IPO FELDA Mac depan untungkan peneroka, kukuhkan ekonomi Melayu (Bhg 2)

Kumpulan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) yang ditubuhkan pada 1956 akan menyaksikan transformasi kearah kemajuan dan peningkatan apabila FELDA Global Ventures Holding Sdn. Bhd. akan disenarai di Bursa Malaysia seawal Mac 2012. Walaupun kumpulan konglomerat berasaskan perladangan dan agro-tani berasaskan komoditi seperti kelapa sawit ini akan menjadi syarikat yang disenaraikan (public listed company), tujuan dan roh asal penubuhan organisasi pembangunan masyarakat terutama golongan luar bandar ini tidak akan diabaikan.

Malah, ianya akan diperkukuhkan lagi agar peranan dan kemampuan sebagai agen transformasi rakyat terutama golongan luar bandar dan bergantung kepada industri agro-tani berasaskan perladangan kelapa sawit akan mendapat menafaat secara langsung.

Untuk makluman, FELDA sebagai agen transformasi masyarakat Kerajaan Persekutuan sudah tidak menerima apa apa peruntukan dari Kerajaan Persekutuan semenjak 1996. Ini bermakna, semua projek dan aktiviti FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan telah dijana dari dalaman sepenuhnya. Peranan asal FELDA diteruskan tanpa menberi apa apa bebanan kewangan dari Bajet tahunan Kerajaan Persekutuan.

Struktur pegangan organisasi Kumpulan FELDA

Pada masa ini, modal pembiayaa operasi FELDA sebagai agensi Kerajaan datangnya dari hasil yang dijana dari aktiviti ekonomi Kumpulan FELDA sendiri. Dalam struktur sediada, pegangan FELDA Holdings dimilik oleh Koperasi Permodalan FELDA (51%) dan FELDA sebagai agensi (49%), melalui FELDA Global ventures Holdings yang diujudkan pada 2009 untuk menyeleras semua operasi dan perancangan perdagangan Kumpulan FELDA. Buat masa ini, peranan FELDA Global Ventures Holdings hanya sebagai sebuah syarikat pengurusan semua aktiviti perdagangan dan kommersial.

Pendapatan keseluruhan FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan ialah pada RM 1.4 billion setahun.

Pecahan pegangan saham FELDA Global Ventures Holding pada masa gerak-kerja penyenaraian (IPO) dipercayai akan diperuntukan kepada KPF (30%), Kerajaan Kerajaan Negeri (20%), institiusi dan agensi pelaburan (20%), rakankongsi strategik antarabangsa 10-15% dan selebihnya dipasaran terbuka.

Pra dan Pasca Penyenaraian

Gerak-kerja penyeneraian IPO ini akan menyelaras dan mejuruskan semua aktiviti dan operasi Kumpulan FELDA. FELDA Global Ventures Holdings akan memajak tanah dari FELDA dan peneroka melalui sistem konsessi jangkapanjang (99 tahun) dan mengurus tadbir semua aktiviti perniagaan dan pengkommersialan asset ini tanpa melenyapkan hak pemilikan asalnya yang masih lagi kekal sebagaimana pra-penyenenaraian IPO.

Untuk hujah FELDA Global Ventures Holdings tidak perlu disenarai kerana kedudukan kewangan dan kecairan Kumpulan FELDA adalah cukup kukuh dan tidak perlu modal tambahan dari pasaran modal dan saham, gerak-kerja penyeneraian IPO tidak bertujuan untuk menghimpun dana tambahan. Ianya bertujuan untuk memberikan peluang kepada pemegang hak (stakeholders) seperti Kerajaan Negeri dimana terdapat ladang ladang FELDA dan institiusi pelaburan seperti EPF, PNB dan sebagainya mempunyai pegangan dalam perniagaan Kumpulan FELDA. Semestinya, warga FELDA seperti peneroka dan anggota FELDA akan mendapat peluang pemilikan dari 30% pegangan KPF.

Rakankongsi strategik antarabangsa juga akan diberi peluang pelaburan. Ini akan menentukan kepentingan jaringan perdagangan FELDA dipersada antarabangsa terpelihara dan berkembang, sejajar dengan rancangan menaik tambah-nilai FELDA dan pengkommersialan jangkapanjang hasil dan pelaburan kumpulan. Pelaburan awam dan runcit juga akan berpeluang untuk mendapat sebahagian dari hasil ini apabila saham saham ini didagang dalam bursa.

Penyeneraian IPO ini akan secara automatiknya ‘membebas-kunci’ potensi kommersial dalam satu konglomerat yang diberikan amanah untuk membangun, mengurus-tadbir dan menilai tambah asset organisasi perladangan yang diaggregatekan sejumlah 850,000 hektar itu.

Struktur FELDA selepas penyenaraian IPO dan 5 divisyen utama kegiatan ekonomi

Bagi warga FELDA terutama dikalangan peneroka, mereka kini berpeluang sepenuhnya untuk memiliki sebahagian dari hasil perniagaan Kumpulan FELDA. Buat masa ini, purata pelaburan warga FELDA dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF) adalah pada kadar RM 6,000 seorang sedangkan nilai pelaburan maksimum yang dibenarkan ialah pada tahap RM 250,000. Hanya 62 orang warga FELDA melabur sehingga had maksimum walaupun pulangan yang diberikan ialah pada kadar 14% setahun.

Sekiranya kesemua warga peneroka FELDA melabur sepenuhnya dalam KPF, dana sebanyak RM 28.16 billion akan dikumpul. Pada pulangan 14% setahun, pelaburan sebanyak ini akan membuahkan hasil sekurang kurangnya RM 4.2 billion setiap tahun. Hari ini, nilai asset Kumpulan FELDA dinilai pada RM 8 billion, walaupun nilai sebenar masih lagi ‘dikunci’. Sekiranya nilai ini di’bebas’kan dan potensi kommersial penuh dapat direalisasikan, nilai kepada pemilik secara automatik akan bertambah.

Hari ini, luas aggregat ladang Kumpulan FELDA ialah pada 850,000 hektar. Dari jumlah ini, 500,000 hektar merupakan pegangan peneroka dan bakinya adalah milik FELDA sebagai lembaga pembangunan tanah. Pegangan hakmilik tanah peneroka tidak akan berubah dan akan terus kekal walaupun selepas penyenaraian IPO.

FELDA Global Ventures Holdings memberi jaminan bahawa FELDA sebagai agensi Kerajaan akan menerima RM 1 billion setiap tahun bagi meneruskan operasi dan projek projek pembangunan dan transformasi masyarakat. Program program CSR biasa akan diteruskan. Bezanya, sekarang ianya akan melalui proses urus tadbir yang lebih cekap dan teratur, agar pembaziran dapat diminimakan. Sebagai syarikat tersenarai, ianya akan tertaluk kepada pelbagai peraturan ketat pihak berkuasa demi untuk menjaga kepentingan pemegang saham dan ‘amalan terbaik’ sebagai warga korporat.

Setelah selesai penstrukturan semula semua syarikat bawah FELDA, ianya sebagai konglomerat perladangan akan memberi tumpuan kepada lima divisyen iaitu kelapa sawit, gula, pelbagai tanaman, logistik dan nilai penghantaran dan paling penting, perniagaan hiliran. Dijangkakan FELDA Global Ventures Holdings akan mampu menjana jualan terkumpul sebanyak RM 31 billion setahun manakala keuntungan sebelum cukai dianggarkan pada RM 2 billion setahun selepas penyenaraian. Dijangkakan, dengan usaha peningkatan operasi, tambah nilai asset, ‘bebas kunci’ potensi dan jaringan dari pelaburan termasuk diperingkat antarabangsa, ianya akan meningkat sehingga tiga kali ganda dalam lima tahun pertama.

Ini akan membuatkan Kumpulan FELDA sebagai gagasan konglomerat berasaskan kelapa sawit paling besar dan berjaya dalam dunia.

Nilai nilai asset FELDA Gobal Ventures Holding samada yang akan disuntik atau diberikan konsessi untuk terus dioperasi dan urus dipercayai akan ‘dibebas-kunci’kan untuk merelasikan nilai sebenar menurut pasaran dan arus kommersial. Nilai tambah yang dipercayai akan direalisai selepas gerak-kerja penyeneraian IPO ini ialah RM 5-6 billion.

Ini bermakna nilai aggregat FELDA akan bermilai sekitar RM 14-15 billion pada masa ini tahun hadapan.

Anggaran pendapatan FELDA Global Ventures Holdings pula ialah pada RM 2 billion, walaupun penghasilan (yield ) bagi hasil perladangan ialah pada tahap 19% berbanding dengan amalan terbaik industri pada 24%. Ianya merupakan jumlah yang amat substantif memandangkan orgnanisai ini pada asalnya ditubuhkan sebagai agensi Kerajaan Pusat untuk program penstrukturan program pembangunan tanah. Ini kerana hal ehwal mengenai tanah adalah milik mutlak kerajaan negeri.

Jadual menunjukan penghasilan ladang FELDA berbanding pemain lain

FELDA Global Ventures Holdings akan menyelaraskan semua aktiviti aktiviti pembangunan perladangan Kumpulan FELDA walaupun sifat mereka adalah sebagai syarikat pemegang konsessi (pajakan 99 tahun) dan bukan pemilik tanah. Ini merangkum program penanaman semula pokok pokok dimana lebih 66% dari kesemua ladang mereka berusia lebih dari 18 tahun. Penjanaan semula pokok ini akan meningkatkan penghasilan, sesuai dengan saingan industri.

Amalan amalan dan proses baru untuk meningkat produktiviti akan dirancang dan laksanakan. FELDA Global Ventures Holdings akan mengambil alih semua program penanaman semula yang selama ini diusaha dan kawal oleh FELDA sebagai agensi, untuk menentukan keadaan dan keududkan ladang boleh dimaksimakan, menurut perancangan berkala dan beradasarkan permintaan pasaran. Setelah semua syarikat syarikat yang selama ini bernaungan bawah KPF dan semua yang mendapat kontrak terus dari FELDA sebagai agensi akan diselaaraskan sepenuhnya, maka gerak-kerja korporat berbentuk penambah nilai melalui urus tadbir yang lebih baik dan mantap akan dilaksanakan.

Ini bermakna, proses ketirisan akan mula berkurangan. Produktiviti bukan sahaj ditingkatkan, tetapi kos pengeluaran dan operasi juga akan diminimakan, untuk merealisasi keuntungan lebih. Ini sebahagian dari usaha ‘membebas-kunci’ (unlocking) nilai sebenar asset FELDA dan peneroka.

Jenama ‘FELDA’ sendiri akan lebih diberikan penekanan dan dibangunkan sebagai jenama bertaraf global selepas gerak-kerja penyeneraian IPO ini.

Jelas struktur dan mekanism keseluruhan Kumpulan FELDA  akan berubah bagi menentukan usaha penamban-nilai dan konsolidasi penjaaan pendapatan akan terus meningkat. FELDA Global Ventures Holdings merupakan konglomerat “Oleh Melayu, Untuk Melayu, Demi Melayu” dan jelas akan membawa 112,000 keluarga peneroka ketahap naik-tambah pelaburan sediada mereka.

Transformasi masyarakat Melayu, meningkat setapak lagi.

Published in: on October 21, 2011 at 15:30  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/10/21/ipo-felda-mac-depan-untungkan-peneroka-kukuhkan-ekonomi-melayu-bhg-2/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 CommentsLeave a comment

  1. […] Read some-more HERE. […]

    • Bagaimana pula syeryg akan diberi kepada kakitangan anak syarikat Felda Plantations sdn, bhd misalnya. maksud saya pin secara langsung yg diberikan cthnya. TNB suatu ketika dulu..dan dari gerak kerja dinyatkan hanya melalaui melalui KPF semata-mata.Memang peneroka atau staff digalakan membeli langsung syer dlm kpf..bagaimana bagging Syer..untuk kakitangan,Syarikat gula misalnya staff felda untung atas angin 4000.00 RM untuk setiap staff Bukan Eksekutif.Kenapa tidak kepada staff bukan govt.Memang tak dinafikan banyak ketirisan berlaku..bagaimana untung bersih kurang dari 2 B sedangkan nilai urus niaga melebihi 40 B ..Wujudkah satu tbg pinjaman untuk buy ipo ini untuk kakitangan apakah ada quata untuk kakitangan..yg tidak berpencen apa itimewanya staff felda berbanding staff anak syarikat,tanpa pencen.
      syur saya staf anak syarikat boleh mengeluarkan EPF bagi memebeli syer FGVB ini.Sekurang kurang Inver..tanpa risk besar ne memberi manafaat kpd kakitangan selepas bersara.

      Orang Melayu selama 7-8 tahun baru menikmati hasil titik peluh,sedangkan kaumlain hanya mengutip hasil bila berbuah..maksud saya orang diluar felda..mempeolehi madu sedangkan peneroka mepeolehi gula-gula saja Share diberi kpd KPF sedikit iaitu 30 dgn kata lain KPF menjadi minoriti dalam pembahagian ini sedangkan modal kpf paling banyak dlm biz ini.
      Apakah UMNO ingin meUMNOkan badan ini..baiknya tidak timbul lagi kurapsi dikalangan eksekutif FELDA hga banyk melahirkan jutawan bukan melayu..kontraktor..sebab banyak rasuah..dan Pengurus ladang FPSB khasnya yg menjadi dalam kehilangan
      hasil berjuta dollar.Walallah wu alam..

  2. BD,
    Proud to see FELDA has grown.. but one thing though.. how many stake of shares will be owned by peneroka FELDA? How much they are willing, they know or they will hold to FELDA shares once listed?

    ~ OnDaStreet

  3. Good articulation Bro. Thanx….

    ~fazilogic~

  4. Saya merupakan anak peneroka,
    Secara umum saya amat bersetuju dengan penyenaraian tersebut, cuma hendak tahu adakah jika (kalau silap pemahaman saya tolong betulkan) KPF sebahagaian FGV, adakah ahli KPF masih berpeluang membeli saham seperti sekarang RM1/unit dan mendapat dividen dan bonus hampir 14% seperti tahun2 yg lepas…. sebenarnya ini jugak kemusykilan mak bapak saya…lagi2 dia kata kalau saham turun macam mana…

    • Pegangan warga FELDA dalam FGVH selepas ianya disenaraikan ialah melalui KPF.

      Warga peneroka FELDA boleh menjadi ahli KPF dan nilai maxima masih pada tahap 250,000units (Sebagaimana diterangkan, hanya 62 org dari 112,000 peneroka FELDA memaximakan pegangan saham koperasi KPF mereka). FGVH tidak bercadang untuk memberi dividen dan bonus kurang dari tahap 14% seperti selama ini.

      FGVH adalah entiti perniagaan, seperti pernigaan lain. Nilai saham terletak kepada arus pasaran modal. Sekiranya permintaan tinggi, maka harga pasaran akan meningkat. Begitu sebaliknya.

      Sebagaimana diterangkan, FGVH akan ‘mmembebas-kunci’ (unlocking) dan merealisasi nilai sebenar asset FELDA selepas penyenaraian IPO ini. Ianya akan memperkukuhkan kedudukan nilai dan kecairan FGVH. Ini akan menentukan kemampuan untuk FGVH membayar dividen kepada pemegang saham, termasuk KPF dan Kerajaan Kerajaan Negeri berada dalam keadaan baik.

      Namun ahli KPF tidak perlu risau kerana harga pasaran FGVH tidak mempengaruhi pegangan KPF dalam FGVH. KPF akan terus memegang pelaburan KPF bagi jangkamasa panjang. Ini berdasarkan model pegangan PNB dalam syarikat tersenarai seperti Maybank dan Sime Darby.

      Ahli KPF akan berada dalam skim yang hampir sama macam pemegang unit ASB. Saham pelaburan ASB ialah dalam Maybank dan Sime Darby. Apa pun nilai pasaran Maybank dan Siem Darby, ianya tidak mempengaruhi pegagangan saham skim ASB. Oleh demikian, pelabur bawah skim ASB tidak pernah perlu risau mengenai nilai pasaran semasa.

      • Terima kasih Sdr,
        Cukup panjang, terima kasih sekali lagi atas penerangan. Saya rasa ini isu basic yang kurang difahami oleh peneroka macam mak bapak saya:
        iaitu KPF tidak dipengaruhi turun naik saham FGVH DAN dividen mungkin lebih banyak. (Kang nanti ada puak2 yg beri pemahaman salah…)

        Seperti Quad Erat Demonstratum cakap: Saya setuju dan saya rasa KPF lebih baik berbanding ASB/ASN. Dan harap dikekalkan pemberian dividen dan bonus setelah ditolak zakat dan PENGURUSAN FELDA hendaklah memastikan ia terlibat dlm perniagaan halal sahaja.

        Kalau mcm tu lah Sdr,
        agak2nya apalah durian runtuh yang bakal diterima oleh ahli KPF sebaik disenaraikan ya…

      • Kena tunggu pengumuman PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenai ‘durian runtuh’ ni.

        Kami berharap ‘durian runtuh’ ini bukanlah tunai TETAPI merupakan saham FGVH (dan tidak dibernarkan dijual, sekurang kurangnya utk dua tahun pertama). Sekurang kurangnya, kesemua 112,000 peneroka ada saham dalam syarikat pengurusan perniagaan berdasarkan perladangan kelapa sawit terbesar dalam dunia.

  5. Many millionaire will be born through this initiative but from the past experience, many BMEs, Merc, bunglalows and luxiries items will be sold as well! Once listed, how many will resist temptation to cash out to the market (to the non Malay and foreigners)?

    • That’s right.

      We strongly suggest that Govt impose a moratorium for all the 112,000 FELDA settlers who will benefit directly and indirectly from this IPO. They must not able to liquidate their shares, for at least for the first two years.

  6. Biggie,

    The listing for FGVH sure looks good on paper. A great opportunity for these 112,000 Felda settlers.

    What bothers me is that all these while, majority of these settlers gotten so much from where they are at; continuous high prices of CPO and other durian runtuhs. Just like the Labu settlers who became instant millionaires!

    And yet, like you stated ONLY 62 settlers maximised their KPF koperasi shareholding. That’s a sad 0.05% of warga Felda! What a shocker!

    (Looks like they seem to be ‘injecting’ all theirs ‘winnings/earnings’ into the retail economy instead adding into any form of deposits/savings. Not even via their own koperasi!) – Felda Generasi Kedua should blame their parents instead of Govt!

    The projected turnover you stated for FGVH is really impressive, RM 31 bil annual turnover is almost like Sime Darby’s. And yet Sime Darby’s 30% profit comes from non plantation activities such as industrial, property development and automotive.

    Looks like PM Najib got his thinking cap on and wheels in motion set for this. Looks like realising something that Tun Dr Mahathir would do. This is wealth creation to the core & 112,000 settler families will benefit, without having to let go their ownership to their kebuns.

    Never the less, looks like this listing exercise is like giving warga Felda the ASB/ASN opportunities, exactly like the first ten years of the PNB unit trust sheme.

    You should dub this: “PELUANG ASN (WARGA FELDA) PUSINGAN KEDUA”!

    • You are right.

      This is historic and a milestone for the New Economic Policy.

      The listing of FGVH also provide opportunities for second generation FELDAians to invest and be part of the ‘game’. If they are entrepreneurial, then probably more opportunities for them to do business with FGVH, since the 5 divisions would be streamlined.

      Example is that FELDA would now be a global brand and of they could manufacture and supply a specific product that carries the brand, the market would enormous.

  7. […] Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings seawal Mac depan membawa banyak menafaat kepada warga FELDA, orang Melayu, negara dan juga memacu ekonomi Malaysia kehadapan. Ini bersesuaian dengan dasar Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk menjadikan ekonomi Malaysia sebagai masyarakat berpendapatan tinggi dan merealisasi Wawasan 2020 untuk meletakan negara sebagai negara maju dan industri. […]

  8. “Bezanya, sekarang ianya akan melalui proses urus tadbir yang lebih cekap dan teratur, agar pembaziran dapat diminimakan…..”

    Adakah hanya tersenarai di bursa saham baru perkara ini boleh diadakan? Adakah menjadi suatu kesalahan bagi syarikat bukan tersenarai melaksanakan urus tadbir yang lebih cekap dan teratur???????

    • Syarikat tersenarai akan dikenakan pelbagai syarat dan peraturan ketat, terutama oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia disamping undang undang sediada seperti Aktra Syarikat dsbnya. Kegagalan akan mengakibatkan penalti yang berat.

      Syarikat tidak tersenerai tidak dikenakan peraturan yang sama. Kalau syarikat tidak dikenakan oleh peraturan bawah Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Malaysia, maka pengarah dan pemegang saham tidak mengambil pendekatan laporan dan pengumuman sebagaimana yang dikenakan sekiranya ianya disenarai dan saham saham dimiliki oleh orang awam.

      Itu bezanya.

      Lumrah manusia, kalau tidak perlu buat maka mereka akan abaikan.

      Itu sebab sekiranya semua syarikat syarikat bawah FHB dan KPF disuntik kedalam FGVH dan kemudian FGVH disenaraikan, maka FGVH akan bertanggung jawab dan mengenakan sistem urus tadbir yang ketat bertepatan dengan kehendak peraturan dan syarat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

  9. […] Global Ventures Holdings (FGVH) is facing multi facade fronts in the sordid attempt to derail the listing exercise on the Bursa Malaysia sometime March-April next year. The latest is made by Straits Times and in […]

  10. 1.Apakah FGVB ini telibat dengan peniagaan yg bukan dalam bidangnya rugi..seperti di US dan lain-lain.Namun tidak sehingga bengkrap. Cuma margin untung jadi sikit.soalanya.

    1.1 Kuasa pembuat keputusan ditangan orang politik , membolehkan bukan ketirisan tapi kebocoran seperti Sime D da, Golden H.

    1.2 Apakah langkah=langkah diambil sekiranya selepas 5-6 tahun nilai
    jatuh menjunam bukan meruncing seperti tahun 1997..BSKL . adakah tanah-tanah ini yang dipajakan tergadai begitu saja.

  11. konsepnya mcm asb aje…dia kluarkan beberapa ratus juta dari 1.8billion dr dana kpf untuk dilaburkan dalam felda global….ataupun 30% dari modal berbayar felda global…cthnya felda global nak diperbadankan dengan modal berbayar nilai 1billion…jadi kpf kena keluar dari dananya sebyk 300juta@30%…keuntungannya adalah dari kegiatan perniagaan tahun semasa….cthnya rugi,,,bermakna semua pelabur termasuk kpf x dapatlah dividen pada tahun tu…tapi disebabkan kpf ada byk cabang pelaburan lain..yang mana ada catat keuntungan…diringkaskan kpf dapatlah hasil dari pelaburannya itu…tapi jika felda global mencatatkan keuntungannya…bertambahlah hasil kpf dari kebiasaan….pendapat saya aje…

  12. new harini ckp listing confirm Mac. yoko?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: