Academia Melayu di anak-tirikan di UM (Bhg 2)

5. Penerbitan buku dan Jurnal di dalam Bahasa Melayu juga didapati telah berkurangan sejak 2007 hingga 2011 akibat penekanan ke atas penerbitan di dalam jurnal ISI. Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa penerbitan buku, jurnal, bab dalam buku yang berbahasa Melayu tidak diiktiraf oleh pihak pengurusan university untuk proses pelantikan dan kenaikan pangkat. Adalah malang apabila kita mengabaikan penerbitan di dalam jurnal tempatan yang berbahasa melayu kerana ia tersasar dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan mengabaikan penyelidikan yang menangani isu-isu tempatan yang penting.

6. Pengambilan pelajar Melayu juga telah dikurangkan sedangkan pengambilan pelajar bukan Bumiputera telah dipertingkatkan di fakulti beraliran sains. Mengikut sumber universiti bilangan pelajar bumiputera di Akademi Pengajian islam dikruangkan kepada lebih kurang 50 peratus. Jika ini berlaku, maka nisbah antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di university akan menjadi tidak seimbang.

7. Selama dua tahun memimpin universiti Malaya, Ghauth Jasmon tidak menyambung kontrak atau menamatkan perkhidmatan tujuh orang professor (lima orang Melayu) dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial kerana tiada penerbitan di dalam jurnal ISI.

8. Selama itu juga, tiada kenaikan pangkat ke jawatan professor di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, kecuali kenaikan ke jawatan professor madya untuk Dr Sharmini Patricia Gabriel (isteri Prof Terence Gomez – kroni besar dan orang kepercayaan Ghauth Jasmon).

9. Pengimbangan bilangan kakitangan akademik bumiputra dan bukan bumiputera di Fakulti Sains telah Nampak ketara dan tidak lagi menjurus kepada nisbah 55:45. Ia tidak mencerminkan konsep 1Malaysia.

10. Pihak pengurusan tertinggi universiti telah membuat tindakan yang kurang bijak dengan memanggil dua pensyarah untuk menghadapi jawatankuasa tatatertib kerana dikatakan tidak memathui peraturan university hanya kerana mereka meluahkan pandangan terhadap pentadbiran pengurusan tertinggi university di dalam internet.

11. Statistik menunjukkan penghijrahan besar-besaran kakitangan akademik ke universiti lain. Ini adalahs atu perkara yang perlu ditangani dengan bijak kerana university yang akan kerugian lantaran tidak dapat menggunakan kepakaran mereka setelah membiayai pengajian mereka. (sila baca akhbar Transisi yang diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia).

12. Professor yang telah lama berkhidmat dengan university tidak disambung kontrak sebagai professor tetapi diberi hanya felo penyelidik kanan kerana tiada penerbitan ISI. Ramai professor yang menolak tawaran dan berhijrah ke univerrsiti lain. Betapa pengurusan tertinggi yang diketuai oleh Ghauth Jasmon tidak emnghargai khidmat dan jasa professor yang telah mengharumkan nama universiti.

13. Penekanan terhadap penerbitan telah menyebabkan belanja urus di Pusat Perubatan Universiti Malaya lebih banyak ditumpukan kepada penyelidikan dan haya sedikit diperuntukkan kepada kerja klinikal untuk pesakit, yang mana ini menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan kepada pesakit-pesakit.

14. Penekanan terhadap penerbitan ISI semata-mata jelas menunjukkan prestasi university berdasarkan ranking tetap menurun iaitu pada tahun 2009 kedudukan ke 180, tetapi pada tahun 2010 kedudukan berada pada tangga 207.

15. Pengurusan university di bawah kepimpinan (2008-2011) banyak mewujudkan jawatan yang boleh dikatakan membazirkan wang rakyat seperti menubuhkan lapan bidang kluster penyelidikan dengan setiap ketua kluster sama taraf dengan dekan, sedangkan bilangan kakitangan tidak ramai hanya dua atau tiga orang bagi emngendalikan permohonan dana penyelidikan dari kumpulan penyelidik yang berkaitan dengan kluster tersebut.

16. Warga Melayu university Malaya meberikan kenyataan bahawa jika “universiti terulung” ini tidak dapat menangani keseimbangan orang Melayu dalam agenda pendidikannya termasuklah bilangan pelajar Melayu dalam bidang kritikal serta bilangan tenaga pengajar Melayu, maka kita menganggap bahawa university terulung ini telah gagal dalam memenuhi aspirasi, bangsa dan rakyat negara ini.

17. Sejak 2008-2011 kemasukan naib Canselor baru di UM didapati bahawa pengambilan pensyarah bukan Melayu telah bertambah berlipat ganda. Kemasukan pelajar sarjana dan pelajar PHD dalam kursus kritikal juga meningkat pada kadar yang tinggi. Ironisnya dalam pentadbiran ini pelajar melayu yang layak diberikan halangan yang banyak seperti menghadiri lebih daripada empat temuduga dan masih tidak di hantar belajar ke luar negara walaupun layak. Kita lihat Menteri Pengajian Tinggi tidak tampil langsung member khidmat nasihat kepada pihak university andainya terdapat senarai nama yang dikemukakan untuk apa juga pelantikan walaupun ia banyak diberikan kepada orang luar dan golongan bukan Melayu. Berilah nasihat atau kementerian sendiri yang kurangkan bilangannya sehingga ada orang Melayu yang boleh diberikan tempat. Kita tidak mahu “autonomi university” andainya kedudukan orang Melayu di university ini tergadai. Kita rela menunggu lebih lama lagi untuk mendapat taraf “autonomi universiti” sehingga bilangan orang-orang Melayu di university mantap dan mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang-orang bukan Melayu.

 

Wahai bangsa Melayu di luar sana, kita tidak mahu lihat lonjakan dua atau tiga tangga dalam kedudukan ranking tetapi kedudukan bangsa kita terabai dan tergadai. Pelajarilah dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor hari ini. Biarlah kita berputih tulang tetapi jangan sekali-kali berputih mata.

 

Published in: on August 15, 2011 at 20:09  Comments (8)