Melayu Liberal memang sengaja mudah lupa

 

Melayu mudah lupa: Dr Azly Rahman

Lanjutan dari artikel professor ekonomi Dr Azly Rahman yang disiarkan di dalam Laman blog Lim Kit Siang bertajuk “MRSM schools obstacle to national unity?”, dan meneliti artikel-artikel lain nukilan beliau, kelihatan agak jelas bahawa ‘kegagalan’ yang beliau sebut di dalam artikel tersebut mungkin merupakan pengaruh luaran dan bukan merupakan kegagalan sebahagian atau keseluruhan dari sistem pembelajaran MRSM.

Dalam artikel beliau bertajuk, “Addressing the Eternal Question” yang diterbitkan ada 10hb Disember 2007 dalam meneliti polemik kaum India dan HINDRAF, beliau menyebut :-

“It is not the time to focus on how many of the Bersih or Hindraf protestors ought to be thrown in jail and how must we construe the demands of Indian Malaysians, but to ask ourselves this question: how can our eyes, our minds, and, our souls be opened to the plight of those who have laboured for the power and glory of the few?

Let me propose a programme of action to help improve the lives of the Indians. It is partly based on what Mara has done for the Malays, through its well-funded MRSM (Mara Junior Science College) system. I think the excellent and benevolent plan should be duplicated.”

Amat dipercaya Dr Azly Rahman berpandangan bahawa sistem MRSM yang diperkenalkan sememangnya merupakan satu method pembelajaran yang komprehensif dan berkesan. Mungkin apa yang merungsingkan beliau adalah ‘campurtangan’ pihak ketiga yang telah ‘mencacatkan’ konsep pembelajaran seperti yang diperkenalkan awalnya.

Tidak dinafikan daripada perubahan dan pendekatan baru yang dibuat, terdapat sebahagian kecil yang telah memberikan kesan negatif. Antaranya, campurtangan kuasa politik yang telah menyebabkan pakaian seragam MRSM ditukar kepada warna khaki. Ianya telah menambahkan beban kepada ibubapa pelajar serta ‘mencalar’ identiti MRSM, yang pada asalnya tidak mempunyai pakaian seragam khusus.

Jika MRSM dirancang seperti yang dikatakan oleh Dr Azly Rahman untuk melahirkan ‘Malay extremist’ (Ekstremis Melayu), MRSM telah gagal sepenuhnya. Buktinya, rata-rata pelajar lepasan MRSM mempunyai corak pemikiran sendiri dan mampu hidup dalam apa jua keadaan. Corak pemikiran yang  ‘luas’ (diverse) ini adalah merupakan identiti pelajar lepasan MRSM.

Visi MRSM adalah untuk melahirkan pelajar yang serba boleh, kreatif dan mempunyai daya saing dan survival dalam apa-apa keadaan dengan berpaksikan Agama, bertunjangkan Negara dan bernaungkan Bangsa. Pelajar yang lahir dari system MRSM disediakan untuk menjadi ‘serba boleh’ (all rounder).

Kami percaya pelbagai kaedah dan method diperkenalkan saban tahun untuk terus mempertingkatkan mutu pembelajaran di MRSM. Pengenalan kaedah pembelajaran ‘Lateral Thinking‘ yang diperkenalkan Dr Edward de Bono seawal tahun 80an, misalnya, adalah bukti yang menunjukkan bahawa sistem pembelajaran di MRSM adalah dinamik dan sentiasa progresif dan melatih pemikiran di’luar kotak’. Mana mungkin program-program seperti ini diperkenalkan jika MRSM mahu pelajarnya terus berada diruang litup ‘pemikiran yang dipastikan’ (conditioned), tidak kritis dan bersifat ‘kow tow’.

Kemampuan lepasan pelajar berinteraksi dan berasimilasi dalam dunia nyata juga membuktikan rancangan ‘mendoktrinasi anak melayu kepada pejuang ketuanan melayu yang lebih kompleks’  telah gagal. Kalau lah itu matlamat penubuhan MRSM. Budaya pemikiran kritis dan berani menyahut cabaran dalam suasana dan cara sendiri adalah antara nilai-nilai yang cuba ditanam oleh MRSM.

Jika penerapan sifat Patriotik, cintakan Agama, Bangsa dan Tanah Air dikatakan sesuatu yang mampu memecahbelahkan perpaduan, mungkin Dr Azly perlu terlebih dahulu menilai ‘sumbangan’ sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dalam ‘memantapkan’ perpaduan nasional. Mungkin Dr Azly seterusnya boleh mengenalpasti siapa yang cakapnya ‘bermusim’ dan bersifat ‘chameleon’. Mungkin Dr Azly Rahman sepatutnya turut memperjuangkan “Satu sekolah Untuk Semua, Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara”. Dr Azly Rahman selanjutnya boleh memperpanjangkan perjuangan beliau tersebut kepada Lim Kit Siang dan lihat bagaimana Lim Kit Siang akan mendokong kempen tersebut dengan bersungguh-sungguh demi perpaduan rakyat Malaysia.

Perenggan-perenggan akhir Artikel beliau menyebut :

 

“In MRSM, that predominantly Malay-elite secondary institution for the best and brightest young Malays, Malay-centric indoctrination work have been happening since the 1980s. Courses such as Kursus Kesedaran (Self Awareness Courses) are conducted to instill the questionable idea of Ketuanan Melayu, making the children afraid of “Malaysian bogeymen and bogeywomen” and their own shadows.

Open-mindedness is rarely encouraged and students take control over each others’ lives transplanting retrogressive ideologies into each other’s head, with the help of ultra-nationalist and anti-multiculturalist teachers.

Even if these children survive the ideological ordeal and experience ‘tough love’ and go on to get their degrees from top American and British universities, they will still be Malays with a shallow understanding of multiculturalism or become more sophisticated Malays with more complex arguments on Ketuanan Melayu.

They will then design policies to affect the needed sustenance of ideology in order to protect the interests of the few. Neo-feudalistic cybernetic Malays are then the new creations of the political-economic ruling class. They run the country and many are now running it down.

As an educator wishing to see Malays progress alongside in peace and prosperity with other races, I call upon us all to put a stop to all forms of indoctrination held especially by the BTN (Biro Tata Negara); an organisation that is of no value to the advancement of the Malays they claim to want to liberate.

It should be taken over by progressive Malaysians and replaced with a systematic effort to promote not only racial understanding through teaching respect and deep reflection on the cultures of the peoples of Malaysia, but also teach conflict resolution and mediation through cross-cultural perspectives. All must question the presence of BTN on campuses. All must reject BTN’s programme for indoctrination.

Let us no longer allow any government body of that sort to set foot on our campuses or our schools. As Malaysians we have to demand an end to the further dissemination of racist ideologies.

Open up, not only institutions such as UiTM (Universiti Teknologi Mara) and MRSM but also Umno to more students of the major cultures. We will then have a great celebration of diversity and respect for human dignity in the decades to come.”

 

Cuba bandingkan dengan perenggan-perenggan berikut dalam artikel lain beliau bertajuk “BTN must leave all campuses beginning with UiTM and MRSM”, beberapa perenggan dalam Artikel tersebut menyebut :

“In MRSM as well, a predominantly Malay-elite secondary institution for the best and brightest young Malays, similar things have been happening since the 1980s as well. Kursus Kesedaran (Self Awareness Courses) are conducted to instill the questionable idea of Ketuanan Melayu, making the children afraid of “Malaysian boogeymen and boogeywomen” and their own shadows.

Open-mindedness is rarely encouraged and students take control over each others’ lives transplanting retrogressive ideologies into each other’s head, with the help of ultra-nationalist and anti-multiculturalist teachers.

Even if these children survive the ideological ordeal and experience ‘tough love’ and go on to get their degrees from top American and British universities, they will still be Malays with a shallow understanding of multiculturalism or become more sophisticated Malays with more complex arguments on Ketuanan Melayu.

They will then design policies to affect the needed sustenance of ideology in order to protect the interests of the few. Neo-feudalistic cybernetic Malays are then new creation of the political-economic ruling class. They run the country and many are now running it down.

