Mentaliti agungkan penjajah dalam agensi pembangun Melayu?

CEO Proxcell Global Sdn. Bhd.

Kami pernah mendengar bahawa ada agensi yang dijudkan untuk membangunkan sosio-ekonomi orang Melayu melantik bukan sahaja Bukan Melayu ke jawatan strategik, malah melantik orang ‘kulit putih’.

Sebuah anak syariakt FELDA (melalui FELDA Prodata Systems Sdn. Bhd.), Proxcell Global System Sdn. Bhd. iaitu usahasama antara Felda dan Kumpulan Innovation Associates (IA) melantik seorang Eropah berketurunan Jerman Cristoph Zilian sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Sebelum ini Zilian merupakan Naib Presiden Kanan sebuah syarikat IT beroperasi dari Singapura.

Tan Sri Taib Andak

FELDA merupakan agensi yang ditugaskan untuk membangunkan sosio-ekonomi orang Melayu. Pada tahun 1960an dan 70an, program program FELDA mendapat perhatian khusus dan teliti YAB Tun Abdul Razak Hussein, yang begitu berminat membangunkan orang Melayu yang rata rata berada diluar bandar. Pengerusi FELDA ketika itu diamanahkan pada personaliti yang amat akrab dengan Tun Razak iaitu Tan Sri Taib Andak, seorang keluarga bangsawan Johor yang mendapat pendidikan dari universiti ternama Britain, London School of Economics pada tahun 1940an.

Penyusunan semula program pembangunan tanah yang dianjur dan kawalselia oleh agensi Kerajaan Persekutuan merupakan program terancang yang paling berjaya dalam dunia dan mendapat pujian dan sanjungan dari pelbagai negara dunia ketiga dan sedang membangun. FELDA berjaya melahirkan ramai professional Melayu termasuk teknokrat sehingga ketahap jutawan.

Datuk Dr Hamzah Kassim

Amat menghairan mengapa syarikat usahasama ini mengangkat seorang bangsa Jerman sebagai CEO sedangkan ramai anak Melayu yang mempunyai kepakaran dan pendedahan, termasuk MNC boleh diambil. Lebih menghairankan ialah Zilian merupakan orang yang amat dipercayai oleh CEO IA En Halim Hj Din dan Pengarah Eksekutif IA Datuk Dr Hamzah Kassim, dalam syarikat mereka IA Consulting Sdn. Bhd. Dr Hamzah merupakan salah seorang Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang bertanggung jawab keatas dasar pembangunan modal insan.

Malah, IA sendiri mempunyai sebuah anak syarikat milik penuh agensi perkerjaan dan perunding pembangunan modal insan Career Xcell Sdn. Bhd.(CX). Pengurus Kanan CX begitu aktif berkecimpung memberikan nasihat mengenai pembangunan modal insan dikalangan orang Melayu, termasuk badan badan berkanun tertentu. Mereka sewajarnya mencari talen talen professional dari kalangan anak Melayu dahulu untuk mengisi jawatan strategik, terutama CEO. Dasar Kerajaan Persekutuan kini ialah mengalakan professional anak Malaysia kembali dan berkhidmat disini, sehingga Talent Corporation diujudkan bagi merealisasikan matlamat ini.

Perlantikan seorang anak kelahiran Jerman adalah bercanggah dengan dasar ini.

Kumpulan Professional Melayu dalam bidang ICT yang berpengalaman sesuai kedudukan strategik, kepakaran dan pendedahan MNC merupakan salah satu kebanggaan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan tahun 1971. Nama nama seperti Dato’ Seri Zamzamzairani Md Isa (Telekom Malaysia Bhd), Dato’ Badlisham Ghazali (MDEC),  Dato’ Seri Jamaluddin Ibrahim (Axiata Bhd), Dato’ Seri Shazali Ramli (Celcom Axiata), Dato’ Shahril Tarmizi (SKMM), Dato’ Rozana Rozhan (Astro), Azfal Abdul Rahim (Timedotcom), Yasmin Mahmood (YTL Communications) dan sebagainya merupakan contoh kejayaan ini.

