Chauvinis Cina DAP hina Melayu

Rocket: A weapon of mass destruction

Dalam siri kehangatan kempen Pilihanraya Negeri Sarawak X 16 April 2011 ini, Pakatan Rakyat terutama DAP amat terdesak untuk meraih sokongan untuk undi. Ini termasuk menghina kaum Bumiputra Melanau dan pemimpin mereka, Ketua Menteri Sarawak Pehin Tan Sri Taib Mahmud.

Calon Cina Chauvinis DAP bagi DUN N10 Pending  Violet Yong membuat ucapan ini semalam. Rakaman ini juga wajar ditimbangkan untuk mengenali kemampuan Violet Yong menghina dalam siri kempen politik beliau:

Beliau sememangnya memperkudakan isu sensitif ugama untuk membakar perasaan masyarakat Cina dan Bumiputra Sarawak yang menganuti Kristian.

Penghinaan kepada pemimpin pemimpin Melayu dan Bumiputra yang telah amat berjasa untuk memajukan Sarawak juga boleh dilihat disini. Mereka tidak teragak agak membelakangkan hemah sebagai budaya masyarakat Malaysia yang majmuk dan saling menghormati terutama golongan yang lebih berumur, semata mata untuk politik sempit mereka.

Pemimpin Chauvinis Cina DAP yang mengimport ‘politik perkauman ekstrimis’ dari Semenanjung cuba menjangkaui politik menghina Kepimpinan dan kehendak majoriti, dari sudut membakar sentimen sensitif sebagai modal untuk berkempen. Ini terutama setelah berjaya meraih 24 kerusi Dewan Rakyat dan menjadi tampuk utama dalam sebuah negeri (Pulau Pinang) dan ‘dalang utama’ (puppet master) dalam dua buah negeri lain (Selangor dan Perak – antara 8 Mac 2008 hingga 4 Feb 2009) semenjak Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008.

Lihat siri kempen Kepimpinan Chauvinis Cina DAP Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Penasihat Agung Lim Kit Siang dalam musim PRN X Sarawak 2011.

Ini merupakan strategi propaganda mereka sebagai golongan minoriti cuba ‘merampas kuasa’ (dengan memperkudakan proses demokrasi) dari majoriti. Mereka secara konsisten dan terancang berkempen terutama kawasan majoriti Cina dengan membangkitkan sehingga memperkudakan isu sensitif seperti perkauman, ugama dan penguasa undang undang seperti Polis, SPRM, Peguam Negara dan Kehakiman menyalah guna kuasa demi menentukan kerajaan memerintah mengekalkan kuasa. Apabila tindakan diambil keatas mereka, ianya sebagai alasan golongan minoriti ditindas dan mungkin dizalimi oleh kuasa politik yang didukung majoriti.

Mereka wajar dihalang. Sarawak untuk anak pribumi Sarawak. Sarawak adalah rakan kongsi utama Persekutuan Malaysia dan komposisi etnik Bumi Kenyalang ini mewarnai proses kearah ‘Bangsa Malaysia’ yang bersatu dan perpaduan jitu. Sarawak adalah model cemerlang ‘1 Malaysia’, yang mengembeling tenaga semua etnik dan membelakangkan sentimen perkauman atau perbezaan ugama.

Published in: on April 15, 2011 at 09:44  Comments (45)