Academia Melayu di anak-tirikan di UM (Bhg 2)

5. Penerbitan buku dan Jurnal di dalam Bahasa Melayu juga didapati telah berkurangan sejak 2007 hingga 2011 akibat penekanan ke atas penerbitan di dalam jurnal ISI. Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa penerbitan buku, jurnal, bab dalam buku yang berbahasa Melayu tidak diiktiraf oleh pihak pengurusan university untuk proses pelantikan dan kenaikan pangkat. Adalah malang apabila kita mengabaikan penerbitan di dalam jurnal tempatan yang berbahasa melayu kerana ia tersasar dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan mengabaikan penyelidikan yang menangani isu-isu tempatan yang penting.

6. Pengambilan pelajar Melayu juga telah dikurangkan sedangkan pengambilan pelajar bukan Bumiputera telah dipertingkatkan di fakulti beraliran sains. Mengikut sumber universiti bilangan pelajar bumiputera di Akademi Pengajian islam dikruangkan kepada lebih kurang 50 peratus. Jika ini berlaku, maka nisbah antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di university akan menjadi tidak seimbang.

7. Selama dua tahun memimpin universiti Malaya, Ghauth Jasmon tidak menyambung kontrak atau menamatkan perkhidmatan tujuh orang professor (lima orang Melayu) dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial kerana tiada penerbitan di dalam jurnal ISI.

8. Selama itu juga, tiada kenaikan pangkat ke jawatan professor di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, kecuali kenaikan ke jawatan professor madya untuk Dr Sharmini Patricia Gabriel (isteri Prof Terence Gomez – kroni besar dan orang kepercayaan Ghauth Jasmon).

9. Pengimbangan bilangan kakitangan akademik bumiputra dan bukan bumiputera di Fakulti Sains telah Nampak ketara dan tidak lagi menjurus kepada nisbah 55:45. Ia tidak mencerminkan konsep 1Malaysia.

10. Pihak pengurusan tertinggi universiti telah membuat tindakan yang kurang bijak dengan memanggil dua pensyarah untuk menghadapi jawatankuasa tatatertib kerana dikatakan tidak memathui peraturan university hanya kerana mereka meluahkan pandangan terhadap pentadbiran pengurusan tertinggi university di dalam internet.

11. Statistik menunjukkan penghijrahan besar-besaran kakitangan akademik ke universiti lain. Ini adalahs atu perkara yang perlu ditangani dengan bijak kerana university yang akan kerugian lantaran tidak dapat menggunakan kepakaran mereka setelah membiayai pengajian mereka. (sila baca akhbar Transisi yang diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia).

12. Professor yang telah lama berkhidmat dengan university tidak disambung kontrak sebagai professor tetapi diberi hanya felo penyelidik kanan kerana tiada penerbitan ISI. Ramai professor yang menolak tawaran dan berhijrah ke univerrsiti lain. Betapa pengurusan tertinggi yang diketuai oleh Ghauth Jasmon tidak emnghargai khidmat dan jasa professor yang telah mengharumkan nama universiti.

13. Penekanan terhadap penerbitan telah menyebabkan belanja urus di Pusat Perubatan Universiti Malaya lebih banyak ditumpukan kepada penyelidikan dan haya sedikit diperuntukkan kepada kerja klinikal untuk pesakit, yang mana ini menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan kepada pesakit-pesakit.

14. Penekanan terhadap penerbitan ISI semata-mata jelas menunjukkan prestasi university berdasarkan ranking tetap menurun iaitu pada tahun 2009 kedudukan ke 180, tetapi pada tahun 2010 kedudukan berada pada tangga 207.

15. Pengurusan university di bawah kepimpinan (2008-2011) banyak mewujudkan jawatan yang boleh dikatakan membazirkan wang rakyat seperti menubuhkan lapan bidang kluster penyelidikan dengan setiap ketua kluster sama taraf dengan dekan, sedangkan bilangan kakitangan tidak ramai hanya dua atau tiga orang bagi emngendalikan permohonan dana penyelidikan dari kumpulan penyelidik yang berkaitan dengan kluster tersebut.

16. Warga Melayu university Malaya meberikan kenyataan bahawa jika “universiti terulung” ini tidak dapat menangani keseimbangan orang Melayu dalam agenda pendidikannya termasuklah bilangan pelajar Melayu dalam bidang kritikal serta bilangan tenaga pengajar Melayu, maka kita menganggap bahawa university terulung ini telah gagal dalam memenuhi aspirasi, bangsa dan rakyat negara ini.

17. Sejak 2008-2011 kemasukan naib Canselor baru di UM didapati bahawa pengambilan pensyarah bukan Melayu telah bertambah berlipat ganda. Kemasukan pelajar sarjana dan pelajar PHD dalam kursus kritikal juga meningkat pada kadar yang tinggi. Ironisnya dalam pentadbiran ini pelajar melayu yang layak diberikan halangan yang banyak seperti menghadiri lebih daripada empat temuduga dan masih tidak di hantar belajar ke luar negara walaupun layak. Kita lihat Menteri Pengajian Tinggi tidak tampil langsung member khidmat nasihat kepada pihak university andainya terdapat senarai nama yang dikemukakan untuk apa juga pelantikan walaupun ia banyak diberikan kepada orang luar dan golongan bukan Melayu. Berilah nasihat atau kementerian sendiri yang kurangkan bilangannya sehingga ada orang Melayu yang boleh diberikan tempat. Kita tidak mahu “autonomi university” andainya kedudukan orang Melayu di university ini tergadai. Kita rela menunggu lebih lama lagi untuk mendapat taraf “autonomi universiti” sehingga bilangan orang-orang Melayu di university mantap dan mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang-orang bukan Melayu.

 

Wahai bangsa Melayu di luar sana, kita tidak mahu lihat lonjakan dua atau tiga tangga dalam kedudukan ranking tetapi kedudukan bangsa kita terabai dan tergadai. Pelajarilah dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor hari ini. Biarlah kita berputih tulang tetapi jangan sekali-kali berputih mata.

 

Published in: on August 15, 2011 at 20:09  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/08/15/academia-melayu-di-anak-tirikan-di-um-bhg-2/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 CommentsLeave a comment

  1. universiti Malaya telah tersasar dari landasan yang sebenar. naib canselor universiti malaya mestilah ditendang keluar kerana terlalu taksub dengan bangsa bukan melayu. apa yang ada dalam kepala hotak beliau hanyalah ranking. cuba lihat sekeliling anda wahai pensyarah UM, adakah kemudahan universiti ini berada pada tahap dunia?? janganlah berangan besar. jika ranking naik sekalipun tetapi nak mintak peruntukan bagi pembaikan kemudahan pun susah baiklah tutup mulut. carilah naib canselor yang adil seperti naib canselor USM yang tidak membeza-bezakan antara golongan sains kritikal dan sastera. berbanding ghauth jasmon yang gila ranking, Tan Sri Dzulkifli jauh lebih matang dan berwibawa sebagai Naib Canselor USM. beliau sepatutnya dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Malaya.

  2. […] Academia Melayu di anak-tirikan di UM (Bhg 2) […]

  3. typical Malays. scared of being forgotten but do nothing to be remembered. Refusing to embrace something new. Refuse to try. Merajuk, mogok, quit, resign, habis cerita. Balik rumah complain kat bini. Complain complain complain. tulis publications in English sikit pun tak ada kaitan with kemelayuan. kalau tulis in English terus hilang ke Melayu kita?

    we should be more optimistic. see things on the bright side. move forward. not stay put in our comfort zone. tak rugi langsung kalau embrace idea GJ ni.

    • ini bukan isu staying in comfort zone, ini menganiaya orang namanya..perhatikan isu tersebut dengan bijak..jangan menjadi melayu yang bodoh seperti ghauth jasmon

  4. azmi sharom adalah seorang pensyarah melayu anti kerajaan umno yang lupa diri. beliau sanggup membiarkan orang-orang melayu di UM terus di tindas (tidak hairanlah beliau berdarah cina seperti ghauth jasmon juga yang boleh menjadi pembelot bila-bila masa)..berhati-hatilah wahai kerajaan. rakyat menilai perbuatan anda! jangan hanya nila setitik rosak susu sebelanga

  5. cuba tengok link ni http://www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/2011?page=3

    UM sekarang berada di tangga 167 naik 40 tangga dari tahun lepas. apa buktinya semua ini?? penulis blog dan pengikut2 hanya reti nak menghina dan menfitnah NC yang berusaha keras utk menaikkan ranking, namun tindakan penulis hanya sia-sia belaka. Dan sekarang fikirkan balik tindakan anda semua dan insaflah.

    p/s: nasib baik korang tak cakap nak “QUIT UM” kalau ranking naik.

  6. kerja kat universiti tapi lupa hala tuju dan perkembangan terbaru universiti…..dah tau UM dan 4 lagi uni dah di suruh jadi RESEARCH UNIV- memanglah research akan lebih ditekankan……dan segala yg dibuat juga termasuk dlm plan transformasi UM- oii… bukan GJ memandai2 ….dia cuma buat kerja je…..dah la bangun lah tidor tu..tak payahlah main sentimen…tu lah melayu tak kemana…..nampak sangat ‘kuat berpolitiknya’ sama jer macam pelajar melayu kita….sebab lecturernya tido, sampai tak tau apa yang berlaku pada universiti sendiri, bela bangsa la. KONON….., padahal memalukan bangsa dengan kerenah dan hasutan- hasutan orang yang malas kerja kuat, tau nak bersentimen je….biasanya yang berapa cemerlang la yang terancam…..DAH LA BOSAN….jangan nak tido, orang luar jaga , korang staf UM tido….

  7. Bagus la, buang semua pensyarah melayu. Biar pensyarah asing buat semua kerja admin, pergi mesyuarat yang tak sudah sudah tu. Pergi buat consultancy, anjur conferences and jumpa industri. Sebelum ni pun kami pensyarah local pun yang tukang cover kerja kerja ni pun dengan alasan mereka tak tahu berbahasa melayu. Masalahnnya bukan pensyarah melayu aje yang merungut tetapi yang bukan melayu juga. Orang luar sedap aje nak menuduh malas etc.Tak tau apa apa tapi sibuk nak menyampuk. Pergi tengok biodata anak jasmon kat MMU tu bagus sangat ke. Submit PhD pun kat UM. Kalau bagus sangat kenapa nak kerja dan submit PhD kat tempat tempat yang ada pengaruh bapak dia. Lagi satu ‘elok’ sangat ke perangai lantik pensyarah dari MMU yang plagiat paper berlambak jadi professor. Ada ISI papers tu aje la, consultancy etc semua takde. Ini bukan layak dinamakan professor kangkung lagi tapi layak dinamakan professor “TAUGEH”. Ini ke yang korang kata orang yang membela bangsa. Kalau macam ni bukan aje bangsa aje lungkup, dengan Msia sekali lungkup.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: