Sampai bila Wan Azizah & keluarga nak berbohong untuk Mat King Leather?

Dalam sidang media dirumah, Bukit Segambut, Kuala Lumpur sebentar tadi Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail menafikan lelaki dalam video ringkas 1.47 minit di Youtube yang tersebar luas sehingga menjadi muka depan akhbar Kosmo hari ini adalah Ketua Pembangkang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.

Beliau dakwa susuk badan lain. Ini juga menjadi reaksi twitter terawal YB Nik Nazmi semasa youtube tersebut mula tersebar luas petang semalam.

Azizah juga menyalahkan UMNO dalam penyebaran rakaman Youtube ini yang disifatkan beliau sebagai “Kerja jahat UMNO”. Ini merupakan ‘skrip pertahanan’ yang sama digunakan Pesalah-Yang-Tuduh-Meliwat Anwar semasa sidang media di ibu pejabat PKR dua minggu lepas, beberapa jam setelah wartawan terpilih diundang secara rahsia ke Carcosa untuk menonton rakaman video tersebut.

Kenyataan media yang telah diedarkan:

Kami sekeluarga sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan video seks yang dipautkan dalam laman-laman web semalam.

Hal ini telah memaksa kami sekeluarga untuk menonton sendiri rakaman video tersebut.

Setelah meneliti klip yang disebarkan itu, kami dengan penuh suci hati dan penuh keyakinan menyatakan bahawa personaliti yang terpapar dalam video tersebut bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila bergelar seorang tahanan politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Jelas kelihatan susuk badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang politikus Umno-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Hentikanlah fitnah dan tohmahan ke atas individu yang dilihat sebagai musuh nombor satu Umno-Barisan Nasional. Terimalah beliau sebagai ketua pembangkang yang sah dan berhak disisi undang-undang, dan ajukanlah kritikan jikalau ada, terus kepada prestasi dan dasar-dasar yang beliau anjurkan.


Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament, Lembah Pantai
No 1-2 Jalan Pantai Murni 6
Pantai Dalam
59200 Kuala Lumpur
Tel:  03-22409476
Fax: 03-22409473

 

Bila ditanya mana jam Omega Anwar yang Datuk Eskay dakwa ada padanya setelah cuba dicuri pelacur berketurunan Cina, Azizah kata ada padanya tapi enggan menunjuk. Soalan pasal jam Omega Anwar yang ditanya oleh wartawan Agendanews membuat Wan Azizah amat marah. Bila didesak mana jam tersebut oleh wartawan lain. Dia memberi reaksi  “Awak bukan pendakwa”.

Persoalan “Tiga Belas Juta Ringgit” sekarang ialah sampai bila Azizah dan keluarga sanggup berbohong demi pertahankan Anwar. Jelas pembohongan untuk mempertahankan mantan-salahguna-kuasa yang telah lebih 12 tahun setengah ini makin menjadi tindakan sia sia.

Turut dihadir dalam sidang media tersebut ialah Karpal Singh, Khalid Ibrahim dan Nurul Izzah sebaik sahaja isu jam Omega dibangkitkan. Isu jam Omega ini amat penting kerana jam itu merupakan pemberian seorang putera Raja Saudi kepada Anwar dan ianya tidak boleh diganti sewenang wenangnya. Sekiranya Azizah mengaku jam Omega tersebut berada dalam simpanan beliau, maka ianya boleh dibuktikan jam itu asli.

Published in: on April 5, 2011 at 12:14  Comments (13)