Pasca ‘Serbuan JAIS atas DUMC’: DUN Selangor bubar hujung 2012

MB-boneka-DAP Khalid diapit Speaker DUN dan Exco Selangor, kedua duanya DAP

Semenjak musim Ramadhan ini, lagu Tan Sri S M Salim “Apa dah jadi……” sering berkumandang ke udara dalam radio. Apabila kita perhalusi perkara perkara yang berlaku, terutama kompromi yang begitu rela MB-boneka-DAP Tan Sri Khalid Ibrahim untuk gadaikan kepada orang Cina melalui desakan Chauvinis Cina DAP, jelas bahawa orang Melayu sebagai majoriti bawah Pembangkang begitu akur kepada mereka yang anti Melayu ini.

Pada 8 Ogos 2011 antara jam 1200 – 1330 telah diadakan perjumpaan antara Menteri Besar Selangor dengan pemimpin-pemimpin kanan Chauvinis Cina DAP Selangor di Pejabat Menteri Besar Selangor, SUK, Shah Alam. Yang hadir selain dari MB-boneka-DAP Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tan Kok Wai, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah, V. Ganabathiroa & Senator S. Ramakrishnan.

Perbincangan bersekitaran atas tindakan Kerajaan Negeri Selangor pasca ‘Serbuan pegawai JAIS keatas DUMC’ pada malam 2 Ogos 2011, dan diputuskankan :

1. MB-boneka-DAP Selangor bersetuju untuk membina satu pusat kebudayaan masyarakat Cina & India di kawasan Klang (Lokasi masih belum ditetapkan). MB-boneka-DAP Selangor ini juga berjanji akan ambil alih tanah Yayasan Selangor untuk tujuan membina pusat kebudayaan tersebut.
2. Kerajaan Negeri telah memperuntukan beberapa bidang tanah kepada Kerajaan Pusat ununk membina Sekolah Cina dan Tamil di Selangor.
3. MB-boneka-DAP tidak akan membubarkan DUN Selangor walaupun Parlimen dibubarkan pada tahun ini. MB-boneka-DAP hanya akan bubarkan DUN Selangor pada hujung tahun 2012.
4. Kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM 5 juta utk memberi pinjaman mickrokredit kepada bekas pekerja-pekerja ladang wanita daripada kalangan kaum India dan peruntukan tersebut kini dikendalikan oleh Rodziah Ismail.
5. MB-boneka-DAP bersetuju untuk melantik seorang Pegawai Khas Menteri Besar dari kalangan kaum India yang bertanggungjawab menjaga kepentingan masyarakat India. Dibawah Pegawai Khas tersebut akan diwujudkan satu pasukan dan pinjaman RM 5 Juta mickrokredit yangg dikendalikan oleh Rodziah Ismail akan diserahkan kepada pasukan khas tersebut.

MB-boneka-DAP dijangka akan mengumumkan perlantikan tersebut dalam tempoh dua minggu.

Tindakan untuk tindakan membubarkan DUN Selangor sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh setahun ini dan memanjang tempoh DUN Selangor sehingga penghujung 2012 membuktikan Pembangkang tidak selesa untuk terus kembali memerintah setelah PRU13 kerana isu desakan masyarakat Bukan Melayu belum dapat ditunaikan. Ini juga membayangkan Pembangkang terutama PKR tidak mempunyai kekuda yang kuat diakar umbi, terutama dikalangan masyarakat Melayu yang menjadi majoriti warga Selangor.

Sensitiviti masyarakat Melayu Selangor mengenai cadangan untuk merampas tanah Yayasan Selangor untuk pembinaan Pusat Masyarakat Cina dan India itu juga memerlukan banyak masa bagi PKR dan Pembangkang untuk ‘menyejukan’ keadaan. Yayasan Selangor ditubuhkan semasa zaman Dato’ Harun Idris sebagai (dipetik lawan web Yayasan Selangor):

Yayasan Selangor ditubuhkan atas kesedaran betapa pentingnya pendidikan di kalangan rakyat negeri Selangor khususnya kepada masyarakat luar Bandar untuk sama-sama menikmati erti kemajuan pendidikan dan kemudahan pendidikan seperti mana dinikmati oleh golongan masyarakat Bandar. Di atas kesedaran pentingnya pendidikan yang merupakan salah satu daripada agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB), maka lahirnya Yayasan Selangor.

