Kegagalan TERAJU

Kegagalan TERAJU untuk menjadi pejuang Agenda Melayu bagi keusahawanan dan IKS makin menyerlah. NGO Melayu PERKASA mewakili lebih 50 NGO Melayu lain senada untuk mengeluarkan kenyataan keras dan desakan ini.

KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN PERKASA MENGENAI TERAJU YANG GAGAL BERPERANAN DENGAN BERKESAN DIDALAM MELAKSANA AGENDA PEMBANGUNAN EKONOMI BUMIPUTERA

PERKASA telah menerima banyak aduan dari berbagai NGO-NGO Melayu dan para usahawan yang tidak berpuas hati dengan prestasi TERAJU yang didapati gagal di dalam melaksanakan ajenda pembangunan ekonomi bumiputera. Setelah mengadakan makmal pada bulan Mac yang lalu, TERAJU masih gagal mengumumkan satu pun EPP (Entry Point Project) berbanding PEMANDU yang dari masa kesemasa mengumumkan berbagai EPP yang mana 90% adalah milik bukan bumiputera.

Sehubungan dengan itu, Biro ekonomi PERKASA telah mengadakan persidangan meja bulat yang dihadiri oleh 50 NGO-NGO Melayu/Bumiputera pada 14.7.2011 di Kelab Sultan Sulaiman dan berikut adalah rumusan-rumusan yang perlu mendapat perhatian Perdana Menteri dan ahli-ahli Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB)

1. Ketua pegawai Esekutif GLC-GLC tidak TAKUT kepada CEO TERAJU sepertimana mereka TAKUT kepada YB Dato Idris Jala. Lantaran itu mereka enggan memberi kerjasama kepada TERAJU dalam hal berkaitan agenda ekonomi Bumiputera.

2. TERAJU tidak mempunyai struktur yang membolehkan ia berkuasa mengarah dan memantau Menteri, KSU, ketua-ketua pengarah agensi dan Ketua pegawai Esekutif GLC-GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi Bumiputera.

3. Ahli-ahli MTAB tidak serius didalam melaksanakan agenda ekonomi Bumiputera dan ini diburukkan lagi apabila. MTAB hanya bermesyuarat 3 bulan sekali.

4. TERAJU terpaksa memohon kelulusan daripada Economic Council (EC) di mana terdapat ahli-ahli EC bukan bumiputera yang akan menentang agenda ekonomi Bumiputera yang dibawa oleh TERAJU.

5. TERAJU tidak mempunyai kuasa, keupayaan dan struktur yang sama seperti PEMANDU.

6. TERAJU tidak diketuai oleh seorang CEO bertaraf menteri kabinet yang answerable secara langsung kepada YAB Perdana Menteri.

7. TERAJU tidak mempunyai peruntukan dan kakitangan yang mencukupi bagi melaksanakan agenda ekonomi Bumiputera berbanding dengan PEMANDU.

Persidangan meja bulat yang dihadiri oleh 50 NGO-NGO Melayu/Bumiputera pada 14.7.2011 di Kelab Sultan Sulaiman dengan ini mendesak kerajaan agar

1. TERAJU mesti mempunyai kuasa, keupayaan dan struktur yang sama seperti PEMANDU. Struktur ini membolehkan ia berkuasa mengarah dan memantau Menteri, Ketua Setia Usaha, ketua-ketua pengarah agensi dan Ketua pegawai Esekutif GLC-GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi Bumiputera.

2. TERAJU mesti diketuai oleh seorang Pengerusi Eksekutif ynag bertaraf menteri kabinet yang answerable secara langsung kepada YAB Perdana Menteri. Antara tokoh yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

a. YB Dato’ Dr Awang Adek

b. YB Dato’ Idris Jusoh

c. YB Dato’ Mukriz Mahathir

d. YB Senator Datuk Akbar Ali

3. TERAJU hanya perlu memohon kelulusan daripada MTAB bagi perlaksanaan program ekonomi Bumiputera dan TERAJU tidak perlu memohon kelulusan daripada Economic Council (EC).

4. Kerajaan mesti memastikan TERAJU mendapat peruntukan dan kakitangan yang mencukupi bagi melaksanakan agenda ekonomi supaya usaha membangunkan agenda ekonomi bumiputera dengan lebih berkesan.

5. Mengenalpasti dan mengambil tindakan memecat Ketua pegawai Esekutif GLC-GLC yang enggan memberi sokongan dan kerjasama kepada TERAJU didalam agenda pembangunan ekonomi Bumiputera

6. Peranan TERAJU dan MTAB meletakkan orang Melayu dan Bumiputera dalam agihan kek ekonomi Negara akan dinilai dan diukur oleh orang Melayu sebagai keupayaan kerajaan melengkapkan tanggungjawabnya kepada pengundi-pengundi Melayu dan Bumiputera. Kegagalan TERAJU dan MTAB didalam melaksana agenda pembangunan ekonomi Bumiputera pasti akan dihukum oleh pengundi-pengundi Melayu dan Bumiputera di dalam PRU 13

7. Menyedari MTAB yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh lapan (8) menteri kabinet kanan yang lain hari ini dianggap sebagai harapan terakhir (finale) kepada usaha-usaha memperkukuhkan dasar, program dan perlaksanaan agenda ekonomi Melayu dan Bumiputera. Yang demikian itu, Persidangan meja bulat yang dihadiri oleh 50 NGO-NGO Melayu/Bumiputera pada 14.7.2011 meletakkan harapan yang tinggi kepada MTAB untuk memperbetulkan TERAJU bagi meningkatkan sistem penyampaian program pembangunan sosio-ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputera.


Published in: on July 22, 2011 at 14:25  Comments (20)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/07/22/kegagalan-teraju/trackback/

RSS feed for comments on this post.

20 CommentsLeave a comment

  1. sebuah lagi cadangan:
    TERAJU mesti di beri sebuah opis kat White House dan di United nations supaya dapat perhatian Obama dan Dunia.

    Kalau Pemandu boleh dapat direct line dengan Najib, TERAJU mesti yang lebih tinggi, yaitu direct line dengan Rosmah!

    • kesian Melayu….tanah tumpah dan harapannye pada pemimpin sebangsa dgnye hanya tinggal harapan,sdgkan bangsa lain terus menerus meninggalkan jauh dgn sikap baik hati pemimpin bangsa melayu menganugerahkan hartanye…..

    • Balik-balik setakat berani gaduh dengan Rosmah… korang habuk pun tarak, telur pun tarak.

      • Sebab itulah nama dia bodoh. Aku tengok dia buat komen disana sini semuanya bodoh. Dia patut taip nama dia bodoh full stop.

  2. Ini kes lepas batuk di tangga aje.

    Arwah Tun Razak dulu dulu ujud kan FELDA untuk basmi kemiskinan. Najib buat MTAB selepas terlepas pandang setelah CON SULTAN AMARIKA reka Model Baru Ekonomi lepas tu sedar silap ubah ke Model Ekonomi Baru.

    Lepas tu buat MTAB atau Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera dan sedar pulak MTAB tak boleh hanya Majlis bukan macam MARA ada Akta buat pulak MTAB atau Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dan buat TERAJU. Salah satu kerja teraju adalah “mencipta kekayaan” Oi kerja cipta kekayaan ni kerja tuhan…… kita cuma jana harta aje kalau berupaya…

    Maka apa yang telah berlaku, akan berlaku dan telah berlaku melambangkan nasib orang Melayu yang pada zaman dulu lagi hanay dapat pembelaan seketika saje, Lepas tu orang orang yang di amanahkan macam rasa bersalah pulak, tersipu sipu, dan apologetik kepada bangsa lain dan tak tahan kena cemuh. Wal hal pembelaan bangsa ni wajib sampai akhir zaman selagi ada bulan dan bintang macam bangsa Yahudi. Peduli apa dengan cemohan chua sooi lek, Lim Kit Siang dan kelinga kelinga. Mereka ni pula bermatian matian berjuang untuk bangsa depa dan melayu senantiasa mengalah.

    Sudah sudahlah baik PERKASA Baik UMNO. selagi ada kuasa ni gunakan lah dengan bijaksana untuk survival bangsa melayu. Janganlah layu. caya tu anak hussien onn bolpoeh mintak maaf dengan kaum lain kerana menghunus keris lambang melayu. Apa punya pemimpin ni. Pertahankan lah maruah bangsa. Dia mintak maaf konon nak menang goodwill ha! lagi teruk melayu kena cemoh kena ungkit. Tak payah lah kisah undi dari kaum dia orang. Pujuk kaum sendiri lagi berbaloi. Ingat 60% populasi MAlaysia adalah Melayu.

    Tinjau balik Najib ni dan Hisham ni mana pernah susah macam ayahanda mereka.

    • Saya khuatir ini semua sengaja dibuat atau dibiarkan, sebagai kemahuan Najib. Dalam rangka memikat undi Cina. Melawat sekolah Cina, bantuan sekolah Cina, biasiswa kpd anak Cina, lantik consultant luar negara menderap MBE, senyapkan DEB dalam MBE, biarkan Chua Soi Lek mahukan sasaran ekuiti Melayu dihapuskan (hingga ada Melayu mahukan kerakyatan mereka dihapuskan juga), biarkan bantaun kpd peniaga dan usahawan Melayu secara ala kadar, dll.

      Balek kpd apa yang banyak dan lama telah dikatakan: kera dihutan disusu, anak dipangkuan kelaparan. Saya khuatir juga yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Tanda tanda begIni sudah banyak dilihat. Jika tsunami lagi diPRU13, jahanam lah Melayu.

      Saya khuatir juga bahawa jika itu semua bukan strateji Najib (betul tidaknya lain kira), maka kemungkinan bahawa Najib berupa seorang yang memikir dirinya luas pemandangan atau liberal. Jika demikian dia harus dikeji sekeji-kejinya.

      Sebab seseorang itu tidak liberal jika dia tidak nampak betapa perlunya dirapatkan seboleh bolehnya jurang perbezaan kekayaan dan pelajaran kaum Melayu yang hampir 60% dan kaum Cina yang hanya 23% dinegara ini. Demi kepentingan keharmonian dan keamanan jangka masa panjang. Seseorang itu tidak luas pemandangan atau liberal jika dia tidak nampak betapa perlunya padang diratakan. Dia hanya memikir dia liberal, sebenarnya tidak liberal. Dia liberal olok olok atau pseudo liberal.

      Maka diantara dua kemungkinan itu – sengaja dibuat atau dibiarkan berlaku, dan pendirian liberal kononnya – timbullah masalah masalah yang dibincangkan diMeja Bulat itu. Saya khuatir apa yang dikemukakan tidak dipeduli sangat oleh Najib. Saya harap saya salah tetapi itu yang selalu timbul difikiran saya. Selagi Majlis Tertinggi UMNO atau Cawangan Cawangan atau Bahagian Bahagian UMNO tidak menyuarakan sesuatu, selagi itulah Melayu menanggung risiko besar keputusan PRU13. Saya khuatir yang banyak Melayu sudah menyesal mengundi Pembangkang atau merosakkan undi atau tidak mengundi diPRU12 kerana bosan dengan Tun Dol, yang sudah mahu kembali kpd menyokong UMNO dan BN di PRU13, tidak berbuat demikian kerana perkara perkara seperti yang dibincang diMeja Bulat tersebut diatas.

      Saya masih berharap saya salah.

      • Betul tu.

        1. Ada sesiapa ke yg secara ikhlas percaya masyarakat peniaga Cina terima seadanya plan plan EPP/GTP/ETP DS Najib Tun Razak ni?

        2. Oleh demikian, akan bagi undi kpd beliau (walaupun mrk sebenarnya menyampah dgn BN)?

        3. Boleh ke BN menang kalau org Cina sokong DS Najib Tun Razak tapi meluat dgn calon calon BN???

        Beza PRU 11 dgn PRU 12:

        – DAP dapat pertambahan undi sebanyak 400k (peningkatan 60% banding dgn PRU 11)

        – PKR dapat pertambahan undi sebanyak 1 Juta (peningkatan 200% banding dgn PRU 11).

        DS Najib Tun Razak tak habis habis sibuk melayan segala permintaan masyarakat Cina termasuk sedia bag imcm mcm peruntukan utk sekolah Cina & gadaikan 45% biasiswa JPA kpd Bukan Melayu.

        Ni nak bagi lak ‘Waris Cina Kominis’ aka Cina Cina kampung baru ni ‘PINJAMAN PERNIGAAN 100 Juta’!

        Bagi Cina mcm mcm ni ada peningkatan undi? Dah lupa ke episod “Peruntukan serta merta sekolah Cina” masa PRK Hulu Selangor & Sibu……

        Hakikatnya, DAP tgh sibuk alih alihkan pengundi secara senyap senyap, Parlimen Pulai siap ada pertambahan 7,000 pengundi Cina!

        Ini BETUL BETUL KES ‘YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERTABURAN’!

        SENDRI MAU INGAT LA!!!!!

  3. Ini kes lepas batuk di tangga aje.

    Arwah Tun Razak dulu dulu ujud kan FELDA untuk basmi kemiskinan. Najib buat MTAB selepas terlepas pandang setelah CON SULTAN AMARIKA reka Model Ekonomi Baru lepas tu sedar silap ubah ke Model Baru Ekonomi.

    Lepas tu buat MTAB atau Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera dan sedar pulak MTAB adalah hanya Majlis aje bukan macam MARA ada Akta buat pulak MTAB atau Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dan buat TERAJU. Salah satu kerja teraju adalah “mencipta kekayaan” Oi kerja cipta kekayaan ni kerja tuhan…… kita cuma jana harta aje kalau berupaya…Mula mula dulu konon konon MTAB tak payah pergi ke Economic Council (EC) hanya Perdana Menteri aje tiba tiba letak bawah EC. Apa punya perjuangan ni sampai seluar dalam pun nak tunjuk kepada kaum lain kono telus lah tu. nah kan dah kena bantah. kaum lain mintak dapat melayu puilak payah ya rabi.

    Maka apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan telah berlaku melambangkan nasib orang Melayu yang pada zaman dulu lagi hanya dapat pembelaan seketika saje, Lepas tu orang orang yang di amanahkan tiba tiba macam rasa bersalah pulak, tersipu sipu, dan apologetik kepada bangsa lain wal hal ini tanah tumpah darah mereka dah tak tahan kena cemuh.

    Wal hal pembelaan bangsa ni wajib sampai akhir zaman selagi ada bulan dan bintang macam apa bangsa Yahudi. buat Peduli apa dengan cemohan chua sooi lek, Lim Kit Siang dan kelinga kelinga. Mereka ni pula bermatian matian berjuang untuk bangsa depa dan melayu senantiasa mengalah.Seinci kita berikan kpd mereka mereka akan tuntut sedepa. Kita dia orang kata racist , kepala otak depa. Depa lagi racist.

    Sudah sudahlah tu baik PERKASA Baik UMNO. selagi ada kuasa ni gunakan lah dengan bijaksana untuk survival bangsa melayu. Janganlah layu. Jangan lah bercakaran. bulat kan lah kepala masing masing bersatu lah.

    caya tu anak hussien onn boleh mintak maaf dengan kaum lain hanya kerana menghunus keris lambang melayu. Apa punya pemimpin ni. Pertahankan lah maruah bangsa. Dia mintak maaf pulak tu konon nak menang goodwill ha! lagi teruk melayu kena cemoh ,kena ungkit. Tak payah lah kisah undi dari kaum dia orang. Pujuk kaum sendiri lagi berbaloi. Ingat 60% populasi MAlaysia adalah Melayu. Percayalah kalau melayu teguh sekurang kurangnya 10% undi kaum lain akan secara sendirinya datang membantu untuk dapatkan majoriti 2/3.

    Tinjau balik -Najib ni dan Hisham ni mana pernah susah macam ayahanda mereka.

