Rampas kedudukan Islam wujud?

Muka depan Utusan Malaysia 7 Mei 2011

Semenjak penulisan blog ini “Menjadikan Kristian Agama Rasmi?” yang disiarkan pada pagi Jumaat 6 Mei 2011 dan kemudian Utusan Malaysia menjadikan “Malaysia Negara Kristian?” sebagai bahan muka hadapan pada Sabtu 7 Mei 2011, pelbagai reaksi dirakamkan seluruh negara. Ramai yang terkejut dan ramai pula yang tidak berpuas hati dan marah.

Laporan Polis dibuat termasuk oleh NGO Melayu PERKASA diseluruh negara.

Reaksi yang dirakamkan, termasuk media arus perdana adalah pelbagai sudut dan ada berbaur emosi. Namun yang paling penting dalam episod ini apakah benar ada agenda untuk pihak minoriti mengambil kuasa dengan apa cara sekalipun termasuk memperkudakan proses demokrasi secara licik dan meletak seorang yang berugama Krsitian sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Utusan Malaysia juga merakamkan kenyataan MP Kulim-Bandar Baharu Dato’ Zulkifli Nordin yang bersetuju dengan pendapat ini.

Rampas kedudukan Islam wujud

KUALA LUMPUR 7 Mei – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Katanya, beliau menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.

Katanya, perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

“Saya difahamkan antara perkara yang mereka perjuangkan ketika ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai ‘tidak beragama’ dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut.

“Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.

“Selain itu, saya juga difahamkan bahawa pergerakan ini sedang berusaha untuk membolehkan persatuan agama lain ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, tuntutan-tuntutan tersebut akan disuarakan menerusi ahli Parlimen yang mewakili pertubuhan agama tersebut.

“Jadi, saya harap kerajaan mengambil berat perkara ini. Kita tidak menafikan hak kaum lain untuk mengamalkan fahaman serta agama mereka, tetapi jangan sekali-kali cuba mencabar Islam,” katanya.

“Saya juga menyeru semua umat Islam di negara ini supaya bersatu. Kita semakin lemah dan berpecah-belah sejak akhir-akhir ini, sebab itu golongan yang dengki dengan kita, dengki dengan Islam semakin berani mengambil kesempatan,” jelasnya.

****************

Sebagai MP PKR, Zulkifli merupakan rakan-kongsi DAP dalam Pakatan Rakyat selama 2 tahun sebelum keluar dan kini menghentam parti Chauvinis Cina itu.

Sudah tiba masa ‘cakap cakap’ mengenai gerakan ini yang mungkin subersif dan mampu menggangu gugat keselamatan negara apabila majoriti iaitu orang Melayu-Islam bangkit dalam keadaan marah, disiasat secara rapi. Sekiranya benar, maka ianya patut ditangani termasuk mengambil tindakan sewajarnya.

Kita menghormati kedudukan ugama Bukan Islam dalam masyarakat dan hak mereka untuk menganuti dengan bebas. Sekiranya ianya digunakan sebagai ‘tunggangan’ atau ‘alasan’ untuk mengaburi gerakan minoriti dan lebih buruk lagi memainkan sentimen perkauman dan chauvinism, maka ianya wajar didedahkan demi bertujuan untuk menghalang.

Published in: on May 8, 2011 at 19:45  Comments (84)