*************

Jelas cadangan untuk merampas tanah milik Yayasan Selangor bagi tujuan berkenan adalah lari dari peranan agensi itu sendiri sebagai pemangkin masyarakat melalui pendidikan dan Dasar Ekonomi Baru. Ini jelas membuktikan Kerajaan Pembangkang ini sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengadaikan hak dan kelebihan yang diperuntukan kepada orang Melayu bagi kepentingan menjaga perasaan golongan minoriti.

Sebelum ini, MB-boneka-DAP yang didesak oleh pemimpin DAP Selangor untuk memohon maaf begitu cepat kepada Paderi Kanan Daniel Ho, pagi Khamis selepas kejadian ‘Serbuan JAIS keatas DUMC’.

Persoalan “Tiga Belas Juta Ringgit” sekarang ialah, kenapa MB-boneka-DAP ini begitu perihatin kepada isu isu melibatkan masayarakat minoriti, sedangkan keperihatinan yang sama tidak ditunjukan kepada masyarakat majoriti, termasuk dalam isu isu sensitif seperti ‘Isu Kuil Seksyen 23’, cadangan untuk menggunakan wang zakat dalam Baitulmal untuk pembangunan, dakwaan mengenai gereja memurtadkan orang Melayu Islam seperti dalam kes ‘Serbuan keatas DUMC’ dan sebagainya?

Published in: on August 9, 2011 at 09:07  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/08/09/apa-dah-jadi-kat-selangor-ni/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. *Comments deleted

    Since you only interested to make ONLY anti-UMNO comments and without even taking in context to the posting, regretfully we have to revoke your privilege to share your thoughts in this blog permanently. Please take your opinion elsewhere

    • So you are ok with the Church proselytizing muslims. Muslims are supposed to sit tight and just watch.

      The Church broke the law. So who is actually provoking? What is Pakatan role here? You tell me!

      • Agree with your arguments, Carlos.

      • Cadangan merampas tanah Yayasan Selangor untuk pembinaan Pusat Masyarakat Cina dan India itu menunjukkan tindakan yang melampau. Mereka nampaknya tidak peduli apa, tidak hiraukan hak dan kepentingan Melayu (disebut masyarakat luar bandar dimasa penubuhan Yayasan itu) yang nyata jauh dibelakang kaum Cina dibidang ekonomi dan pendidikan. Rakyat Melayu Selangor perlu sedar akan niat rasis Pakatan Rakyat ini. Dan Khalid Ibrahim sebagai patong, boneka mereka.

        Sombong dan angkuh Exco DAP sudah nyata selepas berjaya memperalatkan PAS mendapatkan Jawatan Kuasa Mesjid diSelangor benarkan perempuan ADUN DAP masuk mesjid tanpa menutup aurat. Malahan memakai baju jenis belah dibahagian bawah. Dibenarkan pula berdiri dihadapan Mimbar, berucap dakyah DAP diatas tempat Imam Mesjid sujud.

        Demikian juga disatu Mesjid lain diSelangor, dua orang lelaki Cina dibenarkan masuk Mesjid, duduk memegang Qur’an, membelek beleknya, bergambar dengan senyum. Seolah olah riang dapat memperalatkan Qur’an untuk dakyah politik mereka. Sejajar dengan ADUN DAP cuba mengeluarkan ayat Qur’an atau Hadith dalam ucapannya. Tujuannya hanya untuk menguatkan hujah hujahnya. Mempolitikkan Qur’an dan Hadith. Bukan dengan tujuan atau keinginan memeluk agama Islam.

