Mat King Leather durhaka pada Sultan Perak?

 

Mat King Leather

Mantan-banduan-salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim memang terkenal sebagai pemimpin politik yang sanggup berbohong, manipulasi fakta dan menghasut dan menabur perasaan benci demi untuk memanipulasikan emosi, dalam usaha strategik untuk ‘merampas kuasa’. ‘Politik Pembohongan’ dan ‘Politik Kebencian’ merupakan strategi untuk meraih sokongan dan kemudian kuasa, kerana secara demokratik dan dasar konvensyenal beliau tidak mungkin dipilih.

Namun menghasut agar rakyat membenci Raja Raja Melayu, yang menjadi payung sistem sosial dan penaung Perlembagaan dan undang undang adalah sesuatu yang ramai tidak percaya beliau tergamak lakukan.

Setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan UMNO keesokan harinya, Anwar telah dengan jelas membuktikan bahawa beliau tergamak untuk memperkuda emosi orang awam dengan ‘Politik Kebencian’ untuk rakyat bangkit menentangkan institiusi, sebagaimana lahirkan pergerakan politik jalanan dan rusuhan ‘Reformasi’. Anarki merupakan modus operandi bagi mencapai cita cita politik.

Namun, kami diberitahu bahawa ujud bukti yang jelas dengan visual video bahawa Ketua Pembangkang ini tergamak untuk menghina dan menghasut rakyat menentang DYMM Paduka Seri Sultan Perak dalam kemelut ‘peralihan kuasa’ dari Pakatan Rakyat kepada BN pada 5 Februari 2009, apabila dua ADUN PKR Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi dan seorang ADUN DAP Hee Yit Foong keluar meninggalkan parti mereka dan menyokong BN.

Sekiranya bukti ini benar, maka amat malang bagi rakyat Malaysia apabila ada pemimpin politik yang tergamak BIADAP dan DURHAKA sebegini!

Mari kita sama sama tunggu perkembangan ini.

 

Published in: on January 31, 2011 at 23:45  Leave a Comment