  4. biar ribuan kali meeting dgn teraju….masaalah melayu tak bole dsekesaikan..krn idris jala n ceo teraju mana faham pengorbanan org melayu pada negara ketika ekonomi crisis…ketika itu idris n ceo teraju nie pun meyorok n bekerja d belakang syarikat besar agar mereka tak terjerumus sama kelembah crisis…pemimpin melayu yg berjiwa nasionalis yg saban hari siang n malam bekerja nak menyelamatkan negara n rakyat khas melayu tidak jatuh miskin mcm spt contoh idris jala sekarang.kalu lah pemimpin melayu ketika itu corrupt…negara da lama kena jual…idris jala pun tak jadi menteri pemandu,anwar pun tak guna mengaruk…krn negara da kena jajah….so sedarlah idrisjala…jgn sampai melayu hilang percaya…buruk padahnye!!!!!

    • Macamana nak paham…..

      Terma rujukan & KPI Pemandu & Teraju apa? Siapa kawal selia?

      Pemandu kunun kunun nak racngan nak tingkatkan ekonomi per kapita kepada band USD 15k ada rancangan praktikal & realistik atau tak?

      Paling penting penting, peningkatan ini utk rakyat Malaysia terutama org Melayu atau utk pelabur asing, terutama Amerika/Eropah????

      Org Melayu & Bumi Sabah/Sarawak = 65% warga Malaysia. Jumlah yg amat besar & strategik. Kalau buat perancangan ekonomi makro semata mata atas kertas UTK TANPA ambil kira pertimbangan perasaan emosi (YG NYATA AKAN ADA IMPLIKASI LANGSUNG POLITIK!)

      DS Najib Tun Razak ni sekarang tengah syok sembah Amerika/British utk:

      1. Pelaburan
      2. Sanjungan politik antarabangsa utk agenda ‘Islam Moderate’ dia

      Apa dia pedulik Pemandu ni ada rancangan yg praktikal utk orang Melayu atau tidak!

      Kalau Boss leka berdendang sikit sikit pergi US & Eropah (tak habis habis “Jumpa pelabur”), apa korang ingat org cam Idris Jala ni ada pedulik nak pikir soal ‘Agenda Melayu’????

      SENDRI MAU INGAT LA!

      • Saya tak kisah siapa dia sembah asalkan dia

        1. tak lupakan bahawa Melayu masih ketinggalan jauh dibelakang dalam bidang ekonomi dan pegangan jawatan professional dingara ini

        2. usahakan merapatkan jurang berbezaan diantara kaum Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak dengan kaum Cina, yang terkaya dinegara ini sejak beberapa abad, dalam bidang bidang tersebut

        3. ratakan paang permainan (level the playing field), tentukan berbagai agensi atau jentera tersebut diatas bergerak kearah tersebut

        Saya tidak rela jika dia ambil risiko melebihkan kepentingan Cina dan mengabaikan kepenting Melayu kerana hendakkan undi. Saya setuju dengan pendapat dia tidak liberal, suntuk pemandangan dan pseudo liberal jika tak nampak betapa pentingnya jurang perbezaan diantara 23% Cina dan 70% Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak itu dirapatkan seperti bapaknya, Tun Abdul Razak, buat bermula tahun 1970 dahulu.

  5. Anybody opening up new businesses please beware indicators showing hints of strong recession in 2012.

    • Wat crystal ball you looking at, punk?

      Giving warning to all Malaysia in one sentence?

      You must be a great konomist? Greater than Bernacke or watever his name in US?

      Haba haba Hahaha.

  6. Nama mukhriz kao eja salah le. nak mencacai biarlah berkualiti.

  7. Bukan so’al takut atau hormatkan kpd Teraju. Tapi so’al menyesuaikan apa yang mereka lakukan atau tidak lakukan (acts and omissions) dengan pendirian dan kehendak DS Najib.

    Kita perlu sedar bahawa mereka dilantik kejawatan jawatan CEO dsbnya kerana mereka difikirkan jenis yang akan berbuat demikian. Jenis yang tidak payah diberi tahu atau diarahkan megikut pendirian Najib. Jika mereka bukan jenis itu, mereka tidak akan dilantik kejawtan tersebut “in the first place”.

    Ini sudah hemat maanusia diseluruh dunia. Obama tidak akan melantik sesiapa yang pendiriannya bercanggah dengan pendirian dia. Orang orang Najib tidak akan melantik atau mengesyurkan sesiapa memegang jawatan tertinggi diKerajaan, diperbadanan Kerajaan atau diGLC jika orang itu tidak reti menghematkan politik Najib. Begitu juga lantikan CEO Petronas, Sime Darby dll sejak Najib pegang jawatan. Ingat, Najib sendiri mahukan Omar Ong dipasak (ditendang kali pertama) kedam BOD Petronas. Sehingga CEO Petronas diganti.

    Kita boleh lihat Jemaah Menteri Najib. 1-2 yang dia tidak boleh elak melantik, seperti Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO. Tapi orang seperti Nazri, Rais Yatim masih lagi disimpan Najib. Kerana sudah nampak ada yang mengkritik Perkasa, maka CEO di GLC pun takut melayan mereka yang ada kaitan dengan Perkasa. Maka orang seperti Idris Jala juga mengambil kesempatan. Bukan saja dibidang ekonomi tapi juga dalam perkara agama.

    Namun demikian, Perkasa dan lain lain perlu teruskan usaha usaha mendapatkan Najib memberi keistimewaaan kapada kepentingan ekonomi kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Perlu dibisingkan, dibidas dan dikeluarkan cadangan cadangan serta desakan desakan kapada Najib berterusan. Najib sendiri perlu memberi arahan kapada mereka yang berkenaan supaya mengikut landasan Dasar Ekonomi Baru bagi merapatkan jurang kekayaan dan jumlah pegangan jawatan professional Melayu dan Bumiputera. Najib sendiri perlu jelaskan DEB dalam MEBnya.

  8. Heh, heh – all the weeping, moaning and grinding of teeth.

    Fact of the matter is that if you don’t want to compete, don’t. Just don’t force others to run with a handicap because you cannot/will not compete on an equal footing.

    Let’s see if the Teraju dudes and dudettes can convince foreigners to invest in Malaysia – what was the figure, now – US$444 billion?

    I doubt if the likes of Google and Facebook, not to mention Microsoft, IBM, Cisco etc would be too impressed by the entitlement antics of Teraju, Perkasa or whatever other acronym is the flavour of the month.

    • Here’s a challenge for Najib – can he look Google, Apple or Goldman Sachs or whichever other MNC he is wooing to set up shop or expand in Malaysia in the eye and tell them straight upfront that they have to recruit at least 30% ethnic Malaysian Malays into their local workforce regardless of qualifications, talent and ability?

      A simple enough challenge, yes?

      And I am surprised that guys like Awang Adek or Mukhriz Mahathir, who should know better, are lending their names to this exercise in futility.

      • These 2 comments are a real exercise in futility. We all know this bloke is Singaporean always licking Lee Kuan Yew’s balls and glorifying Singapore and degrading Malaysian leaders and Malaysia in the process, periodically losing his way in Malaysian blogs.

        Nobody actually cares about what he says. Only that he needs to be told off from time to time.

      • Yeah sure, we look in the eyes of Google, Goldman Sachs etc and tell them 30% equity for bumiputra. Take it or leave it because if they dont there are others in their trade sectors who will say yes. The economies in Europe and the US are in a state of doldrums and could take several years to recover. Money go to where the profit is and Asia is calling the shots.

        Skilgannon can take his grief elsewhere. Keynes has made a comeback and the Malaysian govt interventionist economic policy in certain areas are not uncommon in the history of interventions by governments in economic decisions and policies. Unfettered free market economies where the economic neoliberalists strutted around like lords and kings are over.

    • pathetic moron

      MNCs do not favour paper qualifications over real talent. The great movers select performance over strings of straight As.

      That is why moron and other kiasus will be given a RUDE shock when MNCs choose Malaysia over Singapore.

      Unlike some regurgitating robots (like your moronic self who studies trade journals by heart), those who really know the situation on the ground will vouch that Malaysia offers VALUE for money in direct contrast to an overhyped and overpriced island state.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: