Khalid wajar berundur kerana gagal rampas ‘kuasa’ Tuanku

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim wajar meletak jawatan kerana gagal merampas ‘kuasa’ Tuanku Sultan. Ini kerana usul pindaan Perlembagaan Undang Undang Tubuh Negeri Selangor pada sidang tergempar hari ini gagal diluluskan Dewan Undangan Negeri apabila hanya 34 ADUN menyokong manakala 20  ADUN lain menentang.

Selangor gagal pinda undang-undang tubuh kerajaan

24/01/2011 8:21pm

SHAH ALAM 24 Jan. – Kerajaan negeri Selangor gagal meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri apabila ia tidak diluluskan setelah gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam undian belah bahagian dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Speaker Datuk Teng Chang Khim berkata, sebanyak 34 Ahli DUN (ADUN) menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, manakala sebanyak 20 tidak menyokong.

“Namun mengikut peraturan mesyuarat sebarang pindaan memerlukan undian sebanyak dua pertiga dari jumlah kerusi DUN di bawah Perkara 98, Fasal 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Maka ia tidak boleh dibawa kepada bacaan kedua dan seterusnya,” katanya selepas pengiraan undi belah bahagian itu.

Berikutan kegagalan untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga itu, mesyuarat pada hari ini ditamatkan dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian. – Bernama

******************

Pindaan ini me’wajib’kan baginda Tuanku Sultan merujuk dan mendapat persetujuan Menteri Besar bagi apa apa cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor akan datang. Pada masa ini, lantikan SUK Kerajaan Negeri Selangor hanyalah berdasarkan cadangan calon SPA yang dirujuk kepada baginda Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menggariskan bahawa baginda Tuanku Sultan merupakan Ketua Eksekutif Negeri Selangor.

Kontroversi poliktik ini timbul apabila calon SPA bagi jawatan SUK Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Mohd. Khusrin Munawi yang telah diperkenan oleh baginda Tuanku Sultan telah tidak diterima oleh Khalid sebagai MB Selangor. Dipercayai Khalid sebagai MB Selangor dan mewakili PKR telah tunduk kepada tekanan parti chauvinis Cina DAP, yang sememangnya bersifat anti Melayu dan Islam.

Polemik lantikan Khusrin ini bermula kerana beliau merupakan seorang penjawat awam yang tegas, bertindak menurut peruntukan undang undang dan tidak boleh di’perguna’ oleh kepimpinan politik sewenang wenangnya. Isu tindakan keatas MP DAP Serdang Teo Nie Ching memasuki dewan sembahyang sebuah surau di Seri Kembangan Ramadhan lepas dan menimbulkan emosi umat Islam dan menguatkuasa larangan menggunakan masjid dan surau sebagai pentas ceramah politik.

Sebelum itu, Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat pernah mempertikai titah larangan baginda Tuanku Sultan atas perbuatan menggunakan masjid dan surau sebagai platform politik. Ini berlaku semasa kempen PRK P094 Hulu Selangor April 2010. PAS merupakan rakan kongsi Kerajaan PR Selangor.

Kesan tindakan biadap Teo ini sehinggakan Tuanku Sultan menitah murka, menunjukan berat salah-guna dan menghina kesucian Islam. Khusrin pada masa itu merupakan Pengarah JAIS dan melaksanakan tugas sebagaimana titah Tuanku Sultan. Baginda Tuanku Sultan pernah menitahkan ada anasir cuba mencabar institiusi Islam. Ini termasuk golongan chauvinis Cina DAP, yang sememangkan anti Islam dan Melayu.

Kemelut politik ini sebenarnya memaparkan jelas ‘perang dingin’ antara Istana dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Lantikan Khusrin yang diperkenan Tuanku Sultan telah dimanipulasikan Khalid sehingga berbohong, walaupun beliau telah merafak sembah mengadap baginda apabila mula timbul bibit bibit ‘percanggahan’ mengenai keputusan pengganti Dato’ Ramli Mahmud itu.

Ini bukannya isu baru. Baru baru ini, DYMM Tuanku Sultan menitah dukacita baginda institiusi dan peranan Raja Raja Melayu dipertikaikan. Ini termasuk gerakan yang sama dalam Selangor.  DYMM  Tuanku Sultan Selangor telah menitah murka tindakan Khalid cuba menggunakan duit zakat bagi kegunaan pembangunan, yang jelas bercanggah dengan kehendak Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, yang juga agama Negeri Selangor.

