PAS ‘talam dua muka’ dengan Hukum Allah

Dalam Mukhtamar PAS kali ke 57 yang berlangsung hujung minggu ini di Markas Pusat PAS, Taman Melewar, Gombak, satu ketetapan telah diambil mengenai isu ‘Skandal Video Seks’ yang dipercayai melibatkan Ketua Pembangkang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Parti Memerintah telah dikecam sebulat suara tanpa sebarang perbahasan mengenai pendedahan dan penyebaran video yang makulumat terkininya amat dikehendaki oleh masyarakat umum.

Laporan The Star:

Published: Sunday June 5, 2011 MYT 12:28:00 PM
Updated: Sunday June 5, 2011 MYT 5:09:55 PM

PAS condemns use of sex video for slander

By SIRA HABIBU and MAZWIN NIK ANIS

The ulama said the tactic of using video and new media as channels to spread slander in the interest of politics signified the fall of a civilisation.

“It is a sin to slander, as it involves the dignity and integrity of an individual,” said Ulama represnetative Fadhil Mohd Noor when tabling the motion atthe 57th PAS Muktamar on Sunday.

The ulama were apparently referring to a sex video implicating Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

On March 21, trio Datuk T comprising businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, and former Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim revealed the existence of a sex video showing a man resembling Anwar having sex with a woman believed to be a prostitute.

Anwar lodged a police report claiming he was not the man in the video.

The Ulama condemned the Barisan Nasional government for allowing the sex video to be aired on television and excerpts published in the print media.

“(We) condemn the silent stance taken by the official government ulama,” he said.

The sex video was among six-point motion tabled and passed during the Muktamar.

**************

Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin menyangkal tanggung jawab pendedahan dan penyebaran video yang amat meluas disiarkan dalam media internet dan menjadi buah bicara orang ramai.

BN bukan kambing hitam dalam penyebaran video seks – TPM

05/06/2011 6:33pm

KUALA LUMPUR 5 Jun – Barisan Nasional (BN) bukanlah kambing hitam dalam isu penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“BN adalah parti yang jelas, telus. BN akan siasat apakah sebabnya sesuatu perkara itu berlaku, itu pendekatan yang kita ambil.

“Kita awal-awal lagi pun sudah katakan yang ini bukan permainan kita, ia dilakukan oleh pihak tertentu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sempena program turun padangnya ke sekitar Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang diluluskan oleh Muktamar Pas hari ini yang mendakwa BN bertanggungjawab dalam penyebaran video seks itu.

Beliau berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan masalah Islam, seharusnya membahaskan mengenai kebenaran berhubung siapa pelaku dalam video seks itu, sekali gus menyatakan pendirian mereka dalam isu itu.

“Parti yang kata memperjuangkan masalah Islam sudah lari dari landasan Islam, mereka membicarakan mengenai soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira soal hak, tuntutan agama dan soal mencari keredaan Allah.

“Semuanya permainan politik yang tidak menyelesaikan masalah dan tidak membantu dalam memberikan imej baik bagi parti Pas,” katanya. – Bernama

***************

Secara lantangnya, PAS  mengecam UMNO dan Kerajaan kerana ‘fitnah’ video sex. Namun, kenapa ulama PAS menjadi proksi kepada syaitan dan membisu tidak mengecam perbuatan zina?

Memang tidak dapat disangkal bahawa pelaku dalam video yang didedahkan ‘Datuk T’ telah melakukan dosa besar yang haram disisi agama, tapi PAS langsung tidak kutuk perbuatan zina pelaku. PAS juga tidak mendesak agar individu tertentu dikaitkan sebagai pelaku sex tersebut disiasat sepenuhnya, demi atas mencari kebenaran dan keadilan. Ini adalah cara Islam.

Presiden PAS Dato’ Hj Abdul Hadi Awang mengatakan bahawa bukti video tidak boleh pakai. Namun video itu merupakan bukti visual yang membuktikan pelaku itu melakukan persetubuhan dan adengan seks. Setakat ini, Polis juga mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah asli dan tidak ditokok-tambah.

Sebaliknya, yang menghairankan mengapa Hadi meminta hukum qazaf dikenakan atas kes ini, yang meletakkan beban ke atas orang  yang menuduh membawa empat saksi. Walhal sistem syariah di Malaysia gunapakai hukum takzir bila membawa pertuduhan  khalwat. Hukum takzir benarkan bukti video dan DNA.

Realitinya, ramai orang muda diseret ke mahkamah atas tuduhan khalwat walaupun hanya berpegang tangan atau bercumbu cumbuan di taman bunga dan tempat awam dan terbuka. Persoalan sekarang, mengapa isu video seks yang melibatkan orang besar tertentu ini dapat perlindungan ulama PAS.

Adakah ulama PAS menghalalkan perbuatan zina demi kepentingan politik dan sebaliknya dengan senang wenang memfitnah Kerajaan? Ulama PAS pakai ajaran apa sebenarnya?

Published in: on June 5, 2011 at 19:08  Comments (16)