Minal aidil wal fa izin

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Walillah ilham.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H. Kami di BigDogDotCom ingin dengan penuh takzim menyusun jari dengan penuh adat resam Melayu menyembah ampun maaf sesama insan dan hamba Allah, dan mengucapkan kepada semua pembaca blog ini dan seluruh warga-cyberpehere SOPO Malaysia:

“Selamat Hari Raya,

Mohon maaf diminta,

Keberkatan orang tua dipinta,

Zakat fitrah jangan lupa,

Bercermat bila berbelanja,

Berhati hati dijalan raya,

Makan berpada pada,

Main mercun jangan dicuba,

Ziarahlah saudara mara,

Bersabar dengan mertua”

Pengumuman Hari Terbuka:

Bersama Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak esok di Seri Perdana, 1230-1800hrs

Bersama Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Cahaya, Mines Resort Ahad 4 September 2011 1000-1300hrs (kemungkinan 1430-1630hrs)

Published in: on August 29, 2011 at 22:59  Comments (7)