Mana agenda Melayu PEMANDU?

Isu mengenai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) yang ditubuhkan bawah Jabatan Perdana Menteri pada 16 September 2009 merupakan agensi yang sepatutnya menjadi pengawal selia dan merakamkan prestasi semua agensi Kerajaan termasuk GLC, berlandaskan KPI yang dipersetujui.

Namun, ianya bertindak lebih dari itu dan mengambil peranan perancangan ekonomi makro dan pencetus projek projek besar Kerajaan yang sebelum ini dilakukan oleh Unit Peracangan Ekonomi (EPU) bawah Jabatan Perdana Menteri dan Perbendeharaan bawah Kementerian Kewangan.

Semua program program yang diumumkan oleh PEMANDU tidak menyebut mengenai program program tertentu dan spesifik untuk membangunkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputra, sebagai 65% dari warganegara. Peluang peluang tertentu yang boleh dilaksana oleh syarikat syarikat Melayu yang mempunyai kepakaran, kemampuan teknikal dan pengalaman yang sesuai (termasuk pada individu individu tertentu yang menjadi ‘modal insan’ syarikat) walaupun tanpa modal yang mencukupi, wajar diberikan.

Ini kerana peluang peluang ini boleh dijadikan pembinaan kapasiti dan keupayaan agar dalam jangkasama serdehana, mereka mampu untuk bersaing dalam pasaran rantau Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Barat, Afrika dan Amerika Latin. Penumpuan khusus bagi sektor sektor pembinaan, pemajuan hartanah dan pengurusan asset dan fasiliti, gas dan minyak, perkhidmatan, sistem sokongan sektor kewangan dan pasaran modal, peruncitan, pelancungan dan telekommunikasi.

Dalam suasana ekonomi global yang mendap, peluang peluang ini boleh dijadikan strategi jangkasmasa serdehana agar syarikat syarikat Melayu ini bersedia apabila keadaan menjadi pulih dan peluang pasaran yang lebih besar ujud. Syarikat syarikat Melayu ini akan mampu mempunyai kepakaran, pengalaman, kapasiti (samada teknikal maupun modal) dan jenama untuk bersaing.

Namun, ianya tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan. Agenda Melayu diabaikan dan syarikat syarikat Melayu tidak mendapat apa apa kelebihan dalam semua program program ETP dan GTP Kerajaan.

Banyak pihak pihak mewakili kepentingan orang Melayu, samada NGO ataupun tidak berpuas hati dengan setakat ini apa yang diumumkan oleh PEMANDU. Ini termasuk Pertubuhan Alumni Kelab Kelab UMNO Luar Negara yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ahad 17 Julai 2011 baru baru ini, yang membuat usul ekonomi:

Mendesak penerapan ‘Agenda Melayu’ pada semua cadangan dasar dan perancangan semua program program ETP dan GTP Kerajaan Perksekutuan Malaysia yang dirangka dan ko-ordinasi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) bersesuaian dengan Dasar Ekonomi Baru

Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (MAPEM) yang dianggotai oleh lebih NGO ekonomi Melayu akan mengadakan satu sidang khas mengenai isu penyertaan Melayu dalam EPP (dibawah PEMANDU). Sehubungan itu, satu sidang akhbar akan diadakan oleh YBhg Tan Sri Rozali Ismail Presiden MAPEM pada 23 Julai 2011 1200 tengahari di Tingkat Mezanin, Wisma Rozali, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam.

Cetusan ini semua boleh dihayati dalam karangan ini:

Teraju  6 bulan, satu analisis kritis…

Penulis yang tidak mahu dikenali

“OBJEKTIF utama Teraju adalah untuk menyelaraskan transformasi serta memperkukuhkan penyertaan golongan Bumiputera agar jurang ekonomi yang wujud di antara Bumiputera dengan kaum lain, dapat dirapatkan.’’ Demikian antara petikan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan Teraju di Putrajaya pada 10 Februari 2011.

Gerap hari ini Teraju atau Peneraju Agenda Bumiputera sudah berusia lima bulan.  Untuk berlaku adil tiada ada apa-apa yang boleh dinilai setakat ini. Namun setelah hampir setengah tahun berlalu, adillah juga untuk kita melihat fungsi dan peranannya.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Najib. Harapan beliau cukup tinggi. Sebagai PM, beliau harus dan wajib melakukan sesuatu untuk mendekatkan jurang ekonomi antara orang Melayu dan Bumiputera dengan kaum-kaum lain, terutamanya kaum Cina di negara ini.

Orang Cina di Malaysia cukup berjaya dalam serba-serbi.  Semalam semasa saya bersama-sama sahabat menaiki kereta, kami bersembang mengenai kedai-kedai dan kilang-kilang serta rumah-rumah banglo yang besar-besar di sepanjang lebuh raya di Lembah Kelang.

Seorang sahabat saya menyampuk. Saya pasti tiada orang Melayu yang mampu memiliki itu semua, katanya.  Pegangan kita orang Melayu terlalu lemah, tambah beliau. Kami tiga orang dalam kereta yang dipandu oleh seorang pesara CEO sebuah syarikat itu bersetuju dengan kenyataan tersebut.  Kemudian kami terdiam. Fikiran kami melayang-layang memikirkan nasib bangsa kami yang begitu lemah.

Rakan bekas CEO itu kemudian berkata: “Kita semakin terlalu jauh.  Sehingga ada orang Melayu yang sudah tidak sanggup menghadapi semua ini mahu merantau ke negara lain…’’

Namun apabila Teraju ditubuhkan, orang Melayu rata-rata cukup gembira. Ada cahaya di hujung terowong. Harapan baru bagi mereka.  Saya juga turut gembira apabila Najib mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) semasa menggulung ucapan di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun lalu.

Seperti biasa apa juga yang skeptik.  Dalam sebuah negara demokrasi, reaksi pelbagai seperti itu biasalah.  Cara untuk mengikis sesuatu pandangan sinis ialah dengan melihat pada kejayaan yang harus dikecapi.

Komitmen Teraju adalah untuk mengukuhkan serta memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Teraju, Husni Salleh dalam laman webnya, badan itu akan menerajui, menyelaras serta memacu penyertaan golongan Bumiputera melalui pelbagai inisiatif baru dan yang sedia ada. Unit ini juga akan mengemukakan cadangan  pembaharuan yang perlu untuk meningkatkan tahap keberkesanan program serta inisiatif pembangunan Bumiputera.

Teraju perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak, bagi memantapkan inisiatif pembangunan Bumiputera. Kerjasama ini diharapkan dapat memberi maklumat tentang isu-isu serta sentimen yang mungkin mencabar pembangunan golongan Bumiputera.

Justeru, untuk memastikan kejayaan Teraju, kerjasama semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs), syarikat-syarikat swasta, usahawan serta badan-badan kerajaan (NGOs) adalah amat penting. Kejayaan yang dicapai oleh Teraju akan menjadi kejayaan semua dan usaha murni semua pihak akan berjaya membolehkan penyertaan golongan Bumiputera secara saksama, di dalam pertumbuhan pesat ekonomi negara. (Lihat http://www.teraju.gov.my)

Namun, dalam tempoh penubuhannya banyak pihak yang merasakan Teraju ini tiada banyak kuasa berbanding dengan Pemandu yang tubuhkan dua tahun sebelum itu.

Pemandu pula ialah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan ditubuhkan pada 16 September 2009 dan merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan utama dan objektif Pemandu adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara,  menyokong penyampaian dan memacu kemajuan program transformasi kerajaan (GTP) dan program transformasi ekonomi (ETP).

Pengerusi bagi Pemandu ialah YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Perpaduan Kebangsaan dan Pengurusan Prestasi.  Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Seri Idris Jala. (Lihat http://www.pemandu.gov.my)

Benar atau tidak, Teraju yang ditubuh selepas Pemandu tidak diberi status yang sama. Bandingkan kedudukan Pemandu yang dipimpin oleh seorang menteri  Kabinet bergelar Datuk Seri dengan Encik Husni, CEO Teraju yang kurang dikenali ramai. Saya difahamkan Teraju juga tidak dibekalkan dengan peruntukan yang setimpal dan kakitangan yang jauh berbeza daripada Pemandu.

Boleh dikatakan saban minggu Pemandu ada mesyuarat melalui Economic Council yang dipengerusikan oleh PM sendiri, sementara Teraju hanya kadang kala mengadap Menteri di EPU untuk mengadu nasib?

Sementara Pemandu sibuk membuat pengumuman projek, Teraju terumbang-ambing mencari belas kesian menuntut kerjasama daripada semua pihak?

Ada orang yang pernah menyifatkan Teraju sebagai anak tiri kepada Pemandu pada hal mereka sepatutnya mempunyai taraf yang sama. Kedua-duanya diletakkan di bawah PM.

Juga adalah janggal jika dibanding di antara kedua-duanya sekali kerana Pemandu akan berbahasa  `meritokrasi’ sedangkan Teraju berbahasa kaum peribumi.

Apabila saya berbincang dengan kawan-kawan, ramai yang bersikap sinis dengan apa yang dikatakan tentang agenda Bumiputera.

Benarkah hampir lebih daripada 85 peratus projek yang telah diumumkan oleh Pemandu di bawah ETP adalah bukan Bumiputera?

Itu tidak lagi mengambil kira projek-projek besar dari Petronas yang dikatakan sudah hampir lupa tentang agenda Bumiputra dan terus menghakis kedudukan Bumiputera yang ada sekarang. Benarkah?

Program konsolidasi dalam bidang fabrikasi akan menghakis peranan Bumiputera untuk memberi laluan kepada syarikat gergasi dan syarikat asing.  Kononnya dengan penyatuan ini industri itu akan menjadi lebih kompetitif, Petronas seolah-olah sudah lupa untuk membangunkan syarikat-syarikat Bumiputra tempatan yang akan mampu bersaing di luar negara apabila sumber kita berkurangan kelak.

Begitu juga dengan GLC yang lain yang hanya nampak keuntungan semata-mata dan hampir lupa tanggungjawab mereka untuk membangunkan Bumiputera. GLC hanya memandang dengan sebelah mata sahaja kepada Teraju, benarkah?

Sejak dulu lagi kita sentiasa mendengar alasan bahawa kaum Bumiputera adalah lemah dan tak mampu buat itu dan ini.

Walaupun kita telah melihat kejayaan Bumiputera dalam hampir semua bidang yang mereka dikatakan lemah dahulu, malangnya alasan ini terus digunakan sehingga kini.

Kita faham bahawa ada kesilapan yang dilaksanakan oleh kaum Bumiputera tetapi alasan yang lebih bijak perlu digunakan. Tiada orang yang boleh menyangkal bahawa masakini sudah banyak syarikat Bumiputera yang hebat dan kompetitif.

Bila orang bercakap tentang projek MRT pula, ia digambarkan sebagai satu projek yang amat berteknologi tinggi sehingga seolah-olah kaum Bumiputera dikatakan tidak layak untuk mengambil bahagian di dalamnya.

Kita bukan hendak bina high speed train project yang mempunyai kelajuan 400 km sejam. MRT kita bukanlah terlalu berteknologi tinggi sangat.   Kita lupa kita ada syarikat Scomi yang sudah mampu mendapat kerja di Brazil, juga mempunyai kepakaran yang tinggi.

Kita juga perlu ingat jika semua syarikat yang diambil adalah dari luar, siapakah yang akan melaksanakan kerja-kerja selenggaraannya kelak?

Terkejut saya sekali lagi baru-baru ini apabila `pakar’ transformasi Idris Jala membuat kenyataan bahawa kerajaan akan mengenal pasti 100 syarikat besar dan 1,000 syarikat kecil Bumiputera untuk dibangunkan.

Ke mana pergi Husni Teraju yang sepatutnya bercakap tentang Bumiputera? Ini lagi jelas menggambarkan bahawa Teraju adalah anak kepada Pemandukah?

Benarkah dalam Pemandu sendiri banyak perkara yang merunsingkan berlaku. Benarkah seorang yang bersimpati dengan DAP sedang menerajui sebuah makmal?

Tanda tanya tentang nasib dan masa depan kaum Bumiputera terus berlegar di dalam kepala.

Sesiapa yang arif tolonglah jelaskan.  Janganlah marah, tulisan ini hanyalah analisis enam bulan (mid-term review) penubuhan Teraju.

Analisis ini juga dihasilkan ekoran terlalu banyak rungutan mengenai fungsi Teraju dan Pemandu.  Jika saya silap harap maafkan, jika saya terkhilaf tolong perbetulkan.  Kita kena harus selalu beringat sebelum terlambat. Itu saja niat saya.

**************

Difahamkan, Economic Council bertemu setiap minggu manakala MTAB hanya bertemu dua bulan sekali.

Sekiranya PEMANDU tidak mempunyai ‘Agenda Melayu’, dimanakah peluang bagi syarikat syarikat Melayu walaupun ada kemampuan teknikal, kepakaran dan pengalaman yang relevan dalam keadaan ekonomi global yang merundum ini sekiranya Kerajaan Persekutuan sendiri tidak mengambil perhatian?

Published in: on July 20, 2011 at 16:33  Comments (20)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/07/20/mana-agenda-melayu-pemandu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

20 CommentsLeave a comment

  1. Melayu melayu. Sigh. What else you do you want ?

    • Even your blogging name suggests you don’t want to think normal. What school did you go to, man?

      You sound either uneducated or educated but with the wrong information, or you are racist, DAP type. Do get educated the normal way, read the normal stuff, not the chauvinistic, anarchistic and Anwarul Jubri stuff.

      But democracy granted, you can read their stuff, say your piece, but surely not a one-liner casting aspersion on the entire Malay race which constitutes nearly 60% of the population of this country. Ada ngarti? Comprende?

      I’ll give you this simple answer to your question and you go figure the details:

      The Malays want their proper share of the benefits this Tanah Melayu offers – in economic wealth, in professional jobs in this country, etc – the levelling of the playing field, and ALL citizens respect and adhere fully to the Constitution of this country.

      • Without having to work for it? Without having to go to school, university, pay your dues and work your butt off to climb the corporate ladder like most of us unworthies have to do?

        Oh, no, sirree – that would be too damn difficult. Demeaning, even!

        Far easier to beat the racial drums and try to cow people into abject surrender.

        Guess what – you may be able to run that “con” on gullible Malaysians, but try to pull that stunt on foreign investors and be sent packing!

        “Proper share of benefits” indeed! Go play in the big world out there, bro, which is no respecter of quotas and what-ifs.

  2. Going by your title – Mana agenda Iban / Kadazan / Murud / Penan / Orang Sungai / Kenyah / Lun Bawang / Orang Asli / Kejaman / Kayan ………???????

  3. Tan Sri Rozali Ismail . Dah ada bagunan tinggi sendire ” Wisma Rozali” tapi nak mintak tongkat lagi.

    Kalau beli rumah di Malayisa, dapat jugak diskuan 7%.
    Cayelah Melayu. Tak erti malu!!

  4. “Tiada orang yang boleh menyangkal bahawa masakini sudah banyak syarikat Bumiputera yang hebat dan kompetitif””

    Kalau begitu , kenape nak mintak tongkat lagi??

    • Really, your name should stop at bodoh. Read my comment to the so-called Malaysian above there. You know that Vincent Tan has hundreds of millions (a billionaire?) but still asking for the real tongkat of easy-money football betting license?

      • I agree. Tongkats should not be given to UMNO cronies ( like Vincent Tan) or race based factors. That is the situation now.

        It should be given to the deserving group no matter which race. The Malay fishermen, the Indian security guard, or the Chinese VCD sellers.

        Don’t you agree, or do you still want Dr Mahathir’s son who is a billionaire still to enjoy 7% discount on his multimillion dollar house??

      • This comment of yours confirms that you are bodoh. Don’t even know the Constitution of the country. You should try living in China then you know who enjoys and who don’t.

        I rest my case. No point arguing with bodohs.

      • Hang on bro. Don’t be emotional. Kita orang bijak jangan panggil orang lain bodoh. Dia bodoh….kita ajar dia. Dia tak tahu…kita beritahu. Lepas itu, kalau dia masih tak faham jugak….kita masukkan dia dalam guni…buang dalam laut, supaya dia jadi orang yang bolih berfikir. Kalau dia tahu berfikir, mungkin dia akan selamat….kalau tidak…..lemaslah dia.

  5. Big Dog, you took a long time realizing this.

    Anyway, looking in via “input in, input out”, Najib’s economic initiatives are really window-dressing stuff; it’s not that I am dystopian, but like every body else, if we were to “standing in the eyes of the world”, Malaysia have a long way to go, economically.

    Connecting to your prior article on ’30 years development’, I salute TDM for having originality in thought. Najib is really “lets just outsource the thinking” whilst Pak Lah is “let my SIL think for me”.

  6. Komen-komen anti Melayu yang agak dangkal. Oi bodoh – it’s pure statistics. Di bawah NEP the lot of the Malays have improved, sekata dengan bangsa lain. The trouble is, the Malays form a far bigger majority. Over the past 40 years you can have 20 new Malay professionals to match 20 new Chinese professionals, but in absolute terms that 20 Malays contribute to a smaller percentage of the Malay total population – which is 65% – while the 20 Chinese would have a bigger impact on their 25% of the total population.

  7. Come on, every citizen equal before law. STOP.

    But, in sosio-economic agenda, there are rooms for affirmative actions as granted in FC. You are struggling for the equality but in Islam, here were promote the justice. The justice doesn’t mean the equality.

    So, Malay Muslim in Malaysia have their advantages and it has bigger population. So, please understand the context before you guys try to be prejudice with Malay rights.

  8. Kalau PEMANDU ada masalah sehinggakan ‘TERABAI’ agenda Melayu dalam PEMANDU, so I highly suggested PM to replace him with the right people.

    I wonder if Idris Jala opined the govt to cut the subsidy and let the people at the bottom suffered. Remember, how Idris Jala sparked the country, when he said Malaysia is going to bankrupt like Greece?

  9. Malaysia, one of the few countries I know which protect the majority vs the minority. I am ashame that many malaysians still think that our rights should be distinguished by race.

  10. Orang Melayu asyik bercakap pasal agenda. Agenda demi agenda setiap tahun. Orang lain dah implement agenda mereka and reaping their fruits. It’s gonna be too late bro, once we realized it.

  11. Pemandu or teraju or driver or whatever you wanna call it, in the end the Malays and Bumiputeras will be the losers. Why?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: