Sampai bila Wan Azizah & keluarga nak berbohong untuk Mat King Leather?

Dalam sidang media dirumah, Bukit Segambut, Kuala Lumpur sebentar tadi Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail menafikan lelaki dalam video ringkas 1.47 minit di Youtube yang tersebar luas sehingga menjadi muka depan akhbar Kosmo hari ini adalah Ketua Pembangkang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.

Beliau dakwa susuk badan lain. Ini juga menjadi reaksi twitter terawal YB Nik Nazmi semasa youtube tersebut mula tersebar luas petang semalam.

Azizah juga menyalahkan UMNO dalam penyebaran rakaman Youtube ini yang disifatkan beliau sebagai “Kerja jahat UMNO”. Ini merupakan ‘skrip pertahanan’ yang sama digunakan Pesalah-Yang-Tuduh-Meliwat Anwar semasa sidang media di ibu pejabat PKR dua minggu lepas, beberapa jam setelah wartawan terpilih diundang secara rahsia ke Carcosa untuk menonton rakaman video tersebut.

Kenyataan media yang telah diedarkan:

Kami sekeluarga sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan video seks yang dipautkan dalam laman-laman web semalam.

Hal ini telah memaksa kami sekeluarga untuk menonton sendiri rakaman video tersebut.

Setelah meneliti klip yang disebarkan itu, kami dengan penuh suci hati dan penuh keyakinan menyatakan bahawa personaliti yang terpapar dalam video tersebut bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila bergelar seorang tahanan politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Jelas kelihatan susuk badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang politikus Umno-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Hentikanlah fitnah dan tohmahan ke atas individu yang dilihat sebagai musuh nombor satu Umno-Barisan Nasional. Terimalah beliau sebagai ketua pembangkang yang sah dan berhak disisi undang-undang, dan ajukanlah kritikan jikalau ada, terus kepada prestasi dan dasar-dasar yang beliau anjurkan.


Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament, Lembah Pantai
No 1-2 Jalan Pantai Murni 6
Pantai Dalam
59200 Kuala Lumpur
Tel:  03-22409476
Fax: 03-22409473

 

Bila ditanya mana jam Omega Anwar yang Datuk Eskay dakwa ada padanya setelah cuba dicuri pelacur berketurunan Cina, Azizah kata ada padanya tapi enggan menunjuk. Soalan pasal jam Omega Anwar yang ditanya oleh wartawan Agendanews membuat Wan Azizah amat marah. Bila didesak mana jam tersebut oleh wartawan lain. Dia memberi reaksi  “Awak bukan pendakwa”.

Persoalan “Tiga Belas Juta Ringgit” sekarang ialah sampai bila Azizah dan keluarga sanggup berbohong demi pertahankan Anwar. Jelas pembohongan untuk mempertahankan mantan-salahguna-kuasa yang telah lebih 12 tahun setengah ini makin menjadi tindakan sia sia.

Turut dihadir dalam sidang media tersebut ialah Karpal Singh, Khalid Ibrahim dan Nurul Izzah sebaik sahaja isu jam Omega dibangkitkan. Isu jam Omega ini amat penting kerana jam itu merupakan pemberian seorang putera Raja Saudi kepada Anwar dan ianya tidak boleh diganti sewenang wenangnya. Sekiranya Azizah mengaku jam Omega tersebut berada dalam simpanan beliau, maka ianya boleh dibuktikan jam itu asli.

Published in: on April 5, 2011 at 12:14  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/04/05/sampai-bila-wan-azizah-keluarga-nak-berbohong-untuk-mat-king-leather/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. Does she really have any choice Sir?

    Perhaps, the best thing for her and family (of course including the Mat Leather), was to have made the decision to pack up and go, to live elsewhere, long time ago.

    Now she is stucked.

  2. Big Dog..

    Ini semuanya fitnah yang teramat kejam ke atas Anugerah Tuhan ini. Fitnah yang dilakukan oleh si Anugerah Tuhan ini sendiri ke atas dirinya.

    Kalau dianya mempunyai track record moral yang baik, semua ini tidak akan berlaku.

    Kezaliman dan kekejian yang berlaku adalah atas perbuatannya sendiri.

    HESMEL FAZNEE FAISAL.

    • suatu ketika dulu, masa dalam ABIM, pernah digelar sebagai Insan Kamil…kini Anugerah Tuhan…

      buddy

  3. Siapa lagi nak pertahankan suami jika bukan isteri? Betul atau tidak belakang cerita lah. Domestic violence syndrome?

  4. KAK WAN, JAM MANA JAM?

  5. Betul la Joe, PC kat rumah sendiri takkan tak boleh nak ambik kejap, kan.

  6. Itulah cinta sejati, “BERKORBAN APA SAHAJA” mengatasi kisah cinta Romeo&Juliet dan cinta Laila&Majnun atau mana kisah cinta yang lain diseluroh dunia.

  7. Kak Wan memang patut dapat payung mas, berlian.Anugerah isteri mithali

  8. BD

    Wan Azizah dan Nurul deny part susuk tubuh sahaja ke?
    sheikh kickdefella ada technical explaination yang detail tentang cctv distortion.

    did they deny pada raut wajah as well ?
    have to see the PC video again.

    sang suami sebagai ketua rumah tangga yang sepatutnya yang membela keluarga. bukan isteri dan anak.

    kenapa si suamianugerah tuhan membisu seribu bahasa.

    Aku kesian pada kak wan, tapi kesian pun tak lah sampai aku rasa seperti di perbudak budakkan.

  9. Nurul, JAM MANA JAM? Sibuk nyanyi lagu Radiohead je. Ni Thom Yorke tanya ni. JAM ABAH KO MANA??

  10. LIAR’s LAIR!

    Liar, liar, now whole family is on fire!

    Kak Wan, Nurul & rest are the worst idiots I hv ever seen. Why the hell are they still lying for Al Juburi aka Al Puki????

    Tak puas puas kena kencing kat muka lagi ke keluarga ni????

    Bodoh nak mati!

  11. […] padu semua kuncu kuncu Anwarista termasuk sekelian Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat adalah betul betul benar dan bukan pembohongan. Eskay merupakan sahabat rapat […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: