Penyenaraian IPO FELDA: GRIB dan urus tadbir korporat

Peranan kerajaan sebagai fasilitator dan pemangkin pembangunan sosio ekonomi negara dan menambah nilai kedudukan rakyat terutama orang Mellayu tidak akan terabai walaupun Malaysia sedang digerakan kearah taraf negara maju menjelang 2020 dan ekonomi berpendapatan tinggi. Malah peranan ini akan dimantapkan dengan penumpuan tugasan badan badan tertentu agar objektif dan pencapaian sebagaimana yang diharapkan berjaya ditepati.

Oleh demikian, pembezaan peranan badan badan tertentu itu wajar jelas dan digembeling kearah mencapai objektif. Penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings seawal Mac tahun depan adalah bukti hasrat Perdana Menteri Dato’ Mohd. Najib Tun Razak untuk menentukan dasar Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan (Governmemt Role In Business – GRIB) itu amat jelas.

Kumpulan FELDA akan diselaraskan antara peranan sebagai agensi pemangkin dan pembangunan kommuniti dan sosio ekonomi iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan semua perniagan Kumpulan FELDA akan diaggregatkan dibawah FELDA Global Ventures Holdings. Ini sejajar dengan dasar GRIB dimana peranan sebagai agensi Kerajaan Persekutuan diteruskan malah ditingkatkan oleh kakitangan Kerajaan dalam FELDA manakala semua aktiviti kommersial akan dipacu oleh professional dan pengamal korporat.

Apabila pembezaan peranan ini berlaku, maka penumpuan tugasan adalah lebih mantap. Pembezaan ini akan menentukan tiada percanggahan peranan dan penyampaian keberhasilan (deliverables) adalah jelas.

Pembezaan ini juga memungkinkan golongan professional dalam Generasi Kedua FELDA (GAPROF) memainkan peranan lebih besar dan kemudian lebih strategik agar menentukan hak dan kepentingan warga peneroka FELDA dalam FELDA Global Ventures Holdings melalui 35% pegangan langsung Koperasi Permodalan FELDA (KPF) terpelihara. Sumbangan mereka akan dinilai sesuai dengan kemampuan dan kebolehan masing masing. FELDA Global Ventures Holdings juga akan memberikan mereka peluang untuk didedahkan dengan pelbagai pengalaman sejajar dengan pelaburan merata benua sebagai syarikat multinasional (MNC).

Kedudukan sebagai ahli lembaga pengarah (BOD) beberapa personaliti Lembaga FELDA dalam pelbagai anak syarikat KPF dan FELDA Holdings Bhd yang akan disuntik kedalam FELDA Global Ventures Holdings wajar dilepaskan kepada golongan professional, terutama dari warga Generasi FELDA Kedua.

KPF sebagai koperasi warga peneroka FELDA akan terus memainkan peranan sebagai agensi yang menjaga pelaburan sebagaimana model Amanah Saham Bumiputra dibawah Permodalan Nasional Berhad atau Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Dalam pada itu, syarikat dimana skim ASB memegang saham seperti Kumpulan Maybank dan Sime Darby atau Affin Bank dan Boustead Holdings bagi LTAT, terus berfungsi sebagai syarikat awam tersenarai dan memberikan pulangan lumayan kepada tabung yang memegang saham mereka. Pembezaan ini jelas apabila syarikat syarikat awam yang tersenarai ini diurus oleh golongan professional dan mempunyai sistem urus tadbir korporat yang mantap dan telus, sebagaimana kehendak undang undang dan amalan terbaik dunia korporat.

Model koperasi berasaskan pertanian yang berjaya seperti Rabo sehingga mampu memiliki bank berasaskan perniagaan agro-tani Rabobank dari Belanda merupakan kejayaan yang wajar dijadikan model untuk FELDA Global Ventures Holdings. Adalah tidak mustahil sekiranya satu hari nanti FELDA Global Ventures Holdings memiliki institiusi kewangan sendiri bagi kommuniti sebesar 112,635 peneroka dan agggregat perniagaan kumpulan sebanyak RM 31 billion, dengan perniagaan langsung dalam pasaran hiliran yang besar seperti Amerika Utara, Eropah dan China.

Kejayaan FELDA 50 tahun pertama perlu diteruskan, malah ditingkatkan. ‘Transformasi’ yang berlaku ini adalah kesinambungan untuk menentukan FELDA terus berjaya untuk 50 tahun kehadapan. Semua perniagaan Kumpulan FELDA yang disusun bawah FELDA Global Ventures Holdings akan dikemaskan dengan perancangan dan strategi perniagaan yang lebih mantap.

Anak anak syarikat FELDA Holdings Bhd (FHB) dan KPF juga tidak perlu bersaing sesama sendiri malah akan dikemaskan peranan dan penyampaian mereka apabila semua disusun semul dibawah FELDA Global Ventures Holdings.

Manakala Lembaga FELDA wajar menumpukan perhatian dan memainkan peranan sebagaimana penubuhan asalnya. Walaupun tiada tanah rancangan baru dibuka, namun keperluan untuk menentukan perjalanan kesemua 317 tanah rancangan FELDA sediada dijaga dengan baik dan pembangunan kommuniti diteruskan secara berkala, sejajar dengan fungsi Lembaga FELDA yang dipinda pada 1991.

Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

 alt

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

 alt

Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial,

pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.

 alt

Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA

diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.

 alt

Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan,

pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

Lembaga FELDA juga wajar memberikan penumpuan agar sebuah IPT khusus Akademi FELDA diujudkan. Ini bertujuan untuk meneruskan pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan guna tenaga Lembaga FELDA dan pengurusan keseluruhan sistem perladangan ladang ladang FELDA Plantations dan semua tanah rancangan sediada FELDA. Ini sebahagian dari program strategik ladang ladang FELDA Plantations diuruskan dengan baik dan produktiviti dipertingkatkan. Penambah baikan segala aspek dalam pengurusan ladang ladang ini termasuk program penjanaan semula pertanian akan menentukan hasil dan produktiviti meningkat. Peneroka akan terus menerima kebaikan langsung dari penambah baikan ini.

Jadual menunjukan penghasilan ladang FELDA berbanding pemain lain

Apa yang membimbangkan ialah ada usaha usaha untuk mengagalkan program menyenaraikan IPO FELDA Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia, seawal Mac 2012. Pada 10 Oktober 2011, beberapa laporan Polis telah dilakukan apabila Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai Pengerusi KPF. Walaupun perlantikan ini adalah atas arahan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Menteri yang bertanggung jawab atas hal FELDA dan atas kuasa kuasa khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna, ianya masih dijana sebagai modal politik golongan tertentu.

Perlantikan ini adalah bersesuaian dengan gerak kerja korporat untuk menyuntik semua syarikat syarikat bawah KPF dan FHB kedalam FELDA Global Ventures Holdings, sebagai fasa pertama pra-penyenaraian dan ini dijangkakan akan lengkap seawal lewat Disember 2011.

Namun begitu, dipercayai perbincangan dalam mesyuarat Lembaga FELDA 26 September 2011 dan surat menyurat mengenai gerak kerja korporat dan perlantikan Isa sebagai Pengerusi KPF dibocorkan diluar BOD walaupun ianya rahsia besar. Polis juga wajar menyiasat dengan terperinci atas semua laporan laporan yang dibuat mengenai penentangan perlantikan Isa sebagai Pengerusi KPF dan bagaimana mereka yang membuat laporan laporan ini mendapat maklumat terperinci mengenai perbincangan yang sepatutnya menjadi rahsia besar.

Amat malang sekiranya mereka yang diamanahkan untuk duduk dalam BOD Lembaga FELDA merupakan personaliti yang tidak boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia besar Kerajaan Persekutuan dan tergamak membocorkan rahsia, terutama yang boleh dijadikan modal politik oleh Pembangkang.

Jelas peranan Lembaga FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan dan semua aktiviti kommersial FELDA dibezakan bawah sistem pengurusan dan urus tadbir yang lebih mantap, untuk menentukan penyampaian keberhasilan itu ditambah nilai dan tingkatkan, sejajar dengan dasar GRIB dan seluruh usaha untuk mencapai kedudukan ekonomi lebih tinggi.

Published in: on November 1, 2011 at 09:30  Comments (7)