Professional dikalangan anak Melayu yang berada dalam satu fasa dibawah golongan yang disebutkan itu juga begitu ramai. Mereka juga mempunyai kepakaran, pendedahan dan pengalaman strategik dalam teknologi, perniagaan dan pasaran bidang bidang tertentu.

Jelas Apakah FELDA dan pemilik IA tidak selesa dan berkeyakinan dengan kemampuan professional dikalangan anak Melayu sehinggakan tergamak melantik seorang CEO berbangsa Jerman? Apakah ini tidak mencerminkan mentaliti mengagungkan penjajah masih lagi tebal pada individu tertentu dalam penghayatan mereka yang sepatutnya dipertanggung jawabkan untuk membangunkan orang Melayu?

Published in: on June 14, 2011 at 09:31  Comments (25)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/06/14/mentaliti-penjajah-dalam-agensi-pembangun-melayu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

25 CommentsLeave a comment

  1. Sudah kelam kabut, lintang pukang nampaknya sesetengah pihak dinegara ini. Tak tentu tujuan, tak nampak daratan, tak pakai kompas atau panduan.

    Apa kejadahnya nak pakai omputih masakan ada rakyat negara ini yang boleh menjalankan tugas tugas yang diperlukan. Saya khuatir ada kepentingan peribadi pihak pihak berkenaan yang buat demikian.

    Sesiapa yang tahu kepentingan yang banyak asam dan tak boleh ditelan itu, silalah dedahkan disini. Supaya kita boleh kutuk beramai ramai dan bantutkan agenda yang tak semenggah depa.

  2. BigGuy,

    Ini bukan sahaja membelakangkan Agenda Melayu yg menjadi tunggak PERJUANGAN, tapi ianya membelakangkan semangat & nafas Gagasan 1 Malaysia; pencapaian didahulukan, rakyat diutamakan!

    Bangsat sangatkah Melayu sampai Felda ambik Mat Salleh bekas T-System Singapore ni utk dimabil sebagai CEO Proexcel????

    Mat Maslan ni buta ke atau bonggok biorkan semua ni???

    Dahlah Yusif Nor tu lembap! Mat Maslan yg sibuk “kerja pagi-petang, siang-malam, subuh-senja” tak kan boleh terlepas pandang hal penting cam gini! Kata Timb Menteri jaga hal ehwal BTN. Gang gang Sahabat boleh terima ke seorg Jerman jadi CEO anak syarikat Felda sedangkan ada gang gang Sahabat yg pakar IT & business IT merempat!!!

    Bodoh betul jawa Pontian gila glamour ni!

    Aku mintak PM buang Mat Maslan & gantikan dgn Timb Menteri yg lebih upaya & tak sibuk-sibuk masuk hanya kampung kunun kunun buat kerja dgn tidur rumah org & toreh getah org kampung!

    • Aku sokong apa Anak Watan cakap.

  3. setuju. kita bukannya baru merdeka yang tak berpengalaman. dah terbukti dah syarikat besar yang diterajui oleh bumiputra boleh berjaya. orang luar ni tak kan ada ‘feel’ untuk membangunkan masyarakat setempat.

  4. Nanti Omputih tu kata kalau Melayu nak maju mesti dibuang ‘tongkat’, tentu setuju orang-orang kuat Felda. Tapi kalau si German tu kata buat macam Hitler buat dulu halau orang Yahudi (Cina), baik jugak …

    • Tell that to the PM when he next goes courting PRC investments in Malaysia!

      Final solution indeed! Better hope that S&P or Moody’s doesn’t downgrade Malaysia’s sovereign credit ratings!

      • Credit rating agencies such as Moody’s have been subject to criticism in the wake of large losses in the asset-backed security collateralized debt obligation (ABS CDO) market that occurred despite being assigned top ratings by the credit rating agencies. For instance, losses on $340.7 million worth of ABS collateralized debt obligations (CDO) issued by Credit Suisse Group added up to about $125 million, despite being rated Aaa by Moody’s.[5]

        Yo sillymoron, most of these agencies act like legalised mafia gangs. Do read this link. http://en.wikipedia.org/wiki/Credit_rating_agency#Criticism

      • Credit rating agencies such as Standard & Poor’s have been subject to criticism in the wake of large losses beginning in 2007 in the collateralized debt obligation (CDO) market that occurred despite being assigned top ratings by the CRAs.

        Credit ratings of AAA (the highest rating available) were given to large portions of even the riskiest pools of loans. Investors, trusting the low risk profile that AAA implies, loaded up on these CDOs that later became unsellable. Those that could be sold often took staggering losses. For instance, losses on $340.7 million worth of CDOs issued by Credit Suisse Group added up to about $125 million, despite being rated AAA by Standard & Poor’s.[6]

        Despite common perception, Standard & Poor’s didn’t rate the two major Icelandic banks, Kaupthing and Landsbanki.[citation needed]

        Companies pay Standard & Poor’s to rate their debt issues. As a result, some critics have contended that Standard & Poor’s is beholden to these issuers and that its ratings are not as objective as they should be.

  5. inilah bukti nye kata Tun Mahathir, “MELAYU MUDAH LUPA”….Felda tu untuk org Melayu miskin bila Felda dah kaya lupa Melayu miskin …. kaduk naik junjung

    Org Felda Sg Beharang

    • Org Felda Sg Beharang,

      Buat protes lah. Cara aman. Tunjukkan dia orang tu salah, takmjaga hak dan kepentingan Melayu. Kasi tau Cawangan UMNO atau sebagainya. Keluarkan suara. Dengan cara baik, tak salah keluarkan suara.

  6. “…..Melayu merintih di bumi sendiri…”.Pedih tapi itulah hakikatnya! Jika diterbalikan keadaan…..adakah mereka bangsa mereka akan sesenangnya memberi peluang untuk org kita meneraju sesebuah oraganisasi penting. Tak usah lihat jauh2, lihat sahaj kompeni CINA. Ada mereka nak bagi jawatan penting kpd org Melayu…….????

    • Ya Ryzal

      Kat selatan pun, cina malaysia diberi muka lebih drp Melayu Singapura. Pertalian diantara cina singapura dgn cina malaysia saperti adik beradik. Namun pertalian kerakyatan diantara cina singapura dgn Melayu singapura masih ada sangsi dan syak wasangka.

      Dipercayai bahawa polisi titik merah ni berpaksi pada Melayu tidak boleh dipercayai dan kemungkinan besar dianggap sebagai musuh mereka.

      Kerajaan diselatan tu berpendapat jikalau ada peperangan diantara Malaysia dan singapura, rakyat Melayu singapura tidak mungkin menentang saudara se-Islam mereka. Ini punca keraguan yang mendorong cina dua negara “berpakat” untuk bersatu.

      • Itu pasal aku sokong apa Anak Watan cakap – buang saja Melayu pengkhianat bangsa tu.

  7. BigGuy,

    This IA Group goes around canvassing for jobs & contracts from Fed Govt (like EPU, MAMPU, GLCs), which incl for syariah compliant institution & very specific products & services. The use the ticket ‘Hey Guys, Give it to us. We’re professional Malays. We can be good if not better than the likes of McKinsey, Hays etc”.

    And they are not cheap!

    In the true fact, Halim & Doc Hamzah hire ppl like Zilian & Non Malay consultants to do the actual work. All their senior Malay consultants left. Your good buddy A Voice’s favourite target in Perak Aminuddin Hashim was Halim’s man ever since his EY Cap Gemini days, hv now left.

    Thats why they are not cheap. They hire talents like Zilian.

    These ppl are not the best reflective of Malay professionals in consulting business. Neither of them are IT professionals. Not even on the business or strategy point! Technology is even worse!

    Why the hell did Felda ProData team up with these ppl in the first place???

  8. And another one bites the dust…..”CIMB puts Asia Petroleum Hub under receivership” (Business Times, 15 June 2011).

    Asia Petroleum Hub (APH) is majority-controlled by KIC Oil & Gas (a unit of the KIC Group) with a 10% stake held by Trek Perintis Sdn Bhd.

    Who is behind Trek Perintis? Is it, as has been reported before, linked to Umno?

    Reports indicate that in 2006, APH was granted a RM1.4 billion 3-year bridge loan by CIMB. Of that amount, APH drew down RM840 million for project costs.

    It appears that APH, due to project cost escalation, is now looking for investors to pump in an additional RM2 billion in new financing.

    Reports indicated that as at end-2010, APH’s cumulative capital expenditure (including capitalised interest) amounted to about RM1.4 billion. It is estimated that about 64% of the project work has been completed.

    So, why did CIMB pull the plug, and why now? On a project in Johor that is supposed to be one of the world’s largest fully integrated oil terminals? And which is supposedly linked to powerful interests?

    And what is the role of Seaport Terminal Sdn Bhd in all this?

    Or the Johor state government?

    • Haiya

      Sillymoron is back again with facts and data from trade journals and act like she is the collector of facts. Typical red dot citizen, regurgitate, regurgitate and more regurgitate.

      MNCs have given up hope on the scholars with the red dot brand, coz all they can do is quote and quote and quote. They lack the critical thinking or analytical capabilities.

      So to compensate for that HANDICAP, they start asking questions without even knowing the answers just like what this sillymoron is doing.

      Then they hope and pray hard those being questioned DARE not answer back in fear of the garang red dot citizen.

      What a colossal joke!

      • Good that you shit whatever he says in here ray. The bloke has not one word good to say of Malaysia or Malaysian leaders but always glorifies the red dot and its leaders.

        He cannot say anything bad of Singapore in Singapore or anywhere, no freedom there and vents his frustration at Malaysia in Malaysian blogs. A sad specimen of a human being.

      • ray

        So why did our EPF decide to invest S$640 million (approx RM1.57 billion) for a 20% stake in a Guocoland (Tan Sri Quek Leng Chan) property development in Singapore’s Tanjong Pagar area (report in today’s Singapore Biz Times)?

        Wassamatter – EPF got nowhere to invest in Malaysia, ah?

      • Au contraire, MNCs and foreign banks are big recruiters of Singaporean graduates. Just check the websites of NUS, NTU and SMU!

        Much more than they recruit Malaysian graduates!

        Bwa-hah-hahh!

      • and ray, while you are about it, why not answer the hard questions about the Asian Petroleum Hub (APH)?

        Heck, even Rocky has posted on it in his blog!

        Unless you think that CIMB extending a loan in excess of RM1 billion for a single project is hunky-dory and that pulling the plug on that project now is SOP?

        Go on, make my day!

      • sillymoron

        You are at it again, quoting from trade journals and then throwing out series of questions. Just where in one instance, have you displayed an assessment or analysis or proven your critical thinking capabilities?

        You make sweeping statements of grandeur and self-glory, but without your data and numbers, you are just a big loudmouth. I bet you that if you are at a face2face debate you will be DEFEATED hands down, coz you don’t rebut, you just go look into factual publications and regurgitate as if it’s your own work. Plagiarism is rampant among the “all-hard-work and no-play” retards.

        Now listen up, no one here is obligated to answer your empty questions. Take note that you actually replied in 3 separate comments. You know what that proves – you are intimidated. Just like all barking dogs, when they are petrified, they just bark, that’s all – NO BITE!

        Waste of time and space – you sure are one INSECURE fler, in need of glory glory hallelujah.

  9. Do we know full background of the ‘German’ guy? I think this is big mistake… maybe he’s a malay albino 🙂 We’ve seen too many malays wanting to be mat salleh, why not have mat salleh to be malay once in a while. For all we know, he’s cheaper than the malays listed above

  10. Whoooooops …

    Was I too hard on that poor hardworking and boring retard, whose grey matter acts more like an external harddisk rather than the central processing unit?

    • mana pulak perginya si skillmoron1066 ni, takkan baru kena jentik sikit dengan brader ray pun dia dah terkucil pancut newater?

  11. […] Kedudukan personaliti seperti seorang mantan Naib Presiden sebuah syarikat Telco di Singapura dan bebangsa Jerman Cristoph Zilian yang dilantik  sebagai CEO Proxcell Global System Sdn. Bhd. tidak melambangkan keyakinan bahawa professional dikalangan orang Melayu mampu mengalas tugas […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: