kepada dirinya dan pekerja di restoran berkenaan malah mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, permohonan maaf itu bukan penamat kepada apa yang telah berlaku kerana banyak masalah lain timbul kesan perbuatan melulu Wei Aik.

“Saya terima permohonan maaf itu kerana tidak mahu isu perkauman terus diperkatakan. Banyak hati perlu dijaga.

“Malu tetap malu, nak buat macam mana. Lagipun kami tiada rakaman audio visual seperti yang diminta. Yang ada cuma rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Beliau berkata demikian setelah menerima permohonan maaf secara terbuka yang dibuat Wei Aik di restorannya di Gat Lebuh Macallum di sini hari ini.

Setelah menerima tekanan banyak pihak, akhirnya, Setiausaha Politik Ketua Menteri itu tampil ke restoran tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi ini dan memohon maaf secara terbuka kepada Syed Kassali atas keterlanjuran bertindak kasar dan agresif terhadap premis tersebut.

Sebelum menyatakan permohonan maafnya, Wei Aik dilihat mengadakan perjumpaan bersama Syed Kassali hampir 10 minit.

Tengah malam 2 Januari lalu, Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar itu kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di premis tersebut.

Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP menyita barang-barang di kedai berkenaan.

Wei Aik juga didakwa mengeluarkan ungkapan ‘Tutup kedai, balik India’ yang berunsur perkauman kepada pekerja restoran berkenaan.

Tindak-tanduk beliau yang ala samseng itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan masyarakat terutamanya kaum India Muslim sehingga lapan laporan polis dibuat pihak terlibat termasuk oleh Syed Kassali dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).

Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) negeri pula telah menghantar memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya tindakan diambil terhadap Wei Aik.

Menurut Syed Kassali, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Kimma dan Persatuan Restoran India Muslim Malaysia (Presma) untuk melihat bentuk tindakan yang patut dibuat pihaknya terutama dalam menyelesaikan isu kerugian besar yang ditanggung restorannya sejak kejadian tersebut.

“Perniagaan semakin merosot dan sehingga kini kami telah kerugian hampir RM30,000. Keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Justeru, saya akan berbincang dengan Kimma dan Presma, apa yang boleh dibuat dan bentuk tindakan selanjutnya. Setakat ini tiada jaminan apa-apa daripadanya (Wei Aik) selain bantuan untuk memohon lesen MPPP,” katanya.

*********************

Soal azan di Kampung Kerinchi, ianya menjadi rungutan oleh seorang yang dipercayai mantan Setiausaha Akhbar Tan Sri Ong Ka Ting semasa beliau menjawat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Identiti individu tersebut yang dipetik dari Akhbar Cina sebagai Ng Kian Nam telah menulis surat komplen kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, mengenai azan tersebut.

Ianya menerima reaksi yang amat negatif.

Ianya sama apabila MP DAP Serdang Teo Nie Ching masuk kedalam surau dan memberikan ucapan, dalam bulan Ramadhan. Reaksi kemarahan memuncak sehingga DYMM Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sendiri mengeluarkan titah murka atas tindakan yang dianggap ‘biadap’ dan ‘menghina kesucian ugama Islam’ itu.

Teo juga kemudian memohon maaf. Tetapi ianya bukan tanpa Exco DAP Selangor Theresa Kok, yang juga MP DAP Sputeh, ‘memarahi’ jawatankuasa surau tersebut.

Setiap kali individu atau wakil masyarakat Cina ini menyuarakan sesuatu dengan lantang yang melukakan perasaan atau lebih teruk menghina dan menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam, maka permohonan maaf muncul. ‘Penghinaan’ (cabar, cela dan kemudian minta maaf, mengikut turutan itu) ini boleh disifatkan sebagai sengaja mencabar kesabaran dan ketahanan tekanan orang Melayu. Ini kerana apa apa reaksi negatif orang Melayu kepada individu atau minoriti dari masyarakat Cina ini akan diperkudakan oleh pihak tertentu sebagai modal untuk memaparkan pada dunia ‘Orang Melayu tiada toleransi’ dan lebih buruk lagi, bersifat ‘oppresif’ kepada minoriti.

Apakah permohonan maaf setelah menghina adalah satu tamparan-penghinaan dari perbuatan asal?

Persoalnya sekarang, sampai bila ini akan berterusan berlaku? Apakah minoriti dari masyarakat Cina sengaja ‘menjolok sarang tebuan’ semata mata untuk melihat tahap kesabaran orang Melayu atau mencabar agar sesuatu yang buruk seperti pergaduhan atau rusuhan antara etnik seperti Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 berlaku semula?

Hakikatnya, terbukti acap kali bahawa DAP merupakan pencetus perasaan rasism diMalaysia.

Satu perspektif yang perlu diambil kira ialah politik masyarakat Cina. Kemungkinan parti parti Cina seperti MCA dan DAP sedang ‘bertarung’ untuk menjadi ‘juara’ dari kacamata masyarakat Cina. Dalam MCA sendiri, sudah dilihat bagaimana Kepimpinan MCA menyalahkan semangat nasionalism sebagai punca kegagalan mereka meraih keyakinan dan ketirisan undi dari masyakat Cina. Presiden MCA Dato’ Seri Chua Soi Lek menyalahkan NGO Melayu seperti PERKASA sebagai punca mereka gagal meraih undi Cina di PRK 094 Hulu Selangor April 2010. Kemudian Kongress Ekonomi Cina anjuran MCA yang meminta sistem kuota dihapuskan.

Sekiranya MCA ada masalah dalaman, maka menjajari langkah DAP bukanlah selesaian yang bijak. Ini kerana sikap Chauvinis Cina DAP sebagai ‘agen provokateur’ sudah sampai ketahap maksima dan orang Melayu sudah tidak tahan lagi. Amat malang bagi MCA yang menjadi rakankongsi MCA sekiranya orang Melayu menanggap “Mereka semua ini sama saja, anti Melayu!”.

Ini kerana MCA bergantung kepada undi Melayu untuk terus ‘relevan’ dalam Kerajaan kongsi-kuasa BN dan perlu menyelesaikan masalah dalaman dengan segera. Mereka juga perlu membuktikan peranan mereka dalam BN dan Kerajaan ‘Kongsi-Kuasa’, yang buat masa ini diperuntukan 4 jawatan Menteri Kabinet. MCA perlu membuktikan mereka relevan diberikan kepercayaan undi majoriti orang Melayu. Hakikatnya DAP sudah ‘tepu’ dalam kawasan yang majoriti atau hampir majoriti pengundi masyarakat Cina.

Toleransi dan kesabaran orang Melayu ada hadnya. Amat penting diingat bahawa Orang Melayu mempunyai sifat ‘amuk’. Permainan ‘hina dan maaf’ ini mungkin diakhiri dengan ‘amuk’. Pada ketika itu, tiada siapa yang beroleh keuntungan. Oleh itu rakyat Malaysia perlu mengelakan dari sebarang permainan ‘Menang jadi arang, kalau jadi abu’.

*Dikemaskini 800pm

 

 

 

 

Published in: on January 15, 2011 at 14:26  Comments (15)