As an educator wishing to see Malays progress alongside in peace and prosperity with other races, I call upon us all to put a stop to all forms of indoctrination held especially by the BTN; an organisation that is of no value to the advancement of the Malays they claim to want to liberate.

It should be taken over by progressive Malaysians and replaced with a systematic effort to promote not only racial understanding through teaching respect and deep reflection on the cultures of the peoples of Malaysia, but also teach conflict resolution and mediation through cross-cultural perspectives. All must question the presence of BTN on campuses. All must reject BTN’s programme for indoctrination.

Let us no longer allow any government body of that sort to set foot on our campuses or our schools. As Malaysians we have to demand an end to the further dissemination of racist ideologies.

Open up, not only UiTM and MRSM but also Umno to more cultures. We will have a great celebration of diversity and respect for human dignity in decades to come. I speak as a silent reproduction and capitalised human of both MRSM and UiTM; a product of the human capital revolution of the Mahathir era.”

Perenggan-perengan di atas  jelas menunjukkan pertindanan hujah dan corak generalisasi (generalisation pattern) yang membimbangkan. Kelihatan Dr Azly Rahman cuba menggunakan satu hujah dan mempersalahkan semua entiti yang dilihat tidak sehaluan dengan beliau. Budaya ‘one size fits all’ dan ‘quick fix‘ adalah amat merbahaya disamping memperlihatkan kedangkalan dalam berhujah.

Malah dalam Artikel kedua belum, penambahan ayat berikut :

“I speak as a silent reproduction and capitalised human of both MRSM and UiTM; a product of the human capital revolution of the Mahathir era.”

Kami percaya sebagai pelajar Perintis di MRSM Kuantan, era semasa beliau menuntut disana (1974 – 1978) tiada kena mengena secara langsung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun Negarawan pada masa itu ialah Menteri Pelajaran. MRSM pada masa itu ialah dibawah penguasaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan MRSM adalah satu Bahagian yang diujudkan, berlandaskan Akta MARA.

Kami tidak pasti apakah maksud yang tersirat disebalik ayat tersebut. Namun sistem MRSM, peluang yang ujud bawah Dasar Ejonomi Baru (DEB) dan eko-sistem pembangunan dan perindustrian yang dijana semenjak 1971 memungkinkan pelajar pelajar Melayu cemerlang dilahirkan, diberikan peluang pengajian di luar negara dan kembali menjadi professional. Eko-sistem ekonomi yang berkembang dan jajaran peningkatan sistem sosio-ekonomi menjadi pemangkin antara garduan MRSM ini maju dalam bidang masing masing. Antara rakan MRSM seangkatan dengan beliau yang telah berjaya adalah personaliti seperti Dato’ Kamaruddin Meranun (Pengarah Eksekutif Kumpulan Tune/AirAsia), Dato’ Shazali Ramli (CEO Celcom) dan Dato’ Dr Mohd. Nasir Muda (pakar cardiologi IJN), Dato’ Mohamed Zainal Shaari (Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Khazanah Bhd) dan Hj Mohd. Yusoff Sulaiman (CEO MIGHT).

Adalah tidak adil bagi Dr Azly Rahman membuat andaian sendiri dengan produk MRSM, terutama pelajar era 1980an dan 1990an. Jika MRSM telah berjaya melahirkan ‘Malay extremist’ sepanjang dua dekad tersebut, sudah tentu persekitaran sosio-politik Negara ini tidak seperti sekarang. Dimana ‘Malay extremist’ ini semasa bangsa mereka dinoda oleh pemimpin melayu sendiri, dianaktiri oleh menantu pemimpin dan diliwat oleh bekas bakal perdana menteri. Dimanakah ‘mereka’ bila bangsa mereka dihina dan diherdik oleh bangsa lain. Bacul kah mereka, atau sememangnya pada realitu golongan ‘Malay extremist’ produk MRSM sebenarnya tidak wujud?