        Maka PAS perlu dipertanggung jawabkan kepincangan seperti ini. Sekarang berlarutan sehingga Gereja cuba mengKristiankan 12 orang Muslim. Tidak lain dan tidak bukan itu satu cubaaan. Kerana tiap seorang diberi senaskah kitab Kristian. Dengan itu bahana lah padahnya kamu PAS diPRU13. Dan DAP dan PKR yang sekutu dengan mu. Walau pun jika PRU13 boleh diperlambatkan diSelangor.

    • Malaysian,
      The way I read it, MB Khalid Ibrahim has not done well in addressing the previous issues. This is not about provoking Malays to fight non-malays.

      He is being too apologetic (and fast too), when the issue is actually still under discussion.

      IF the church side is frank and do no wrong, those suspicios activites should not be done.

      They claimed as raid, but can you explain, what type of raid if the raider has to wait for few minutes in the open in front of the premis, before being let in?

      ~ OnDaStreet

  2. Tak mahu bubar DUN Selangor jika SPR mahukan PRU13 sebelom hujung tahun 2012?

    Cheh, bedebah. Pengecut. Kau orang tidak jantan. Tidak berani menghunus keris dimedan SPR. Dimanakah kesanggupan kau orang berdepan dengan orang ramai?

    That could be the kind of dialogue a classical Malay writer would render of such a scenario. Alas, it’s not classical. It’s real. Present day Opposition lack of faith in themselves, their inability to face the voters until the last minute. In their minds, they’d at least get their salaries, ADUN allowances etc for as long as they possibly can.

    Tetapi saya percaya ada peruntukan peruntukan didalam kanun kanun yang ada sekarang yang memerlukan mereka bubarkan, atau dibubarkan sebagai suatu Kerajaan, apabila SPR terima bukti perlunya PRU13 dilakukan diseluruh negara. Jika tidak, kita kempen mulai sekarang supaya mereka ada bola bila sampai masanya padang dibuka.

    PS:

    Perenggan Bahasa Inggeris tu ialah untuk menentukan mereka yang keluaran sekolah Cina, yang bahasa Inggeris nya tidak bersepah, faham apa yang dimaksudkan, haha.

  3. Just wondering…. if let say during GE13, BN won the Parliament seats..what will happen to the DUNs? How will both Pakatan Rakyat and Barisan Nasional react for the next few months until Selangor State dissolves?

  4. What Fucking law did the church break? Have they even been charged? Got proof or speaking from your fat fucking ass as usual? Dah lah bodoh try to lie too.

    • Hooi, Son of a Gun,

      Go read BD’s previous post and his comment complete with the relevant laws and enactments before you come barging in here like a madman. Not even worth to say anything else to ill-bred buggers like you.

      I should be using words more appropriate to respond to you. But you better thank the fact that this is a fasting month.

  5. suka hati lah kau labu..

  6. politik mereka2 semua ini sudah melebihi had dan batas. berpuluh tahun BN perintah negeri dan negara tak pernah timbul isu agama dan bangsa sekalut ini selepas peristiwa 1969.

    selepas puak2 ini yang diketuai anwar menang dalam pru 2008 isu agama dan bangsa semakih hari semakin meruncing.

    • Ya, ada yang mengatakan bahawa perkara seperti ini berlaku disebabkan Anwar, mereka naik muka kerana Anwar, politik melebihi batas digesakan oleh Anwar.

      Cukup buruk tabi’atnya, cukup jahat wataknya. Ada yang mengatakan dia tidak berperinsip, emak dia pun mungkin dijualnya jika dia dijanjikan jawatan PM. Lihatlah, Ketuanan Melayu pun diketepikannya. Sekarang kes cubaan mengKristiankan Melayu pun tidak dipedulikannya.

  7. FROM THE STAR

    MBPJ Tidak Pernah Lulus Bina Gereja Methodist Damansara Utama
    Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

    PETALING JAYA: Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

    Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

    “Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ. Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.

    Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

    Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam

    Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: