Mat King Leather dakwa rancangan untuk ‘bunuh’ melalui kemalangan

PKR petang tadi menganjurkan perjumpaan Ketua Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dengan Ketua Cabang PKR seluruh Malaysia di Shah Alam Convention Centre. Ini merupakan perjumpaan kali pertama mereka  setelah pemilihan PKR yang diselubungi oleh pelbagai kontroversi termasuk penipuan, pembohongan, manipulasi, kronyism dan nepotism. dan

Antara pemimpin yang hadir dalam perjumpaan ini ialah Presiden-boneka Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali, Amiruddin Shaari, Sivarasa Rasiah dan Dr Xavier Jayakumar.

Ucapan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim merangkumi jangkaan beliau bahawa PRU 13 akan diadakan hujung Bulan Julai, dengan alasan harga minyak mentah global akan meningkat pada bulan Ogos dan Kerajaan Persekutuan tidak akan mampu untuk memberikan subsidi kepada rakyat.

Beliau juga membuat tuduhan liar bahawa UMNO sedang mengatur strategi untuk beli calon. Oleh demikian, beliau berpesan kepada kepimpinan menengah PKR ini agar tidak membincangkan hal dalaman dan masalah parti ditempat terbuka dan melalui telefon kerana percakapan ini akan dirakam oleh agen agen UMNO. Beliau juga mendakwa UMNO akan menerima sejumlah wang yang amat besar dari negara negara Arab untuk tujuan ini.

Pemimpin menengah PKR ini juga diingatkan bahawa UMNO cuba menggunakan mahkamah (dalam kes Liwat II) dan skandal video seks untuk menjatuhkan OKT-Liwat-Kali-II itu tetapi tidak berhasil. Anwar juga mendakwa bahawa ujud komplot jahat untuk menentukan beliau terbunuh melalui kemalangan jalanraya yang sedang dirancang.

PKR juga diingatkan agar jangan menyerang isu Biasiswa dan FELDA kerana ini akan menajuhkan orang Melayu, yang dianggap sebagai pengaruh undi paling kuat mereka pada PRU 12. Sebaliknya, sensisitiviti orang Melayu wajar dijaga.

PKR juga diberikan amaran agar menerima calon yang akan mewakili PKR dalam PRU, yang akan dipilih melalui proses yang ditetapkan. Calon yang setia sahaja akan dipilih. Ini bagi mengelakan YB yang menang atas tiket PKR dari keluar parti, sebagaimana yang berlaku kepada Osman Jailu, Jamaluddin Md Radzi, Dr Mohd. Fairus Khairuddin, Dato’ Seri Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, Mohsin Fadzil, Dato’ Zulkifli Nordin dan Gobalakrishnan. Mana mana Cabang PKR yang tidak bersetuju dengan pemilihan calon akan digantung.

Sebagaimana rasmi, Pembohong-Tegar Anwar memberikan ‘Keyakinan Palsu’ bahawa PKR akan berjaya dalam PRU akan datang. Kepimpinan Mengenah PKR dibohongi bahawa keyakinan sekarang berada pada tahap 52% dan sedang berusaha untuk meningkatkan ke tahap 55%. Bagi Sarawak, PKR yakin akan memenangi 10 kerusi Parlimen.

Beliau juga cuba berdusta dengan membuat kenyataan bahawa Pakatan Rakyat telah bersetuju dan sepakat mengenai pembahagian kerusi dalam Kabinet. Jawatan jawatan belum ditentukan lagi dan akan dibincangkan kemudian. Yang penting ialah ‘kesama rataan’.

Soal ‘beli calon’ ini sebenarnya ialah permainan PKR dan bukan UMNO. Ini kerana ‘Janji 16 September’ Anwar “Pembohong Tegar” Ibrahim ialah berdasarkan kemampuan beliau dan beberapa pemimpin PKR membuat ‘Keyakinan Palsu’ dan juga membeli calon calon tertentu, sebagaimana missi Tian Chua ke Taiwan apabila MP BN berada disana pada September 2008 kerana membuat lawatan dan meninjau kemajuan. Semasa Sessi 2004-2008 dimana PAS hanya mempunyai kelebihan satu ADUN, UMNO tidak membeli mana mana YB PAS semata mata untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Kelantan.

Dakwaan ‘Percubaan Bunuh’ Anwar “Pembohong Tegar” Ibrahim ini adalah drama basi. Semasa beliau ditahan bawah ISA September 1998 dan dipukul oleh Tan Sri Rahim Noor dalam lokap Bukit Aman, beliau mendakwa ‘cubaan bunuh’. Dakwaan ini berterusan semasa perbicaraan kes Salahguna-Kuasa dimana tuduhan ‘Keracunan Arsenik’ dan ‘Suntikan Jarum HIV’ dibuat secara liar untuk melambatkan perbicaraan dan sekali gus membangkitkan kemarahan rakyat dan memberikan imej buruk kepada Kerajaan. Sehingga hari ini, kedua dua dakwaan ini masih belum terbukti.

Semasa Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat Laporan Polis bahawa beliau diliwat Anwar “Mat King Leather” Ibrahim pada Jun 2008, drama spontan ialah melarikan diri ke Kedutaan Turki dan membuat kenyataan bahawa “Nyawanya diancam”. Selepas tiga hari, beliau terpaksa meninggalkan missi perwakilan asing itu.

Sekiranya benar “Nyawa beliau diancam”, masa mungkinkah Anwar masih lagi bernyawa sehingga hari ini?

‘Keyakinan Palsu’ yang sedang diterapkan pusingan ini menunjukan kebodohan Kepimpinan Tertinggi PKR, yang cuba menjual ‘bohong’ lagi. PRN Sarawak April lepas jelas menunjukan kegagalan PKR memenangi hati rakyat dengan pembohongan berterusan mereka apabila hanya mampu meraih 3 dari 49 kerusi yang dipertandingkan.

Kemampuan Pakatan Rakyat untuk berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan pasca PRU 13 amat diragui kerana masalah yang membelenggu parti parti komponen itu sendiri. Penghijrahan keluar bukan sahaja ahli, tetapi pemimpin utama PKR kebelakangan ini seperti Dato’ Zaid Ibrahim dan Dato’ Salehuddin Hashim adalah bukti jelas mereka bukan sahaja tidak mampu menyakini antara mereka sendiri, malah ada yang bertindak keluar kerana tidak tahan lagi dibohongi dan paling teruk, membohongi rakyat.

Parti Chauvinis Cina DAP di Pulau Pinang telah jelas mengamalkan ‘penindasan’, seperti golongan peniaga kecil dan sengaja gagal mebela minoriti, sebagaimana yang berlaku [ada warga Kampung Buah Pala dan Kampung Tanjung Tokong. DAP di Selangor juga terbukti mengamalkan rasuah dan dipercayai menjadi ‘wakil’ di peringkat Kerajaan bagi pengamal aktiviti maksiat dan perniagaan ‘bawah tanah’.

PAS hari ini dilihat membelakangkan Islam semata mata politik dan lebih spesifik, percubaab memenangi hati Bukan Islam dan golongan liberal dan urban. Kepimpinan PAS yang baru dipilih  juga dilihat sebagai ‘boneka’ Anwar.

Hakikatnya, sekiranya semua dikalangan ini sebenarnya ‘tidur sebantal tetapi mimpi bebeza’, maka rakyat tidak akan yakin kemampuan minoriti ini membela mereka dan menentukan kepentingan majoriti terjaga.

Published in: on June 20, 2011 at 22:03  Comments (7)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/06/20/mat-king-leather-dakwa-rancangan-untuk-bunuh-melalui-kemalangan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 CommentsLeave a comment

  1. Hi BD,

    Personally, I would not put much belief or trust in these “percubaan bunuh” claims. Sounds a little far fetched to me, but, politicians will say what they have to in order to remain relevant. These claims don’t really affect the man in the street too much.

    Here’s something that directly affects all of us directly, whether we like it or not, rising prices or Barang Naik.

    Yet another hard hitting piece from OutSyed The Box. Simple, easy to understand and painful for some to accept, then again, the truth usually is.

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2011/06/barang-naik-bn-lagi.html

    Just sharing with you and your readers….

  2. Beliau juga mendakwa UMNO akan menerima sejumlah wang yang amat besar dari negara negara Arab untuk tujuan ini.

    Dah laa laga2kan orang melayu dan orang malaysia,, dia nak laga orang arab dengan orang malaysia plak? sial betol

  3. Hi BD,

    While Mat King Leather is trying to sell off our country to outsiders, others in Malaysia are already doing it….

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/22/nation/8941204&sec=nation

    Congratulations to our friends in Johor!

    Will anything be done?

    Will the guilty be punished?

    Your guess is as good as mine……is this what the concept of Malaysia Boleh means?

    • Kah!Kah!Kah! Who doesn’t know this story of the sandmen and the men who buries their heads in the sand. The case will never will be opened. The case will never be closed. LOL.

  4. Salam. Berapa kali nak bunuh da???? Kenapa tak mampus-mampus? Ni alasan nak membontot di Kedutaan Turki lagi la ni.

    • When he is desperate, he is prone to hallucination, paranoia. He now sees ppeople wanting to bunuh dia. He should go to the Psychiatrist before running to any Embassy again. Then he can claim he’s sick and need medical treatment at an Embassy or something.

  5. New drama is plotted. Ambiga received a death threat upon the illegal gathering 😀 haha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: