Demonstrasi desak Mat King Leather bagi sampel DNA

Satu demonstrasi aman telah dianjurkan pagi tadi jam 1200pm di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya oleh beberapa NGO Melayu didahului PERKASA dan Gagasan Anti Penyelewengan mendesak OKT dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Anwar “Mat King Leather” Ibrahim, agar bekerjasama untuk memberikan sampel DNA beliau agar kes boleh diselesaikan dengan segera.

Demonstrasi desak Anwar berikan sampel DNA di hadapan Ibu Pejabat PKR, 13 Mac 2011

Mantan-salah-guna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim ini enggan memberikan kerjasama, walaupun Akta Keterangan memperuntukan bahawa orang yang disiasat dan tuduh dalam sebarang kes perlu tampil untuk melicinkan perjalanan kes.

Setakat ini, memang taktik Anwar dan pasukan pembelaan beliau untuk melengah lengahkan kes. Kes yang telah pun tertanggung sebanyak 30 kali dan dua kali percubaan pihak pembelaan untuk mengenepikan Hakim perbicaraan menunjukan Anwar dan pasukan pembelaan, yang terdiri dari politikus Pembangkang seperti Karpal Singh tidak berminat untuk mencari kebenaran sebenar.

Demonstrasi dihadapan Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya

Sekiranya Anwar berkerjasama untuk memberikan sampel DNA, maka boleh diputuskan bahawa air mani yang ditemui dalam dubur Saiful merupakan air mani beliau atau sebaliknya. Maka proses mencari keadilan itu sudah berakhir dan masa dan sumber semua pihak tidak disia siakan. Ini kerana terlalu banyak politicking berlaku dari kes ini dan ianya berpanjangan tanpa selesaian. Anwar sebagai Ketua Pembangkang wajar bertanggung jawab untuk menentukan Kerajaan memerintah diselia dengan baik dan bukan menggunakan kedudukan beliau untuk merumitkan kes ini yang dijadikan kontroversi politik.

Kes yang sebenarnya adalah kes jenayah seksual sebagaimana yang diperuntukan dalam Kanun Keseksaan Selsyen 377B yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun itu bukan sahaja menjadi kontroversi peringkat nasional, malah digunakan oleh media asing yang nyata dikuasai Yahudi Neo Con untuk memburukan Kerajaan Malaysia dari sudut memanipulasikan sistem keadilan bagi menekan Pembangkang yang kunun kunun berpotensi untuk menegakan sistem demokrasi ala Barat di bumi Melayu ini.

Demonstrasi anjuran Gagasan Anti Penyelewengan di Merchant Sq, Tropicana 13 Mac 2011

Demonstrasi yang sama berlaku di Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor antara jam 1000am-100pm hari ini. Demonstrasi pertama dianjurkan di Batu Gajah, Perak semalam. Ini merupakan bukti jelas bagaimana rata rata rakyat Malaysia amat bosan dengan taktik Anwar untuk memperlekehkan sistem Keadilan dan sebaliknya, menggunakan kes yang beliau dituduh sebagai modal politik untuk memburukan Kerajaan Persekutuan dan BN sebagai parti memerintah.

Bak kata pepatah Inggeris, “Justice delayed is justice denied” (Keadilan tertangguh adalah keadilan yang dinafikan).

*Dikemas kini 1045pm

Gambar demonstrasi yang sama hari ini sekitar negara mendesak Anwar untuk memberikan sampel DNA:

 

Published in: on March 13, 2011 at 12:34  Comments (6)