Sebagai bekas pelajar yang menuntut di MRSM pada era awal sehingga pertengahan 1980an, kami terdedah dengan kursus-kursus anjuran SEDAR dan BTN. Bertentangan dengan teori yang ditawarkan oleh Dr Azly, kami tidak menjadi lebih rasis walaupun lebih patriotik dan kami tidak menjadi lebih elitis, malah lebih inklusif.

Produk yang lahir dari sistem MRSM berjaya menjadi pemimpin, samada dalam bidang politik, korporat, pendidikan dan perubatan. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Mukhriz Mahathir (Kota Bahru) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Razali Ibrahim (Terendak) merupakan pemimpin BN sekarang, sementara Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah (Seremban). Pengersui UDA YB Dato Nur Jazlan Mohamed (Kulim), yang juga MP Pulai.  Wakil rakyat semasa dikalangan warga MRSM ialah ADUN Sg Tiang, Kedah YB Suraya Yaacob (Seremban) dan ADUN Guai, Pahang YB Norol Azali Sulaiman (Kuantan).

Sebelum ini Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan MP Machang Dato Sazmi Miah (Kota Baru) dan MP Jeli Hj. Apandi Mohamad (Kota Bahru), juga warga bekas pelajar MRSM.

Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd. Dato Mokhzani Mahathir (Kota Bahru), Pengerusi Shell Malaysia Annuar Taib (Muar), Presiden/CEO Maybank Bhd. Dato’ Seri Abdul Wahid Omar (Seremban), CEO UEM Bhd. Dato’ Izzadin Idris (Seremban), CEO Lembaga Urusan Tabung Haji Dato’ Ismee Ismail (Seremban), Presiden Institut Akauntan Malaysia Nik Hasyudden Nik Yusof (Kota Bahru), Pengarah Urusan Edaran Bhd. Dato’ Bistamam Ramli (Seremban), CEO Symphony House Bhd. Abdul Hamid Sheikh Mohamed (Kuantan), CEO DRB Properties Mohd. Razman Osman (Kuantan), CEO PKNS Othman Omar (Seremban) dan CFO Malaysia Airlines Mohd. Azha A. Jalil (Muar) merupakan nama nama tokoh korporat yang lahir dari sistem MRSM.

Dekan Fakulti Perubatan HUKM Dato’ Dr Lokman Saim (Seremban), Timbalan CEO/Ketua Pakar Bedah IJN Dato’  Mr Azahari Yakub (Kota Bahru), Pakar Bedah Padetrik Dato’ Dr Zakaria Zahari dan Pakar Bedah IJN Dr Rais Sanusi (Kuantan) merupakan tokoh tokoh perubatan kebanggaan dari sistem MRSM.

Angkasawasan Negara Dato’ Sheikh Muzaphar Shukor (Muar) dan Pegawai Pemerintah kapalselam TLDM kedua KD Tun Razak Cdr. Baharuddin Md. Nor (Taiping) merupakan professional luar biasa yang amat berjaya dalam bidang masing masing.

Tiada dari senarai ini yang dianggap sebagai ‘Ekstremis Melayu’ dan ‘Rasis’. Malah, mereka berkhidmat dan menyumbang untuk eko-sistem Malaysia dengan pendekatan inklusif.

Ilmu yang dikongsi mendedahkan kami dengan pelbagai nilai. Dengan mengenali diri dan hak sendiri, kita akan lebih menghormati hak orang lain. Kita tidak akan mengambil hak orang lain dengan sewenang-wenangnya. Kita menghormati asas Negara ini, Rukun Negara & Perlembagaannya. Perjuangan untuk mempertahankan hak sendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negara tidak boleh disifatkan sebagai rasis atau anti-perpaduan. Hak sendiri wajib dipertahankan, hak orang lain mesti dihormati.

Pengalaman menuntut selama satu tahun dibawah kelolaan usahasama MARA dan KPP-ITM pada itu semasa mengikuti program Northern Consortium United Kingdom (NCUK) adalah pendedahan pertama kami diluar kepompong MRSM dan MARA. Kami percaya, walaupun kami merupakan golongan minoriti, pelajar lepasan MRSM telah meninggalkan kesan dan memberikan impak kepada sistem dan pengurusan program NCUK (pada masa itu).

Kumpulan ini jugalah, apabila tiba di United Kingdom, telah digelar sebagai ‘DAP Melayu’ oleh kumpulan pro-Anwar Ibrahim pada masa itu, era akhir 1980an sehingga 1990an. Hanya kerana tidak menunjukkan minat untuk turut serta secara aktif dalam siri ‘usrah’ anjuran kumpulan mereka dan menghabiskan menghabiskan lebih masa di fakulti kami bersama rakan-rakan pelajar jurusan undang-undang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Tanyalah siapa individu yang kini bergelar Prof Dato Dr dan punyai Universiti di Malaysia (walaupun beliau sendiri gagal memperolehi PhD, tidak seperti isterinya) dan konco-konco beliau yang bermaharajalela sekitar Manchester dan Cardiff. Tanyalah bagaimana usaha-usaha mereka untuk menguasai Kelab UMNO UK Eire. Tanyalah bagaimana mereka mendabik dada dan mengaku boleh menghantar pulang pelajar-pelajar Melayu pulang ke Malaysia dengan sewenang-wenangnya. Nama Anwar Ibrahim disebut dan diperdagang kerana kumpulan ini telah menguasai Jabatan Penuntut Malaysia.

Tanyalah siapa manusia di Cardiff yang menuduh pelajar-pelajar melayu jurusan undang-undang sebagai ‘DAP Melayu’. Tanyalah siapa yang memperlecehkan anak-anak Melayu yang datang untuk menyambung pelajaran mereka di Cardiff. Fenomena yang sama berlaku di Newcastle (dimana gerakan post graduan pro-Anwar Ibrahim amat tegar) dan bandaraya lain seperti Manchester, Leeds dan Sheffield.

Kumpulan yang digelar ‘DAP Melayu’ inilah yang telah menguburkan Cardiff Area Malaysian Students Association (CAMSA) kerana tidak mahu melihat perpecahan dikalangan rakyat Malaysia di Cardiff. Kumpulan yang digelarkan ‘DAP Melayu’ oleh golongan pro-Anwar Ibrahim ini jugalah yang bekerjasama dengan Malaysian Students Association di Cardiff sehingga berjaya mengadakan Malaysian Night bersama-sama dengan semua kaum dan turut dimeriahkan oleh pelajar-pelajar asing.

Tanyalah salah seorang peguam Anwar Ibrahim sekarang, jika pelajar jurusan undang-undang di Cardiff pada masa itu merupakan golongan rasis. Sebahagian besar dari mereka merupakan pelajar lepasan MRSM, MCKK, RMC dan matured students dari ITM (kini UiTM).

Tanyalah bagaimana seorang pelajar Melayu yang datang belajar di Cardiff di atas biaya sendiri dihalau oleh ‘post grad’ Melayu (juga merupakan konco-konco Anwar Ibrahim) dari menumpang dirumah mereka. Tanyalah bagaimana kumpulan yang digelar “DAP Melayu” oleh kumpulan pro-Anwar Ibrahim ini, dengan bantuan rakan-rakan pelbagai kaum di Cardiff membantu untuk mendapatkan peluang pelajar tersebut menduduki-semula beberapa subjek beliau di British Council, Kuala Lumpur kerana kekangan wang beliau. Tanyalah bagaimana insan yang telah hampir berputus asa telah berjaya menjadi peguam dan kini beramal di Terengganu.

Beberapa bekas pelajar MRSM juga terdapat di dalam kelompok kumpulan “DAP Melayu” dan turut ‘mencorak’ halatuju kumpulan tersebut. Kumpulan tersebut, dengan bantuan rakan-rakan pelajar lain telah Berjaya mengekang kelompok pro-Anwar Ibrahim dari menguasai Kelab UMNO UK Eire, Cawangan Cardiff & Pontypridd.

Amat malang, bila kupasan Dr Azly Rahman gagal melihat ‘pelakon’ sebenar yang cuba mencorak pemikiran pelajar-pelajar Melayu pada masa itu. Dr Azly Rahman lebih gemar mengambil jalan mudah menyalahkan UMNO sebagai sebuah institusi daripada cuba menghalusi siapakah dalang sebenarnya. Pelakon yang berimej ‘alim’ melalui ABIM, PKPIM dan gerakan sekumpulannya. Pelakon sama yang berimejkan ‘nasionalis’ melalui cengakaman di dalam Kerajaan, UMNO dan BTN yang telah dikuasainya pada masa itu. Pelakon yang cuba menampilkan imej ‘ilmuan’ melalui Institut Kajian Dasar. Pelakon yang terlalu berminat dengan kesihatan melalui sukan tenis bersama Nalla Karupan.

Amat malang lagi, apabila pelakon tersebut kini diagung-agungkan sebagai “Tokoh Anugerah Tuhan” dan memperjuangkan hak samarata. Negara kita cukup malang di anugerahkan dengan pelakon ini. Retorik-retorik yang diucapkan sekarang ini sepatutnya diterjemahkan semasa beliau mempunyai peluang dan kuasa pada masa itu. Sebaliknya, keutamaan, perlakuan dan tindakan beliau terlalu sonsang dan bertentangan.

Untuk rekod, Dr Azly Rahman dan isteri pernah disaman UUM kerana gagal melengkapkan khidmat bawah bon skima pra-graduan beliau.

 

 

Published in: on January 20, 2011 at 12:10  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/01/20/melayu-mudah-lupa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. layarilah http://www.freemalaysiakini.com…percuma

    sebarkan kepada pembaca blog anda

  2. Melayu macam inilah yang amat disayangi oleh Lee Con You. Mungkin Dr Azly cuba lihat elit melayu Singapura sejauh mana pangkat,kemewahan dan pencapaian mereka?

  3. Since he has been summoned by UUM (I read elsewhere some RM80,000 default claims not paid) for not honouring his scholarship obligations, is he of good character? Can his thinking be good and what he says be heard? I think not.

    He cannot be liberal if he is not broad minded. He is not broad minded if he does not appreciate the history of this country and the fact that its development must be based on that history. He is at best pseudo-liberal, meaning someone pretending to be liberal when in fact he is not.

    All this anti-Ketuanan Melayu and so-called ketuanan rakyat is nuts.

    Ketuanan Melayu that is inherent in the Special Position of the Malays has been there “since day one”, said the British Colonial Secretary when tabling the Malayan Independence Bill in the British Parliament in 1956. The non-Malay leaders have agreed to it being enshrined in the Constitution and the Malay leaders agreed that the non-Malays be given citizenship right.

    Malays have the right to protect and promote it. BTN and whoever else. Non-Malays have no bloody right to question it. And study loan or sholarship defaulter Economics Professor, pseudo-liberal Malays or whoever.

    Ketuanan Melayu as manifested under Article 153 of the Constitution is protected by the Sedition Act. In fact talk about ketuanan rakyat is seditious and those doing so ought to be hauled in and charged under that Act.

  4. if what he said about MRSM and UiTM is true, being one of a product the the said institutions, obvious he wudn’t even have the brain come out with the own-race-condamning article in the first place.. what an ass..

  5. AZLY RAHMAN / MELAYU TAK PERNAH LUPAKAN AWAK

    Azly Rahman, he is an idealist and philosophically who fantasizes that equality, utopian multiculturalism is good in human relationship .

    His writing approached that he is the teacher . Apparently , he wants to think that he is a Dreamer and all of us are his dreams. To many Azly Rahman is an intelligent ghost buster , a Dreamer who lost in his own dreams ecosystem .

    Apparently , many were pretty irritated after reading his articles . Rarely in many right minds where emotional and subjective illness took precedence over tolerance and acceptance . Many could hardly stomach his authority and thinkings in presenting his subject matter , especially concerning the Malay identity . Fortunately or unfortunately , that make it worst , he is also a Malay borne .He demands for intellectual and intelligent comments from his readers . But his sweeping  statements and provocative arguments from his articles , like the weakness of Perkasa , Malay ; a construction of an illusion and Malay ….to SawoJaya and many more got into many nerves .

    The earliest though and reaction from his article , Malay : the construction of an illusion ? , this is certainly an explosive and a determined question . On the second though is it a philosophically discriminatory question dumped into Malay consciousness ?

    He says ,Malay race is an illusion . It is a process of constructing the making of those creators to justify their means . More or less it is a statement amplified by Azly Rahman that Malay race is the imagination of others . He has the melody and jazzy tones of anti races and underlining the Malay race .Apparently it negates many schools of thoughts and beliefs that say races are the result of human evolution with the realization of nature .
    The classification of races are real . Races are difference in their make up of each other . In all races their blood is red in color but not all races have the same blood type . Yes , biological man is made of DNA complex as some scientists remark . To think that Malay is a construction of an illusion , is hard to swallow .
    It is unfair for the thinking minds that he the transcultural philosophy of multiculturalism be simplified to , Malay : a construction of an illusion ? Indeed , it is not an intellectual question but a provocative , to many of us .

    I get crash into your blog with strings of paranoia and frustration to address Azly Rahman ‘ s articles . He has been avoiding infuriated response from his readers . Barani Buat , Berani lah Tangong .

    My goodness gracious!!  Azly revealed or rather plagiarized the most provocative statement , he also agree that Malay is equal to laziness . His inviting topics were equally subjective , hidden behind his polemic of rhetoric , jargon and eccentric eclipse of a closed classroom.

    He quoted , “ Henry Ford, an American inventor says, History is bunk”  . We could hardly believe , he was quoting Henry Ford who was a capitalist roader and also who wrote about the ,  Chinese , Jews of the East .

    Similarly, many were trying to jam his intellectual framework . His  sweeping statements were torturous , tormented or rather bunk . Many were expecting highly of ( he thinks ) a well known professor and scholar from the school of high faculty and prestigious school of Columbia University . A professor who is taught to profess the knowledge of excellence but unfortunately portraying bigotry in the preamble statements of the subject in the process of intellectualization and education .

    He also made many sweeping statements with no intellectual framework and smearing the reputation of the Malay identity to the level of near Nazism for the sake of his  masturbated intellectual thinking is an act of ‘ treason ‘ to the Malay minds . Further , he labeled the Malay by associating that Malay is near equal to  Hitler Nazism . Hitler blatantly aspersed and slaughtered the Jews with the purpose of just merely promoting and propagating the Germans to be the descendent of the Arian race . Are we Malays like that ?  Singapore ‘ famous song lyric of the 80s , ” I see you like that ” typical of Azly ‘s expression .

    He was proposing to re-brand the Malay race to SawoJaya . Never mine the branding , The Malay cannot change things quickly that have already existed for centuries, it’s downright ridiculous.   

    The Malays in Malaysia will learn to face with the new challenges and change along with them in our concerted time and space . I hope I am not being vulgar , out of topic and hindering your blog . I could not help it . And I hope in his next ‘ intellectual writing ‘ , it be more touch of wisdom , rather ‘ be an intellectual oxymoron ‘

  6. Lecturer gua nih…wow…
    From my observance, i think he is liberal.. byk sy x setuju dgn nyer semasa kelas lateral thinking… mungkin sbb sy malay extremist juga..hehe.. bukan sahaja agak liberal ttg ras tp pendapat sy dia juga ada pdpt yg liberal ttg agama.

  7. Is that the face of the fellow? Never seen a photo of him before.

    Isn’t he a pengkhianat bangsa?

    What a shame.

  8. Bro BD,

    You tertinggal sorang lagi produk MRSM dalam dunia korporat iaitu Dato’ Seri Shazally Ramly, CEO CELCOM

    Thanks.

    • Terima kasih.

      Memang ada. Satu para dengan nama seperti Kamaruddin Meranun dan Mohamed Zainal Shaari

      • Dato’ Seri Shazally Ramly bukan saja produk MRSM, malah selepas itu beliau ke Institut Teknologi MARA (ITM) sebelum melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

  9. YB Paroi pun dari MRSM (Seremban).. pls mention

  10. Azly Rahman laki-bini dah settle ke hutang diaorang dengan UUM?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: