Musang berbulu ayam: Bahaya terpendam kepada PM Najib?

Dua minggu lepas Ketua Penolong Pengarang Utusan Malaysia Dato’ Zaini Hassan mengejutkan negara dalam artikel beliau bertajuk “Musang Berbulu Ayam”. Agensi agensi Kerajaan kini dipenuhi dengan anasir anasir yang perjuangan mereka amat diragukan malah wajar disifatkan belot kerana bersedia untuk bersubahat dengan golongan talibarut Barat.

Zaini membuat sinopsis bahawa mereka yang masih taat dan mendukung perjuangan petualang negara Anwar “Mat King Leather” Ibrahim bukan sahaja bebas berkeliaran dalam, malah kini berada dalam kedudukan amat strategik, peringkat merancang dan pelaksana dasar Kerajaan Persekutuan.

Mungkin ramai berpendapat sikap ‘memburu jembalang’ (witch hunting) saki baki mereka yang mendukung atau simpati kepada perjuangan Anwar adalah tidak lagi relevan sekarang dan ianya lebih kepada paranoia. Namun, bibit bibit kebenaran paranoia ini jelas diilustrasikan dalam Bajet 2012, yang dibentang Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak lima hari lepas di Dewan Rakyat.

Pembangkang dengan secara bersahaja mendakwa bahawa desakan mereka melalui Buku Jingga yang dilancarkan Disember 2010, sebenarnya ditranslasi dalam pembentangan Bajet 2012 ini oleh PM Najib. Dengan kata lain, PM Najib ‘tunduk’ kepada desakan atau tekanan politik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.

Buku Jingga menggariskan empat penstrukturan utama air, subsidi tarif elektrik kepada isi rumah, perumahan mampu milik (melalui Perbadanan Perumahan Negara) dan menyelesaikan isu projek perumahan terbengkalai. Ini semua terkandung dalam Bajet 2012.

Isu berkenanan pendidikan dan sistem remunerasi kakitangan awam termasuk perguruan yang dirombak yang menjadi sebahagian dari penstrukturan semula skima dan pelarasan gaji kakitangan awam, sebagaimana yang diumumkan PM Najib:

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

57. Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Perbandingan dengan Buku Jingga:

Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk:

Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.

Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada para pendidik mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.

Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.

Kami amat yakin semua pengumuman yang dibuat PM Najib dalam pembentangan Bajet 2012 bukanlah idea idea yang diceduk dari siri ceramah Pembangkang dan Buku Jingga. Ataupun gerakan ceramah politik Pembangkang yang bertali arus itu sebagai inspirasi bagi PM Najib dan penasihat penasihat beliau untuk merangkumkan apa yang mereka cetuskan itu sebagai ‘habuan untuk rakyat’.

Malah, ianya sebaliknya.

‘Habuan untuk rakyat’ yang dinamakan sebagai “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL; BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERAKAN NEGARA” merupakan kesan dari analisa yang dibuat oleh kakitangan agensi yang bertanggung jawab dan diperhalusi apabila semua maklumat dan cadangan ini dikonsolidasikan oleh Kementerian Kewangan, dengan komen komen dari agensi agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri seperti EPU, MAMPU, UKAS dan sebagainya.

Proses ini mengambil masa dan ianya dirancang satu persatu, termasuk isu isu yang berbangkit yang dibentang, bincang dan putuskan dalam Kabinet. Banyak dari item item dalam Bajet 2012 tidak semestinya berlaku dalam tempoh antara pembentangan Bajet 2011 dan lima hari lepas. Komen dari pelbagai jawatankuasa antara-jabatan atau antara-kementerian perlu diaggregatkan dalam apa apa yang akan dijadikan usul, terutama yang akan dibawa oleh Menteri tertentu kepada forum seperti Jawatankuasa Kabinet atau Kabinet.

Ini membuktikan bahawa Buku Jingga bukanlah idea asal. Ianya, sebagaimana drama lain yang datang dari Pembangkang terutama mantan-banduan-salahguna-kuasa Anwar Ibrahim, adalah maklumat yang dijadikan sebagai ‘sajian yang dipakejkan semula’ semata mata.

