Pemansuhan ISA/EO: PM Najib akan kommit lebih sumber untuk keselamatan?

Malam ini tadi Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan kejutan dengan mengumumkan pemansuhan undang undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) dan segala kuasa menahan mana mana individu tanpa perbicaraan.

Ucapan beliau yang dipancarkan secara langsung dari auditorium RTM:

PERUTUSAN KHAS HARI MALAYSIA
OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2011

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.
2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.
3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?
5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.
6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.
9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.
10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.
11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.
12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.
14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.
15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.
16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.
19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.
20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.
21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.
22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.
24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.
27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

***********

Beberapa anggota Jemaah Menteri Kabinet kelihatan tekejut dengan pengumuman ini. Apakah PM Najib tidak membawa perkara sebgini ke Kabinet sebelum diumumkan kepada rakyat malaysia?

Para 26 ucapan PM Dato’ Seri Najib ini menimbulkan tanda tanya apakah Kerajaan biasa menahan individu bawah ISA kerana fahaman politik. Samada ISA digunakan sebagai alat politik atau tidak, ianya tidak menjadi perkara yang paling penting kerana ISA dan EO merupakan undang undang yang digunakan pasukan keselematan, termasuk Kementerian Dalam Negeri untuk menentukan mereka yang dipercayai melakukan jenayah terhadap negara, Perlembagaan, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan masyarakat secara amnya dengan mengancam keselamatan dalam negeri, berjaya dibendung tanpa perlu proses perundangan yang mungkin akan menyebabkan mereka ini terlepas.

Namun, perkara pokok ialah kesan pengumuman yang menjadi kejutan ini. Isu isu keselmatan dalam negeri bukan sahaja setakat politik,  ancaman keganasan global (senario masakini) dan kekejaman kominis (sejarah antara 1948-89). Ianya lebih rumit dan menyeluruh dari itu.

Dunia hari ini berhadapan dengan pelbagai komplikasi yang berpaksi kepada jenayah terancang dan berjariangan global. Isu isu seperti jenayah terancang seperti pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram (money laundering), dadah, pelacuran, sindiket judi haram, penyeludupan bahan merbahaya (termasuk senjatapi) dan ceti haram (Ah Long).

Jenayah jenayah ini makin menular dan sofistikated.

Untuk mengatasi permasalahan ini, banyak sumber perlu dilaburkan seperti masa, kerja penyiasatan, kajian dan analisa, jaringan maklumat dengan agensi keselamatan luar negara dan sekiranya berjaya dikemukakan penjenayah ini kehadapan pengadilan,  kerja persiapan dan penyediaan perundangan yang amat rumit bagi menentukan pendakwaan akan berjaya semasa perbicaraan.

Apakah selepas ini, PM Dato’ Seri Najib akan memperuntukan lebih banyak sumber seperti anggota dan peralatan seperti cctv, alat pengawasan (surveillance), telekommunikasi (termasuk hubungan satelit), internet jalur lebar dan mudah alih, senjata dan kelengkapan agar pasukan keselamatan seperti Polis boleh melakukan tugas dengan effektif.

Perkakasan seperti lebih banyak helikopter dan bot juga diperlukan. Ini belum diambil kira keperluan peralatan seperti pesawat pemantai dan kawalan dari  udara  (AWACS) dan satelit. Jelas ini akan menggunakan banyak sumber kewangan hanya untuk menyediakan perkakasan. Ini belum lagi meyediakan ‘perisian’, terutama melatih anggota sehingga menjadi pakar. Kepakaran ini juga merangkumi kemampuan untuk menyiasat, membuat kajian dan analisa dan paling penting, berkongsi maklumat dengan agensi keselamatan luar negara.

Ini bermakna sekurang kurangnya, Pasukan Polis DiRaja Malaysia memerlukan tambahan 180,000 anggota baru, bagi melengkapkan kekuatan sediada dan meningkat nisbah kepada 1:100 bagi penduduk. Ini bagi menentukan Polis mempunyai cukup sumber bagi mengadakan siasatan terperinci dan menyediakan kes agar mereka yang dianggap sebagai ‘penjenayah’, walaupun secara kompleks berjaya ‘menutup tapak tapak’, akan dapat didakwa.

Ini semua belum merangkumi agensi lain seperti Agensi Pengawasan Maritim Malaysia, Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia dan paling penting, Jabatan Peguam Negara. Persempadanan negara merupakan sesuatu yang amat mengerunkan, jika diambil kira ketumbukan pasukan yang menjaga keselamatan dalam negeri sekarang. Panjang pantai sahaja adalah 4,675km. Ini belum mengambil kira sempadan darat dengan Indonesia dan Thailand sepanjang 3,147 km, yang amat mudah dibolosi.

Penyiasat, penganalisa dan juga pihak pendakwaan perlu dilatih secukupnya dan pendedahan melalui pengalaman orang lain, termasuk latihan dengan agensi keselamatan luar negara. Ini bukan sahaja memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Malah ianya memerlukan masa dan banyak pendedahan bagi memantap sepenuhnya keseluruhan pihak penguasa undang undang dan agensi keselamatan dalam negeri. Namun itu, ramai dari penjenayah sofistikated ini adalah unik bagi senario operasi dan bagaimana mereka mengelak dari pendakwaan di Malaysia sahaja.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikira sebagai ‘lapuk’ dan ‘tidak demokratik’ hari ini merupakan alat yang diujudkan oleh proses demokrasi. Ianya berjaya mengekang banyak perbuatan jahat keatas masyarakat dan negara, tanpa memerlukan banyak sumber.

Kesan strategik keputusan ini selain menimbulkan perbelanjaan untuk keselamatan dalam negeri belum jelas. Namun, dijangkakan ramai dikalangan pendukung nasionalism akan menentang keputusan yang memeranjatkan ini. Ramai akan bersetuju bahawa demi masa depan negara dan masyarakat, keputusan ini bukanlah ‘Transformasi’ yang didamba.

*Dikemas kini 2300hrs

Published in: on September 15, 2011 at 21:55  Comments (21)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/09/15/pemansuhan-isaeo-apakah-pm-najib-akan-kommit-lebih-banyak-sumber-untuk-keselamatan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

21 CommentsLeave a comment

  1. Najib telah bertindak kurang bijak!
    Inilah akibatnya jika mendengar suara2 sumbang yg menyamar sebagai penasihat2 yg kurang bijak.
    Bila ISA dimansuhkan, maka orang2 spt dari parti2 pembangkang akan bermaharajalela dan bertindak ganas. Rakyat biasa yg menurut undang2 tidak ada sebarang masalah dgn adanya ISA. Sebenarnya ISAlah yg telah sekian lama menyelamatkan kami dari tindakan ganas petualang2 negara.
    Najib kata akan mengubal undang2 yg baru utk mengantikan ISA. Boleh ke Najib luluskan undang2 tersebut tanpa majoriti 2/3 di parliamen???
    Rakyat Malaysia bersedialah utk huru-hara spt yg berlaku di negara2 Arab.
    Betullah teori RAHMAN!
    Melayu mudah lupa!

  2. laporan polis kepada mat sabu hanya membuang masa apabila pendirian politk tidak akan dibicarakan. Akta Polis juga akan dimansuhkan, akta buang negeri juga dimansuhkan….akhir sekali PM juga akan dimansuhkan muaaaaaaahhhhh!!!!

  3. Well done PM, again you have made me look like a fool. All this while I defended this act, YOUR governments initiative to prevent pre-emptive threats towards our nation, and tonight, in a swift of your befuddle teleprompter reading eyes, you have made me eat all my words back.
    1. How could a member of the opposition have an inkling to what you had to say before any pro government media outlet or otherwise have any idea what was to be announced??? Refer; http://mynewshub.my/2011/09/15/kejutan-pm-apakah-jangkaan-sivarasa-tepat/
    2. Replace the ISA with 2 new acts?? Why not just modify the current Internal Security Act?
    3. What is with the grin on the face of “Menteri Amaran”? No other time I felt so strongly to slap his face than right then.
    4. Where was the TPM? Most of the senior ministers was in attendance except the TPM??
    5. So now he (PM) expect us/me to trust him and his government, to move nation forward along with THEM (the opposition buffoons)???, tell me Mr. PM, how far backward shall I bend to accommodate THEIR every whim and fancy while they will do nothing but SPEW LIES AFTER LIES, HATRED AFTER HATRED, mine through the constitution until they get everything that they want from us, the gullible, eager “PRO Government” Supporters? Well what about them then, Mr PM? What have they done, to show to us, the slightest of sincerity towards co-operation???
    Am I over-reacting? Perhaps.
    Do you hear that? Now I know what the sound of my spine breaking.

  4. My theory is that he is shifting the burden of internal security, with the exception of acts of terrorism, from the executive body to the people, the police , the lawyers and the courts. With the abolition of ISA, Banishment Act and Restricted Residence Act, and the revision on the rights to assemble using international standards ; and the steps towards terminating the Emergency Proclamations of 1969, 1974 and 1977( which will be done through Parliament), it is apparent that this is the intention of Najib i.e to put the people themselves to be responsible as to what they do and say and to exercise freedom responsibly, because the executive branch will no longer take any pre-emptive or preventive measures like they used to do under the now abolished acts.

    Maybe the PM has let loose too much, too soon. So the onus will be on Malaysians themselves. But of course there will be irresponsible Malaysians who use freedom to incite and hate. But if they do, perhaps other Malaysians will lodge a police report or sue those people in the court of law. So , yes, the police , the lawyers and the courts will be kept busy.

    The drawback of too much freedom is that a country will suffer from over democracy and under that climate, the country will not be able to move forward in terms of development.

  5. Biggie,

    Maybe the announcement is still raw. I hv been trying to digest & rationalise the contents & how the build-up of the speech. I still don’t get it!

    Probably ISA is best to be rationalised by an eventful few days beginning 27.10.1987 where 106 persons were swooped up under what some people hv been regarding as a ‘draconian law’.

    Then again, there were some really bad people who tried to take a state out of Federation of Malaysia & on the same node, gave away NRICs to PATIs.

    I was still a young boy in school but in the early days of Tun Dr Mahathir’s premiership, his Political Secretary by the name of Siddiq Ghouse was arrested under the same law for spying for then the Soviet Union.

    Had Anwar wasn’t arrested under ISA in Sept 1998 & even though he underwent trial for criminal cases, probably the nation would’ve burned down by now. no qeustion about that!

    I hope Tun Razak, Tun Dr Ismail & Tun Ghazalie Shafiee are not turning their graves with this shocking decision.

    From where I am standing, majority of Malaysians could not care less about ISA or EO. Simply becoz they don’t expose themselves to be threat to national security that warrants the use of these laws. So if PM Najib is pandering to the notion that this what Malaysians want, then again he is not smart enough to realise that the Opposition isn’t what they used to be in 12GE.

    I seriously hv doubts about this man whom so many people strongly believe that is a politically season leader.

  6. I disagree, oppose and protest strongly the intended repeal of ISA. It has been an important tool for the maintenance of internal security in the country. The conditions in the country are such that that tool is still necessary – for a long time yet.

    Without ISA, the Police would have to rely only those laws that require the burden of proof beyond reasonable doubt. That is not always possible. Especially in cases involving people who would disappear in no time when released when proof is not obtainable within allowable time. We should not take risks with disruptive and subversive elements who are out to create chaos and disorder.

    Even the British Police have some years ago asked for and got extended remand period to allow them more time to investigate. Even so, many blokes with ill intentions ran around such that British PM David Cameron announced “multi-culturalism is dead”. Echoed by German Chancellor Angela Merkel and two other EU leaders. I’m quite sure they had the problems of internal security when they said those.

    For goodness sake, even the US has ISA-like detention without trial in Guantanamo Bay. There are some 200 detainees kept there for years. And after 911 blowing up of the New York Twin Towers, they passed the Patriot Act which greatly curtailed movement to and within USA. What “retrogressive laws” nonsense are people talking about in the ISA when the same and more – the Patriot Act – exist in the USA?

    If the idea of repeal was to to show an “enlightened sense of freedom and greatly enhanced democracy”, I think concerned citizens should be allowed the freedom and given the permit to protest and show their objection publicly and openly – hold peaceful demonstrations. Not the political parties-involvement kind like Bersih, but a purely non-political, peaceful show of protest against the intended repeal of ISA.

  7. […] Bigdog concern on the future commitment to ensure safety; […]

  8. For centuries, China was ruled “kuku besi” style and continues under communism. Even Lee Kuan Yew in many ways “dictated” (dictator?) style of goverment in ensuring Singapore progress and peace.

    Perhaps, too much of individual rights and freedom would have caused collosal collapse very early in the many China’s dynasties. But the “kuku besi” style made some of the dynasty last longer than the other. And during those times, they were mighty empires. The many emperors were able to redirect energy of the millions and channel them to their glorious path. The Mongols alike. And after the Last Emperor, the communist party rules China with same effects, through tight control including Tiananmen Square incident.

    Will total freedom cause havoc?
    Even with ISA, there were Bersih… Hindraf… Reformasi ..etc. All of them political despite claims by naivetes that these are marches by Rakyat. Delussional… Go figure!

    The inter racial relationship can be best described as “rapuh”. The harmony depicted in the various patriotic song such 1M remain only in the video. Same goes to effort by other producers. You show harmony when it serves you..

    During Tun’s time … keras sikit. But we made progress economically, at least. So there was affirmative action by the government. but the many malay businesses work with non-malay anyway. In the end, everybody reaps the benefit. Ok la… cronies pun ada. Favouritism pun ada. Its not perfect … could have been better. But it worked.

    As for PM no 6, ntah la. Don’t expect much now. Can you keep the peace and your office by abolishing ISA?
    .

    • His problem may be because the Malays have been divided – bloody Anwar Al Juburi (Mat Sabu gave the title) and PKR, PAS kow-towing to DAP. Such that he has to think of getting the Chinese votes any way he can.

      RM3 million offered to Chinese schools and that kind of thing he has tried, yet the bloody fellas in Rasa voted DAP at PRK Hulu Selangor. Same in Sibu.

      But has he no alternative to repealing ISA?

      It may be excused if the replacement Act will contain the salient points of ISA.

  9. Saya berpendapat bahawa UMNO/Bn yakin,setelah mentelaah pada kajian mereka bahawa:
    selepas PRU13,kerajaan akan bertukar.
    akibat peralihan kuasa dari UMNO/BN, yang akan menjadi pati pembangkang kapada kerajaan …,
    Pati kerajaan ketika itu, akan menguna apa saja undang undang yang ada untuk mengekang dan kongkong musuh politik..
    Dengan unjuran senario itu, dalam kajian UMNO/BN, maka lebih baik kita mansuhkan undang undang semacam ISA dll.Kalau UMNO BN menjadi pati pembangkang,
    SEkurang2 nya ada mahkamah ,UMNO harap harap begitu.
    Ini strateji pre emptive strike…
    Yang lain lain itu populist dan nak jaga hati kerabat anak cina muar
    tu.
    Saya tidak sokong keputusan Najib
    arjuna waspada
    changkat lobak.

  10. Setahu aku lah, ramai yg tesumbat dlm ISA sekarang ni ialah militan ugama, ajaran sesat, kakitangan kerajaan yg bagi IC & passport pada warga asing dsbnya.

    Tak da pun tahanan politik.

    Apakah sistem undang undang termasuk penyiasat & pendakwa bagi kes mereka ini semua, termasuk penyebar ajaran sesat & militan yg mempunyai rangkaian rantau ini, boleh dikemukakan dlm mahkamah & akan berjaya dijatuhkan hukum?

    Camana lak kalau masa perbicaraan itu nanti, ianya akan menjadi sarkas terutama media antarabangsa? Kesan persepsi dari liputan media antarabangsa ini tidak akan mengambarkan pelaksana undang undang bagi mempertahankan Islam itu tidak kolot & PALING PENTING, TIDAK MENINDAS BUKAN ISLAM????

    Apa akan berlaku sekiranya berlaku usaha terancang seperti 1,000 org mahu jadi Lina Joy & 1,000 kes DUMC? Tidak ke ini semua sekiranya didakwa dlm mahkamah akan mengundang persepsi buruk mengenai sistem penyiasat/pendakwaan/perundangan jenayah Islam di Malaysia?

