DUMC merancang untuk cabar Melayu Muslim lagi?

Gereja penuh kontroversi Damansara Utama Methodist Church di Seksyen 13 Petaling Jaya dipercayai merancang untuk menganjurkan majlis yang mungkin dilihat provokasi kepada majoriti Melayu Muslim negara ini, terutama mereka di Selangor. Satu upacara syarahan yang berthemakan spritual dari perspektif ugama Kristian akan dianjurkan 2-4 September 2011.

Atucara upacara DUMC 2-4 September 2011

Menurut brochur yang difotokopi ini, DUMC akan menganjurkan satu upacara 2-4 September 2011 dengan personaliti korporat dan Kerajaan seperti Tan Sri Dato’ Francis Yeoh dan Dato’ Seri Idris Jala akan bersyarah dan menyertai satu forum, walaupun mereka bukan ‘kariah’ (parish) gereja ini. Mereka dipercayai menganggotai gereja Sidang Injil Borneo yang beralamat di Seksyen 16 Petaling Jaya. Belum pun kontroversi dua minggu lepas reda, kini mereka merancang ‘provokasi’ baru.

Kedua pemimpin ini secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa mereka memberikan sokongan kepada DUMC, yang lewat ini mendapat kritikan keras majoriti Melayu Muslim dan orang Melayu membelakangkan fahaman politik mereka atas isu ini.

Dipercayai gereja DUMC merancang upacara ini dengan mengundang personaliti pemimpin pada musim ini tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Melayu Muslim, yang juga majoriti warga Malaysia. Ianya wajar dikira sebagai ‘mencabar’ emosi majoriti Melayu Muslim kerana program ini dirancang pada Hari Raya Aidil Fitri ketiga Syawal tahun ini.

Malay Bibles are some the evidence found amongst the Malay Muslim at DUMC on Wednesday 3 Aug 2011

DUMC ini mendapat perhatian dan menjadi kontroversi apabila ianya diserbu pegawai JAIS kerana siri siasatan menunjukan proses meng’Kristian’kan orang Islam apabila 12 orang Melayu ditangkap dan kitab injil berbahasa Melayu diedarkan antara mereka. Disamping itu, ketua gereja ini Paderi Kanan Daniel Ho secara lantang enggan hadir ke ibu pejabat JAIS apabila diminta untuk bekerjasama bagi melengkapkan siasatan.

DUMC ini dipercayai menerima sokongan kuat dari masyarakat Kristian Malaysia yang berpengaruh dan mempunyai sokongan kewangan yang kukuh. Salah seorang ahli jemaaah DUMC pernah menceritakan bahawa “Derma yang dikumpulkan setiap Ahad tidak kurang dari RM 850,000”.

Sokongan kewangan ini memungkinkan proses mengkristiankan orang Melayu berterusan. Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Dato’ Zaini Hassan mempunyai pendedahan menarik.

Muka depan Utusan Malaysia 7 Mei 2011

Mungkinkah ‘naungan’ dari pemimpin politik dan korporat ini, terutama dalam bulan yang sama selepas siasatan kontroversi JAIS yang masih belum selesai adalah agenda licik segelintir golongan minoriti ini untuk agenda strategik penguasaan politik, sebagaimana kami dedahkan 6 Mei lepas? MP Kulim-Bandar Baharu Dato’ Zulkifli Nordin pernah mendedahkan pihak tertentu untuk menafikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dengan cara aggresif.

Ahad selepas pegawai JAIS menyiasat DUMC, pemimpin tertinggi DAP Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Exco Kerajaan Selangor Theresa Kok dan ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh telah hadir dalam upcara ugama mingguan, sebagai menunjukan ‘naungan politik’ masyarakat Cina Chauvinis kepada golongan minoriti Kristian ini.  Dalam upacara yang sama Paderi Kanan DUMC Daniel Ho juga mengaku beliau enggan pergi ke ibu pejabat JAIS dalam siasatan ini.

Diminta pihak berkuasa, termasuk Polis dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat semua ini secara terperinci. Kegagalan Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah kes sepanjang 2 minggu ini jelas mengeruhkan lagi keadaan.

*Dikemas kini 930pm

Published in: on August 17, 2011 at 12:57  Comments (22)