Buku Jingga: Idea yang diceduk dari hasil selidik kakitangan awam

Sekiranya diteliti, Buku Jingga mempunyai terlalu banyak ‘habuan yang sewenang wenang’ mahu ditaburkan kepada rakyat sebagai modal politik, tanpa dirasionalkan mana datangnya sumber yang ingin diberikan ini. Ianya jelas bahawa apa yang hendak di’hadiah’kan kepada rakyat itu, tidak dipadankan dengan sumber yang ada atau sumber yang akan didapati. Ini bermakna, banyak pengumuman yang bersedia untuk buat itu bukanlah datang dari proses pemikiran asli, malahnya datang dari pihak lain dan tidak dipadan-sesuaikan dengan samada keadaan maupun projek yang dirancang. Ini terutama projek atau program yang akan membawa sumber pendapatan, samada dalam bentuk cukai, dividen atau pulangan atas pelaburan atau pembiayaan seperti pinjaman atau mengeluarkan bon bon Perbendaharaan.

Pendekata, berlaku ‘potong dan tampal’ (cut and paste) tanpa perasionalisasian.

Pada hemat kami, maklumat yang disusun dalam Buku Jingga itu adalah sebenarnya diceduk dari pecahan banyak dari analisa analisa dan perancangan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan sepanjang sekurang kurangnya dua tahun kebelakangan ini. Sedikit demi sedikit, ianya dibocorkan kepada mereka yang tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat atau analisa ini.

Sebagai contoh mengenai kenaikan gaji kakitangan awam terutama guru dan doktor, ianya memerlukan kajian dan analisa sebelum ianya dibincangkan dipelbagai peringkat. Akhirnya, keputusan ini akan disusun sebagai cadangan dan usul peringkat tertentu dan dimajukan untuk diputuskan jawatankuasa yang lebih tinggi. Ianya proses yang mengambil masa dan keturutan yang tertentu.

Perhatian kami ialah apakah berlaku ketirisan maklumat atau sebahagian dari analisa dalam keseluruhan proses untuk sampai kepada Bajet 2012 oleh mana mana kakitangan agensi atau Kementerian yang terlibat?

Sekiranya ini berlaku, maka paranoia yang sebagaimana ditulis oleh Zaini adalah jelas bahawa ujud pegawai pegawai tinggi Kerajaan dalam agensi strategik tertentu membocorkan maklumat kepada mereka yang tidak sepatutnya, adalah kemungkinan yang berasas. Makumat yang sepatutnya diklasifikasikan sebagai ‘rahsia’, kini telah dibocorkan keluar dan secara berstruktur sehingga ianya dijadikan sebahagian dari manifesto Pembangkang sebagaimana yang tertera dalam Buku Jingga.

Ini adalah amat bahaya kerana sekiranya ianya benar benar berlaku, maka peruntukan sebagaimana digariskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) telah dicerobohi. Siasatan perlu dilakukan.

Apabila diminta mengulas mengenai artikel Cuit Zaini itu:

ARKIB : 29/09/2011

Dakwaan Zaini satu pujian – Anwar

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kolumnis Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan bahawa terdapat badan yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang beliau, adalah satu pujian.

Ketua Pembangkang itu yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menyatakan, ia secara tidak langsung menunjukkan ‘kekuatan’ dirinya.

Beliau yang mendakwa tidak membaca akhbar arus perdana itu memberikan reaksi sedemikian apabila disoal oleh seorang wartawan portal berita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini.

Anwar sebelum itu memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zaini yang juga Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan dalam ruangannya, Cuit hari ini menulis rencana yang bertajuk ‘Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?’.

Dalam tulisannya, Zaini antara lain menyatakan ada menerima maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang Anwar.

Beliau turut menyifatkannya sebagai satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

***************

Respons Anwar adalah kebiasaan, apabila beliau di’kantul’. Ianya wajar dianggap sebagai ‘pengesahan’ bahawa memang ujud pegawai pelbagai peringkat dalam keududukan strategik dan akses kepada maklumat sulit, yang membocorkan rahsia sedikit demi sedikit.

Sebenarnya ini bukanlah misteri besar kerana sememangnya ada pegawai pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan mereka yang baru bersara, memang cenderung kepada politik Pembangkang, terutama PAS dan perjuangan anti-nasionalis Anwar Ibrahim. Agensi sperti Biro Tata Negara yang satu masa dahulu menjadi ‘alat’ kepada Anwar untuk jangka tempoh yang cukup strategik, masih lagi dipenuhi oleh pegawai pegawai yang taat kepada perjuangan yang didoktrinasikan oleh ‘Saudara’.

Kementerian Kewangan juga terdapat pegawai pegawai tinggi yang masih simpati sekiranya tidak mendukung apa yang dibawa oleh Anwar, walaupun bekas Menteri Kewangan itu telah di’nyah’ dari pejabat strategik itu 13 tahun dahulu. Pendoktrinasikan pegawai pegawai kerajaan melalui agensi seperti BTN dari tempoh lewat 80an berterusan selama lebih 10 tahun, jauh menempatkan mereka yang kini berjawatan strategik dalam pelbagai kedudukan dan jawatan.

Ianya bermula sewaktu Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan siri latihan oleh agensi seperti BTN lebih diintensifkan. Beliau menggunakan pengaruh beliau dalam JPA untuk menentukan pegawai pegawai yang dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi loyalis disusun untuk kenaikan pangkat seterusnya, dalam percaturan strategik ini. Ianya menjadi lebih ketara apabila beliau mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri pada lewat 1993.

Anwar menggunakan sepenuhnya segala sumber, kuasa dan pengaruh agensi seperti BTN sebagai agen pendoktrinasi ‘Kadre Anwarista’.

Mereka sebenarnya bukan lagi ‘Musang berbulu ayam’. Mereka sebenarnya ‘Gunting dalam lipatan’. Guna-tenaga mereka dalam membantu perjuangan politik songsang Pembangkang adalah jelas. Anasir anasir ini yang perlu diberikan perhatian serious. Paranoia ‘memburu jembalang’ ini mungkin berasas kuat dan kita sebenarnya tidak ada masa lagi.

‘Pertahanan Putrajaya’ ini sebenarnya perlu datang dari menentukan mereka dalam Putrajaya itu sendiri tidak belot dan bersubahat untuk menguntungkan mereka yang sebenarnya boneka Barat yang begitu ketagih mahukan kuasa.

Advertisements
Published in: on October 12, 2011 at 11:45  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/10/12/musang-berbulu-ayam-bahaya-kepada-pm-najib/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. […] to those who shouldn’t have had entrance to this information,” he pronounced in a post currently in his blog The “Thirteen Million Plus Ringgit Guy” […]

  2. BD,

    Dunia mutakhir ini tak pentingkan sangat ‘loyalty’ tak kiralah dalam bidang kerja, politik atau rumahtangga.

    Ini sebenarnya pakej kepada masyarakat ‘middle class’ kerana setiap org tak perlu bergantung 100% pada kerajaan atau kepada company atau kepada spouse masing2.

    Kita kena terima dan terpaksa hidup dalam realiti baru ini.

    Jadi, balik pada topik.

    Ada loyalist Anwar dalam tempat strategik dalam kerajaan? Berhati-hatilah Najib & think tank.

  3. Tuan BigGuy,

    Aku ialah pelajar yg menerima latihan asas kenegaraan masa BTN bawah ‘kuasa’ Al Juburi. Col Prof Kamaruddin Kachar (sekarang ni dah lain!) bukan main ampu Al Juburi. Lepas dia, SS Melaka Dato Wira Zam Wahab masuk pun kejap ja. Kena tendang keluo, sbb tak ikut ‘rentak’ Al Juburi.

    Zaman lewat 80an-90an ni boleh kira siapa yg taj jadi atau cuba tidak dijadikan disciple Anwar.

    Timbalan Menteri Mat Maslan ni pun dulu bukan main kuat support Al Juburi. Masa mula mula REFORMASI, dia antara yg terlibar sebarkan risalah, walaupun dia masa tu Setpol Tok Pa (masa tu jaga MARA aka KPUN).

    Aku heran camana KP sekarang Raja Arif boleh lompat naik pangkat cam gitu ja, utk jadi KP. TKP mokhtar pun tegar penyokong Anwar!

    Apakah akan jadi pada anak anak Melayu sekiranya org yg pertanggung jawabkan utk melatih anak anak Melayu ni semangat patriotism & nasionalism sebenarnya akan menyuntik semangat yg akan berpaksi kpd Anwar Al Juburi, sama cam time aku student dulu???

    Aku tak anggap ni paranoia sbb aku pernah merasakan ini semua & tengok dgn mata kepala aku sendri!

    Walaubagaimanapun, tahniah kerana membangkitkan isu ini utk sajian penggemar SOPO dalam bloggosphere Malaysia ni. You said what it needed to be said, whether people at large agree with you or not!

    I hope PM Najib’s men take very serious note of what you & Datuk Zaini wrote. These are very serious moves!

    Well done!

  4. Bajet 2011 tidak menyentuh tentang dasar gaji untu swasta. Majikan swasta pasti menekan lagi kakitangannya untuk mendapat untung lebih. Hasilnya, bayar cukai lebih. Kerajaan dapat duit lebih. Bagi-bagi kat kakitangan kerajaan. Konklusinya, kakitangan swata bekerja untuk bagi gaji lebih pada kakitangan kerajaan.

  5. Anak Watan Malaya: Sec Pol DS Najib (Adik Saifudin Nasution-PKR) yg promote Raja A ke tempat tu bro… Mat Maslan kenyit mata jer la.. Ada Top Gun BTN yang dbawa masuk oleh KP dikatankan dulu bekas Penasihat Undang2 kerajaan DAP Perak. Pejuang pejuang Anwaris dari UIA pun ada dapat status VIP di BTN skrg..

  6. Saya bimbang kerajaan secara sedar atau tidak seakan-akan terperangkap dengan permainan pembangkang. Selain dari apa yang didedahkan oleh Penolong Ketua Pengarang Utusan tentang ‘operator’ atau dalang yang bekerja dari dalam, Kerajaan juga nampak seolah-olah tunduk dengan tekanan dari luar. Akibatnya kerajaan lebih ‘prone’ kepada pendekatan membuat sesuatu yang popular dari membuat sesuatu yang betul. Macam nak ‘outdo’ pembangkang pun ada.

    Sebagai contoh, kita dah sedia maklum tentang agenda pembangkang khususnya dari anasir-anasir chauvinist cina yang yang mahu melemahkan keupayaan pasukan keselamatan negara. Ini adalah usaha mereka yang dijalankan secara berterusan sejak sekian lama. Berbagai helah, fitnah dan tuduhan yang dilontar. Terkini di muka depan akhbar PKR tentang kapal selam negara. Pada masa yang sama kita dapati kerajaan pula mengurangkan peruntukan untuk kementerian pertahanan.

    Kalau diperhatikan keadaan geo-strategik semasa dan trend masa hadapan, tidak ada pertimbangan yang munasabah untuk mengurangkan peruntukan tersebut. Contoh paling mudah, saban hari kita lihat bagaimana sentimen anti Malaysia diapi-apikan oleh sebahagian media dan rakyat Indonesia. Siapa yang boleh jamin bahawa tidak akan ada seorang lagi Sukarno yang akan memimpin negara itu dimasa hadapan? Bagaimana pula dengan usaha-usaha perluasan pengaruh oleh negara cina di laut cina selatan yang mencabar kedaulatan perairan negara? Dimana duduknya kita berbanding Singapura yang mempunyai 6 buah kapal selam dan kira-kira 4 kali ganda jumlah jet pejuangnya berbanding kita? sudah selesaikan isu air dan pertindihan wilayah? Selesaikan isu tuntutan Sabah oleh Philipina? Kenapa Vietnam mahu membeli 6 buah kapal selam? Tahukan rakyat marhaen bahawa Thailand mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) dan sedang mempertimbangkan untuk membeli sekurang-kurangnya 3 buah kapal selam?

    Kesemua negara ini dan beberapa negara serantau lain sedang mempergiatkan usaha modernisasi dan peningkatan keupayaan bala tentera masing-masing. Ini hanya sekelumit isu yang menyebabkan pengurangan peruntukan pertahanan menjadi persoalan. Memang benar kita tidak mahu berperang dengan sesiapa pun, tetapi siapa yang boleh beri jaminan bahawa tidak ada negara yang akan menyerang kita khususnya bila kita jauh lebih lemah dari mereka? lupakah kita akan era konfrontasi? kenapa agaknya komunis berani memberontak? Jawapannya kerana pasukan keselamatan kita dianggap lemah dan boleh ditewaskan. Justeru pentingnya keseimbangan kuasa (balance of power) sekurang-kurangnya dalam konteks serantau itu dikekalkan. Saya harap soalan bodoh ‘dengan siapa kita nak berperang’ tidak lagi timbul.

    Jika benar kita hargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan, kita harus teruskan perjuangan suci mereka, bukan hanya bagi wang ringgit kepada mereka atau waris tetapi korbankan keupayaan mereka untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara. Sayangnya itulah yang pembangkang mahukan dan itulah yang kerajaan beri.

    Have we played right into their hands?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: