Wang ringgit merupakan motivasi biasa kepada semua pihak. Ini termasuk golongan ulama’. Mereka juga tidak terkecuali dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa, terutama bagi menjaga kepentingan sendiri dan kroni. Ini juga penting bagi menentukan mereka mempunyai cukup sumber bagi meneruskan penguasaan mereka dalam organisasi yang mereka terajui.
Kami di BigDogDotCom mula menyiarkan bagaimana kepimpinan PAS Kelantan mengamalkan rasuah melalui sistem ‘nepotism dan kroni’ apabila MB Kelantan dan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat melantik menantunya sendiri untuk menduduki jawatan CEO di Perbadangan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua Syawal yang lepas. Pendedahan kami ini mengakibatkan Pegawai Media PMBK Syed Azidi “Sheih Kickdefella” Al Bukhary dilucutkan jawatan dan ‘penelanjangan’ amalan kronyism, salahguna kuasa dan rasuah PMBK bawak Ariffahmi diteruskan secara bertubi tubi.
Ianya menimbulkan kontroversi yang amat rumit sehinggakan Kepimpinan PAS termasuk Presiden Dato’ Hj Hadi Awang dan beberapa Naib Presiden dan pemimpin tertinggi lain terpaksa ke Kota Bahru untuk menjelaskan kepada Nik Aziz kedudukan dan menasihatkan agar tindakan diambil agar tidak menjejaskan parti.
Setelah Ariffahmi terpaksa berundur dalam situasi yang amat kontroversi, kini perhatian beralih pula kepada Exco Kanan Kelantan Dato’ Husam Musa. Husam, yang disifatkan sebagai golongan ‘Erdogan’ dalam PAS mendapat naungan politik yang amat baik dari Nik Aziz, walaupun beliau mendapat ‘tentangan dan tekanan’ dari hampir keseluruhan warga PAS Kelantan.

Husam bersama Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat
Mustahil dengan naungan politik yang amat padu dan selesa ini, membolehkan Husam bergerak bebas dan sewenang wenangnya menjalarkan ‘rangkaian’. Terutama dikalangan peniaga peniaga yang memberikan ‘naungan kewangan’ kepada kegiatan politik beliau. Ini bercanggah kerana Husam tidak memberikan fokus kepada PAS Kelantan. Husam, yang lebih ‘canggih politik’ banyak memberikan tumpuan kepada politik arus perdana peringkat nasional.
Husam sebagai orang yang amat dipercayai Murshidul Am PAS Nik Aziz juga disandarkan sebagai Menteri Besar Kelantan akan datang. Oleh demikian, Husam dipercayai lebih berhati hati untuk menentukan beliau berada dalam keadaan yang sentiasa bebas kontroversi. Sekiranya diukur Nik Aziz sebagai ‘mentor dan penaung politik’ Husam, maka Husam sendirinya tidak akan berani melakukan sebarang operatif politik yang akan mencacatkan perspepsi keatas beliau.
Namun begitu, bahan bibir bicara orang sentiasa segar dan makin aktif. Samada benar Husam mempunyai kroni dan operatif, itu wajar dibuktikan dikalangan ahli PAS sendiri kerana walaupun secara kasarnya ianya mustahil, namun ianya bahan yang ada dikalangan mereka sebenarnya percaya.
Kroni-Kroni Husam?
Selama ini blogger-blogger pro-UMNO telah sebenarnya silap menyenaraikan kroni-kroni Husam. Mereka yang disenaraikan sebagai kroni kepada Husam, adalah sebenarnya ‘leftenan-leftenan’ yang menjalankan kerja-kerja operasi politik dan dakyah Husam. Mereka merangkaikan jaringan strategik Husam, yang sememangnya seorang yang diketahui sebagai ‘bercita cita besar’.
Wang yang diberikan kepada ‘leftenan-leftenan’ ini adalah sebanarnya wang bagi mengendalikan kos operasi mereka. ‘Leftenan-leftenan’ ini dipercayai tidak terlibat secara langsung untuk merunding dan mengambil wang dari pihak ketiga bagi pihak Husam.
Siapakah yang dikatakan sebagai ‘leftenan-leftenan’ Husam itu? Dipercayai mereka ini ialah:
(i) Saifuddin Nasution (sebelum bertanding PRU12 dan berjaya menjadi MP Machang, kini Setiausaha Agung PKR).
(ii) Abdul Razak Ghani (sekarang Pengurus Besar PMBK Sawit).
