Tiga tahun berlalu Saiful bersumpah

Sudah tiga tahun berlalu. Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan Polis diliwat Anwar “Mat King Leather” Ibrahim pada 28 Jun 2008, membuat sumpah muhaballah memegang Al Quran dihadapan seorang Imam dalam Masjid Wilayah.

Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersumpah muhaballah

Drama pun bermula.

MP Permatang Pauh dan Presiden PKR meletakan jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat Wan Azizah Ismail. Penasihat PKR Anwar “Mat King Leather” Ibrahim bertanding, menang dan menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat. Janji “Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada atau sebelum 16 September 2008” adalah jelas pembohongan, yang dibuat atas ‘Keyakinan Palsu’.

Semenjak dari itu, enam orang MP PKR telah meninggalkan parti; Dato’ Seri Zahrain Hashim, Tan Tee Beng, Hj Mohsein Fadzil, Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong dan terbaru, S Gobalakrishnan. ‘Kuda tambatan’ Anwar dalam PRK P104 Hulu Selangor Dato’ Zaid Ibrahim juga meninggalkan parti. Orang kepercayaan ‘Ketua Umum’  PKR Setiausaha Agung Dato’ Sallehuddin Hashim dan Setiausaha Sulit Anwar Anuar Shaari juga telah lari meninggalkan, untuk menyertai puluhan pemimpin lain.

Perbicaraan kes liwat kini sudah masuk tiga tahun. ‘Sarkas perundangan’ telah berkitar dalam pelbagai sudut. Pasukan Pembelaan Anwar yang terdiri dari Karpal Singh, Sankara Nair dan lain lain sudah pun menangguh kes sebanyak 67 kali dan tiga kali cuba ‘menggugurkan’ hakim perbicaraan. Namun drama masih berterusan.

Rakyat perlu melihat keadilan dicapai. Saiful Bukhari yang mendakwa di’dera’ dengan diliwat berhak untuk pengadilan. Beliau sungguh bertekad untuk mencari keadilan sehingga sanggup bersumpah muhaballah. Bak pepatah Inggeris, “Justice delayed is justice denied” (Keadilan yang ditangguhkan ialah keadilan yang dinafikan).

Berapa lama lagi kita harus tunggu?

Ini termasuk ‘keadilan’ dalam kes ‘Datuk T’ dimana Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato’ Shazryl Eskay Abdullah dan Dato’ Shuaib Lazim juga bersumpah, sama seperti Saiful.

P/S Demi rujukan pembaca kami di BigDogDotCom, rakaman ini adalah sebab mengapa beliau kami panggil ‘MAT KING LEATHER‘ (Sila dengar bermula 2.00):

Published in: on August 16, 2011 at 15:30  Comments (4)