
Tugu Negara: Memperingati pahlawan yang gugur dan cedera mempertahankan tanahair
Pagi tadi merupakan sambutan tahunan Hari Pahlawan, yang biasa disambut pada 31 Julai setiap tahun. Ianya juga pertama kali sambutan Hari Pahlawan tidak dilakukan di Tugu Negara, atas fatwa muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang pertama kali membuat pendapat ini pada 7 Oktober 1985. Dalam titah ucapan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengekalkan semangat patriotism, yang perlu dipupuk dan semarakan.
Tingkatkan semangat patriotisme, sanggup berkorban: Agong
2011/07/31
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara.
Baginda bertitah, semangat itu perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa bagi menghargai dan mengenang jasa para pahlawan yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta.
“Sesungguhnya, negara dan rakyat amat terhutang budi kepada mereka sekalian (pahlawan negara). Hakikatnya, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati pada hari ini tidak akan dapat kita capai tanpa pengorbanan yang dilakukan mereka,” titah baginda pada istiadat sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka di sini hari ini.Seri Paduka turut menyeru kepada rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan dalam semangat 1Malaysia agar bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan yang sewajarnya dalam apa jua bentuk, sama ada bantuan atau sokongan kepada pahlawan negara yang masih ada mahupun kepada balu, keluarga serta waris yang mereka tinggalkan.“Beta sangat bersyukur kerana kerajaan Beta tidak pernah melupakan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan tersebut. Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara ini, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian dianugerah kepada mereka,” titah baginda.
Baginda bertitah, pada waktu yang sama, kerajaan juga sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada anggota keluarga pahlawan termasuklah anak-anak dan isteri.
“Dalam erti kata lain, kebajikan pahlawan negara dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan,” titah baginda.
Kepada pahlawan yang hilang upaya serta sanak saudara pahlawan yang kehilangan tempat bergantung, baginda berharap agar mereka dapat menempuh ujian dan dugaan hidup dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keyakinan.“Beta sentiasa berdoa agar Allah S.W.T memberikan rahmah dan hidayah serta kesejahteraan kepada mereka. Kepada para pahlawan yang gugur atau terkorban, marilah kita berdoa semoga Allah S.W.T agar mencucuri rahmat dan memberi ganjaran pahala di atas pengorbanan mereka”.
Tuanku Mizan juga bertitah agar pahlawan yang masih berkhidmat meneruskan khidmat bakti murni kerana harapan masyarakat terhadap mereka cukup tinggi.
“Sebagai perisai dan pedang negara, jalankanlah amanah dan tanggungjawab ini secara yang terbaik, sesuai dengan semangat sumpah ikrar saudara dan saudari sekalian,” titah Seri Paduka.
Baginda juga berharap agar setiap anggota pasukan keselamatan negara tetap meneruskan perjuangan untuk memelihara keamanan dunia yang menjadi prasyarat utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara.
“Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang unik dengan sifatnya yang berbilang kaum akan mampu menunjukkan jalan ke hadapan serta memainkan peranan sebagai pemangkin kepada keamanan dunia,” titah Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA
**************
Sebuah pentomin yang memaparkan anggota Polis terkorban dalam serangan keatas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dihidangkan sebagai persembahan sambutan Hari Pahlawan tahun ini.

Pantomin Peristiwa Bukit Kepong pada sambutan Hari Pahlawan 2011
Ironinya, sehari sebelum sambutan ini MP Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar dan lima aktivis Partai Sosialis Malaysia yang ditahan pada 2 Julai 2011 bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 kerana kegiatan menghidupkan kembali sokongan kepada perjuangan pengganas kominis telah dilepaskan pra-temph habis tahanan.
Tindakan ini seolah olah menunjukan Kerajaan membelakangkan keputusan Polis sebagai agensi penguatkuasa undang undang dan bertanggung jawab kepada keselamatan dalam negeri. Sebelum ini Pembangkang begitu secara intensif melakukan pelbagai desakan agar enam orang ini dibebaskan tanpa sebarang syarat.
Ini secara tidak langsung memberikan kemenangan moral kepada mereka yang begitu tegar memperjuangkan ‘Politik Kebencian’ mereka, termasuk kempen Pembangkang terutama Ketua Pembangkang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dan usaha berterusan parti Chauvinis Cina DAP untuk membawa pulang Setiausaha Agung Parti Kominis Malaya Chin “Butcher of Malaya” Peng. Rata rata kempen memperkudakan Chin Peng sebagai ‘Pejuang Kemerdekaan’ gagal.
Perjuangan menentang keganasan dan pemberontakan bersenjata kominis selama 54 tahun berakhir dengan termeterainya Perjanjian Hadyaii pada 2 Disember 1989, hasil dari kerja rundingan yang mengambil masa bertahun lamanya oleh Pasukan Polis terutama anggota Cawangan Khas.
Sambutan Hari Pahlawan merupakan peluang untuk rakyat Malaysia menghargai perjuangan, jasa dan pengorbanan anggota keselamatan samada Polis atau Tentera untuk mengekalkan kedaulatan undang undang dan menentukan negara terus bebas dari ancaman dan kekal merdeka agar sistem negara demokrasi Raja BerPerlembagaan dipelihara.
Pembebasan Dr Jeyakumar dan lima aktivis PSM lain yang berjuang untuk menghidupkan sokongan keatas perjuangan keganasan dan pemberontakan bersenjata kominis sebagai salah satu saluran ‘Politik Kebencian’ Pembangkang wajar disifatkan mencacatkan konsep sambutan Hari Pahlawan.
Semoga anggota pasukan keselamatan tidak tiris semangat dengan tindakan kurang bijak ini dan terus berjuang mengekalkan keamanan, kestabilan dan keutuhan undang undang yang didaulatkan, sebagaimana harapan dan aspirasi majoriti rakyat Malaysia.
SELAMAT HARI PAHLAWAN
P/S: Kami di BigDogDotCom masih mengharapkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sembilan menamakan bandar Port Dickson sebagai Pengakalan Panglima Adnan, sebagai memperingati sejarah kelahiran Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Angkatan Tentera Malaysia.
Kegagalan TERAJU
Kegagalan TERAJU untuk menjadi pejuang Agenda Melayu bagi keusahawanan dan IKS makin menyerlah. NGO Melayu PERKASA mewakili lebih 50 NGO Melayu lain senada untuk mengeluarkan kenyataan keras dan desakan ini.