Nik Abduh hina wanita

Timbalan Ketua Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz menghina wanita dalam tindakan propaganda beliau untuk melemahkan pengaruh ilimiah bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin. Beliau menyifatkan Dr Asri sebagai “Mengguna ‘senjata wanita'” iaitu membebel dalam kritikan.

Dipetik dari blog Nik Abduh:

Jika Asri mahu mengkritik, itu haknya yang disukai ahli ilmu. Tetapi Asri kadang-kadang membebel. Geli geman juga saya mahu serius menasihatinya agar elakkan membebel. Jangan diambil senjata perempuan. Tak manis orang lelaki digelar pembebel.

************

Dalam blog itu, Nik Abduh juga menyifatkan bonda beliau sendiri menggunakan pendekatan ‘membebel’ ini sebagai cara ekspressi untuk berkommunikasi dan cara persembahan dsalam blog itu memberikan illustrasi  beliau sebenarnya memandang rendah kepada pendekaran ini, walaupun melibatkan bonda sendiri.

Ini sebenarnya sikap Kepimpinan PAS iaitu melihat wanita sebagai kaum yang lemah dan menggunakan cara ekspressi mereka iaitu ‘membebel’ sebagai senjata.

Memandang rendah kedudukan dan peranan kaum wanita ini bukan baru kepada Kepimpinan PAS, terutama di Kelantan. Ayahanda Nik Abduh sendiri iaitu Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat pernah tidak menggalakan wanita bekerja dan sebaliknya tinggal dirumah. Ini adalah tidak bijak memandangkan guna-tenaga negara ini amat tinggi sehinggakan lebih ianya dibanjiri lebih 2.5 juta pendatang asing semata mata untuk memenuhi keperluan dan kehendak komponen utama ekonomi moden; modal insan.

Walaupun telah ujud semenjak 1951, PAS tidak membenarkan kaum wanita untuk bertanding pilihanraya sehingga PRU 11 April 2004. Peranan Muslimah PAS hanyalah diiktiraf dalam politik apabila PAS dilihat sebagai terlalu membelakangkan kuam wanita dalam proses demokrasi sedangkan separuh ahli dan penggundi parti yang mendakwa ‘berlandaskan Al Quran dan hadis’ itu terdiri dari kaum wanita.

Peranan kaum wanita dalam eksekutif apabila PAS diberikan kuasa oleh rakyat adalah amat meleset. PAS pernah menguasai empat Kerajaan Negeri iaitu Kelantan (semenjak 1990), Terengganu (1999-2004), Kedah (semenjak 2008) dan Perak (untuk 11 bulan antara Mac 2008 hingga Feb 2009) dan tiada Exco Wanita dilantik.

Rakyat harus sedar bahawa apa yang dinukilkan Nik Abduh ini adalah refleksi sebenar sikap dan kedudukan parti itu dalam konteks peranan kaum wanita. Bagi mereka, kaum wanita hanyalah penyumbang undi bagi memungkinkan pemimpin mereka meraih kuasa dan tidak lebih dari itu. Malah kebisuan PAS termasuk pemimpin agressif seperti Nik Abduh dalam rancangan untuk menganjurkan program Seksualiti Merdeka menunjukan martabat golongan homoseksual mendapat kedudukan lebih istimewa berbandingkan kaum wanita.

Published in: on November 2, 2011 at 11:15  Comments (1)