Pakatan Rakyat makin terdesak, anarki sedang dijana

Maklumat dalam menunjukan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim  juga hadapi tekanan bila ‘pembiaya utama’ PKR John Soh Chee Wen, yang juga tuan punya bangunan pejabat PKR Pusat di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan beliau. Perbalahan bermula apabila PKR mengenakan tindakan disiplin ke atas 12 orang Ketua Cabang PKR Sabah yang berpaksi kepada Dato’ Dr. Jeffrey Kitingan.

John Soh telah meminta Ketua Umum PKR itu campur tangan, tetapi gagal buat apa apa. Sejak itu beliau beralih sokongan kepads Dato’ Zaid brahim. Akibantnya, Soh telah arah pejabat PKR dibangunan tersebut dikosongkan dan sebaliknya untuk beri laluan kepada parti KITA yang diterajui Zaid.

John Soh juga dimaklumkan adalah pembiaya kepada Raja Petra “Anarkis Siber” Kamaruddin  ketika berada di London.

Selain itu, dalam tempoh terdekat ini Dato’ Shazryl Eskay akan buat pendedahan perjumpaan beliau dengan Anwar sebelum klip video didedah pada peringkat awal. Dato’ Eskay memaklum dalam perjumpaan tersebut Anwar telah mengarah beliau yang ada hubungan dengan Selatan Thai untuk mengumpul masyarakat kawasan tersebut untuk bersatu dengan penyokongnya di Malaysia untuk mengujudkan huru hara kearah kebangkitan rakyat seperti mana berlaku di Mesir baru baru ini.

Dalam pada itu, dilaporkan juga Penasihat parti Chauvinis Cina DAP Lim Kit Siang mengarahkan agar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyokong sepenuhnya Mantan-banduan-salah-guna-kuasa Anwar dalam isu video klip ini. Ini bertujuan untuk mengelakan perpecahan dalam Pakatan Rakyat lanjutan perbalahan kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Forum pasca PRN  Sarawak “The Impact On Coming General Election” telah dianjurkan pada Khamis 28 April 2011 di Dewan Serbaguna Chai Leng Park, Seberang Perai Tengah.  Akhbar Kwong Wah Jit Poh (KWJP) menganjurkan forum melibatkan wakil DAP, PKR, Gerakan dan MCA ini. Kira kira 850 orang telah hadir, terdiri dari ahli dan penyokonng parti yang terlibat. Forum dalam Bahasa Mandarin ini dikendalikan oleh Editor KJWP Lim Seong Eng dan disertai empat orang ahli panel ie Wakil DAP Chong Eng, Wakil MCA Eng Hiap Boon, Wakil Gerakan Dr Thor Ching Gee dan Wakil PKR Law Choo Kiang.

Pada keseluruhnnya wakil parti Pakatan Rakyat menyatakan kemenangan di Sarawak baru baru ini atas faktor kesedaran rakyat yang mula menolak BN  manakala wakil BN pula terus memberi tumpuan kepada usaha untuk memenangi semula hati masyarakat terutama sekali masyarakat Cina dan mempertahankan dasar Kerajaan BN.

Forum ini jelas masyarakat Cina boleh duduk semeja untuk membincangkan isu yang dekat disanubari mereka tatkala Anwar semakin memecah belahkan masyarakat Melayu dengan pembohongan yang berpanjangan dan strategi memperkudakan emosi orang orang Melayu dengan segala perasan negatif, termasuk menolak penguatkuasa undang undang yang rata rata diterajui oleh pegwai Melayu. PRU 10 November 1999 telah membuktikan bahawa emosi orang Melayu boleh diperkudakan sehinggakan undi orang Melayu amat tiris.

Jelas Anwar terus menerus memutar belitkan keadaan dan memanipulasi semua yang berlaku, untuk memperkudakan emosi orang Melayu bahawa beliau telah dizalimi. Dalam masa yang sama, masyarakat Cina bergerak untuk mengadakan kesefahaman strategik walaupun menyokong parti yang berbeza. Ini kerana undi masyarakat Cina merupakan ‘undi strategik’ yang menjadi ‘penentu’ dalam satu satu pilihan raya apabila dua calon yang bertelagah itu adalah antara BN dan PAS atau PKR.

Dalam banyak kawasan di Pantai Barat Semenanjung, demografi pengundi merupakan 60% orang Melayu dan 40% Bukan Melayu. Sekiranya pemimpin Chauvinis Cina DAP mampu mengusasai ‘penentu polar pengundi’ dalam kawasan ini, maka mereka akan berada dalam kuasa strategik apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai beberapa negeri sahaja.