    Najib ni pikir ke tak semua ni dulu??????

  11. I agree with u bigdog. we are so multi-ethnic to fall into the human rights games theory. i still couldn’t understand najib’s vision.

  12. Transformasi? Sedangkan Amerika Syarikat pun ada “Patriot Act”, kita duk ada elok2 nak mansuh?

    Nak hapuskan ISA bermakna tiada langkah pencegahan. Undang2 mengatkan “everybody is innocent until proven guilty”, tak gitu?
    Hatta, nak kena tunggu kena bom macam Bali baru nak boleh dakwa? Dah terhantuk baru terhegeh-hegeh nak tergadah?

    Bagus sangat ke Undang2 sedia ada sampai kita nak let go ISA? Kalau ada mekanisme sedia ada berkesan, why not. Tapi tengok ajer lah trial DSAI yang 3 tahun tak habis2… tangguh sebab lead lawyer tarik diri lah, lawyer MC lah… Apa gunanya, damage already done!

    Saper lah cerdik pandai di sekeliling PM yang advice benda2 tak masuk akal ni? Ker unsur petualang dah meresap dalam kerajaan tanpa sedar?

  13. Good move by Najib but it would be better to release Anwar and face him directly in the coming election if UMNo has nothing to hide and fear.

    • Release Anwar from where?

      Anwar is a free man. He’s an MP and now Opposition Leader, even though he holds no party post.

      He is so free, he goes around all over the world spewing lies about Malaysia and the Government,

      • And losing his Omega watch as said by Datuk K and indicated by the video, haba haba.

  14. The liberalism which Najib has brought is not without its risks. At times I wonder if he has taken the views of people who have given votes to UMNO, into serious consideration or whether he has cares about the political conservative views.

    When he said DEB masih dikekalkan cuma akan mengutamakan merit dan mesra pasaran, instead of emphasising on quota, he was engaging in unnecessary euphemism. When you have merit and also kowtow to the liberal market policies, the DEB is as good as over. The elite Malay liberals are so far removed from the struggles of the less privileged Malays. These elites seem to perceive that only liberalism and competition can make the Malays better and successful. Sure but what do they do when the level playing field is not level and when 75% of the country’s wealth are not in their hands.

    Then there was the marked increase in the cost of living namely increase in food prices. This came about following the reduction in subsidy on certain food items and petrol. This was followed by the increase in electricity tariffs for industrial abd domestic consumptions. Only an elitist policy will reduce subsidy on food and petrol since the pinch is not on them but the lower income group. Who are they to decide the country will go bankrupt due to subsidy. That is nonsense of the highest order, since it takes a static view of a country’s ability to generate wealth and income through economic activities and taxes.

    Now, another liberalist perception has taken the assumption that Malaysians are matured enough to enjoy far reaching civil liberties. But have considerations been taken on the nature of human being whose quest and desire for power, wealth, position, and dominance are limitless. The very premise of this can create conflict. Why laws and state protection were invented in the first place? To minimise anarchy and to ensure that societies conduct themselves within the realm of responsibility and the knowledge that there are punishments if they err. Malaysia has many problems such as illegal immigrations and the influx of many foreign nationals legal or otherwise. Political ideologies in many shapes and forms will flourish internally and will be brought in from outside. There will be no more laws and protection of the people against the potential abuse and misuse of political idelogical freedom. This would include conservatism,socialism, communism, liberalism political persuasions. The liberals in Malaysia seem sure Malaysians are prepared for that. At least those who are disappointed with the liberals in UMNO can think of establishing tbeir own ism as an alternative to liberalism.

  15. […] Prime Minister Najib was not able to commit extraordinary amount resources to combat crime, considering that some of the most effective ‘preventive tools’ were abolished. Thus, […]

  16. […] the eve that The Mole went live back in 2011, it has been argued whether the Federal Government was willing to commit more men and materiel to do policing work and combat crime. It is without doubt that when the Lords of the Underworld […]

  17. […] went live on 15 August 2011, so many voiced their concern on the security of this nation.   We did raise then whether Prime Minister Najib was willing to commit substantial number of men and materiel to combat crimes and keep the internal security safe after the both laws were […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: