DUMC merancang untuk cabar Melayu Muslim lagi?

Gereja penuh kontroversi Damansara Utama Methodist Church di Seksyen 13 Petaling Jaya dipercayai merancang untuk menganjurkan majlis yang mungkin dilihat provokasi kepada majoriti Melayu Muslim negara ini, terutama mereka di Selangor. Satu upacara syarahan yang berthemakan spritual dari perspektif ugama Kristian akan dianjurkan 2-4 September 2011.

Atucara upacara DUMC 2-4 September 2011

Menurut brochur yang difotokopi ini, DUMC akan menganjurkan satu upacara 2-4 September 2011 dengan personaliti korporat dan Kerajaan seperti Tan Sri Dato’ Francis Yeoh dan Dato’ Seri Idris Jala akan bersyarah dan menyertai satu forum, walaupun mereka bukan ‘kariah’ (parish) gereja ini. Mereka dipercayai menganggotai gereja Sidang Injil Borneo yang beralamat di Seksyen 16 Petaling Jaya. Belum pun kontroversi dua minggu lepas reda, kini mereka merancang ‘provokasi’ baru.

Kedua pemimpin ini secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa mereka memberikan sokongan kepada DUMC, yang lewat ini mendapat kritikan keras majoriti Melayu Muslim dan orang Melayu membelakangkan fahaman politik mereka atas isu ini.

Dipercayai gereja DUMC merancang upacara ini dengan mengundang personaliti pemimpin pada musim ini tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Melayu Muslim, yang juga majoriti warga Malaysia. Ianya wajar dikira sebagai ‘mencabar’ emosi majoriti Melayu Muslim kerana program ini dirancang pada Hari Raya Aidil Fitri ketiga Syawal tahun ini.

Malay Bibles are some the evidence found amongst the Malay Muslim at DUMC on Wednesday 3 Aug 2011

DUMC ini mendapat perhatian dan menjadi kontroversi apabila ianya diserbu pegawai JAIS kerana siri siasatan menunjukan proses meng’Kristian’kan orang Islam apabila 12 orang Melayu ditangkap dan kitab injil berbahasa Melayu diedarkan antara mereka. Disamping itu, ketua gereja ini Paderi Kanan Daniel Ho secara lantang enggan hadir ke ibu pejabat JAIS apabila diminta untuk bekerjasama bagi melengkapkan siasatan.

DUMC ini dipercayai menerima sokongan kuat dari masyarakat Kristian Malaysia yang berpengaruh dan mempunyai sokongan kewangan yang kukuh. Salah seorang ahli jemaaah DUMC pernah menceritakan bahawa “Derma yang dikumpulkan setiap Ahad tidak kurang dari RM 850,000”.

Sokongan kewangan ini memungkinkan proses mengkristiankan orang Melayu berterusan. Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Dato’ Zaini Hassan mempunyai pendedahan menarik.

Muka depan Utusan Malaysia 7 Mei 2011

Mungkinkah ‘naungan’ dari pemimpin politik dan korporat ini, terutama dalam bulan yang sama selepas siasatan kontroversi JAIS yang masih belum selesai adalah agenda licik segelintir golongan minoriti ini untuk agenda strategik penguasaan politik, sebagaimana kami dedahkan 6 Mei lepas? MP Kulim-Bandar Baharu Dato’ Zulkifli Nordin pernah mendedahkan pihak tertentu untuk menafikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dengan cara aggresif.

Ahad selepas pegawai JAIS menyiasat DUMC, pemimpin tertinggi DAP Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Exco Kerajaan Selangor Theresa Kok dan ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh telah hadir dalam upcara ugama mingguan, sebagai menunjukan ‘naungan politik’ masyarakat Cina Chauvinis kepada golongan minoriti Kristian ini.  Dalam upacara yang sama Paderi Kanan DUMC Daniel Ho juga mengaku beliau enggan pergi ke ibu pejabat JAIS dalam siasatan ini.

Diminta pihak berkuasa, termasuk Polis dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat semua ini secara terperinci. Kegagalan Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah kes sepanjang 2 minggu ini jelas mengeruhkan lagi keadaan.

*Dikemas kini 930pm

Published in: on August 17, 2011 at 12:57  Comments (22)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/08/17/dumc-merancang-untuk-buat-hal-lagi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

22 CommentsLeave a comment

  1. JAIS mesti bersedia untuk menggempur mereka. Tangkap dan hadapkan ke mahkamah berdasarkan undang-undang yang ada.

    Kalau tak ….. lebih baik kita kepung saja gereja haram tu dan …………. everything will become history.

  2. Apa salahnya gereja tu anjur acara sendiri?

    Idris Jala dan Francis Yeo tu orang Kristian. Mereka ada hak sertai acara forum tu.

    BD usah cuba bikin hal bodoh lagi. Sebenarnya anda yg cuba memprovokasi orang dgn khabar angin

    • lagi pun nik aziz (ulama islam terkenal di seluruh rantau) telah menyatakan bahawa org bukan islam tidak boleh di buat main main kerana nanti malu kan agama islam yg di main kan. utk itu, kita mesti bersama sama meraikan usaha DUMC kerana jika mereka berjaya maka pakatan rakyat akan berjaya dlm membangun serta memertabatkan islam di selangor.