Husam Musa dan Sheih Kickdefella
(iii) Syed Azidi Kickdefella (sebelum dipecat oleh Ariffahmi – sekarang merupakan ‘pegawai’ Husam dalam buangan).
(iv) Mohd Khir Zahri Abdul Ghani (kini Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali, mengurus kerja-kerja politik Husam termasuk kebajikan leftenan-leftenan Husam).
(v) Asmawi (mengendalikan sebuah ‘event management company’ yang dibiayai oleh Husam di Kuala Lumpur dan terlibat menjayakan program-program Husam).
(vi) Kamarulzaman (Bekas pegawai di USM kini berkhidmat sebagai pengawai Husam, mengendalikan projek pertanian organik Husam dan gaji dibayar oleh PMBK Sawit).
(vii) Mohd Nuri (Bekas guru PASTI dan kini gaji dibayar oleh PMBK Sawit tetapi bekerja menjaga DUN Salor dimana Husam adalah YB).
Apakah sebenarnya ujud ‘kroni-kroni Husam’?
Banyak diperkatakan mengenai mereka yang kunun kunun disenarai sebagai ‘kroni kroni Husam’. Dipercayai kroni-kroni Husam pula ialah:
(i) Haji Hashim Omar
Dipercayai beliau merupakan penjaga guni duit Husam. Beliau adalah orang yang akan berlari ke sana dan ke mari untuk memungut wang komisen atau wang ‘derma’ dari projek-projek atau dari ahli-ahli perniagaan yang baru diluluskan projek mereka oleh Kerajaan Negeri.
Haji Hashim menguruskan kewangan secara tunai dan juga secara Cek. Segala yang menggunakan cek akan dibank kan ke dalam Akaun Telda Corp.
Haji Hashim akan menyimpan wang itu sehingga menerima arahan lisan dari Husam untuk menyerahkan wang-wang tersebut kepada individu-individu tertentu.
Sewaktu pihak polis mencari Kickdefella dalam kes menebalikan bendera Malaysia, Husam dikhabarkan telah mengarahkan Haji Hashim menyembunyikan Kickdefella di Yala bersama puak pemisah di sana selama sebulan.
Sewaktu SPRM menyiasat isu RM4 juta bagi membiayai gerak saraf Global Media Channel, Haji Hashim sendiri dipercayai telah diarahkan Husam supaya bersembunyi di Yala.
Haji Hashim sehingga kini belum dapat disoal siasat oleh SPRM berhubung kes tersebut.
(ii) Senator Ahmad Rusli Ibrahim
Bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang menyertai PAS dan dipercayai di’pelihara’ oleh Husam.
Husam sebelum ini menggunakan hubungan baik Ahmad Rusli dengan Istana Kelantan (Tengku Anis) bagi tujuan masa depan politiknya. Banyak pihak mengakui Ahmad Rusli merupakan perantara kepada beberapa projek Husam dan projek yang melibatkan istana Kelantan.
Sewaktu bekas Sultan Kelantan di Singapura, Ahmad Rusli sering berada di sana dan merupakan jambatan bagi Raja Perempuan Kelantan dengan Kerajaan Negeri Kelantan (Husam khasnya).
Husam menerusi Kerajaan Negeri meluluskan beberapa kawasan pembalakan dan projek kepada Ahmad Rusli dengan alasan bagi membiayai Kelantan Research Institute of Strategic Studies (KRISS). Bagaimanapun KRISS hanya sebuah ‘front’ dan tidak berfungsi walaupun pembiayaan besar disalurkan melalui pihak ketiga (Ahmad Rusli).
(iii) Haji Ramli Abu Bakar
Amat dipercayai bahawa beliau merupakan kroni Husam di dalam projek penanaman kelapa sawit dan juga menjadi orang yang mengendalikan aktiviti mencari tanah dan juga memohon kelulusan tanah.
Husam menempatkan Ramli Abu Bakar di PMBK Sawit sebagai Pengarah Urusan dan Husam sendiri adalah Pengerusinya.
(iv) Abdul Latiff Abdul Rahman dan Ahmed Shukri Abdul Rahman
Latiff adalah ketua dewan pemuda PAS Kelantan dan Shukri adalah abangnya yang menetap di Kuala Lumpur.
Menurut sumber dalaman, Husam dipercayai telah menghidupkan dan membiayai semula sebuah yayasan di atas nama ayah mereka berdua dan kemudian ditukar namanya kepada Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd. Akademi ini dibiayai menerusi komisen dan ‘derma’ oleh pihak-pihak yang mendapat projek dari Husam.
Akademi juga digunakan sebagai platfrom membiayai syarikat Jihad Ternak Sdn Bhd yang dipercayai dipimpin oleh seorang kawan Husam bernama Zulkifli Yaacob. Syarikat ini telah dipercayai diberikan wang sebanyak RM3 juta oleh Akademi. Syarikat Jihad Ternak ini kemudian berkemungkinan didapati cuba menipu Kerajaan Negeri dan berlaku perselisihan mengakibatkan mereka hilang hak ‘esklusif’ dalam menyediakan kambing untuk projek Jihad Ternak Negeri Kelantan.
Modus Operandi Husam?
Adalah dianggarkan semenjak 2006 hingga 2008 sahaja, Husam telah dikatakan membiayai sejumlah lebih RM20 juta kepada mereka di atas menerusi wang-wang diagihkan oleh kroni-kroninya dan juga oleh individu-individu lain, yang jajaran rangkaiannya. Kemungkinan ini juga termasuk seorang peguam yang dipercayai bernama Nordin Bin Nor.
Husam merupakan seorang yang licik. Hampir keseluruhan wang ini langsung tidak singgah di tangan Husam tetapi Husam menggunakan ‘remote control’ untuk mengawal pengaliran wang tersebut.
Namun begitu, jumlah yang disebut ini tidak logik.
Silat Tikam Belakang
Maklumat maklumat ini menjadi bahan bicara bibir ahli ahli akar umbi PAS sendiri terutama dikalangan warga PAS Kelantan. Husam juga yang dikatakan lebih popular dikalangan ahli PAS diluar Kelantan, mempunyai senarai ‘musuh politik’ yang boleh dikatakan panjang. Ini juga termasuk ‘rakan seangkatan’.

Budak suruhan DAP dalam PAS
Dipercayai, rakan angkatan puak ‘Erdogan’ seperti MB-boneka-DAP Nizar “Brother Yong” Jamaluddin juga iri hati sekiranya Husam berjaya mengekang kuasa kerana beliau juga seorang yang bercita cita besar dan mempunyai rangkaian yang amat mantap diperingkat Pakatan Rakyat. Terutama sekali DAP.
Budaya ‘Silat Tikam Belakang’ ini bukanlah budaya baru dalam PAS kerana dikalangan pemimpin PAS sendiri, mereka mempunyai aspirasi dan intepretasi yang amat berbeza dan kadang kala bercanggah dari pegangan asas dan perjuangan asli PAS. Terutama dikalangan puak puak ‘Erdogan’, yang disifatkan sebagai liberal dan mempunyai ciri mereka yang bercita cita besar. Mereka juga dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan Mantan-salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.
Percanggahan mengensai dasar yang diketangahkan oleh Anwar seperti isu ‘Kalimah Allah dalam Gereja’ dan isu isu peribadi Anwar seperti perbicaraan liwat untuk kali kedua dan skandal video seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang itu sudah cukup untuk membelah PAS kepada satu parti yang mempunyai dua kedudukan.
Setakat ini, difahamkan Kamarulzaman bagi pihak Husam telah menafikan pertemuan dengan Syed Azidi sebagaimana yang dilaporkan oleh beberapa blog. Kemungkinan besar semua ini termasuk senarai kroni dan operatif Husam yang begitu banyak dijadikan bahan bicara terutama dikalangan ahli PAS Kelantan, sengaja diada adakan demi untuk menjejaskan kredibiliti Husam, tatkala pemilihan PAS yang akan berlaku Jumaat ini.
Dianggarkan, lebih banyak pendedahan dan analisa akan dibuat dalam masa terdekat. Ini adalah sesuatu yang amat menarik untuk dijadikan ikutan bahan politik yang dijana bloggosfera. Apa yang jelas, Husam adalah ‘bintang baru’ PAS yang mungkin bersinar dan musuh politik beliau, datangnya dari ‘mereka yang didalam selimut’.
Samada Husam yang dilihat sebagai pemimpin puak ‘Erdogan’ dan ‘Anwarista’ dalam PAS diterima oleh perwakilan atau tidak, pemilihan Jumaat ini akan menentukan.
*Perkembangan dikemas kini Khamis 2 Jun 2011 0200hrs