Jelas MB Selangor Khalid Ibrahim dan keseluruhan Exco Kerajaan Negeri Selangor sepanjang menjawat kedudukan sediada semenjak kekalahan BN pada PRU 12 8 Mac 2008 dan tertubuh Kerajaan Pakatan Rakyat bersifat durhaka dan perlu diambil tindakan, melalui peruntukan yang ada. Polemik yang mereka timbulkan bukan sahaja menghalang perjalanan pentadbiran, malah kenyataan dan manipulasi bertujuan politik sepanjang hampir 3 tahun ini telah menimbulkan kerasahan rakyat, jika tidak kemarahan.

Isu kontroversi penentangan lantikan Khusrin Disember lepas adalah atas dasar politik. Ianya jelas akan menghalang parti parti komponen PR ‘melombong kekayaan’ dari Selangor (negeri ppaling kaya dalam Persekutuan Malaysia), demi meneruskan agenda strategik ‘Politik Kebencian’ yang menjadi teras bagi Pembangkang kekal relevan dalam persada kuasa.

Dalam pembukaan  hujah dalam DUN Selangor ini, Khalid menuduh BN sebagai ‘penderhaka’ apabila berusaha meminda Perlembagaan Persekutuan dan Negeri termasuk Selangor. Hakikatnya, pindaan Perlembagaan tersebut adalah untuk mengekang hak imuniti Raja Raja hanya setakat apabila sekelian baginda melaksanakan tugas dalam kapasiti mereka sebagai Raja dan menurut peruntukan Perlembagaan. Baginda sekelian Raja Raja perlu bertanggung jawab atas tindakan masing masing atas kapasiti mereka sebagai individu dan tindakan sebagai warganegara.

Sebaliknya, usul pindaan Perlembagaan Selangor hari ini ialah tindakan bagi DYMM Tuanku Sultan melepaskan hak sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan kepada MB Selangor. Ini wajar dilihat sebagai tindakan ‘Durhaka’. Bibit ‘penderhakaan’ MB Khalid dan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor ini bukanlah perkara baru. Baginda Tuanku Sultan menitahkan keresahan baginda semasa majlis sambutan Hari Keputeraan Baginda ke 65, 29 Nov 2010:

Sultan Selangor kurang senang

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my
 

Sultan Sharafuddin Idris Shah

 

SHAH ALAM 29 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan segelintir pihak yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda bertitah, tindakan golongan terbabit mempersoalkan perkara-perkara itu adalah bertunjangkan matlamat supaya sistem Raja Berperlembagaan yang ada sekarang disemak dan dikaji semula.

Titah baginda, golongan berkenaan juga telah mengemukakan alasan yang amat tidak tepat untuk merasionalkan matlamat itu kononnya negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian.

“Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ yang ada pada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’ hendaklah dihapuskan.

“Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka,” titah baginda sewaktu berangkat ke majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan – Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin ke-65 itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kepimpinan kanan kerajaan negeri.

*******************

Usul pindaan Perlembagaan Negeri Selangor hari ini ialah memberikan Menteri Besar kuasa untuk menentukan pegawai Kerajaan Negeri Selangor yang jelas diperuntukan sebagai pemilihan oleh ‘Suruhanjaya Yang Berkenaan’. Jelas Khalid dan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor dipengaruhi chauvinis Cina DAP untuk mengambil alih kuasa perkenan baginda Tuanku Sultan atas lantikan pegawai pentadbir dari kalangan pentadbir awam professional, yang jelas bukan jawatan politik.

Permainan mempolitikan semua aspek termasuk lantikan pegawai pentabir awam hanyalah kemampuan PR, yang pada hakikatnya gagal mengurus dengan baik dan membawa pembangunan demi kesejahteraan rakyat yang memberikan mereka mandat.

Mencabar kedudukan, peranan dan kuasa DYMM Tuanku Sultan merupakan permainan seorang yang durhaka.

Oleh itu, Khalid dan keseluruhan Exco Kerajaan Negeri Selangor wajar berundur secara terhormat dengan segera. Keyakinan baginda Tuanku Sultan dan majoriti rakyat Selangor dijangkakan akan tiris akibat tindakan durhaka dan kegagalan ‘rampasan kuasa’ DYMM Sultan Selangor melalui usul pindaan Perlembagaan ini. Jika mereka berdegil dan menjaga kepentingan Kerajaan dan rakyat Selangor, mungkin sudah tiba masa Akta 150 dipertimbangkan secara serious untuk dilaksanakan.

*Perkembangan dikemas kini 1145pm

Published in: on January 24, 2011 at 20:42  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/01/24/khalid-wajar-berundur-kerana-gagal-rampas-kuasa-tuanku/trackback/

RSS feed for comments on this post.

17 CommentsLeave a comment

  1. […] This post was mentioned on Twitter by azeeza, Zakhir Mohamed. Zakhir Mohamed said: Khalid wajar berundur kerana gagal rampas 'kuasa' Tuanku: http://wp.me/p3iTb-32J […]

  2. Kenapa baru sekarang Kalid nak pinda, dulu masa tahun 2008, baru naik pimpin kerajaan kenapa tak buat kalau benar demi tuanku sultan.

    nampak sangat nawaitu Dap dan kalid baru sekarang nak pinda hanya sebab nak halang dato kushrin yang memang dikenali amat tegas dan di persetujui tuanku sultan.

    Rakyat boleh baca niat Dap la, wahai kalid

  3. Does our local politicians know about honour and dignity?
    Or the days of muka tak malu Aljuburi has come to roost.

  4. Khalig Bengap ni dah lama patut berundur. Semua hal-hal perlantikan ini adalah mainan DAP. Kalau di amati tiada siapa yang paling beruntung dalam hal ini kecuali DAP.

    PKR atau Khalid Bengap menjadi kambing hitam, maka tentu pengaruh PKR akan semakin menurun. Begitu juga dengan PAS. Ia akan memecah belah kan perpaduan melayu ke jurang yang lebih dalam dan jauh.

    Seperti dahulu lagi, pengaruh DAP tidak akan luntur. Ia akan mantap seperti biasa. Olih itu di PRU yang akan datang, DAP akan atau mungkin akan menang dengan lebih besar. Dan pada masa itu mungkin, PR akan mendapat 2/3 dari kerusi DUN. Jikalau pindaaan ini di usus sekali lagi, ia akan menjadi “non-event” dan senanglah DAP menguasai Perkhidmatan Awam Negeri.

    Jangan terkejut, di masa ini akan ada negeri yang mempunyai SUK yang bukan dari kalangan melayu seperti tradisinya.

    DAP is smart, they go for the long haul dan they play for keeps. Look at Penang, DAP dont give a hoot to what being said to them. They carry on with their own stuffs and do what they feel is right for them.

    Again, we see that the Malays are the own warring among each other and occasionally, the Indians community being used as pawns to keep the DAP advantage. It can be seen that PKR and PAS are being used as “Pak Pacak” in Penang.

    I seriously hope that PKR and PAS can see this. I am naive in politics and yet i think i see it. My hope is that those in politics can be selfless and see the big picture here.

  5. […] -24/01/11 – Sekurang-kurangnya dua blog, zul4kulim (zul4kulim.blogspot.com) dan bigdogdotcom (bigdogdotcom.wordpress.com) hari ini melancarkan kempen menggesa Tan Sri Khalid Ibrahi meletak […]

  6. BD,
    Anda perlu juga jujur dan katakan kerajaan ds najib lembab dari segi strategi kerana menteri menteri leka membodek untuk penuhkan KPI dan ada yang palsu. Mereka tidak boleh fikir panjang strategi memperbetulkan segera apa impak yang tercapai oleh gerak politik khusus di selangor.

    Mereka tak bodoh. Mana mungkin kalau strategist nya DAP.Semua dah di rancang. kenapa teruskan sidang dun tergempar walaupun ia satu tindakan sia sia. DS anwar ibrahim yang jadi pemotong kepala, ketua kurang ajar yang derhaka , arogan, biadab dan mengugut Raja Raja pada krisis 1993. Sebab itu anwar sendiri takut nak kehadapan dalam hal ini. Jadi dia baling batu sembunyi tangan.DAP tau sebab game sama.

    Apa yang mereka mau? Impak tindakan mereka. Ini ugutan kepada sultan selangor dan institusi raja. Sebab takut di cemuh DAP gunkan khalid. Khalid di ugut-paksa kerana ‘kamera-gate MB’. DAP dan PKR tau melayu akan tetap mempertahankan institusi raja raja. DAP tidak peduli apa kata PAS.Ini bukan Kelantan. PKR yang dapat pengaruh undi cina, bukan PAS.