Anwar sebenarnya bergantung kepada ‘rakan kongsi’ Cina dalam PKR untuk menentukan parti itu terus mampu beroperasi. Pembiaya utama ialah John Soh manakala pengurus utama kewangan PKR ialah William Leong. Leong yang begitu dipercayai Anwar untuk mengurus kewangan PKR dan peribadi beliau sekeluarga dilantik sebagai Bendahari Agung PKR. Leong juga menguruskan pembiayaan PKR yang datang dari luar seperti National Democratic Institute (Amerika Syarikat), Conrad Adenauer Foundation (Jerman) dan Sasakawa Peace Foundation (Jepun).

Untuk menentukan keadaan makin kacau bilau, Anwar bersedia untuk mengalihkan perhatian dari permasalahan seperti kes liwat yang sedang berjalan dan kes skandal video seks dengan menganjurkan kekacauan ‘yang di import’ secara berterusan dan berskala besar. Masyarakat Thai tahun lepas berjaya membuktikan bahawa mereka mampu mengadakan rusuhan berterusan secara berpanjangan iaitu Rusuhan Baju Merah.

Nampaknya Anwar semakin main kasar dewasa ini. Ini menunjukan beliau dan PKR, sebagai tunggak Pakatan Rakyat berada dalam keadaan amat terdesak.

Advertisements
Published in: on April 29, 2011 at 18:29  Comments (9)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/04/29/parti-kian-runtuh-makin-terdesak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

9 CommentsLeave a comment

  1. Nak wat mcmanaaaa.. Anwar kan chicken, penakut, tak berani angkat sumpah takut kena panah petir sejurus abis sumpah kot hahahahaha!

  2. Its look like PKR owes its existance mainly on handouts. Simply said there is no such thing as a free lunch, then PKR exist to serve sombody else interests. So what is Anuar fighting for?

    Whatever it is, it is not worth for us to break up our 60% majority into 20% minorities.

    • That’s why we must urge the Malays to unite. Don’t have to abandon oen another’s party, simply agree to work together and share power.

      I agree with the suggestion that UMNO should have discreet talks with PAS especially. Offer them the portfolios that the Chinese don’t want – like MCA already said they would not want to be represented in the Government if they don’t get support in PRU13. They won’t get support if they talk like that, instead of going to the ground explaining and persuading the Chinese to support them.

      PKR? Only spend time in talking to them if the opportunity presents itself. Only if they get rid of the leaders who are prepared to forgo Ketuanan Melayu as enshrined in the Constitution Article 153 and instead talk about ketuananan rakyat nonsense.

      Pssst, hope the crooked thinker fellow would not come out with his nonsense. I welcome him here if he talks sense – put out facts and justifiable arguments, instead of wild criticisms and empty rhetorics.

  3. That is why people such as Anwar Ibrahim A.K.A Brother Anwar Bin Ibrahim @ B.A.B.I must be made dissapear into the oblivion. To be serve as a reminder to all the pengkhianat past,present and the would be pengkhianat in the future and our dearest malay generation for as long as this world exist before qiamat, that person like Anwar Ibrahim and his treacherous act will be punish, and for our future generation will always be careful when selecting the leaders of this our Tanah Melayu. Tauladan buat semua,siapa sangka orang seperti Anwar Ibrahim wujud pada zaman kita.Dulu pengkhianatan dibaca dalam buku sejarah,tetapi sekarang ia terjadi di depan mata kita sendiri.Yang penting sekarang ia perlu kita jadikan sempadan untuk diperturunkan kepada generasi orang melayu yang akan datang.

  4. Anwar Ibrahim:
    Too many lies coming out from him that over time some are easily forgotten.Would it be possible to list down ALL these lies and keep showing them so that people will not forget?

    • Wd be an appreciable effort, that one.

      The hardcores DAP and PAS members would not be dissuaded except perhaps by a nuclear bomb. But the non die-hard “sympathisers” may be swayed by such a list.

      PKR members? Even the top-ranking ones already cabut without such a list.

      Goodness, it’d be such a long list, bro.

  5. tahun 2008 aku pangkah pembangkang sebab aku marah dan protes pada Pak Lah dan menantunya kj.

    bukan sebab aku terpikat pada kata kata anwar

    so Najib & Rosmah, please take note.

  6. kalau la ko tau ganjaran org yg menyebarkn maklumat yg benar dan bukan berunsur fitnah da tentu ko ni bkn seorg pembuat fitna

  7. […] Selangor being the wealthiest state in the Federation is very much important for Pakatan Rakyat politics and the capture of the state is crucial for financing their political survival. More over recently, there have been huge scandals within PKR. The exodus of members, which include  personalities with strategic importance such as Dato’ S. Nalla Karupan, Dato’ Sallehuddin Hashim, Dato’ Seri Zahrain Hashim, Dato’ Zaid Ibrahim and one-time-Chief-Financier of Anwar “Mat King Leather” Ibrahim, John Soh Chee Wen, have taken a serious toll on their financial position. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: