Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H

Besok ialah 10 Zulhijjah 1432H, iaitu Hari Raya Aidil Adha. Ianya merupakan sambutan perayaan sehingga 13 Zulhijjah untuk membuat korban dan merayakan kemenangan, sempena Allah s.w.t. mewajibkan mengerjakan ibadah Haji sebagai rukun kelima Islam. Ianya juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, sempena perayaan kemenangan apabila Nabi Ibrahim A.S. diuji untuk menyembelih putera baginda sendiri Nabi Ismail A.S., sebagai bukti ketaatan insan kepada firman Allah s.w.t. Peristiwa ini juga memaparkan bagaimana Iblis cuba sedaya upaya untuk mengagalkan seorang insan dan mahluk dari melakukan suruhan Maha Agung Pencipta yang esa dan satu itu dengan bisikan bisikan yang membuat seseorang itu merasa sangsi keatas firman Tuhan dan mementingkan diri sendiri.

Menyembelih binatang ternakan yang cukup umur merupakan amalan Hari Raya Korban semua masyarakat, setiap tahun

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.”

Kami di BigDogDotCom ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adha kepada semua umat Islam.

Para bakal Haji dan Hajjah sedang wuquf di Arafah

Kami juga ingin memohon semua pembaca blog ini untuk bersama sama berdoa bagi kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kekuatan fizikal, ketenangan dan fokus dan keselesaan rakyat Malaysia, terutama blogger blogger SOPO Another Brick in the Wall, Ruang Bicara Faisal dan Mahaguru 58 yang pada saat ini berada di Arafah, berhampiran Mekah untuk wuquf, iaitu  gerak-kerja wajib menunaikan ibadat Haji tahun ini. Semoga mereka mendapat Haji yang mambrur dan selamat pulang, untuk terus berkhidmat pada Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Blogger Another Brick in the Wall seen at Tabung Haji Complex Kelana Jaya, about to set for a journey to fulfill the fifth pillar of Islam

Kami sempat berhubung melalui telefon dengan blogger Another Brick in the Wall awal pagi tadi (selepas Isya’ waktu Mekah) dimana beliau sedang dalam bas untuk perjalanan dari Mekah ke Arafah. Beliau telah jatuh sakit kerana jangkitan bronchitis dan batuk semenjak 19 Oktober dan telah menerima rawatan dalam hospital khas Tabung Haji berkenaan penyakit resperatori. Kini beliau hampir pulih sepenuhnya dan amat berterima kasih kerana persediaan mantap dan layanan baik pasukan perubatan Tabung Haji, yang dilengkapkan dengan ubatan dan pakar pakar resperatori dari HKL dan caridovaskular dari IJN.

Published in: on November 5, 2011 at 19:52  Comments (3)