      • Siapa nak percaya Nik Aziz? Melayu tak sokong dia pun dia kata kafir. Orang tua nyanyok nakkan undi korang saja.

    • Islam agama negara ini. Kalau dibuat rancangan mubaligh mendakwah Islam bertalu talu kapada orang diMalaysia ini, termasuk Kristian, amacam korang rasa?

      • Sedang berlaku. Tontonlah RTM atau tv3. Setiap hari ada program agama Islam kat televisyen. Lembaga jabatan persatuan macam jais, mais, jawi, perkim dll mendapat wang kerajaan utk aktiviti dakwah mereka. Ini tidak menjadi masalah.

        Acara ini utk orang kristien. Usah jadi paranoid atau cetus fitnah atas prejudis.

  3. DUMC nak tunjuk ada VIP yang secara tak langsung sokong dia. Jadi dia nak bagi amaran kepada mana-mana pihak yang tak suka dia bahawa dia pun ada cable yg berpengaruh juga.

  4. I dun really understand how the invitation to those two personality can be seen as a provocation.

    Why don’t u just leave them alone since this forum has nothing to do with convert

    • Why must do it now when the church is under investigation & under a lot of attention?

      Cant this wait?

      • Why not? The event may already planned months before, before jais raid. Not easy to get ‘big’ people like francis n idris to come and give talk.

        No need to postpone or cancel just bcos some people got misunderstanding. I hope jais know idris jala is christian. 🙂

      • *Comments deleted

        This commenter lost his privilege to share his thoughts in this blog

    • we also must remember that PAS and PKR depends heavily on the money and support of Christians and non-malays. It is the duty for all PAS and PKR Muslim to give full support of the Christians in whatever they do. PAS has managed to change the way guan eng’s think and actually helped Muslim in penang to be more tolerant towards christians.
      remember, if christians won, pakatan won and BN will not be able to spread lies anymore.

      • Who said so? You? Why should anyone believe or agree with you?

        It is not the duty of all PAS and PKR Muslims to give full support of whatever Christians do. Not at the expense of Islam. Whoever among them support is just because of the votes, not their duty.

        Guan Eng in Penang? Christians won? Your are joking.

        Haba haba.

  5. So now it has come to a stage where non muslims have to get permission from dogs to organize their own gatherings?

    • When they organize gatherings to Christianize Muslims in an illegal Church – that’s supposed to be a community centre – those are not dogs?

      • Your logic escapes me. I am referring to Big Dog’s query on why DUMC is organizing the gathering with Idris Jala and Francis Yeoh.. its their right to do so, Ramadhan or not.

        I have no argument against taking action against anyone who tries to convert muslims, its plain stupid to go against the laws of the land.

    • The real dogs are those who convert Muslims through a sneaky modus operandi. And then when caught, they deny and counter attack with lies.

      Strange, they keep dogs and eat pork and yet they condemn dogs and pigs. Pathetic to the core.

  6. Big Guy,

    Ini amat serious! Tindakan DUMC adalah bukti jelas mereka mempunyai sikap & kurang ajar yg sama seperti DAPigs!

    Harap kerajaan sedar!

    Seinci demi seinci DAPigs cabar org Melayu, secara halus. Nanti bila keadaan parah, baru jd kecoh! Masa tu nanti, menang jd abu kalah jd arang! Tak guna!

    Hoii KDN, BANGKITLAH! JGN JADI PONDAN!!!!

    • The mandate of 2008 is like an albatross around the neck of BN. It is stumped by it although it has the majority. It tries to be accomodating to all and expand as wide as possible the field of tolerance. It is thus hardly surprising the oppositions are capitalising on this to cross the lines and boundaries , untrespassed before, when the BN mandate was stronger. But where are all these leading the country to? The majority who gave BN the support and mandate do expect the fulfilment of what they vote for, don’t they? The question is what now and what next?

      • I have only one answer – change the UMNO President’s stand or change him.

        Some one has said, jangan bagi betis, diorang nak bontot.

  7. Surely there are ready laws to tackle these provocations by a minority group. The trend is already clear that they want to wrest power thru whatever means open to them. The foreign agenda fully backed by tremendous finance is also undeniable.

    Majority Malay Muslims can no longer just depend on the govt to keep the harmony and peace and SOVEREIGNTY.

    Community policing should be implemented FAST before things get out of hand. Every rakyat should be made aware of this sneaky agenda. It would help if such incidents are made known to the kampung folks too. Neighbours can really play a big part in reporting untoward incidents.

    The time is now to put together whatever laws and provisions available to arrest such movements. We must keep in mind their powerful financial backing.

    Kalau iman tak kuat, wang ringgit menjadi umpan.

  8. […] is clear that they were very defensive on the DUMC and combative on the JAIS discovery of the protelysation activities. There on, they use political platforms to manipulate any actions taken against what ever and […]


Leave a reply to cam Cancel reply