    Sidang gempar DUN 24 jan, hanya untuk rakyat. Supaya ada yang terpengaruh: kerajaan federal dan raja raja ada konspirasi jatuhkan kerajaan rakyat, ie kerajaan PR Selangor.Ini ditambah dengan blogger upahan yang terus mengganyang sultan selangor dan perdana menteri , konon mereka mencuri kekeyaan negera untuk mereka dan membiarkan rakyat miskin. Korupsi dan gila kuasa hanya berlaku dalam BN.

    PR ‘menjelajah’minda dan emosi rakyat.Ini semua laku di kawasan luar metro dan middle class yang menghadapi masalah. Ini laku dengan orang orang muda yang baru kenal hidup memerlukan perkerjaan dan pendaptan untuk survive. Pendapatan tinggi untuk selesa dibandar.’Peluang ini di rampas’ dari mereka. ‘Salahkan Raja, salahkan pemimpin, salahkan PM, salahkan kerajaan federal tapi bukan PR’. Itu impak halus yang dimainkan.

    Tapi adakah kementerian media kerajaan dan menteri serta pasukan pegawai kerajaan bertindak patahkan jajahan persepsi ini? Dapat tak RTM ‘baca ‘dan bertindak segara, kecilkan dan padamkan impak tindakan politiking PR? Kalau boleh ‘baca’ pun – tindakan kerajaan , khusus RTM dan badan propaganda lain terlalu lemah, ketinggalan dan menyedihkan.

    DAP dan PKR mahu patahkan semangat orang melayu yang pertahan islam dan institusi Raja Raja – mereka tau benteng terakhir orang melayu ada lah raja raja kerana ramai kecewa dengan pemimpin politik hari ini. Ramai kecewa kerana terlalu percaya pada parti BN yang ada pemimpin yang tak berkebolehan lagi.

    Anda ada tengok apa tindakan media kerajaan untuk patahkan strategi PR-DAP ini? Pernah media kerajaan bertindak secepat mungkin , cerdik dan berkesan?

    Yang banyak berusaha dengan minda tajam dan berkesan mematahkan langkah PR adalah blogger seperti anda.Itu pun tak ramai. Yang lain lebih banyak maki hamun dan carut marut.

    DAP-PKR-PAS bertindak supaya tiap kali -jika tindakan politik tak jadi ,mereka buat rakyat tengok mereka adalah mangsa- play victim.Apa jawapan media kerajaan? Seperti biasa – tak da apa pun. Kalau ada pun analisis yang tak menjadi. Kerajaan hari ini tidak akan menang pilihan raya dengan menjual pembangunan ekonomi saja. Bagi rakyat, ETP, EPP ke apa benda, untuk kayakan orang orang pemimpin.Itu persepsi yang paling susah nak nyahkan. Kita tau rakyat nak tengok kerajaan ini sensitif dan berhati perut, bukan buat buat. Tengok basic pun dah tau. Tika ini semua bertindak buat buat. Tak jujur . Mulut bercakap tapi tengok body language dan ekspresi muka dah cukup lah.

    BN -UMNO tau tak kenapa bila mereka cakap orang SUSAH Nak percaya? Bila MCA, MIC, GERAKAN cakap orang tak peduli pun?

    • Saya sokong pendapat nagaman yang risaukan kurangnya “kementerian media kerajaan dan menteri serta pasukan pegawai kerajaan bertindak patahkan jajahan persepsi” dakyah pembangkang.

      RTM sepatutnya dapat “‘baca‘ dan bertindak segara, kecilkan dan padamkan impak tindakan politiking PR”. Setuju bahawa “tindakan kerajaan, khusus RTM dan badan propaganda lain terlalu lemah, ketinggalan dan menyedihkan.”

      Sudah disebut disana sini bahawa Bernama, sebuah agensi berita nasional, membuat berita online nya “copy proof”, tidak menggalakkan copy and paste, mungkin kerana mahukan pembaca “subscribe” kapadanya. Pada hal pembaca boleh menolong sebarkan berita berita yang baik bagi kepentingan BN dan buruk bagi PR. Saya langsung tidak faham pendirian ini. Maka 1Malaysia pun banyak rakyat yang belom faham.

      Setuju lagi perlunya media kerajaan patahkan strategi PR-DAP ini. Bertindak secepat mungkin, cerdik dan berkesan. Malangnya ada akhbar Inggeris yang mengatakan mereka perlu mengambil hati pembaca bukan Melayu kerana lengganan mereka merosot dan “bottom line P/L” mengkhuatirkan. Tapi dimana pergi kegemilangan dan kegigihan New Straits Times, umpamanya, dizaman Tun A Razak? Mengapa sesangat pentingkan bottom line masakan kepentingan UMNO dan BN terjejas akibat propaganda pembangkang melanda landa.

      Tidak bolehkah diulangi peguasaan seperti Fleet Street lakukan dimasa dulu dimana bottom line tidak menjadi masalah dan “penerangan berkesan” kapada masyarakat umum jadi matlamat ulungnya. Apa pendirian yang kononnya “liberal”, biarkan rakyat kebebasan mengecam “the Establishment”, tidak merosakkan kepentingan kita, menyebabkan pembangkang berleluasa? Tentu boleh pulihkan keadaan yang telah direbehkan dimasa pemerintahan Tun Abdullah dan penguasaan Kalimullah dll dahulu itu.

      Setuju juga bahawa “Yang banyak berusaha dengan minda tajam dan berkesan mematahkan langkah PR adalah blogger seperti anda.” Benar, itu pun tak ramai. Ada blogger yang dapat belasan juta hits tapi nampkanya pentingkan hits dia lebih daripada kepentingan negara. Saya sendiri cuba hentam seorang yang asyik mengagungkan Lee Kuan Yew dan Singapura menjatuhkan nama Malaysia tetapi ada masanya tidak diterbitkannya komen saya.

      Maka perlulah kita terus memuji usaha usaha yang bagus dan mengecam usaha usaha yang tidak bagus bagi kepentingan bangsa dan negara, dan pihak pihak berkuasa yang nampak lembab tidak menjalankan tugas atau fungsi dengan sewajarnya. Lagi ramai dan lagi selalu kita keluar berbuat demikian lagi bagus.

      Silakan, kawan kawan sekelian.

  7. Sir Blogger

    Seperti kata Zulkifli Noordin dalam artikel YB itu- tolong sergah rakyat selangor dan BN bangun tentang derhaka yang terang terang berlaku di selangor. PR -DAP dan PKR ini cuba menyorok dan berpura pura dengan pembohongan tapi sebenarnya cuba menjatuhkan kuasa Sultan Selangor dan merampas kuasa itu dengan cubaan yang gagal melalui sidang dun tergempar. Jangan marah jangan kesal. Lawan mereka.

    Minta rakyat bangun dan setiap orang campakan memorandum ‘derhaka pada Raja’ dan letakan sampah sampah dari rumah di depan pintu bangunan HQ DAP-PKR. Biar bertimbun.Kerana mereka bertindak seperti sampah.

  8. Kenapa Pak Khatan Rakyat tak bubarkan DUN untuk dapatkan majoriti 2/3? Rakyat Selangor pasti ‘memberikan’ 2/3 kepada Pak Khatan Rakyat. Berani?

  9. Tak setuju dengan pendapat “pengaruh DAP tidak akan luntur .. di PRU yang akan datang, DAP akan atau mungkin akan menang dengan lebih besar .. mungkin PR akan mendapat 2/3 dari kerusi DUN.”

    Jangan lupa, PR menang Selangor sebab banyak orang bencikan pemerintahan Tun Dol diPRU 2008. Bukan kerana mereka sayangkan DAP atau PR. Di Lembah Kelang banyak pengundi Melayu. Tak lama selepas PR merintah, banyak yang sudah sedar PR bukan alternatif yang baik.

    Tiap kelemahan BN, PR pun ada. Baru 2 tahun merintah sudah banyak tembelang keluar. Termasuk berbagai korupsi, salah guna kuasa, rumah urut, tampat maksiat, kilang haram, iklan Ah Long dll bersepah. Bosan mendengar, muak memandang.

    Banyak pengundi telah menyatakan mereka menyesal mengundi PR. Termasuk diakhbar dan blog. Saya yaakin yang menyesal tapi diam saja simpan dihati pun banyak. Antara lain, mereka tak tahan tengok kekasaran, keangkuhan dan cara cara gengster yang digunakan DAP.

    Polis baru menyiasat kematian Teoh Beng Hock tapi Lim Guan Eng sudah tuduh SPRM bersalah walau pun sebab kematian sampai sekarang belom ditentukan. Exco DAP Ronnie Liu mengetok deras (banging) pintu SPRM dan pintu Rumah Mayat Hospital Kelang. Seorang ADUN PKR dan seorang AP PKR ada berkata dia mmenjumpai “the underworld” diIbupejabat Kerajaan Selangor.

    Juga Lim Guang Eng hebohkan dia Malaysian First Chinese Second tapi namakan suatu kemudahan diPenang Sun Yat Sen. Jadi Sun Yat Sen First and China Second – cakap tak serupa bikin, kata orang.

    Sekarang pulak PR nak tunjukkan Menteri Besar lebih besar dari Sultan. Kalau wording pindaan Perlembagaan itu kata Sultan perlu rujuk kapada MB calon SUK dll, maka itulah maknanya dan penderhakalah rupanya. Kalau begitu, majoriti Melayu tentu tidak boleh terima.

    Tidak mungkin PR akan dapat undi lebih atau majoriti 2/3 berdasarkan perkara perkara yang diterangkan diatas.

  10. BD,

    Khusrin dah angkat sumpah depan Sultan.
    Tapi MB tak setuju, tidakkah ini satu perderhakaan ?

    Bolehkah Sultan Selangor pecat penderhaka ini ?

    Saya setuju sangat jika kesamua EXCO dipecat sekali.

  11. abu abu last2 jadi abuk hanya blog pro umno je.

    • Ini sam masuk, satu ayat tak ada isi pun, dia budak kecik ke?

      sam, jangan curi main komputer bapak kau, nak. Baca buku sekolah, nanti bapak kau balek kau kena marah.

  12. Apa ni Dato’?

    Anak Tan Sri Khir Johari bekas Menteri Pendidikan dibawah tiga Perdana Menteri Malaysia telah menjadi…… ahli DAP!

    Siapa cakap DAP itu bukan untuk orang Melayu?

    Sah DAP ini terbuka kepada mana-mana bangsa dan agama.

    Yang tak boleh masuk UMNO, orang Cina dengan India yang Hindu dan Buddha.

    Dato’, nak buat apa sekarang ni Dato’?

    Anak pembesar UMNO yang berpangkat Menteri pun dah masuk DAP.

    Kita di UMNO ni nak buat apa Dato’?

    Dato’ ada tak cadangan strategi untuk lawan balik?

    Sekian.

    • Zairil ni bukan anak Khir. Dia anak Christine!

      Tak da apa apa mengenai dia yg Melayunya (kecuali nama saja!)

      Apa heran org ini macam jadi DAPigs????

  13. RAhim Rahmat – Anak lelaki Khir Johari dari isteri cina kedua masuk DAP? Memang kena la tu. Sebelum ni kita tak kenal pun dia siapa. Anak orang kaya yang di lupa daratan. Sekarang nak balas dendam nak tunjuk dia anak Tan sri Khir Johari jadi- kenapa tak di layan dengan istimewa ? Dia sendiri boleh tanya apa yang dia buat untuk masyarakat , untuk negara selama ni?

    Dia ingat negara ni ada utang dengan dia? Macam dia ada utang dengan keluarga Khir Johari dari isteri pertama? Anak anak isteri pertama di pisahkan dari bapa dan di ‘curi ‘ hak dan harta mereka bila Khir Johari berkahwin isteri cina kemudian meninggal dunia.
    Isteri cina ini yang telah menghancurkan hati keluarga khir johari dari isteri pertama bila cina ni tidak benarkan anak anak khir johari melawat bapa nya, tidak benar melawat bapa bila sakit, tak di benar melawat bapa bila khir johari nazak. Manusia jenis apa ni isteri ke 2 khir johari ni??

    Jadi tak payah lah tanya nak buat apa bila anak khir johari dari isteri kedua ni masuk DAP. What do you expect? Tak siapa peduli. Tak payah buat apa apa biar dia memberi khidmat kepada DAP, walaupun kedudukan istimewa nya hasil dari kerajaan BN.

    UMNO pun terlalu melayu untuk mereka ni yang tak selesa di kaitkan dengan orang melayu. sama lah macam tunku Aziz yang speaking tu yang masih di awangan england. Yang masih di buai mimpi akan di angkat di peringkat tinggi macam presiden yusof singapura bila DAP berkuasa. Dia pun tak rasa diri dia melayu. Apa nak buat? Tak ada apa,sebab orang begini rasa mereka superior. keangkuhan ini tak dapat di padamkan bagi mereka yang ada ‘chip on the shoulder’.

  14. Abu abu what is the because itu je tinggal orang mcm kau.And that is how to talk to people like you as takde modal pi kat bapak pula,kepala otak kamu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: