Kembali ke pangkal jalan

Ahli DAP Jelutong Mohd. Razali Abdul Rahman yang menjadi subjek fokus kepada laporan kami mengenai ‘Perjumpaan MP DAP Jelutong Dengan Paderi Kristian’ pada 5 Mei 2011 yang kami siarkan disini pada 6 Mei 2011 kini sudah kembali ke pangkal jalan. Laporan itu menjadi muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 dan menjadi isu yang amat kontroversi.

Bekas ahli DAP minta maaf, sertai Perkasa

MOHAMED Razali Abdul Rahman (kiri) menyerahkan borang untuk menjadi ahli Perkasa kepada Muhammad Zahid Md. Arif (tengah) sambil disaksikan Ahmad Saad (kanan), di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

KEPALA BATAS 24 Julai – Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini hari ini memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.

Mohamed Razali, 42, juga melahirkan kekesalan kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.

Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP, beliau hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

“Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.

“Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka,” katanya.

Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif.

Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad.

Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu ‘rahsia’ DAP.

“Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.

“Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu,” ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan.

**************

Laporan Polis Razali pada 13 Mei 2011 ialah merungkai kekusutan yang timbul dari kontroversi muka depan tersebut sehingga menjadi bahan paling sensasi dan sensitif seleruh negara. Banyak pihak telah membuat pelbagai laporan Polis keatas Utusan Malaysia dan kami di BigDogDotCom.

Bukan setakat itu sahaja, ada dikalangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengesa agar kami ditahan bawah ISA kerana percubaan mentidak tabilkan keharmonian negara dan menggagalkan Gagasan 1 Malaysia PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Laporan Polis Razali ini merupakan pengesahan bahawa Jeff Ooi telah berdusta mengenai majlis itu. DAP Jelutong menganjurkan majlis itu dan dalam begitu asyik, memang terdapat masa dimana dilakukan ‘ikrar’ untuk meletakan seorang Kristian sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun taktik biasa Pembangkang, akan terus berbohong dan memanipulasi keadaan.

Pendedahan ini ada sebenarnya hanya sebahagian dari usaha DAP menggunakan pihak tertentu dalam gereja gereja tertentu bagi tujuan politik. Mereka sering menganjurkan majlis majlis seperti ini yang asalnya bertujuan keugamaan dan sosial, namun disuntikan semangat politik kedalam syarahan. Diberitakan, ini menaikan semangat dan menjadikan beberapa orang dikalangan yang hadir menjadi aggresif.

MP Kulim-Bandar Bahru juga mengesahkan hal ini.

Walaupun beberapa penguasa Kristian seperti Doisis Roman Katolik dan Gereja Anglikan menolak dakwaan berlakunya ini semua, namun apa yang berlaku dikalangan gereja gereja yang lebih kecil dan ‘bebas’, terutama berbentuk dakwah evangelis adalah tidak sebagaimana yang mereka nafikan.

Isu ini sebenarnya memerlukan penyiasatan yang lebih terperinci dan penelitian. Kita tidak mahu kerana hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. Masyarakat Malaysia menghormati hak masyarakat minoriti termasuk Kristian selagi tidak ada dikalangan mereka yang memperkudakan mana mana gereja atau majlis keugamaan mereka bagi tujuan politik pihak tertentu, terutama yang boleh menimbulkan kontroversi.

Published in: on July 25, 2011 at 09:10  Comments (18)